mata duitan

Monday, November 26, 2012

JAYANNNNN

hehe. sampai sekarang ummy dan aku suka cakap jayan instead of giant. hehe. ni sebab dulu ada kawan aku masa practical, ayah dia sebut giant jayan. masa mula2 dia sebut tu we ols macam blur.

ohh dok UDA ni senang kan dekat dengan JAYAN.

oh okkkk GIANT kekdahnyeeee.

rindu pulak pakcik ni. hehe. illyana isa where are you now? masa practical kat SAJ dulu kiteorang rapat. pastu tidur rumah dia kat kota tinggi, i tertinggal spender dalam bilik air dia pastu mak dia basuh. wakakaka. keji dan memalukan k. tapi family dia baik sangat2. rasa ralat tak keep in touch lepas abis practical huhu. yana pon panggil ummy i ummy je. kalau ada sedara single memang i berkenan budak ni jadi sedara. hehehe.

ehh melalut pulak kann.

padahal nak share gambar cha masa kat JAYAN je pon.

kikikikii.

 eisya adelea at giant kota damansara

ni tempat wajib setiap bulan la. menyopping groceries. eisya jangan haraplah nak dok dalam trolley lama2. tengokla dia angkut kerusi la apalah. sampai tempat fruits paling excited. mommy! nak owen! nak ataayen(watermelon), nak epal. semua nak k. dahla nak makan situu jugak. so memang kena bawak bekal buah sentiasa.

wajibbb kalau pergi giant KD ni kenaaaa main kat sini. minimum rm2 abis. tapi kadang rm4. tu pon dia nak lagi nak lagi. takde makna nak melayan k. cukup cukuplah tu eisya.

dia paling suka yang mcm airplane tu. tapi last week dia nak main yang motor pulak. tapi kejap je dia main, mommy papa yang excited lebih hehe.

tu je nak cerita. hahaha. tolongla pasal jayan je. penat je korang baca hahaha.

muah muah babaiii

Monday, November 19, 2012

21

selamat 21 bulan sya.

10 perkara mengenai eisya adelea 21bulan:

  1. kenal cerita adam dan hawa. dia panggil aku cinta aku cinta!lagu siti dan hafiz tu dia suka sangat siap nyanyi2. aku cintaa ada hatikuuuu. mari salahkan tokmi ye. mommy tak tengok cerita ni haha.
  2. kalau tengok tv, dah pandai response. kalau mickey suruh cakap the magic words - miska muska mickey mouse tu dia cakap miska miska mickey mouse! kalau mickey suruh cakap oh toodles (ke apa eh? mommy main tulis je ni) dia pon respon oh tude! kalau nyanyi ABC or 123 pon dia ikut sama. kalau joget Hi 5 apatah lagi huhu. yg dia suka yang L.O.V.E tuu.
  3. bukan cartoon jela dia ikut. cerita drama pon la. tu yang malas tu huhu. dahla suka tengok marimar. T__T ummy kata dia suka tengok anak marimar yg comel tu. haha whateverla cha
  4. dah pandai cakap please. masa tu dia minta i basuhkan tangan dia tapi i tengah tangan kotor. so i asked her to ask kak siti instead. dia pon pergi kat kak siti, kakak syiti, yash pis. (wash please). alahai bila dia pandai cakap please tu i macam cair hehe. semoga dapat dikekalkan sampai besar ye sya. 
  5. kalau dulu tengok orang nangis dia ejek, eii nanis nanis. now dia cakap don kai pisss! (dont cry) siap buat tangan no no tu.i pon tak perasan i ada ke buat camtu. first time dia buat masa i pura2 nangis lepas kena pang dengan eisya secara tak sengaja hehe.
  6. kalau dia dalam situasi pelik je dia kata - AIK? 
  7. kalau sakit, mesti nak cakap aduh. aduhh, syakitnyee. macam makcik
  8. kalau tengok menda macam kagum mesti kena cakap. wow or wah or aaaa or mmmmhhh. woww banyaknyeeee car! wowww cantiknyeee. 
  9. sesuka je nak offer orang kungkung dia. selak baju pastu tanya nak kungkung? ayomaaa!
  10. makin kuat tantrum. runsing jugak. kadang2 memang mommy jadi naga je. haih, kurniakan kesabaran lebih sikit ya allah. sekarang dia tau kalau dia buat salah je i kurung dalam stor. tapi tak pernah dapat kurung pon, baru je letak dia cakap, mommy ai shayi mommy piss pisss. (i'm sorry mommy, please). so sekarang kalau dia mula nak jerit2 amok tu, i tengok je dia. terus dia kata, syetor? sya tanak.
 tengok gambar bawah tu. dia offer kungkung.
ok bye! have a good week ahead peeps! :)

Friday, November 16, 2012

playdate at munie's place

mula2 ingat nak dating dengan munie and marisse je sebab nak pass birthday present isse yang dah berkurun disimpan. haha. and munie nak kasi MGP cloth diaper cha sempena akikah cha ritu. pastu ajaklah yang lain2. lepas tu mula2 ingat nak pergi playgym je. lepas tu munie ajak lepak rumah dia, dia nak masak nasi ayam and pavlova.

