mata duitan

Tuesday, September 18, 2012

dilema pengasuh cha.

hi korang.

sekarang ni mak memang pening memikirkan permasalahan ini. my mom bukan 100% fit macam before so sebagai anak yang berhati perut, memang rasa berat hati sangat2 nak biar dia jaga eisya. kalau boleh nak dia rest aje kat rumah. bukan kalau boleh, memang kena, memang kena cari orang jaga eisya.

ummy memang kata eh ummy dah sihat dah boleh jaga eisya. cuma standby jela kalau ummy tak larat. kena cuti. tapi nak angkat cha dah tak boleh sangat. tak apa. cha baik je kalau ummy sakit selalu dia ok je dia faham je. 

alahai. masa ummy sakit tu mujur je iwan ada rumah. i cant imagine kalau situation macam tu or yang worse, tak ada orang lain selain eisya and ummy. sekarang ni ummy sapu sampah sikit pon dah gigil2. belum sihat sepenuhnya kan. ni nak jaga eisya sorang2? cemanalah.

abah tu kalau ummy ni jaga anak orang lain, sure dia dah suruh ummy berhenti. tapi sebab cucu sendiri, dia pon takde kata apa. dia pon turut sama bergilir cuti jaga eisya. 

i know bukan senang nak cari kan. lagi2 nak cari yang macam kita jaga. mana ada kan?

tapi nak tak nak memang terpaksalah. dah kita ni kerja kan nak buat cemana lagi. nak berenti kerja? huu nak sangatttt. kalau berenti kerja tapi ada duit untuk lepas bayar menda2 yang perlu dibayar tiap bulan okla kan. tapi apakan daya huhu. 


option one.maid. 

aku rasa ni best option. aku macam fikir hire maid pastu letak rumah ummy (since hubby memang maidphobic, duhhh!!) then i still ulang alik everyday dari shah alam anta eisya. ummy boleh observe maid jaga cha, maid boleh buat kerja rumah yang berat2, ummy still boleh kasi kasih sayang kat cha like usual. once a week baru maid ni pergi rumah shah alam,bersihkan rumah. takde keja sangat pun rumah ni tak ada barang kan senang je nak cuci. huhu.

hari tu dah ada dah orang offer. murah dah. tapi hubby tanak kan. lepas tu pulak, kensel pulak agent tu. tetiba xjadi pulak. tataulah.

ada orang opis aku ni offer ex-maid dia dari indonesia datang sini temporary keja with me for 3months tapi dia nak 2k/month. WAH WAHH. kau ada diploma ke apa ni? hehe. tapi dorra tu memang experienced aku tak perlu risau apa2 risk la. tapi dari segi poket nya cemanaaa heheeh.

so for now, maid option ni tinggal misteri aje. bukan senang nak cari maid kan. huhu.

option two. baby sitter

huu. kat our housing area tu tak ada. kat area kampung budiman tu my jiran cakap ada. kena tanya2. ok nanti nak amik cuti sehari dua nak focus pegi cari.

tapi kalau ada pon, haraplahh dapat baby sitter yang family background dia ok. yang jaga solat. yang sopan. yang hormat me as mom bilamana dia akan ikut my way or taking care of eisya.

pasal makan of course i will still cook everyday macam biasa. tapi harapan untuk BS tidak suap jajan dan menda2 merepek tu memang menggunungggg. huhuhu. tolongla ya allah temukan.

option three. nursery

dah call few places. besarlah harapan tempat2 yang i rasa bagus tu nak amik 19m baby. tapi apakan daya. dorang amik at least 2yo or 2.5yo or 3yo.

ada satu tempat ni, dia kata dulu memang amik below 2yo tapi JKM punya regulation sebenarnya kata 1 penjaga 2 baby (udner 2yo) je yang dibenarkan. so dorang tak mampu nak bayar gaji pekerja. so dorang amik above 2yo je.

kau cakap kat aku nursery mana ni yang ada 2 baby under 1 penjagaaaa. mana ada kan. huhu.

yang amik baby pulak, jenis kurung dalam bilik ikut umurrr. tataulah if the whole camni ke cemana. eisya dah la jenis round semua tempat nak melasak. kalau tetiba kena kurung. aduhai. kasihan anakku. 

kalau eisya dah boleh pergi playschool memang i tak risau pun sekarang. anta je.

option four. the craziest ever. 

ni tak patut masuk list sebab i totally disagree. i cant believe he even think of it. dia nak resign, balik JB, work with his papa, and bring eisya back to JB. he will bring eisya to office everyday. and mommy still kerja KL.

