mata duitan

Saturday, August 29, 2009

KAKAK YANG GARANG

kalau pergi mana2 masjid atau surau untuk terawih, mesti ada budak2 bising kan. sama ada berlari dalam surau, luar surau, jerit2, cakap2 semasa solat dan macam2 lagi lah.

selalu aku tahan jelah. ala budak2 kan. nak marah2 kang anak orang. tapi tadi, kakak ni dah bertukar jadi harimauuu.

aku dan ummy datang agak lambat maka terpaksa duduk kat saf belakang. bersama kanak2 ni. pulakk masa solat boleh jerit2 kepada kawan lelaki kat luar " woi2 semayang wey. apalah main kat luar." okay tak khusyuk kan. nampak sangat.

pastu bila dah habis 2 rakaat terawih, boleh lagi jerit sesama dia pulakkkk. jerit okay bukan cakap memang jerit2. makcik kat sebelah aku dah rasa annoyed. maka aku terus toleh belakang dan bagi SHHHHH panjang2. siap letak jari kat mulut aku, dan besarkan mata sikit. haaa terdiam korang.

pastu bila nak bangun solat rakaat seterusnya aku cakap kat budak2 tu. "ni nak solat ke tak? kalau nak pegi penuhkan saf kat hujung kawan awak tu. jangan bising2. "

dalam hati budak tu, garang siot kakak ni. haha rasakan kau. biasa niiiii. kalau budak umur 5-7 thn macam tu tak apa. boleh dimaafkan lagi. ni aku rasa dah darjah 4-6 ke apa. ah tapi sampai abis memang tak diamlah. ish budak2 zaman sekarangggg.

tiba2 aku terbayang diri aku jadi cikgu. pastu bila budak bising aku libas rotan kat meja cakap DIAMMMMMMMM! haha! pastu siapa bising lagi aku baling duster. (eh ke cakap pasal kisah silam diri sendiri ni? hihi)

sah2 aku tak boleh jadi cikgu lah. adik2 aku selalu kalau nak tanya pelajaran mesti tanya sekali sahaja. atau maksimum dua kali (untuk perkara yang sama). kali ketiga aku dah keluarkan suara nyaring bersama jegilan mata. kenapa tak faham2 ni. dengar ke takkk masa ajar. haha

haha aku rasa perangai tu terbawak2 sampai tempat kerja. kalau sampai 86x kena ulang perkara yang sama aku memang bengang lah. nak2 kalau mintak something tapi malas nak baca dan faham dan expect aku terangkan word by word memang kau sah2 kena fire dengan aku lah. aku memang jahat tak kan terus bagi direct answer.

contohnya macam ni...

xxx: what's the difference between these 2 reports?
si penat: same product, few different details.
xxx: what's the difference? i don't understand
si penat: have you actually read it?
xxx: not yet.
si penat: no wonder you dont understand. why dont u read first and come back to me?
xxx: mmm OK.

hahaha! kesimpulan aku memang garanggggggg!

4 comments:

aAaA said...

Garangnye akak ni...takut la, hehhehehe..

Ms. Omey said...

i dont blame u..kadang2 budak2 yang bising2 kat belakang jemaah masa solat terawikh ni memang annoying tau..

Unknown said...

Aku lagi garang. heee..

ederq said...

b: haa siap la b nanti. hihi

omey: kann. geram laa

kak mas: yeke? haha!