i made nasi goreng kampung for kids. eisya makan banyak. before keluar rumah makan nasyi goweng. dah sampai pon makan. petang tu munie suap lagi dia tumpang makan jugak. tapiii i lupaaa sangat pergi letak telur huhuhu. hope mimi and fitri okay makan tu. :'(

i pergi bukit jalil dengan eisya and siti. hubby kat tengah laut. eisya kalau dok car seat sekarang okaylah behave je. tak pun tidur sendiri. kalau i drive tapi orang lain riba jangan haraplah okay. drama pilu sepilu2nya nanti.

so dr munie masak nasi ayam. lepas tu tengok pavlova takde ponn. rupanya munie nak buat there and then. bagus! boleh belajar kan. hehe. senang kacang je rupanya okkkkk. dahla sedap munie buat! i have tasted few pavlovas before. yang ni paling sedapp. selalunya yang lain tu manis terlebih. nanti kalau rajin, nak try buat! haha. siap cakap kalau rajin tu. sebab taknak beri harapan palsu kepada diri sendiri kikiki.

eisya had so much fun. marisse ada banyak toys so semua babies excitedlah main. dahla isse sporting je tak kisah pun orang lain main toys dia. kalau eisya???? mmh i kena buat playdate kat rumah i pulak pasni supaya eisya belajar share toys. sekarang dia selalu tunjuk toys dia tapi bila orang pegang dia marah. sabar jee.

yang join that day selain munie and myself - kak farah and mimi, maghfarah and maryam and biras and baby, aina and the boys. anak2 aina je boys lain semua girls kan. mula2 faris and fitri masuk terus ralit tengok upin ipin. eisya tiba2 tegur abang! abang, ai shayi (i'm sorry) tetiba im sorry kenapa tah kan.

masa tu faris malu2 lagi. lepas tuu haha. barulah berebut2 toys. masa dia jerit tu semua girls terkejut k. ahhaha. baru korang tahu yeee. tapi faris comel la orang tengah cakap tetiba dia kat tengah depa tangan jangan gadola. hahhaha. comel sangat pleasee. fitri baru dapat kaki. alahai comellll terkedek2 camtu sambil bawak toys. tahan je ni tangan mak nak cepuk bontot dia kikiki.

kak farah siap bawak fresh fruits and veges and juicer. macam2 dia letak dalam tu. and the taste was not bad at all. ada kailan, peria, ginger, apple, guava etc. kak farah macam dah kurus berbanding dengan last time i met her. whoahhhh. kena buat jugak ni. tapi haku ni dasar nak makan jugak. mampu ke nak tahan dengan juice jeee? kak farah cakap campur wheat germ untuk rasa kenyang. huhuh. bila aku nak determine betul2 nak kuwus niiii.

maryam minum juiceeee! so effortless! bagus betul budak niii. eisya minum buat muka pelik kikiki.

mimi and cha berak. so tandanya dorang suka dan selesa dok situ haha. cha banyak kali tukar baju kencing berak cukup lengkappp.

all kids were happy. tak ada siapa pon nangis. semua busy main.

insya allah lepas ni i nak buat playdate kat rumah i pulak. tapi tunggu lepas dining table sampai k. haha yela selama ni makan atas tikar je u ols. kesian kan hehe.

oh yes before kak farah left, she hugged everyone. masa kak farah hugged me i can feel her love ok. she gosok belakang badan kita and i felt so calm anda rasa nak hug dia longer. haha. i think i should do that to everyone, hug and gosok belakang cos it feels so good. i always do that to eisya and hubby. but not to others including my mom. huhuh.

hug more pleaseee!
anywayyy.....

gambar gambar that day :)

 babies!
 mimi having ataayen (watermelon)
 haha chaos!
 cik maryam baru baik demam
 busyyyy
 juice!!!!
 maryam bagusnya!!!!
 nak lagiiii please munieeee
 budak makan banyakk
 betum betum betummm
 kakak eisya and baby maryam :p
 slidesss
 happynyaa cik chadelea
 we met online je. tapi macam dah lama kenal je kan :)

“Friendship is born at that moment when one person says to another: "What! You too? I thought I was the only one.”
C.S. Lewis

so true! hahaha! so us haha :)

Monday, November 12, 2012

kakak syiti dan kakak septi

kakak syiti.

nama dia siti sarah, umur 20tahun. lepasan STPM. anak sepupuku. tapi ni baru first time we ols jumpa ok. tak rapat dengan family dia, mungkin sebab dorang orang susah. tak ada kenderaan nak balik rumah nenek kita orang. huhu kalau tak sebab eisya, tak jumpala sampai sudah huhu.

mula2 ummy tanya2 mak dia kalau ada kenal siapa2 dari kampung dia kat bachok tu nak kerja maid. lepas tu dia offer anak dia ni. so okaylah we try la dulu. sementara dapat maid indon kan.

