mata duitan

Friday, July 31, 2009

ohhh puh-leaseeee

so, i was trying few pairs of crocs and ariff was sitting next to me, helping me to choose which is the right size and color for me. then came a couple. looking around and...

the bf: eh apesal bodoh gila color2 kasut ni?
the gf: *silence* belek belek kasut
the bf: eh murah gila sial! i ingat menda ni 200++. 100++ je. (suara sengaja dikuatkan, so that he's being heard. okay we hear you clearly la mat!)
the gf: aah la kan jeans i je dah 200++.
the bf: dahla design cam bodoh je. tak nak la beli. apa yang lawa sangat tah.
the gf: tu la pasal. jom. pot pet pot pet aku kaya la konon pot pet.

----

me: B apa itu B? sengaja cakap kuat so that semua orang dengar ke apa?
ariff: mmhh... apa la dorang ni.
me: tah! kecoh gila. apa tu? jeans i je da 200++. woh mahal nya weh. haha
ariff: tu la pasal. sesuai lah sangat kalau dorang tu laki bini.

haih! apalah ini orang. kau tak suka pun diam2lah. kau nak cakap pun, slow2lah. like me and B always whisper2 romantik tauuu! haha tak kuasa. tipu je.

ini! sengaja cakap kuat2 so that 1 floor boleh dengar kau.

well, to be honest, i don't really like the crocs design also. but i fancy the comfy. but even if you hate anything in stores, you dont have to tell the world do you?

dannn perlukah nak boasting kau beli jeans 200++ woh mahal nya! poor thing. perhaps that's the most expensive thing you've got for yourself and you need to tell the world bout it. oh suck it!

Wednesday, July 29, 2009

Tuesday, July 28, 2009

k a h w i n

dah tak lama dah weh. tapi aku rasa macam risau nak mampus kerana macam banyak lagi tak settle ni. ketar lutut.

semalam bual2 dengan ummy. dia pun dah gelabah. haha! dahla anak sulung kan. mestilah gabra sikit kan. tapi abah suka sembunyi gelabah beliau dari anak perempuan kesayangannya ini. (ceywah!)

okay kesayangan semua, apa kata aku list kan apa yang aku dah ada dan settle dan kamu pembaca tersayang cadangkan apa lagi yang aku miss out. boleh kannnnnn????? hihih

yang dah confirmed dan lega!
  1. pelamin, flower bouquet and hall and main table deco - dah booked tapi belum finalize design betul2.
  2. photographer - dah booked!
  3. videographer - booked! sudah pikir lagu jiwang untuk background video nikah! dan selalu berangan2 masa mandi dan mekap depan cermin cara2 hendak senyum tak nampak gigi yang paling ayu. gila gedik perempuan ni weh!
  4. makeup artist - booked!
  5. katering - semalam baru discuss dan abah nak book dah.
  6. dewan - booked!
  7. tudung sanding dan veil - dah beli!
  8. kain2 family, flower girls dan budak2 doorgift - dah
  9. hantaran deco - booked! cukuplah time tunang buat sendiri. lagi banyak ongkos ku abisin.
yang belum dan risau gelabah!
  1. baju nikah - lepas raya dan lepas kurus perut kempis baru jahit.
  2. baju sanding - lepas raya dan lepas kurus perut kempis baru jahit
  3. tudung nikah - belum beli lagi. selendang pun belum. kalau aku recycle selendang time tunang adakah keji???
  4. kasut - belum beli lagi!!!!
  5. invitation card - belum decide nak custom made or beli yang biasa aja. pening gak ah. abah jangan paksa beli kat jakarta unless bawa kak long sendiri ke sana. haih kenapa taste bapa sangat kebapaan? hahhaa
  6. door gift - ummy nak beli lepas raya. adakah mahu tempah paper bag bersama tempat kad? (semua orang adalah dapat items yang sama. aku adil! haha!)
  7. kompang - tolongggg! sapa tahu???
  8. pre wedding photo shoot - finally! YESSS! eh tapi belum confirm. jangan excited sangat cik ida.
  9. barang2 hantaran encik bakal suami - ada few items lagi belum beli. bedebah betul si penjual wallet dah naik kan harga! menyesal tak beli awal2 dulu kan B!
  10. bunga pahar - adakah rajin buat sendiri. sila lah bangkit dari tidur. tangan keras ada hati nak buat sendiri? tempah kak nurul jelah senang.
  11. wedding cake - tak sure nak book dengan pelamin designer or bakers yang dah expert.
  12. room deco - ha ini gotong royong family. tapi belum beli deco items.
  13. dental care - haaa korang selalu kan ejek gigi aku jarang kan. tengok ah nanti tengok ah. haha sengal. betul ke aku nak rapatkan ni? ada orang kata aku manis bergigi jarang. cis! gila dusta weh. dah tak payah nak bodek aku. aku tau aku tau!!! haha!
paperwork and health care.

