mata duitan

Wednesday, January 18, 2012

cha takut. . .

ini budak kicik,sebelum ni tak ada takut apa2 pun. dalam gelap pun dia relax je gelak2. suka betul main tutup bukak lampu.

kalau dengan anak2 patung dia pon ok aje. favourite dia of course lah let's rock elmo and her singing moo moo. kalau dengan let's rock elmo tu dia siap tau tekan lagu favourite lagi. dia skip lagu yang dia tak suka until elmo nyanyi lagu it takes two. kalau dengar lagu dia ni, geleng2 kepala sambil tunduk ke bawah dan tangan ke atas. sapa ajar tah! haha!

tapi sikalang, ini budak sudah menjadi pentakut. ini semua bermula dari ini keluarga...

makan budakkkkk

kalau nak suruh eisya duduk diam2 dalam bath tub, aku selalu bagi dia buku fish (bath book) dia tu. relax je dia baring or duduk sambil mandi. aku tataulah pegi mana bath book tu so dia kalau nak mandi tu asik nak bangun kuar dari tub aje. stress mak kau ni.

so belikan la 1 keluarga rubber ducks. ada mama dia, papa dia, abang dia, kakak dia, adik pempuan dia and adik laki dia. dengan harapan eisya akan sukalah kan.

mula2 dia ok. dia gelak2. pastu aku pegi picit.

dia terus menjadi takut. peluk aku and geleng2 kepala, nangis2.

cis! apa je nak takut kan.

esoknya aku tryla susun 6 ekor ducks tu kat tub dia. wah! silap besarlah. melompat2 hentak2 kaki dia tak nak mandi situ. fine eisya fine.

then tokmi dia dah bising suruh simpan semua ducks. aku pun simpan dalam plastik. tak tau cemana eisya boleh tau pulak. so dia nampak plastik tu dia da peluk2 aku.

tapi papa dia kan lagi jahat. dia kalau eisya melasak2 je nak pegi panjat situ sini, dia cakap. haaaa eisya, come back here. situ ada duck. duckk oh duckk! tengok eisya ni.

eisya cepat2lah merangkak balik kan. muka takut, cuak. ei jahat kan?

tapi lama2 aku fikir, to overcome the fear, kena lah face the fear kan.

so aku pun amik duck tu, main2 dengan duck kiss2 duck. sambil dukung eisya. punyalah dia genggam tengkuk aku ni ha. aku cakap, see, mommy's kissing the duck. muahhh! sayanggg duck. helo eisya, i am duckie. i want to be your friend. you are such a sweet girl.

pastu buat2 lawak dengan duck. cha gelak ok gelak. pastu aku cakap, eisya can duck kiss you? aku pun hala duck ke muka cha.

hheehhh ehhhhhhhh waaaaaa! 

okay fine cha fine.

tapi tak apalah slow2 aku train dia agar tidak takut dengan duck. tapi bagus gak. sebabnya kalau dia lasak asik nak diri depan tv, tengok tv dekat2 or asik nak pegi main bekas ubat nyamuk. aku letak aje ducks tu kat situ. konfem dia tak pegi. tapi ari tu dia nak amik remote tv kat tv rack tu. duck dok tengah2. dia laju2 amik remote pastu patah balik n duduk kat aku. aku cakap, duckkkkk tengok cha ni. dia muka risau, nak nangis dah. hahahahaha! seboleh2 dia nak pegi jugak amik remote tu!

pastu dia sekarang dah tak nangis sangat nampak duck tapi more to marah n tak selesa. sental2 kaki, hehh hehhhh dia kata. haha! macam cakap, please mom take this creature away from me!!!!

apa da cha ni.

anak korang takut apa? lama ke dia takut? korang buat cemana nak bagi dia tak takut?

 muka stress cha. muncit dah dia. :p

8 comments:

waniey said...

kelakar la cha ni.shomel.my airis suke sgt kt duck ni.terbalik plak ngan cha.airis just takut tok abah sajor.hehe..btw im ur silent reader.ske bc blog ni. :)

NURUL JAMIAN said...

comelnya cha ni la

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

hahaha..comeyyy..

bukan jangok said...

Adam dlu takut ngn hairband yg bulu2..aku bli byk2 ltk ats tangga,kt tv,kt pntu luar spya dia x masuk zon tu..dia takut kn. tp lama2 bla dia tgk eh asal aunty n nnek slmba je lalu area tu. dia dh jd brni. mula2 p usha tgk dekat2 ngn muka cuak.pastu brni dh hulur tgn kita suh pgg kn utk dia. lama2 dia amek sniri dia plak baling kt aku "eee omok omok".pstu dia lari laju2.. Bagus dia takut sbb aku bo ugut dia dgn bnda tu. Nk suh behave, amek je omok omok tu.. sikalang dia dh x takut. huhuhu

Shehan Ismail said...

comey sgt.. hannah x takut bnda2 tuh. even haiwan2. tp, beliau takut dgn orang yang pakai kostum pelik2 cm angry bird that day. hehehehe

ederq said...

hahah tq. cha muncit :p

jangok, oh now dia da tak takut la kan. ehhe tula aku tgk da makin berkurangan ni.

shehan, haha hannah takut tu eh? cha dulu relax je masa kat USS tu. siap nak pegang lagi. tapi tu kecik lagi. now ni tatau la

sha said...

dulu anak aku gila takut ngan tedi bear. siap nangih ngan dasat cam nampak hantu la. nape ntah lately ni bole ok plak. siap campak2 je tedi bear tu padahal dulu nak dtg dkt pun takut. huhu

Azealea Dz said...

haiih, awat la Alee pun x sama takut dgn duckie? would make my life easier.hehe
he will just snap back if i say..'haaaa..nanti ibu panggil pak moo-shang (musang)..haaa'. he will say 'haip' then turn away.mmg dia tak heran. haiihh