mata duitan

Tuesday, July 14, 2009

gedix trip to taman negara

entry panjang!!!

okay dah berzaman baru nak blog pasal ni. taman negara trip with gedix! besh woh! nusa holiday village adalahhhh tidak bagus tapinya dann aktiviti dia adalah pembunuh lemak dan kaki adalah ketar bila nak turun bukit dan tourist guide adalah tidak ramah tamah seperti kat perhentian dulu tapi seronok gila sebab yang pergi adalah sekepala sebontot. eh tipu je. sekepala saja. sekepala sebontot ni istilah bersama teman baik SEMASA sekolah. heheh.

3/7/2009

ada 13 penggedik. bertolak dari KL, naik 3 kereta. kereta hana, meeza dan kereta bapaku. ariff dah cakap banyak kali sila pakai kereta beliau tapi aku adalah konon bertimbang rasa fikir dia nak balik JB nanti macam mana. bawa kereta bapa pon ok aje kot. sebab baru servis dan tak pernah timbul masalah pun. sekaliii hamek kau temperature naik dah dekat nak merah dahhh. nasib baik dah sampai exit temerloh.

cuak okay cuakkk. nak buat apakah? tapi gedix2 adalah cool dan relax aja. aku adalah rasa bersalah atas delay ini. dan menyesal tidak dengar kata encik tunang. dan menyesal tidak belajar bawa MPV gedabak. kalau tak, tak adalah bawa kereta ini!! sudah2 tiada guna sesal.

kenapa dengan gua kau nak buat perangai! bedebah

apesal kereta rosak masih gembira?

bapa suruh repair dan tunggu dan bawa ke kuala tahan. oh tidak berani lah saya! maka terus call encik tunang dengan suara separa goda bertanya:

me: b, sayang hunny tak?
B: haa tu nak suruh B datang hantar kereta B la tu kannn

me: hehe. boleh ke? tak pe ke B? (cis tiada jawapan sayang ke tak ni??)

B: okay, xpe. B datang sekarang ok.

me: sorry B. sorry sangat2.

B: xpe kan hunny dah susah, b tolong la.

me: nyesal tak bawak neo.

B: ha tula. nak wat cana.

me: B jangan bawak laju2. hunny tunggu

B: tengok ah. k bye B kuar sekarang

me: TQ sayanggg


eyin yang join last minute adalah berasal dari temerloh. ada hikmah!! dahla eyin kena cubit mula2 tu. hihih. maka nasib lah baik dapat tumpang teduh di rumah beliau. siap makan durian dan jumpa eva soraiya yang comel itu! dan bila encik tunang tiba beliau beri neo lalu bawak kereta bapa ke workshop dan repair.

ada hikmah dapat kenal rumah eyin! hihi. tq yin n family!

dan we all teruskan perjalanan yang mencabar ke kuala tahan. cey wah!

dah sampai jetty, tunggu boat, lalu sampai ke nusa holiday village. bapak la hujung donia! dan tidak mesra alam sangatlah. ceh nak biznez ke tak ni?

yay dah sampai yay!

ini adalah rakan sedari kecil. ina dan meeza!

13 gedix!
naik boat adalah basah!!

after dinner, ada night walk. siot aku ingat nampak gajah rimau ke apa. sekali??? serangga?? sahaja? FINE!

lihat meja depan sekali ni. kumpulan ni sangat disiplin. paling awal, paling licin, dan tak pernah ubah tempat. hihi

yang lelaki itu adalah tourist guide. malam pertama ini beliau adalah nervous gila siap terketar2. ceh! tapi bila dah lama2 kerek siap cakap group ni paling hot eh tipu, paling banyak mulut.

then balik tak ada apa2 lagi? gila bosan pada malam. nak buat apa ni? tak ada apa2 borak2 sampai lemau tak tau tidur pukul berapa dan tidak lena pun tidur. dahla penakut pergi share bed dgn eyin. dahla aku siap mengigau. eyin ketakutan. tapi kann piya adalah lagi hebat mengigau. haha!

4/7/2009

eh anniversarry! tapi line adalah haram di sini. tidak dapat call. hihi

aktiviti hari ini adalah:
  1. climb bukit warisan
  2. canopy walk
  3. rapid shooting
wahhh dah lama tak masuk hutan tiba2 kena daki! semput ah kan. haha! gigih gila panjat hidung kembang kempis ambil oksigen. tapiii bila hala kamera muka semua adalah ceria. rupanyaaa semua adalah camera freak! letih tau! hihi

menuju puncak!

di first view! gatalll

on top babeh!

menuruni bukit

kasihan kak sue dan ina dan apai tak sampai top. tak pe lah. next time kita climb lagi okay! harapppp!

nak canopy walk, yay!!

canopy walk pula adalah tidak nasib baik kerana yang terpanjang under construction. maka naik yang pendek aje. 250m. gayat gak ah kan. tapi okay aja.

amboi amboi

phewit!!

yana kontrol ayu

pastu rapid shooting. wahhh aku ingatkan hapa. sekali... mmh tapi okayla. sebab lepas tu dapat mandi sungai tembeling woh. sampai itam ni muka. cis! bila nak putih.

pastu malam tu main cak kelicap dengan zoop zounddd dan teka2 lagu dan movie. dan pemenang adalah yana paling over bila suruh orang teka yang siap keluar pintu bagi salam. apa itu?? tak ada kaitan. ah susah ah nak describe kat sini!

dan malam ini pon aku tak dapat tidur. gerammm.

