mata duitan

Monday, January 9, 2012

baby food recipe

dah lama tak update recipe food cha kan? bukan apa. setiap kali masak i tak rajin pulak nak snap kan. tapi tak apalah u ols. i share jelah ok. selamat mencuba!

oh ya sekarang cha makan banyak. tengok bowl dah licin dia nangis nak lagi. eiiii. kadang i tak layan amik dia basuh mulut, drink water. diamlah dia. hehe. tapi sekarang nasik memilih sikit. lauk nak yang setap aje. lebih suka layan oat n pasta lately.

ini budak suka buah. ada ke aritu semasa mentunggu mommy shopping kat ariani, cha and papa duduk sebelah pakcik sedang makan betik. lalu tanpa segan silu cha hehh hehhh. sambil tengok papaya pakcik tu. lalu pakcik tu berikan cha seketul. papa dah malu. lepas abis seketul, minta lagi. pakcik tu tinggal seketul je lagi lalu diberikan kepada cha. T___T

mommy kuar kedai je tengok oren2 mulut cha. haha. time kasih ye encik :)

okay recipe recipe u ols!

 dah boleh ikat rambutnya bah (terikut kak fara ni hehe)

baby bolognese

 bahan2
 any pasta direbus lama2 sehingga sangat lembut with olive oil sikit. 

bahan2 sauce:

  1. bawang putih
  2. bawang holland
  3. protein source - daging lembu or ayam
  4. tomato masak ranum
  5. italian herbs
  6. oregano
  7. celery stick
  8. carrot
cara2nya

rebus tomato, bila dah masak, buangkan kulit dan mash or blend.
tumis bawang putih dan bawang holland dengan olive oil. masukkan daging or ayam.
masukkan tomato yang dilenyek tadi .
masukkan oregano dan italian herbs.
masukkan celery stick n carrot.

masukkan air in between tu bila perlu. dah siap! tuang atas pasta tadi dah parut cheese.

baby flat bread pizza

ni before letak cheese

sapukan roti dengan unsalted butter. sapukan bolognese sauce tadi, tabur keju parut dan bakar dalam oven. setap u ols! kalau i buat bolognese utk cha for lunch salu i buat ni utk breakfast dia. dia sangat suka dan macam tak cukup je makan sekeping roti. ishh.

oh ya, i selalu setkan rotisserie at 130F bakar for 10min aja. agak2 keju cair. kalau nak bakar atas pan pon takpa. setap aje u ols!

bolognese pie

hehe emak eisya memang suka kerja mudah. masak bolognese sauce 1 hari lepas tu tukar je cara makan. hehe.

untuk ni, u ols rebus kentang putih n keledek oren, then lenyek2kan. campur unsalted butter sikit.
masukkan bolognese sauce dalam ramekin, dan masukkan mashed potatoes tadi ni kat atas. dan taburkan keju parut. bakar dalam oven. set apa eh lupa lak. bake kot. masak 180F dalam 15min.

baby tomyam

sengaja potong carrot panjang2 utk dia suap sendiri

bahan2

  1. daging ayam 
  2. bawang besar
  3. bawang putih
  4. lengkuas (ketuk)
  5. serai (ketuk)
  6. daun limau purut
  7. daun ketumbar
  8. carrot
  9. celery stick
  10. bunga kubis
  11. tomato
senang aje. masukkan semua sekali dalam pot tapi sayur2 tu laterlah bila yang lain2 dah masak. dah siap. haha. makan dengan bubur nasik. 

baby steamed fish

bahan2

  1. bawang merah
  2. bawang putih 
  3. halia
  4. serai
  5. daun sup
  6. celery stick
  7. carrot
  8. bunga kubis
  9. sedikit lemon or lime (perah sikittttt je. citrus fruits above 1yo kan. tapi kalau sikit dan dimasak RASANYA acidity dah kurang)
  10. any ikan. i use salmon or tenggiri or ikan merah
senang aje. hiris2 semua dan susun semua dalam pinggan dan kukus. eisya sangat suka ikan. pastu cium dia bau ikan ok. :p

 baby tenggiri sweet sour

bahan2

  1. bawang merah (tumbuk)
  2. bawang putih (tumbuk)
  3. halia (ketuk)
  4. tomato (kalau ada puree lagi bagus)
  5. kurma (kalau ada puree lagi bagus)
  6. celery stick
  7. carrot

cara2:

tumis bawang merah, bawang putih dengan corn oil. masukkan halia. lepas tu tomato kacau2 sampai masak. masukkan kurma (kalau tak ada puree, buang kulit dan biji dan lenyek2 aje). masukkan air jika perlu. masukkan ikan dan ikan ni kejap je masak kan. dan last sekali masukkan sayur2. dan siap.

this is cha's favourite!

baby's ayam masak tomato

bahan2

  1. daging ayam
  2. bawang merah (tumbuk)
  3. bawang putih (tumbuk)
  4. halia (ketuk)
  5. tomato (sukati nak puree or fresh)
  6. celery stick
  7. kacang peas
  8. carrot
cara2:

tumis bawang dengan corn oil. masukkan halia. masukkan ayam. masukkan tomato. air sikit. dan sayur2 sukati. da siap.

cheesy pasta
u ols leh tengok blog ummi maryam. i tiru je mac n cheese tu tapi tukar2 sayur n protein . and i guna angel hair pasta. cepat masak u ols! haha. sian cha. next time mommy buat macaroni or penne lak ok.





 chicken oat

bahan2:

  1. bawang holland
  2. bawang putih
  3. ayam
  4. kacang peas
  5. keledek oren
cara2:

tumis bawang2 dengan corn oil. then masukkan ayam, masukkan air. masukkan oat lepas oat masak, masukkan sayur2. dah siap.

oat and barley with prune and yogurt

bahan2:

  1. oat
  2. barley
  3. dried prunes
  4. raisins
  5. full fat yogurt
cara2:

blend barley untuk cepat masak. masak oat bersama barley. bila dah masak, masukkan prune and raisins. and serve with yogurt.

ha ok. tu jela dik non. TU JE ya? 9 recipe tu u ols. korang pandai2la ubah suai ikut citarasa anak2 ya. kalau baby makan blend2 lagi, blendkan aje.

nanti akak setap (budak2 eh emak2 HSFFYB panggil aku) update lagi u ols.

cau cincawwwww.

4 comments:

Unknown said...

..babe, rajin u masak,..best je tgk...I masak on weken je la..sib bek BS die masak gak..lebiy teliti dr I...

masak utk anak je ke??..utk hubby mane??..<< ayat pedas from hubby I...miakakaka

ederq said...

zihan, okla tu ur BS nak masak. my mom boleh masak. dia pun ada offer tapi i prefer to do it myself. hehe. alhamdulillah without fail, cha makan homemade food sahaja so far.
eh mcm penah kena je tu? my hubby pon sama je haha.

b said...

hi...im 1 of ur blog reader..sy nk tanya sket if ade recipe utk sy bgtau wife sy utk die masak sedap2....plssss

ederq said...

encik b, sorila ya ni utk baby je. i memang tak reti nak masak sedap2 utk dewasa. sebab apa? sebabnya hubby i tu suka komplen aje. dan dia bukan jenis makan banyak2. anak saya tak reti komplen dan makan banyak. so harap maaf sila google sendiri.