mata duitan

Thursday, June 16, 2011

kelate trip

lupa pulak nak cerita pasal trip to kelantan baru ni. that was eisya's first time naik flight. masa before nak check in kat LCCT tu eisya cranky la jugak. rupanya diaper basah. i went to baby room and changed her. jalan2 lari2 ke tempat check in sebab dah lambat, nangisss jugak. alahai ramai la kan tengok2 aku tengah pujuk eisya dengan pandangan oh-please-shut-your-baby-up!

i'm quite use to it already sebab eisya punya laungan tangisan adalah loudspeaker punya version. hihi. pujuk2, tetiba dia tertidur sendiri. eisya memang camtu. kalau nak tidur amukan puaka la jawabnya.

tunggu nak boarding after amok

dia uk ek uk ek jugak before take off sebab boring duduk tak ada buat apa. dah bagi nenen tidur aje sampai ke KB. masa on the way back, we distracted her guna buku2 dalam flight tu. nasib ada gambar cartoon2 colorful haha. diam lah dia kejap.

ya allah kelantan panas gila kot. ada wedding cousin kat pasir mas. eisya amok sakan lah panas2 ni. asal amok masuk bilik amik ekon. ekon kat luar pun tak rasa apa dah. panas sangat. last2 petang tu, eisya pakai spender je. hihi.

cabaran untuk mentidurkan budak ni. bukak carrier nangis. nangis appa awak, eisya.


bawak masuk ekon baru gembira

i was busy masa tu tak sempat sangat amik gambar ke sana ke mari. after all eisya adalah amok kerana panas, kerana bising, kerana tak boleh tidur siang dengan sempurna. hahaha sabar jela aku. tapi tau jela dia nangis kuat gila kan. sampai makcik2 suruh pergi jumpa tok bomoh. okay mokcikkk.

pinky perantins

lepas tu kan, kita orang sewa 1 rumah banglo ni untuk duduk ramai2. sebab tak muat lah ramai2 rumah aunty aku. huihhhh mentakutkan kot rumah tu. aku masa abah bawak pergi sana tu aku dah, alamak aiii kenapa horror je nampak rumah ni.

apa lagi kan, baca2 macam2 lah supaya tiada gangguan especially yang boleh kacau eisya. alhamdulillah tak ada apa. eisya okay je. tapi ummy aku kata dia memang tak leh tidur. seram sejuk. sepupu aku pulak kena kacau malam tu. dia tidur sorang kat master bedroom. kena tindih je. aku rasa mana2 pun boleh kena kot.

aku pulak memang pasang quran sepanjang malam lah. nak masuk je B azan dulu. anak kecik ni kena beringatlah kan. even aku pergi shopping mall pun, balik rumah mesti baca2 dulu kat ubun2 dia. huhu.

2nd night mak aku paksa semua sepupu jantan datang tidur situ. termasuk kodiyappan (pekerja cousin aku dari india) haha! kodi siap jadi pengapit haha. dasat!

dorang semua kata okay je rumah tu tak ada apa. huhu. kodi pun kata, tada, tada apaa. saya sendiri duduk pun okay saja tada apa. hihi sila baca dalam slang india mari. yang sekeluarga aku dah terpengaruh dengan slang kodi pon aku pun tada paham dah. ayoyooo alagappas gedibasss

mula2 anak sepupu aku, eyush nak tidur dengan aku kat banglo tu. tapi bila dia dengar macam2 cerita, terus dia kata, kakak tanak tido kat banglo. kalau cikda tidur kat umah tokmi (aunty aku) baru kakak tidur dengan cikda. huhu

rumah tu sesuai buat penggambaran rumah misteri kot. sebab dalam tu banyak barang2 lama. dan gambar2 keluarga dia termasuk gambar tuan rumah yang dah meninggal. huhu. anak2 dia punnnn tak buang gambar2 tu. pastu baju2 lama arwah pun dibiarkan dalam almari bilik.