  1. kursus kahwin - dah!
  2. hiv test - belum
  3. talasemia blood test - belum! tengah survey tempat yang reasonable. this is not compulsary tapi aku nak buat. just to be sure. kan?
  4. segala macam borang - bulan 10 baru boleh hantar. lek ah.
  5. spa - eh ni health care eh? haha! sebulan sekali dari bulan lepas aku pergi spa. wee woo!
okayy ini semua... perlukah???

  1. tarian tradisional budak2 kecil comel - ada siapa2 tahu tak kalau ada budak2 sekolah yang biasa buat show time reception? haih susahnya duk sini. duk JB dulu senang banyak kenal orang sana sini, kata ummy. huhuhu. tapi perlu ke ini semua ummy??? wuwuw. malasnyaaaa
  2. gamelan - nak! tapiiiiiii tak da bajet. ada sponsor tak? hihih. sangka artis. dah2 ini tak perlu lah. sengal la semua kau nak.
sebenarnya banyak lagi yang tidak ditulis. malu lah i nak tulis semua kan. ni pun dah cukup sengal. tapi korang rasa apa lagi yang aku nak kena prepare weh? tolongggg!

dan yang pasti persiapan yang sejenis lagi ni, aku tak tau lah bila nak fully prepared. persediaan mental. ilmu dah cukup ke? dari segi dalaman (hati dan minda okeh bukan pakaian dalam), dah ready ke? eh by the way B, lasenza still on sale. i want i want! wink wink! jelingan manja. ciuman terbangggg. hihi

eh focus2. pasal mental preparation. belum. belum ready. sedang belajar dan tak kan pernah berhenti belajar. cey wah! ni nak kahwin prepare setahun, majlis sehari aja kan. jadi persiapan untuk kehidupan selepas kahwin tu adalah lebih crucial la kan. doakan aku okay!

skill masak. hahahahaha! hahaha! perempuan ni pemalas selalunya. kadang2 je rajin. maka jika rajin, ibu akan buat sujud syukur. haha! haaa terus berdebar2 encik tunang saya membaca ini takut makin kurus lepas kahwin kerana bini malas masak.

jangan risau. ini tidak susah. asalkan encik kekanda tidak cerewet. dan sabar dengan orang yang baru hendak belajar (dan rajin2 lah tolong i jugak. hihi). dan setakat ini, adik beradik dan keluarga yang makan hasil air tangan adinda masih hidup sihat sejahtera malahan masakan sering mendapat pujian dan menjadi igauan. dahhh laaaaaa suka nak exaggerate kau ni pon.

okay lah setakat ini sahajalah untuk episod kali ini. aku tunggu korang punya suggestion yang bernas wokeh. bye!

TAMMAT

Saturday, July 25, 2009

the man who forgets his lover's birthday

oh yes he actually did forget my birthday! funny but a bit frustrated tau. he usually will be the first to wish. i waited, till evening. still nothing!

he did call but we were talking about something else. kad kahwin la, about meeting up la apa la. that moment i thought, did he actually forget? or ada surprise ke apa? mmmh..

so we went out. he didn't mention anything yet. okay act casual je lah. tapi dalam hati, cis bedebah! hihi.

then we had dinner at secret recipe. dalam hati i, okay, mesti dia nak beli cake wat surprise kat sini. like i penah buat kat dia dulu. hihi.. tapi tak ponnn.

then i try to hint him. waa sedapnya ada choc strawberry cake! then he said, okay, we order meals first kalau tak kenyang baru order dessert okay.