turn out to be she is very very quite. tanya sepatah jawab separuh patah. haha. cha yang banyak tegur2 dia. cha kan peramah. mak dia suruh pergi jugak sebab nak suruh bergaul2 dan tak pendiam sangat. hehe. rumah my mom dahla banyak jantan2 kan. lagila dia malu huhu.

then cha okay je nak main2 dengan dia tapi tanak tukar lampin/mandi dengan siti. sampai dia tampar2 siti. geram pulak aku k. tapi time nak jalan nak keluar ke, nak minta tolong ke, mesti - kakak syiti???? come here! kakak syiti ketot ke??? hehe. malu budak tu. kalau tengok tv mesti paksa kakak syiti tengok. kakak syitiii! nenok mickey mouse!! kakak syitii nenok nii. tayooo!!! dah tak pasal2 siti dah kenal kartun disney junior haha.

mungkin masa tu ada tokmi kan. so harapnya bila aku or tokmi tak ada cha ok la. tapi ni, siti kata nangis jugak k. tapi time tu jela. time lain okay je happy je.

pasal kerja rumah tu. kena suruh kena ajar. lagipun sedara, takkan nak arah2 sangat kan. cuma aku dah bagi jadual. so pandai2lah. nak expect dia tip top macam maid indon tu taklah sebab dia sedara lagipon tak biasa buat kerja rumah kan. cuma aku notice she is getting better and better lah from day to day. takpelah yang penting dia jaga eisya. slowlylah.

aku ada suruh dia mesra2 happy dengan eisya. sebab eisya suka orang camtu. pastu nampaklah dia try.

kalau ikutkan, kalau dia tak dapat lagi rayuan U tahun depan ni, kalau dia nak duduk dengan aku jaga cha. duduk jela kan tak yah amik indon. tapi dengan syarat eisya nak dengan dia. huhu. tapi tengokla cemana. laki mak approve ke tak ku tatau. 

kakak septi

nama dia septi apriyani. umur 17 tahun. okayy. ni patut maid aku tapi sebab cousin aku nak urgent so aku bagi dia dulu. ingatkan umur 17 tapi dia paspornya umur 25. akan tetapi kedua2 KTP (IC) dan paspornya umur 17 donk. 

waduh gimana ini. nggak bisa bikin permit sebab under age. so aku kena pulang balik kat agen. tapi aku nak pakai dulu 1 week. sebab eisya suka pulak kat minah ni. sikit2 kakak? kakak?

ni semalam agen kata nak amik dia malam ni tapi aku minta nak pegang dia lagi sampai weekend ni. tengoklah cemana. aku bagi tau dia pagi tadi dia kata. oh jadi gimana ya kak? saya lagi kasihan sama aisya.

bila aku beritahu dia, kamu ini tidak akan dapat kerja secara sah di sini septi. umur kamu 17 memang nggak bisa bikin permit. dia nampak runsing tapi aku tataula dia faham ke pasal permit ni.

walaupon ni first time jadi maid. budak ni boleh dengar arahan dengan bagus, rajin, tak banyak cakap, solat, bersih dan cepat pick up kalau ajar. so aku rasa kalaulah dia umur 21 tahun memang aku nak aje budak ni jadi maid aku.tapi kalau tak boleh buat permit tak nakla akuu. kang tak pepasal je kalau apa2 kan.

tapi tulah, macam yang kita semua sedia maklum. never percaya 100% sebab indon pandai berlakon kan. tapi harap2 okaylah budak tu. haih kesian pulak. berenti kerja kilang kat jakarta lepas tu datang malaysia camni pulak kisahnya. huhuhu.

tapi kelakar. first day dok rumah umy tudung tak bukak. kerja pon tak bukak. second day bila dia da biasa2 dia bukak tudung. lepas tu dia tengok aku pakai short agaknya dekat rumah. dia pon lepas mandi tukar seluar paras lutut. haha. ummy pesan kat siti. suruh cakap kat dia nanti bapak marah. haha lepas tu dia tukar seluar panjang. dia kata. saya di indonesia sebetulnya tak pakai tudung. hehe. masa pergi buat kerja rumah aku pulak pakai tudung tak bukak sebab ada adik ipar aku kan. masa bawak pegi jalan2 MV semalam pon pakai je tudung. tak kisahlah dikkk. haha

so today tokmi and tokbah dah sampai china. so this week. eisya dengan budak berdua tu lah. takpela cha. prektis la k. janganlah clingy sangat. huhu

kakak eisya

haha tetiba kakak. yela selalu dia suruh aku panggil dia baby. tetiba dia cakap ritu, mommy ni kakak!
eisya jangan macam2 yeee.

aku rasa eisya dah tunjuk gaya budak manja sebab duduk dengan tok. dia kalau duduk rumah tokmi kemain eksyen and suka tantrum kalau tak dapat apa2. kalau duduk rumah we ols better. dahla nak tidur malam susah. kalau rumah kitaorang. kul 9 tu dah selamat. tapi kalau rumah tokmi?? tahan selagi boleh k. kalau dah masuk bilik tu kemain banyak alasan. nak air, nak mamilk, nak tokbah, nak ayahsu. nak tokmi. semuaaa dia nak k. last2 papa tinggi suara. EISYAAAA! TIDURRRR. terus tukar kemahuan - nak kungkung mommyyy. haishhh.

