mata duitan

Monday, August 10, 2009

skandal baru aku dekat ofis

colleagues aku dah bising2 nak mengadu dekat triple 2 (this is what sam called ariff sebab plate num beliau adalah triple 2) pasal aku ada boyfriend baru dekat office. nama dia aidil.

aidil? siapa aidil? aku baru kenal dia minggu lepas. gila lah comel dan menarik hati dan pandai berkata-kata dan pandai buat aku gembira senyum dan ketawa.

wah hebat aidil ni. haha!

dia cucu katerer kat building office ni. 6 tahun. ya 6 tahun lah. ha apa kau ingat aku berani nak tulis pengakuan macam ni kalau ada crush dekat jejaka 26 tahun ke atas?? haha! macam lah ada. tak. tak ada. haha

si aidil ni pas sekolah akan datang dok kat sini. disebabkan kat sini semua orang besar dan budak ni jenis tak reti duduk diam. makanya pak guard kat sini dah jadi best buddies dia. pak gurad ni tadah je telinga melayan budak ni. gila talkative.

pada suatu petang, after aku habis kerja, aku nampak aidil dengan pak guard, tengah show off drawings dia. pak guard suruh aku tengok sekali. aidil dengan bangga tunjuk dekat aku jugak dan janji nak lukis aku dan tunjuk kat aku esoknya.

akan tetapi aku out station 2 days. after out station, aku nampak dia lagi. terus dia datang kat aku.

aidil: ala kakak pergi mana? 2 hari saya tunggu kakak. saya dah siapkan dah drawings. tapi kakak tak datang2.
me: ala sorry la aidil. kakak out station. nanti petang ni aidil tunggu kakak okay.

aidil: okay. promise?

me: okay, 5 o'clock. promise!


siap bagi hi 5! haha comel.

maka petang itu, dia tunggu aku dekat lobby dengan pak guard. wah! macam2 dia lukis. aku dan kereta racing aku. tapi budak ni, asal lukis mesti dia nombor satu. tak aci betul. markah aku sikit. haha! bila aku cakap camtu terus cakap nak draw yang lain pulak. dah la paksa aku frame kan dekat bilik. haha

pulak tu budak ni semalam siap mengekor aku masuk surau perempuan. pastu buat alasan nak look around. eii dahla cakap non stop budak nih. pastu dia keluar lepas aku halau. time aku tengah remove make up tiba dia masuk lagi. gelak2 suruh aku lepas rambut nak tengok panjang ke tak. haishhhh! budak ini mengada. pastu terus kena halau dengan kakak cleaner. haha! tapi sempat cover cakap, kakak, petang ni aidil tunggu tempat biasa tau. amboi2. tempat biasa.

so petang tu aku turun lah. dia draw lagi. this time kereta multi purpose apa tah. aku dan dia naik kereta. dah la aku nak drive dia tak bagi. dia kata lelaki yang kena drive. haha comel. pastu bila van datang, siap pesan kat aku suruh turun awal petang gesok. amboi2 budak ni.....

comel lah budak2 ni. suka gila budak2 bijak yang hi imagination, talkative ni. teringat dengan khalif dan eyush kat jb. time kat jb dulu, kalau aku balik cuti, mesti kena paksa berlakon jadi cikgu tadika lah, kena paksa tengok dora the explorer lah, kena paksa jadi keretalah, patah tulang belakang. haih. dahla kalau ada dua2 ni mesti masing2 tak nak kalah. nak attention.

kalau cakap penat nanti dorang bagi rehat. tapi lepas 20saat cakap okay jom sambung. dah tak penat kan? kalau cakap penat nanti kena marah. wah gila pembuli budak2 ni. maka aku selalu pura2 pengsan bila penat. pastu aku tidur. hahah.

kalau dengan anak orang aku tak boleh nak garang2. tapi dengan anak sendiri mesti aku garang gila macam naga. hahah! sebab kalau aku tak garang2 nanti aku kena buli macam budak2 tu buli aku. woh mana boleh buli mummy! haha! eh tak. aku rasa arep yang akan garang gila nanti dengan anak. aku mesti penyayang je. :p

okay dah merepek ni. stop. bye

16 comments:

intoxicated-catastrophe™ said...

saya pon suke layan kanak2.. especially bawah umo 11 thn :)

along said...

arep garang? ko penyayang?
cam terbalik jer..huhuhu..

derqdnl said...

kak mas: haha! siap bwh 11 thn. haha

ina: wah wah org tak kenal arep mesti cakap aku yg garang. hakikatnyaaaaaaaa... huhuhu

Anonymous said...

agreed with ina...
hhaha..

derqdnl said...

aku mmg garang tapi aku penyayang. arep penyayang tapi garang gilaaaa. hihihi. fine fine yela arep jela baikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Anonymous said...

sape yg da kenal ederq esp bout 6 yrs tau la ..
am i rite dear

derqdnl said...

sapa yg da kenal arep for more than 6 yrs will know. :p
am i rite dear?

Anonymous said...

ok la...b yg garang, cik ieda mmg seorang yg baik ati..yayyyy...

derqdnl said...

b stop it. hny tau hny baik hati. please don't let the whole world know. haha!

actually korang, arep ni gunung berapi. dia kumpul2 pastu meletup. tapi bila puas, dia sejuk balik secara penyejukan tiba2. serious creepy! haha

ieda pula adalah cepat marah dan suka merajuk dan suka dipujuk dan suka bagi silent treatment. padahnya, last2 arep malas nak layan maka terpaksa pujuk diri sendiri. selalu macam tu tauuuuu!

b memangggg

Anonymous said...

ok dear..b admit salah b, tp ble nk pujuk cik ieda ni slalu demanding sgt2....x tau la cne nk pujuk, if sape leh advice how to pujuk ms ieda ni bgtau la..tq

derqdnl said...

tak la tak demand. b je yang kadang2 clueless. :p

meezameez said...

haha! comel budak itu! upload la gamba beliau. aku nk tatap hihi..

omey83 said...

eh tak laa..derq baikk, penyayang, suka layan budak, etc

derq, aku back up ko k :)

derqdnl said...

meeza: okeh nanti aku amek gmbr beliau. hihi.
omey: i love you!! haha

fati said...

a'aah agree dgn meeza! snap pic budak cerdik itu. Dengan drawings nya sekali. okeh!

derqdnl said...

wokeh! tp skrg i rindu la aidil. da brp ari tak dtg. skolah dia ttp. h1n1. huhu