lepas makan still tak ada apa jugak. then i said kenyang gila lah. nasib baik tak order cake. then he just agreed je.

lepas tu pergi maybank treat fair ingat nak tengok holiday package for honeymoon. but nothing interesting pon. tunggu matta fair lah.

then pergi MJ. tengok ada banyak shoes and bags for sale. then i looked around. then he said, hunny pilihlah. mana tau b boleh belikan for your birthday, sambil tengok jam nak tengok date. eh eh (muka dah pucat) hari ni birthday hunny eh.

masa ni i tiba tiba rasa hendak marah dan geram dan kelakar. i dare not look into his eyes and i heard him said yang, sorry sorry. teruknya b lupa birthday hunny.

and he asked me to choose any bag for my birthday present. taknakkkk! ceh poyo perempuan ni jual mahal tak nak kononnn. padahallll.

and then you know lah. the usual drama went on. i nagged and merajuk and dia pujuk tapi last last i kena marah coz tak makan pujuk. cisss!!!!! geramnyaaaaaaaa...

ishhh b, i cant believe you forget. tapi tak pelah. i know you are still adjusting at your new place. and you don't like the place you are staying now and and okayy alasannnn. dan boleh pulak nak compare which on your last year's birthday, i was at New Zealand. eh eh tapi i did call to wish some more got present from NZ tauuuuuu.

actually i dont mind pon if this year i dont get any fancy pressie from you tapiii the thought matters okayyy. i know we dont need calendar reminder to remind our importants dates. tapi setla the reminder in your biological calendar.

b, muda2 lagi da lupa date tauuuuu. sampai hati.

okay mesti b bengang hunny blog bout this. haha padan muka. tapi b, hunny sayang je. saja je nak carik point. sukaaa buat b rasa guilty. muahahahha.

okay tak tak. i love you more and more and more okay. dah2 pegi carik handbag guess merah menyala tu ada tak kat JB atauuu kasut crocs tu. hhhihihihi.

Friday, July 24, 2009

26

hari ini hari jadi saya.
saya gembira.
saya bersyukur.

saya hampir titis air mata bila ummy sms saya pagi tadi.
kerana ingat jerih payah dia lahirkan saya.
sakit sangat.

kalau saya sentiasa sedar akan jasa ummy, mesti saya tak kan pernah lawan dan merajuk dan degil dan semua perkara buruk yang saya pernah buat pada ummy.
selama mana saya hidup pun, jasa ibu bapa tak kan pernah terbalas.

pada hari jadi tahun-tahun lepas, saya tak pernah seterharu seperti ini. sebab dulu asyik harap ummy bagi hadiah dan masak sedap2. atau abah belanja makan tempat best.
dah 26 tahun baru nak terfikir, saya lahir, dari ummy. dia yang patut kita rai. bukan saya.

dan selama 26 tahun saya hidup, apa yang sudah saya capai? jauh lagi nak capai yang terbaik. masih berusaha. doakan saya okay.

terima kasih kepada semua yang doa dan ucap. saya sayang semua banyak2.

ikhlas,
zuraida ahmad danial

Thursday, July 23, 2009

nafsu serakah

kemahuan untuk kurus adalah tinggi dan mendesak. tetapi nafsu adalah serakah. kenapa gedik sangat nak makan cheesy wedges ni?

syurgaaaaaa
ambil dari sini

semalam punya hebat dapat tahan diri dari makan lemak2 kfc sebab sayang dah burn banyak fat time swim 1.2km hari selasa lepas. (kau pasti ke banyak??) tapi hari ini macam tidak dapat tolak ansur lagi dah. nak buka puasa makan cheesy wedges. ayam tak payah. aci tak? pastu makan yong tau fu. pastu home made apple juice. boleh kan. kenyang tak? puas tak si muncit ni?

tapi cheesy wedges kalau sejuk keji rasanya. kena makan panas2. tapi lemak keju dan mayo tetap drive me high kan. sabtu pagi jog. ahad pagi netball 2 jam. mesti terbakar lemak cheesy wedges. kata hati kecil. haishhhh!!!!! sepak diri sendiri laju2.

aku hormat gila orang yang betul2 determine nak diet. siap tak makan nasik bertahun2. kau tak terketar2 ke tahan nafsu weh? hairan. pelik. tak paham.