tapi sifat clingy dia dengan mommy adalah merunsingkan huhu. even kalau pakai carrier (ayin pinjamkan) ponnnn dia nak mommy carry. tu pon kejap je. dia kata nak kuar nak kuar! bukak niii. tanak niiii.
huu so tak boleh beli ke ergobaby niiiiii....

pagi tadi tinggal tak nangis sebab rasuah dengan coloring book and color pencils. dia yang pilih nak coloring book mickey. sebenarnya dia nak meja study mickey. masa tu dia pegi tengok dengan papa dia. bila dia datang kat i dia kata, sya nak mickey mouse. bila tanya mana? cuba eisya tunjuk mommy. dia pon lari2 pergi cari kat jusco tu. dah jumpa, dia duduk situ dan cakap nak mickey mouseee! i cakap mommy tak de duit nak beli cha. mahal ni rm300 k. nakkkkk mickey mousee!!! OMG she is really growing up. then i cakap, okay let's buy something with mickey mouse but not this table okay? dia terus bangun cakap okay! haha not that she understands completely. tapi kelakar je tengok. haha. dari rm299 last2 dia pilih coloring book yang harga rm4.50 je hehe. color pencils pon masa beli the other day beriya nak yang kotak mickey. i managed to convince her tu tak berkualiti! beli luna je kkk haha. eh ke faber castel i beli. tah tak ingat. haha. sharpener pun nak pilih sendiri kaler blue (sebab kaler tayo kot?) tapi i beli yg exam grade punya haha mommy ni boring kannn.

haih cha. besar dah anak mommy. harap okay jelah nanti duduk dengan sapa2 pon. bibik ke kakak syiti ke. takkan nak harap tokmi je. mommy penat sangat berulang alik huhu.

tadi ada call ada daily maid nak rm650, weekdays only tapi taknak pergi shah alam. nak pergi rumah ummy je kat sg buloh. then dia kata paling awal boleh datang pukul 730. mana boleh huhu. kena datang 630 sebab i 645 or 7 dan nak gerakk. huhu macam2 hallll.

okayla tu jela. tujela kononn. padahal panjang gila ni bebel hahaha.

ok bye! u again (gaya kakak cha - see u again)



Friday, November 9, 2012

Nursing In Public

Wah isu hangat sekarang ye. mula2 kat Galaksi TV9, lepas tu Mix FM lepas tu si Mantot blogger tu. Aku tau pon dari sharing2 kat FB tu la.

Ramai BF moms yang emo. termasuklah aku ni haaa.

Alahai ni never ending issuelah. ada orang yang akan sokong NIP, ada orang akan tak suka sampai mati (macam mantot) dan ada orang akan tak amik kisah pun.

semua orang ada hak masing2. fine.

NIP adalah perkara biasa bagi aku. anak aku bukan jenis yang melalak slow2 di khalayak time lapar. especially masa dia baby, sebelum 6 bulan time belum makan.dah lapar camtu, nangis pon to the max lah. orang2 sekeliling mesti tengok kau buat muka keji macam kau tak reti jaga anak. agaknya dorang ni masa kecik tak pernah nangis kot. takpe nanti kau ada anak kau tahu cemana.


masa holiday kat Singapore masa tu cha 5m++ masa tu dia memang kuat susu. so aku nak jalan2 memang kejap2 kena kasi je kalau tak dia memang jeritan batin macam tak dapat susu setahun! and kat singapore pon, masih je ada pandangan pelik aku dapat. bukan kat malaysia je. yaya kata kat london pon sama!

dah lepas 6m, boleh makan aku boleh delay dulu nak cari pot sesuai dengan kasi snack dulu kat dia. sebab tu pergi mana2 selain dari bekal main meal eisya, aku akan make sure ada makanan yang dia boleh kunyah2 contoh buah ke roti ke biskut ke. sekarang dah besar ni sebab eisya dah minum fresh milk, kalau kebetulan ada lalu kedai tu beli je sekotak kecik. FM memang tak pernah bawak time jalan2 sebab eisya mana suka FM kan. so kalau orang yang fully BF memang bawak badan jela kan. kalau EP moms lagi tabah, bawak pump.

tapi eisya ni, buatlah apa pon. kalau dia dah kata nak kungkung shushu mommy. dah selak2 tudung mommy, tepuk2 kungkung mommy tu. aku memang kena segera jugak kasi.offer air ke, food ke. tanakkk dia.

so, nursing cover? yes it helps a lot. baju yang sesuai untuk nurse? yes it helps. tudung pun boleh bantu cover kalau tengah tak pakai nursing cover.