wallaweyyyyy! fantabulous idea ok papa! then imagine my life everyday, tak ada laki tak ada anak around. macam orang bujang youuu. balik kerja i pergi karok je la dengan my gedix and moks. tak yah fikir apa2 kerja rumah ke nak masak ke nak basuh lampin anak keee. kan?

bukan i tanak pindah JB. tapi kalau ada orang yang boleh jaga eisya, kerja boleh offer better money, why not. rumah sini pon boleh je sewakan walaupun sudah habis puluh2 ribu renovate, takpee kasi je sewakan kann.

tapi kalau takat bawak eisya pergi bengkel/kedai kereta everyday. please, dont. cemanalah tumbesaran anak aku nanti kecik2 dah kena pegi ofis.

tahla korang. mak memang buntulah. pagi tadi hubby tengah mandi pastu tetiba dia kuar toilet cakap:

hubby: nanti kan kalau eisya orang jaga, jangan haraplah orang tu nak suap makanan yang suar n salt free. 
me: i cookla like usual. 
hubby: takdenye orang tu nak panaskan just for eisya. 
me: tarok dalam termos la. ramai je buat camtuu. 
hubby: takdenye orang tu nak buat. nanti dia tipu je dia kasi je yang dia kasi budak lain. 
me: (mode naga, petir - turn ON, NOWW!!) kenapa nak fikir negative je niiii?! cari jela yang ok nanti. 
hubby: mana ada yang okay. 
me: kita usahalah. kalau tak ada tu lain cerita tapi takyahlah nak negative je. 
hubby: tak ada punyaaa!
me: kalau ada cemana? 
hubby: shut toilet's door bla bla bla. 
me: grrrrr. blah gi keja terusssss

so annoyingla this man. mak tau noks mana ada sama macam kita jaga. tak yah nak set standard tinggi sangat. cuba je yang terbaik. dahla anak aku ni pakai cloth diaper la pulak kan. tu lagi satu tu. tapi kalau susah2 sangat dia tanak cd, tak apalah beli jela dd. apa pening2. pasal makan tu kita dah siapkan awal2, kasi suap je takkan tak boleh huhu.

memang eisya ni i still jaga makan dia tapi at the same time i dah terima hakikat dia dah 19m lagi 5m nak 24=2yo. so takdela i sangat risau compared to masa dia baby2 dulu. cuma yang paling pantang menda yang ada MSG, jajan sume tula. tu boleh buat mak jadi naga noks. kalau food kita ni aa garam sikit tak pe lagi mak boleh jadi emak yang bertoleransi lagi walaupun dalam hati, hew hew hewww.

woo. kan besh jadi housewife huhuhuuuu. tapi nanti tak ada duit pulak cemana. i jual nasi lemak je la. cha teman mommy masak n jual2. wahhhh sedap ke nasi lemak kau masalahnyaaa?!!

hehee nak jadi housewife nak buat bisnes apa tatau. takde bakattt. 

okayla udah udahla pening2. harap dapat solve problem ni ASAP!






6 comments:

mrs.spicy said...

masalah! pening gak bc post ni..mmg 1st option terbaik

Anonymous said...

ederq keje kat mana? sanggup bawa cha sampai taska kat jln duta? baby sy hantar kat sini.. so far sangat puas hati wpun dia letak dlm bilik ikut umur.. tapi bab makan n aktiviti.. sangat puas hati...

ederq said...

anonymous, please emel me boleh tak? please pleaseee. iedadanial@gmail.com
i keja kat damansara heights. mmg lalu jalan duta u.

yaNa said...

aku penah dgr gak pasal taska kt jalan duta tue..taska dia bagus dan xtvt yg dia sediakan pon best..harap2 pn anonymous tue dpt bantu ko..gud luck!

anta cha kt org nie aku x bape setuju sgt..kalu dia cha sowg mgkn bleh elak dr disuap mcm2..sbb dia fokus kt cha sowg sajok.. ;)

dialicious said...

i rasa kan drpd u pening2 pikir makan tak terjaga lebih baik risau dpt babysitter yg tak jaga keselamatan anak cth biar bdk masuk dlm toilet seme tu..lagi ngeri!!Huhu mmg i agree below 2yrs kene ada personal guardian utk monitor dia.sementara u try jela cari keje kt jb eisya bole praktis maasuk opis..terus matured..hahaha

ederq said...

diah, tulaa memang ngerila. skrg eisya dah almost 2yo so takdelah risau sangat pasal makan tu. tapi still risau lah haha.
xpela nanti kalau u ada jumpa maid nak kerja bitau ok! dulu masa u tanya time tu tanak pulak i kan. huhu rugiii