Tuesday, July 21, 2009

go yaya pushhhhh!

yaya now is in the labour room. push yaya push!

this was the last time i met yaya, at mira's reception

tak sabar okay nak tunggu produk yaya + shamir ni. hihi. if you remember my post yang dulu2 talked about me talking to the baby, even before the mummy knows the baby exist, now the baby is almost out. waaahhh so fast lah time ticking weh!

all the best yaya!

Thursday, July 16, 2009

all the best ariff

new job, new room, new colleagues, new environment. good luck ariff!

i never like him with short hair. hihi

things will never be the same anymore now. we used to have dinner together, went for movies, lepak, etc after work when we miss each other. and now to date on weekdays will be a little hassle for us. and i miss you already!

i pray the best for you! i'll always be there. i promise!

Tuesday, July 14, 2009

gedix trip to taman negara

entry panjang!!!

okay dah berzaman baru nak blog pasal ni. taman negara trip with gedix! besh woh! nusa holiday village adalahhhh tidak bagus tapinya dann aktiviti dia adalah pembunuh lemak dan kaki adalah ketar bila nak turun bukit dan tourist guide adalah tidak ramah tamah seperti kat perhentian dulu tapi seronok gila sebab yang pergi adalah sekepala sebontot. eh tipu je. sekepala saja. sekepala sebontot ni istilah bersama teman baik SEMASA sekolah. heheh.

3/7/2009

ada 13 penggedik. bertolak dari KL, naik 3 kereta. kereta hana, meeza dan kereta bapaku. ariff dah cakap banyak kali sila pakai kereta beliau tapi aku adalah konon bertimbang rasa fikir dia nak balik JB nanti macam mana. bawa kereta bapa pon ok aje kot. sebab baru servis dan tak pernah timbul masalah pun. sekaliii hamek kau temperature naik dah dekat nak merah dahhh. nasib baik dah sampai exit temerloh.

cuak okay cuakkk. nak buat apakah? tapi gedix2 adalah cool dan relax aja. aku adalah rasa bersalah atas delay ini. dan menyesal tidak dengar kata encik tunang. dan menyesal tidak belajar bawa MPV gedabak. kalau tak, tak adalah bawa kereta ini!! sudah2 tiada guna sesal.

kenapa dengan gua kau nak buat perangai! bedebah

apesal kereta rosak masih gembira?

bapa suruh repair dan tunggu dan bawa ke kuala tahan. oh tidak berani lah saya! maka terus call encik tunang dengan suara separa goda bertanya:

me: b, sayang hunny tak?
B: haa tu nak suruh B datang hantar kereta B la tu kannn

me: hehe. boleh ke? tak pe ke B? (cis tiada jawapan sayang ke tak ni??)

B: okay, xpe. B datang sekarang ok.

me: sorry B. sorry sangat2.

B: xpe kan hunny dah susah, b tolong la.

me: nyesal tak bawak neo.

B: ha tula. nak wat cana.

me: B jangan bawak laju2. hunny tunggu

B: tengok ah. k bye B kuar sekarang

me: TQ sayanggg


eyin yang join last minute adalah berasal dari temerloh. ada hikmah!! dahla eyin kena cubit mula2 tu. hihih. maka nasib lah baik dapat tumpang teduh di rumah beliau. siap makan durian dan jumpa eva soraiya yang comel itu! dan bila encik tunang tiba beliau beri neo lalu bawak kereta bapa ke workshop dan repair.

ada hikmah dapat kenal rumah eyin! hihi. tq yin n family!

dan we all teruskan perjalanan yang mencabar ke kuala tahan. cey wah!

dah sampai jetty, tunggu boat, lalu sampai ke nusa holiday village. bapak la hujung donia! dan tidak mesra alam sangatlah. ceh nak biznez ke tak ni?

yay dah sampai yay!

ini adalah rakan sedari kecil. ina dan meeza!