kadang2 kalau aku tak pakai nursing cover, laki aku akan cover dulu dengan kain lampin ke apa ke masa nak bukak tu pastu bila dah make sure tak nampak apa, baru bukak. yelah eisya dah besar sekarang mana nak ditutup dengan nursing cover. tangan pun asik merayau2. so memang kena berhati2. pakai baju yang sesuai. praktis kat rumah dulu nanti lama2 dah expert.

alhamdulillah so far aku tak ada masalah tetek terkeluar masa tengah kungkung eisya. masalah orang tengok2 tu biasalah. tapi aku buat tak tahu jelah.

aku ingat lagi aku pernah NIP eisya masa tengah shopping kasut. budak yang salesgirls situ siap carikan aku tempat (bukan tertutup sepenuhnya tapi mengadap dinding) aku duduk dan BF. pastu laki aku amik kasut2 yang dia rasa aku berkenan and pakaikan kat aku test. after trying few pairs ok done. terus beli. masa tu adik ipar aku pon belum sudah pilih haha.

syukurlah dapat husband yang faham dan support. (dan tak pervert lalalala)

aku dah tengok ramai orang NIP. sama ada pakai cover ke tak ke, memang expert je dorang tak ada dedah apa2.

tapiii

tapi aku memang pernah nampak 2 orang wanita melayu bertudung, NIP dan nampak sikit tetek dia. mmhhh... aku tak tau dia sengaja ke dia tak perasan ke apa. dan aku pasti orang lain yang tengok akan tak selesa. so mommies, pandai2lah ya.

eisya, lain kali nak BF elmo cover ok. nampak perut tuuu. :p

sebab2 camni kot yang orang marah or tak selesa. tapi tak yah kecoh nak cakap NIP walaupon covered adalah tidak menselesakan ok.


tapiiiiii kebanyakan orang yang tak selesa ni punya pemikiran pelik. contoh:

  1. kalau NIP tapi kat kampung2 takpe. bandar tak boleh
  2. kalau NIP, tetek cantik tak apa jugak. ini huduh tak yah la tayang
  3. kenapa nak NIP, bawak jela botol. bancuh je
  4. kenapa nak NIP, kenapa taknak pergi baby room
  5. kenapa tak ada perasaan malu?
ala banyak lagi. aku dah malas nak jawab persoalan macam ni. biarlah dorang ni dengan dunia dorang.

we mommies do what we need to do.

nak buat cemana kan kita hidup dalam dunia yang orang tengok perempuan pakai dedah lurah tetek adalah menselerakan manakala perempuan yang menyusukan adalah jijik. 

kalau orang yang tengok orang menyusu nak imagine tetek, menjadikan tetek yang mengandungi susu sebagai makanan anak tu sex symbol, sila ketahui kau adalah orang yang bermasalah.

kasihan sangat2.

so go fix yourself. 









 and nursing in bathroom? i would never ever do that to my baby. would YOU eat in a toilet???!





Tuesday, November 6, 2012

Kisah Mek Cha Suka Kentut

Mommy dukung Eisya sambil berbual dengan orang. Eisya kentut Potttttt. Mommy tak perasan pon tapi,

Eisya: Mommyy!!!!!
Mommy: bla bla borak dengan orang
Eisya: Mommyyyy!!!! (sambil pegang dedua pipi mommy)
Mommy: yerrr apa? bla bla borak lagi
Eisya: Mommyyyy! Sya ketot!!!
Mommy: Bla bla borak lagi
Eisya: Mommmy! Sya ketot!!! sambil tepok2 bontot dia.
Mommy: Hah? oh okayyyyy. sya kentot??
Eisya: busyukk! (sambil buat muka busuk)

Mommy lepak tengok TV. Cha tengah buat sepah. Ayahsu dalam bilik. Ayahsu pon kentot kuat.

Eisya: Lari ke bilik cepat2. Ayahsyu ketot, ke?????
Ayahsu: Mana ada.
Eisya: Ayahsyu ketot! Tepuk2 bontot ayahsu.

Eisya dah mamai2 dah pejam mata nak tidur. Mommy (or Papa, most of the time) kentot kuat2. 

Eisya: Buka mata. ketot! ketot!
Mommy: Mana ada. tidurrrr. 

Eisya tengah buat sepah, mommy tarik kerusi meja makan nak duduk. bunyi macam kentot kan bila kena seret tu.

Eisya: Mommy ketot ke???

Mommy: Mana adaaa. tu bunyi kerusi la cha.

Dalam kereta, in long journey. Eisya bosan. 

Eisya: Tokbah ketot. 
Tokbah: eh mana ada. 
Eisya: busyuk.
Tokbah: Sya cakap. Eisya
Eisya: Syia
Tokbah: Suka
Eisya: Syuka
Tokbah: Kentot!
Eisya: Tak. Tokbah.

T_____________________________________________________________________T

Pengajaran dan amaran keras: JANGAN KENTOT DEPAN EISYA ADELEA!


awak ketot keeee?