sebenarnya tak ada apa. tapi biasalah kan. huhu. lain kali nak buat guest house, biarlah barang2 personal dia orang disimpan betul2. huhu. tapi kalau ramai2 okay je kot. tak takut. tapi masih lahhhh kannn

eh lagi2 kisah seram hahaha. kata nak cerita pasal kelantan trip hihi.

tak ada pergi mana pun. sebab busy kan. sempat pergi rantau panjang, tu pun kejap coz abah rush nak balik KL. aku jadi gelap mata tengok pinggan mangkuk gelas kejadah semua kat duty free tu. nasib gak abah rush. kalau tak muflis aku.

tengah nak kumpul2 untuk rumah baru. hihi. sesiapa nak bagi hadiah harijadi (24 july) sila beri hadiah corelle corak yang bunga pink kecil2 tuuu. corningware pun okay. hahahahaha! nak makan penampar ni.

kat kelantan orang dia memang suka makan nasi pagi2 kan. hui gemok lah aku kalau dok sini. 3x makan nasik! haha! hari tu gi restoran ayam kampung. lepas tu makan gulai telur itik. ya allah sedap gila ok! dengan ayam goreng kampung garing2. dengan sambal dia. tak amik gambar la pulak. tapi tersedap gulai telur itik tu. first time aku makan. haha jakun.

aku nampak motor jual lokceng (camni ke eja entah) ala yang sate ikan tu kan. aku dah semangat nak beli. japgi kan, aku tengok dia korek2 mulut dia buang sisa makanan celah gigi kot, lepas tu hisap rokok lagi. lepas tu pergi godek2 lokceng tu. kensellll!

tapi B kata dia pakai plastik nak handle makanan tu. tanak lahhhh! geli dah. kempunan terus si gedibab ni.

terbaik woh!

okay tu je la kot. masa balik KL, sampai LCCT tu, tengah tunggu anip datang amek kita orang. datin eisya baik aje. dok gigit2 abes lencun carrier tu. ishh membantu ke kalau pakai carrier bib tu? huhu.

4 hari kan berkepit dengan datin ni. hari selasa, aku start kerja amok sakan wey eisya. kesian tokmi dia. macam tulah perangai eisya. nak cari nenen, cari mommy, nak berjalan.

alahaiiii datin datinnnnn

6 comments:

aida said...

nanti kalau cuti raya nanti cuti lama lgla pastu..ghazi dulu pesen taknak botol siap campak2 ngamuk2..BS punyela bebel kat aku pastu..

iyelah..dah duk ngan aku..memang senang lenangla aku selak je kat mana pun..xle minum botol..uhuhu..

Sue Anna said...

alaa comelnye datin pakai skirt..=)

yaNa said...

kecik2 dah pandai posing ek eisya..alahai hot datin.. ;)

ederq said...

aida: tu la kan. tu baru 4 hari. adoiii

sue anna n ina: thanks :)

dialicious said...

bestnye g kelantan teringin sgt tp takotla nak bwk nayli.i xtaula dia ok ke tak naik flight.risau!huhu.tp apa2 pon cabaran mesti bole lepas kan??cuma xle panik je.bab kenduri kawin tu pon nayli x suke kalau panas2.mmg samala dorg.masa kt rantau panjang tu dia x bising eh?smpt lg u shopping2 tu!ahaha
i ade baby carrier tp asik lupaaa je pakai.dunno if nayli nak ke tak pakai.esokla try kene cari balik.haha

ederq said...

diah: kelantan kejap je dlm 45 min. mesti ok punya. eisya nangis masa before take off. pas bg nenen tidur je sepanjang perjalanan. hihi. ok punya nayli.
eisya kalau berjalan ok je. kalau dok umah je jiwa kacau haha. tryla pakai carrier tu. baby mesti suka. tapi i risau gak sebab da lama xpki stroller hihi.