13 gedix!
naik boat adalah basah!!

after dinner, ada night walk. siot aku ingat nampak gajah rimau ke apa. sekali??? serangga?? sahaja? FINE!

lihat meja depan sekali ni. kumpulan ni sangat disiplin. paling awal, paling licin, dan tak pernah ubah tempat. hihi

yang lelaki itu adalah tourist guide. malam pertama ini beliau adalah nervous gila siap terketar2. ceh! tapi bila dah lama2 kerek siap cakap group ni paling hot eh tipu, paling banyak mulut.

then balik tak ada apa2 lagi? gila bosan pada malam. nak buat apa ni? tak ada apa2 borak2 sampai lemau tak tau tidur pukul berapa dan tidak lena pun tidur. dahla penakut pergi share bed dgn eyin. dahla aku siap mengigau. eyin ketakutan. tapi kann piya adalah lagi hebat mengigau. haha!

4/7/2009

eh anniversarry! tapi line adalah haram di sini. tidak dapat call. hihi

aktiviti hari ini adalah:
  1. climb bukit warisan
  2. canopy walk
  3. rapid shooting
wahhh dah lama tak masuk hutan tiba2 kena daki! semput ah kan. haha! gigih gila panjat hidung kembang kempis ambil oksigen. tapiii bila hala kamera muka semua adalah ceria. rupanyaaa semua adalah camera freak! letih tau! hihi

menuju puncak!

di first view! gatalll

on top babeh!

menuruni bukit

kasihan kak sue dan ina dan apai tak sampai top. tak pe lah. next time kita climb lagi okay! harapppp!

nak canopy walk, yay!!

canopy walk pula adalah tidak nasib baik kerana yang terpanjang under construction. maka naik yang pendek aje. 250m. gayat gak ah kan. tapi okay aja.

amboi amboi

phewit!!

yana kontrol ayu

pastu rapid shooting. wahhh aku ingatkan hapa. sekali... mmh tapi okayla. sebab lepas tu dapat mandi sungai tembeling woh. sampai itam ni muka. cis! bila nak putih.

pastu malam tu main cak kelicap dengan zoop zounddd dan teka2 lagu dan movie. dan pemenang adalah yana paling over bila suruh orang teka yang siap keluar pintu bagi salam. apa itu?? tak ada kaitan. ah susah ah nak describe kat sini!

dan malam ini pon aku tak dapat tidur. gerammm.

5/7/2009

aktiviti hari ketiga ini adalah:

  1. abai waterfall
  2. gua telinga
menaruh harapan dapat lihat waterfall cun

1.5 hrs kena harung hutan sungai segala untuk ke abai waterfall. dengan harapan dapat lihat ala2 niagara falls ke apa. sekaliiiii! adalah rasa geram jugak la. tapi terubat bila sambil mandi boleh beri ikan makan dekat sebelah kau. gila pelahap ikan2 makan twisties.

bila nak sampai????

shoooott!!! ini aja kah???

pastu siap sambung game semalam kat sini. dann di sini semua orang marah hana tak reti buat sign jerat untuk lagu jerat percintaan. kelakar lah korang ni tau.

lepas mandi yang sekejap aje pon, harung lagi 1.5hrs ke bilik. cis bergegas nak mandi dan tidur sebab penat gila. tapi tak sempat tidur pon. dah kena pergi caving pulak di gua telinga busuk.

entrance of gua telinga

geli nyaaa tengok kelawar dok tersangkut2 kat atas tu! yuck yuck geli gelemannnnn! busuk, taik banyak, sempit dan aku tak mau dah masuk. malas ah. geliii!!! cukup la untuk merasa. aku tak kisah nak panjat2 segala tapi bau adalah busuk dan geli. kalau tak busuk dan kotor, suruh tidur kat situ pun aku sanggup sebab sejuk dan tiada pacat. haha!

after dinner semua orang collapse kat katil syiok gila tidur. tiba2 dah masa untuk BBQ. wah perut kenyang tapi sebab dah bayar kena la sumbat makan lagi. hihi

kak sue rajin! cayalah!