Wednesday, October 31, 2012

my teething princess

Selasa, 23/10 - Eisya mula tak selera makan.Yela nak naik gigi kan. tetiba dia mentahi cair. loose tool tapi bukan diarrhea. mood dia okay je playful je cuma nak bertempekk. kalau ada i. bertempek dgn i. kalau i takde, dia tempek kat tokmi.

Rabu, 24/10 - Still the same. :(

Khamis, 25/10 - Demam dah kebah tapi still bertempek mode. eisya dah menkurussss.

 not eating any!


sponge sponge sponge. boleh senyum lagi ni.

 Jumaat, 26/10 - Balik JB. Arrived dalam pukul 9am camtu. mandikan cha, nak pakaikan baju. dia nampak sangat mengantokkk dan lemah longlai gitu. macam mata tu susah sangat nak bukak. i went to kitchen prepared her breakfast tapi eisya nak mommy nak mommy.

minum air kosong, pastu tiba macam dia terbatok, lalu termuntah macam air terjun. oh my. she tak pernah muntah like that before. dia pon macam pelik, apa ni kan. masa kat toilet tu i told her to muntah jangan takut. mmh baju raya pakai 10minit je ye. baju raya mommy pon bau muntah eisya hehe.

lepas muntah :(
 
Sabtu Ahad, 27/10, 28/10 - sampailahh hari Ahad tu eisya still moody, clingy and easily upset. kesian sangat. rasanya sepanjang hidup eisya ni, ni lah paling cranky sekali masa sakit. ada one time tu kelakar, i dudukkan dia baring. i dirikan dia baring kat karpet. macam letihh sangat all she wanted was sleep. pastu garang kemain. nenek atok baru je nak main2 tapi dia tak de mood. selalunya dia sakit pon tak adalah upset camni. tapi bila bawak jalan okay je mood dia. haha.

masa jalan2. ni la muka dia kalau suruh smile :)

masa tu balik JB bawak DD*, tak banyak bawak CD**. sebab nak abiskan yang beli ari tu masa anta cha rumah meeza. dia kan berak cair sikit nak tumbuh gigi ni. so ada merah2 sket la. pakai DD macam melambatkan pemulihan. sampai ada 1 time tu i nak pakaikan mamypoko tu. dia tolak2 cakap tanak tanak. pastu dia amik CD cakap, apin apin (lampin). okayyy dia pon tau agaknya pakai dd tak selesa. huhu sian anak mommy.

Isnin 29/10 - Alhamdulillah. eisya dah sihat. dah selera makan. dah happy. dah playful. back to her normal self. tokmi cakap membuas macam biasalah.

kalau mommy nak gi kerja sekarang pon da kurang drama swasta. asalkan i dukung dia before gerak bawak keluar jap, pastu dia cakap mommy yerk (work) pastu cakap syawam, kish mommy (salam, kiss) pastu okay bye! u gain (see u again) dia cakap ok bye ni stylo abis. 1 harakat je bye dia tu. nak suruh tokmi buat susu ke amik food pon camtu. ok bye! tetiba je

kalau i balik kerja pon dia faham dah sekarang. dia pergi salam and kiss semua orang kat rumah tokmi, and ajak i balik rumah kita orang.

sekarang dia nap siang sekali je before lunch. so malam dia tidur kul 8 selalunya sampaila pagi esok. tak sempat nak main dengan dia lama2 after work huhu. tapi okayla she gets enough sleep.

biasalah tu kan nak besar mesti ada sakit sikit2. bukan sakit banyak pon tapi clingy lebih. i rasa sebab ni nak naik gigi taring. gigi taring dia tajamm gila ok. pedih kot gusi tu nak pecah. masa nak molars relax je tak demam pon. tak cranky pon. cuma berak cair sikit je.

mommy cha bengang gak ah dengan papa diaaa. kerana masa cha cranky tu dia blame i cakap i manjakan anak sampai jadi ngada2 camtu. eiishh dah budak tu sakit kan memanglah cranky! orang laki ni memang kurang kesabaran sikit kalau part anak sakit or cranky. grrrrrrr.

eh ehh. mommy cha ni membebel pulak kannnn. sekarang mari bersyukur eisya dah sihat.

masa ni ketawa terkekek2 mommy buat funny faces

 
love u syiaaaaa...

Monday, October 29, 2012

Yaya's preloved baby stuffs



Hola! iI'm helping my babe to sell her some stuffs. rasa macam ada lagi tapi belum dapat pictures.

FOR SALE!!!!!!


Item: Rainforest Peek-a-boo Musical Mobile
Brand: Fisher Price
Condition: Good used condition (with original box and manual)
Price: RM 180

Manufacturer Description: 
This baby mobile’s shiny leaves wave gently up and down while a smiling dragonfly plays peek-a-boo to musical accompaniment! Other rainforest friends join in the fun, dancing and twirling as the mobile spins around. Use the remote to start classical music from Bach, Beethoven and Mozart. Or, baby can listen to soothing sounds from the rainforest! When it’s time to remove the mobile from the crib, convert it to a music box with soft, glowing night light so baby can enjoy sweet, musical dreams for years to come. The Rainforest™ Peek-a-Boo Leaves Musical Mobile™ features 3 soothing settings for baby: music, motion and lights; music and motion; or music with night light.