5/7/2009

aktiviti hari ketiga ini adalah:

  1. abai waterfall
  2. gua telinga
menaruh harapan dapat lihat waterfall cun

1.5 hrs kena harung hutan sungai segala untuk ke abai waterfall. dengan harapan dapat lihat ala2 niagara falls ke apa. sekaliiiii! adalah rasa geram jugak la. tapi terubat bila sambil mandi boleh beri ikan makan dekat sebelah kau. gila pelahap ikan2 makan twisties.

bila nak sampai????

shoooott!!! ini aja kah???

pastu siap sambung game semalam kat sini. dann di sini semua orang marah hana tak reti buat sign jerat untuk lagu jerat percintaan. kelakar lah korang ni tau.

lepas mandi yang sekejap aje pon, harung lagi 1.5hrs ke bilik. cis bergegas nak mandi dan tidur sebab penat gila. tapi tak sempat tidur pon. dah kena pergi caving pulak di gua telinga busuk.

entrance of gua telinga

geli nyaaa tengok kelawar dok tersangkut2 kat atas tu! yuck yuck geli gelemannnnn! busuk, taik banyak, sempit dan aku tak mau dah masuk. malas ah. geliii!!! cukup la untuk merasa. aku tak kisah nak panjat2 segala tapi bau adalah busuk dan geli. kalau tak busuk dan kotor, suruh tidur kat situ pun aku sanggup sebab sejuk dan tiada pacat. haha!

after dinner semua orang collapse kat katil syiok gila tidur. tiba2 dah masa untuk BBQ. wah perut kenyang tapi sebab dah bayar kena la sumbat makan lagi. hihi

kak sue rajin! cayalah!

6/7/2009

balik!!!! weehoo! tak sabar nak baring katil tersayang dan tidur dengan aman dan selesa dan air bersih. air kat nusa adalah air bukit tetapi kulit di leher dan dada adalah merah2 sudah. pedih nak sembur perfume pun dok awwchh2. tapi sekarang dah okay. siap beli perfume baru sempena anniversary, eh eh lari topik pulak!

tyra banks' pose la kau hingat???

on the way back, singgah makan durian fresh kat mana tak ingat, somewhere in temerloh, kot! dan losong. dan air kelapa. adalah sedap kerana makan ramai2. dahla susah payah nak kopek durian. yin dan jana duduk je kat tepi makan losong sebab tak makan durian. rugi wohhh. kak sue banje ni sume ni. so baik tau!!!

walaupun hana kecil, dia lah paling gagah dalam apa jua perkara! syabas!

antu duriannnn
kesimpulan

siap ada kesimpulan kah? overall aku enjoy gila sebab seronok bergedik la kan apa lagi. next trip, next year sila buat di pulau ye hana. dan encik bakal suami. sila lah jangan teragak2 izinkan bakal isteri pergi lagi! hihi.

kepada sesiapa yang nak pergi taman negara, sila jangan pergi nusa holiday village. kerana servis kurang besh. aktiviti bukan tak besh langsung. besh aja. cuma tempat tu je kurang besh. okaylah babai!

sapa baca sampai abes? bravo!!! hihi

11 comments:

omey83 said...

derq, aku baca smpai habis :p
looks like u really having fun there!nak tanye, berape cost untk semua activities + accomodation pegi sana per head?

intoxicated-catastrophe™ said...

wow! bes kan? bagus. anda berjaya hadapi semuanye dgn baik =) hehee.. ade pegi mana2 lagi ke xtvt cani kmas nk folo ble? ble la.. ble la.. [merayu sambil mengebil2kan mata] he.he..

fati said...

huuuuuuuhh!! sakit mata, penat jaga perasaan supaya tak jelesss!! kahkahkahhh

derqdnl said...

OMEY:

bravo!! haha oh yesss we had tonnes of fun! hihi

rm268 all in - accommodation + food + boat transfers.
tp dok dorm aja share ramai2. dan book time matta fair. thats yt so cheap. kalau nak pergi, drivela ke kuala tahan. return, dlm 100++ aje kosnya. share 4 org baru brp kan.

tetapi jgnla pg nusa. gila tak mesra alam. hihi

derqdnl said...

kak mas: BOLEHHHH! next year gedix babes nak wat trip to island. kalau xde pape ieda ponn nak ikut. nanti ieda bitau okeh.
tapi kak mas da biasa diving. kita org snorkeling je. hihi. bila nak wat open water ni... menciii
by the way marila panjat frim before pose ni. hihi

fati:sudahlaaa tiada guna sesal okayyy! haha next trip join la yer. hihi

intoxicated-catastrophe™ said...

sbelum puasa tu bile?? kasi emel la.. kalau ko update kat sini, kang ada aku terlepas pandang plak.. huhu

intoxicated-catastrophe™ said...

sbelum puasa tu bile?? kasi emel la.. kalau ko update kat sini, kang ada aku terlepas pandang plak.. huhu

derqdnl said...

xset date lg. nt bila da set, ieda bitau okay!

meezameez said...

fati adalah sgt rugi sbb x g! hahah! kasi jeleskan dia :p. next trip aku adalah teringin pegi lg. akan ku usahakan! sila doakan aku juga hihi

derqdnl said...

mari pergi sebelum kita buat baby. awwww

Anonymous said...

salam..okay je aku duduk kt nusa village tuh seronok mandi sungai kt situ and tourist guide dia baik and peramah hehe .. seronok2
gila ;)