6/7/2009

balik!!!! weehoo! tak sabar nak baring katil tersayang dan tidur dengan aman dan selesa dan air bersih. air kat nusa adalah air bukit tetapi kulit di leher dan dada adalah merah2 sudah. pedih nak sembur perfume pun dok awwchh2. tapi sekarang dah okay. siap beli perfume baru sempena anniversary, eh eh lari topik pulak!

tyra banks' pose la kau hingat???

on the way back, singgah makan durian fresh kat mana tak ingat, somewhere in temerloh, kot! dan losong. dan air kelapa. adalah sedap kerana makan ramai2. dahla susah payah nak kopek durian. yin dan jana duduk je kat tepi makan losong sebab tak makan durian. rugi wohhh. kak sue banje ni sume ni. so baik tau!!!

walaupun hana kecil, dia lah paling gagah dalam apa jua perkara! syabas!

antu duriannnn
kesimpulan

siap ada kesimpulan kah? overall aku enjoy gila sebab seronok bergedik la kan apa lagi. next trip, next year sila buat di pulau ye hana. dan encik bakal suami. sila lah jangan teragak2 izinkan bakal isteri pergi lagi! hihi.

kepada sesiapa yang nak pergi taman negara, sila jangan pergi nusa holiday village. kerana servis kurang besh. aktiviti bukan tak besh langsung. besh aja. cuma tempat tu je kurang besh. okaylah babai!

sapa baca sampai abes? bravo!!! hihi

kursus kahwin

pada 11 dan 12 julai lalu, aku dan encik tunang telah menghadiri kursus kahwin di Jakim, Putrajaya. kecewa sebab masjid putra sedang dalam proses renovation, maka tukar tempat Auditorium Jakim. baru nak berangan menggambarkan majlis nikah di masjid putra tauuu. potonggg! haha

kawan-kawan yang dah pergi kursus kahwin semua cakap ustaz yang mengajar akan pervert. tapi di Jakim adalah tidak okay. siap skip suruh baca sendiri! apa itu? kena belajar kat mana ni? hehehe!

tapi kannn pada pendapat aku lah. kursus 1.5 hari ini adalah tidak cukup. lecturer pun terkejar2 nak habiskan slides. masa macam tak cukup. tak sempat cover important parts. sesetengah tempat (macam Johor) ada tambah subjek. dan ada yang ada exam pulak.

bila aku dah dengar kursus ni kan, memanglah rasa mahu kahwin makin membuak-buak. ini tak payah tunggu kursus. perempuan ni memang gatal. haha! tapi kannn aku risau takut seram untuk bergelar isteri. bersediakah aku? ketar lututtttt

tapi kalau aku lelaki, aku akan lebih cuak kot. tanggungjawab adalah besar. dan apa yang penting? ilmu agama.

sangat-sangat penting. maka marilah sama-sama kita meningkatkan prestasi diri dalam ilmu agama ini bersama-sama. insya allah...........

Thursday, July 9, 2009

The Despair

  • i'm dealing with sleeping trouble since last week
  • i'm tired
  • i'm stressed out!
  • gloom!
it's not just PMS. or maybe it is? i don't know. what the heck is wrong now? just let me breathe!

Saturday, July 4, 2009

HAPPY 6TH YEAR OF ANNIVERSARY, SAYANG

warning: ini entry geli geleman. don't proceed kerana banyak aksi dorong muntah hijau.

dear cinta hatiku B,

happy anniversary! dah enam tahun! lamanya kan? tapi nak kahwin dengan B, hidup dengan B lagi lama kan (kalau umur panjang)

tak sangka boleh tahan selama ni. memang tak percaya. nak kahwin pulak tu. b dah fikir masak2 ke ni nak kahwin dengan hunny? tak nyesal? haha

tak sangka b boleh tahan dengan hunny yang gedik mengada2 suka merajuk dan garang dan comel dan cantik pulak tu. (perfect siot! hahaha. bagila can. janganlah lempang aku!)

tak sangka hunny boleh tahan dengan B yang garang dan manja gila (gila malas nak layan tau kadang2!) tapi hunny fikir, kalau hunny tak layan nanti ada perempuan lain yang baik hati pulak nak layan. eh eh banyak cantik! maka hunny layankan aje.

lagipon hunny rasa orang lain macam tak sanggup je kan layan karenah hunny yang hot ni. lalala! haaa buat muka eh B. hihi

okay, hunny ingin ucapkan happy anniversary. thanks for everything. i wouldn't say 6 wonderful years. there were ups and downs. there were hates. (not you, but the fights) and loads of love and laughs and fun. and my love for you conquors all. chey wah! ( tapi i mean it)

thanks for always being there. thanks for your unconditioned love. thanks for understanding on how much i love jebon (hiihi). thanks for loving me. thanks for soothing me when i'm down. thanks for making me happy. thanks for knowing what makes me feel good and appreciated. thanks for everything.

sorry for not being nice to you at times. you know how moody and mad i can be at times. i promise i'll be better. insya allah. i'll be a nice wonderful solehah wife (n gf n friend) of yours. ecececeh.