Batteries for musical mobile: 3 "D" (LR20) alkaline (not included)
Batteries for remote: 2 "AA" (LR6) alkaline (not included)

 


Item: Snuzzler -Complete Head and Body Support
Brand:Kiddopotamus
Condition: Good used condition (without box)
Price: RM 50

Manufacturer Description: 
·        Separate Head Support adjusts upward as baby grows for a custom fit in all seats. Head support can also be used on its own. 
·        Soft Body Support Cushions provide ideal support for proper posture.
·        The Snuzzler keeps baby stable and comfortable in every seat. (Car seats, strollers, etc)
·        Crash Tested for Safety.
·         REVERSIBLE for Two Looks - easily reverses from plush ivory fabric to smooth cotton fabric. 
·        Machine Washable
 
any queries, please shoot an email to YAYA - yayahanim@gmail.com

Tuesday, October 23, 2012

20 months

20months eisya

alhamdulillah. sihat dan ceria sokmo eisya adelea ni. macam biasa je eisya sekarang. cuma makin banyak mulut bebel2, makin lasak, makin bijak, makin manja kededek, makin suka tantrum. fewhhh

clingy...

dia memang peminat nombor satu mommy. nak berkepit aje. tak pun, dia nak i duduk dekat dia teman dia main ke tengok tv ke apa ke. kalau i masuk dapur masak ke, nak kencing ke berak ke. confirm meraung. kadang2 malam2 i nak bangun kencing pukul 3am pon selalu berkesudahan dengan raungan dia di malam hari. mommy.. mommy... sian papa terjaga terus. kena pujuk.

kalau jalan2 pon nak mommy dukung. nak mommy tolak stroller/trolley. ayoma ayopa!

emotional expression...


sekarang dia dah tetiba pandai nak pukul orang. especially papa. kalau dia tak dapat apa yang dia nak, dia cakap pukul papa pukul papa. sambil tangan tu kecepekkk kat muka papa dia. kadang hubby buat2 ngadu, mommy! tengok eisya ni. dia nak pukul papa. 

i senang je nak marah budak ni tak yah jerit2 or naik tangan. i tenungggggg je dia dalam2. dia terus tunduk. pandai pulak cakap kiss papa kiss papa. ai shayi (i'm sorry)

tahu takuttt. kadang dia tukar topik. nak tengok bird la, ajak kuar la apala.

tapi risau jugaklah kan tetiba dah pandai nak pukul2 ni. i rasa sebabnya adalah. dulu2 kalau dia dengan papa dia memang dia ngada2 sikit. dia selalu kecepuk2 muka dan kepala papa dia. dan papa dia akan cakap, ha pukul papa eh? dari situla kot dia tetiba reti cakap dan pukul. so we ols kena bagi tahu dia lah menda tu salah. harap lama2 dia fahamlah.

tapi sekarang dia memang kat stage tu la. stage ekspresi marah. tak dapat apa2 jerit, baling2 barang kadang tu. guling2, hentak kaki.

fewh memang menguji kesabaran. hehe.

yang penting jangan label anak degil/tak dengar kata/nakal etc. dia tengah develop emotion dan belajar luahkan perasaan dengan pelbagai cara. nak perhatian pun ya. maka kena bijak la nak kawal. kadang tak bijak jugak makpak eisya ni. sebab geram kan. ada jugaklah saat2 mommy dah nak sembur api naga. belum sembur lagila tapi. papa memang dah, biasalahh heheh.

tapi my mom kata kalau me or hubby tak ada eisya pandai bawak diri. tak adalah ngada2 sangat. i balik je the moment i step into the house dia terus on button mengada dia. nampak sangat dia nak kita bagi attention lebih kan. manja okk. 

pelawak / cakap macam2...

tapi all in all. suka tengok dia membesar. cakap macam2. kadang2 tak faham dia cakap apa. layankan je. kentut pon nak bagitahu orang. mommy!! sya ketut! sambil tepuk2 diaper dia haha. malu la jugak kadang kita kentut dia cakap eii ketuttt! sambil gelak2. kalau depan orang, jatuhlah saham i okay. eh ada lagi ke saham? muehehehehe.

sekarang panggil susu bukan kungkung je. kungkung shushu mommy. kungkung shu otom. (susu botol). dahla kalau BF dah pandai nak pilih. nak belah mana, nak kungkung syini.. 

semalam dia terjaga dari tidur tu, tetiba dia kata nak shushu! ha pandai pon kan cakap susu je. mana datang kungkung pon tatau.

ari tu kelakar, i nak keluar. lepas siap2 tu i grabbed my handbag and ajak dia turun bawah. pastu i tunggu dia kat tangga, she was still busy at my room. nak main mekap la apa lagi. pastu dia pon ikut i tapi patah balik cakap, kejap haybag.  i was like, ??????

