mata duitan

Tuesday, July 14, 2009

kursus kahwin

pada 11 dan 12 julai lalu, aku dan encik tunang telah menghadiri kursus kahwin di Jakim, Putrajaya. kecewa sebab masjid putra sedang dalam proses renovation, maka tukar tempat Auditorium Jakim. baru nak berangan menggambarkan majlis nikah di masjid putra tauuu. potonggg! haha

kawan-kawan yang dah pergi kursus kahwin semua cakap ustaz yang mengajar akan pervert. tapi di Jakim adalah tidak okay. siap skip suruh baca sendiri! apa itu? kena belajar kat mana ni? hehehe!

tapi kannn pada pendapat aku lah. kursus 1.5 hari ini adalah tidak cukup. lecturer pun terkejar2 nak habiskan slides. masa macam tak cukup. tak sempat cover important parts. sesetengah tempat (macam Johor) ada tambah subjek. dan ada yang ada exam pulak.

bila aku dah dengar kursus ni kan, memanglah rasa mahu kahwin makin membuak-buak. ini tak payah tunggu kursus. perempuan ni memang gatal. haha! tapi kannn aku risau takut seram untuk bergelar isteri. bersediakah aku? ketar lututtttt

tapi kalau aku lelaki, aku akan lebih cuak kot. tanggungjawab adalah besar. dan apa yang penting? ilmu agama.

sangat-sangat penting. maka marilah sama-sama kita meningkatkan prestasi diri dalam ilmu agama ini bersama-sama. insya allah...........

8 comments:

intoxicated-catastrophe™ said...

wow. ckp macam pakar motivasi dan panel alkuliyah! hehe.. apa pun, kmas yakin ieda musti ok punye. no hal la tu.. en tunang pon adalah yg terbaek utk ieda. dia sgt understanding kan? sure akan slalu saling ingat-mengingatkan dan tegur-menegur antara satu sama lain =)

tekkeh.

derqdnl said...

assalamualaikum, renung2kan dan selamat beramal. haha!
mandai je panel al kuliyyah! haha

doakan la ya kak mas. okay tu insya allah okay. tapi stil la takott.
en tunang mmg understanding, tapi kalau dia dah bertukar jadi naga atau harimauuuu.. takotttttttt!
hahaha

intoxicated-catastrophe™ said...

dia tuka jadik naga atau harimauu sbb ko dah bertukar dulu menjadik raksasa oltromen.. tu salah ko la tu.. hahahaha

derqdnl said...

wahhh back up beliau ye. x aciiiii
hihih

meezameez said...

betol, betol! kurusus 1.5 hari adalah tidak cukop sebenarnye. byk lg info2 yg penting diorg kene tambah. kekadang aku rasa mcm x cukop je ilmu2 itu. adakah? xpe, nant aku buleh ty pada yg PAKAR!

*aku x paham kenapa aku suka g kursus kawen? aku sorg je ke begini?

derqdnl said...

meeza, aku pun suka. hihi tapi aku rasa kann org2 jakim ni patot kaji dan tambah lagi silibus. banyak lagi. pastu kalau topik2 stress n conflict management tu, patutnya byk lagi kena cover.

aNoi said...

Ederq,

Aku g kursus kat Damansara...

Bestttttt!

Aku dgr dri dulu diaorg nk buat 5 hari.. siap kem bagai...

Tak sanggup aku kalo kena masa tue.. haha

derqdnl said...

senah,

aku mule2 ingat nk pg bangsar. pastu damansara. last2 ayah aku soh pg putrajaya. so ikut je la. lgpon aku ingt kt masjid. sekalii renovate. huhu.

5 hari? mgla lama tapi ilmu yg dapat tuhhh. okay ape. hihi