5months ++ till the day me and you as husband and wife. wooott! can't wait. tapi takutttt. hunny tau b mara tiap kali hunny cakap hunny takut. hunny takut je tapi nak tau. *kenyit mata* *flying kiss*

hunny hope our marriage life will be blessed and loved.

you will always b my star, sayang. i love you and i mean it.

much love,
hunny

notes:
  • kalau dah kahwin i still want this date to be remembered and celebrated. boleh tak yang? please please. just so that i can get 2 gifts in a month. anni n birthday. boleh kan? kan? kannn????
  • sorry that i'm not in town to celebrate the day. i promise we will later okay? thanks for izinkan hunny bergedix dengan gedixbabes sekarang. hihi. nanti dah kahwin boleh kannn. b dah janji kannn. hihi
AKU BUAT AUTO PUBLISH ON 4TH OF JULY. KENAPALAAA TAK KELUAR???

Thursday, July 2, 2009

mohd jebon mendebon deebon bon bon sayanggg

last week aku bagi jebon makan. dia makan sikit. pastu aku tanya umy.

me: kenapa bon bon makan sikit je ni.

ummy: ala kan dia memang camtu. makan sikit tapi kerap.
me: eh tapi selalu kerap dan banyak je. mmhh

pentidur

then semalam ummy sms aku cakap. jebon ni macam demam je. tak makan langsung. dahhh aku memang la panik terus kalau kucing aku sakit. sebab aku fobia dengan ofy. so petang semalam, ummy bawak jebon ke vet. dr cakap okay je. tak demam. so dr just bagi vitamin and anti biotik and ubat kutu kalau2 ada kutu. tapi aku tengok tak ada pun. tapi jebon ni suka kawan dengan kucing kurap kat belakang rumah aku. so mungkin jugak. tak tau la. tapi kalau dia tak okay, kena bawak lagi buat blood test.

so semalam, aku balik rumah. jebon da slim sikit weh. tak comel la dibon slim. (wah dalam masa 1 week dia boleh slim down. minta tips dari dibon bon bon) . so kita orang bagi jebon ubat semua. aku hairan macam mana dr boleh senang2 je sumbat ubat kat dia. kalau kat rumah, 4 orang pegang dia nak paksa bagi makan ubat. haih!

aku bawak jebon tidur dengan aku. wah wah wahhh. aku nak tidur pun tak boleh. dok gesel2 cium2 gigit2 aku suruh pow pow dia. tak sedar pukul berapa and bila dia tidur. tiba2 B call. jebon tidur kat bantal sebelah aku. jebon tersedar. terusla ngada2 lagi mintak pow pow.

aku da geram terus aku bangun bawak dia turun. aku naik dia pun naik pulakkkk. pas tu main sorok2 belakang tangga. apa itu dibon?? aku malas nak layan, naik katil, dia pun naik. mintak pow pow. dah2 aku ngantok. aku tak sedar apa2 dah lepas tu.

bangun pagi tu, jebon makan sikit. and umy kata dia aktif sikit pagi ni. so okay kot. maka jebon tolonglah cepat baik. tolonglah jangan buat 1 rumah risau okay.

i love you bon bon.

notes:
  • ariff selalu jeles bila aku cakap pasal bon bon
  • kat rumah tu, bon bon macam baby. semua orang sayang, belai. besh kan jadi kucing? hihi
  • jebon satu2 nya kucing kita orang. janganlah jadi macam ofy. misery gila nanti.
  • jebon juga dipanggil mendebon, debon, deebon, bon bon and james bond. ngada tak?

Wednesday, July 1, 2009

DEGHOYAN

sejak musim durian, aku baru makan dua kali. (tapi bukan dua ulas)

tiba tiba rasa teringin.