pastu i intai tengok dia amik my bag and letak kat bahu and came to me. hokehhhhhhh fine. rupanya cakap kejap, handbag! bila masa dia pandai cakap kejap ni haha!


suka urut...

kalau mommy rajin, lepas mandi, i akan urut dia. dulu masa kecik2 dia tak adalah enjoy sangat. tapi dah besar2 ni dia suka. dia nampak je massage oil dia ( i use Buds. dari newborn tak habis2 lagi guna haha), terus tiarap pastu buat2 sendawa. akk akk (ajuk tokmi la tu). dahla kalau i cakap ok dah. dia cakap nak lagiii. papa kata ni nanti jadi macam mommy sikit2 nak urut. hhehe bagus apa urutttt :p

gigi...

tengah nak tumbuh gigi taring bawah. tengah suka gigit straw bekas air dia.

books...

masa kecik2 dulu dia tak kisah i nak bacakan buku. bebel2 kat dia kan lama2 pon. tapi sekarang dia sendiri nak selak buku pastu i baca je 1 sentence je, dia cakap nanak! nanak! pastu dia turn to next page. i baca lagi dia kata okay habisss. syiapp. sambil tutup buku. pastu dia select page yang ada gambar2 yang dia suka nak tengok je. bila kita nak say something je dia macam bosan/kecewa ok. agaknya dia nak suruh kita pulak dengar dia baca kot.

 tv...

paling suka pocoyo, pororo, mickey mouse, high five. upin ipin pon dia kenal tapi i jarang kasi tengok. kalau dengan ummy tengok kot. tapi kadang2 amik remote suruh i bukak hai shaish. (high five) lerrr menda tu bukan ada all time pon kan. suka sangat hi 5 especially part joget2 tula. ish ishh. 

tapi memang paling tak suka sebenarnya cerita2 melayu ke movie2 ganas2 ke apa ke. part jerit2 tu yang paling aku tak suka. dia cepat je nak tiru. iklan zalora yang jerit2 tu eisya memang akan tengok, pastu jerit sama2. ishhh.

me and hubby memang jarang tengok tv sebenarnya. eisya pon jarang tengok tv dia lagi suka main.  kalau nak tengok pon, time eisya ada kena pilihlah cerita cemana. nanti kalau ada maid pon i kena cakapla jangan nanti nonton sinetron aja yaaa. hehe. abis anak aku nanti dok ikut je dorang jegil2 mata, jerit2 marah tu kan.

joget...

omaigad. sindrom ni dah membawa ke khalayak. asal dengar lagu je nak stop, joget. so we have to waitla sampai dia puas joget. kalau malas tunggu i amik je dukung tapi kepala goyang2 lagi ok. tu pon kalau dia redha. kalau tak redha kenalah biar dia joget dulu kat bawah.

jangan suruh dia pocoyo dance nanti dia buat yang tepuk bontot. dulu goyang2 tangan je. eii pocoyo ni kann.


 ni kalau suruh buat peace!

 ni kalau suruh smile. cairrr

 okaylah tu jela kot. byeee! we love u syaaaa.

p/s: alhamdulillah. november onwards ada orang akan jaga cha. :)

Tuesday, October 16, 2012

enam je ok

okay let's go random okay....

satu

setakat ni dah 3 ekor tikus da dapat tangkap ok. seekor je besar sikit tapi bukan tikus yang tak puas hati dengan aku tu. dan syukur dia tak ada pulak datang panggil umat dia balas dendam kat aku.so far.

dua

LHDN hantar surat kat aku, nak audit aku ok. for year 2010 and 2011! what the fish! rajin pulak aku nak korek semua2 resit, statement. ah!! korang pasni sila file semua elok2 ok takdelah nanti kelam kabut macam aku.

tiga

cinta aku terhadap eisya adelea adalah semakin dalam. dia makin clingy. kadang jalan2 tu, time nak dukung tu memang nak mommy je dukung. penat ok. tapi somehow i enjoy sebab dia rapat and manja dengan mommy. mommy feels so important. :p

i was washing her tiny little hands after her meal. as i rub her hands, i had a thought that they have grown bigger. i'm so gonna miss those tiny lil' hands when they get bigger and bigger.

man, this love is so amazing. thanks Allah for this.

empat

pencarian maid masih tak sudah2. ada yang laki tak kasi datanglah. ada yang nak gaji rm700 la. rm800 pon ada ok. ayoma ayopa! rumah aku tak ada perabot pon. anak pon sorang je. masak pon aku sendiri masak. takkan nak bayar banyak tu for a maid. huu tak apalah. ada lah tu rancangan allah yang lebih baik. cuma aku harap dapat orang jaga cha cepat2 sebab aku tanak ummy terikat dengan eisya je.

lima

ahh. aku fragile sangat sekarang tengok penderitaan budak2 sakit ni. especially adik adam. doa banyak2 supaya allah ringankan beban dorang. beratnya ujian dorang. buat aku insaf, aku patut lebih bersyukur dari nak complain macam2. 

enam

belajar untuk expect less, give more, love more, appreciate more.