mata duitan

Monday, September 28, 2009

petai

ada orang makan petai tapi tak nak mengaku konon kampung la kan. aku? makan je weh. makan petai dalam apa jua bentuk, ulam ke, masak sambal ke. makan je. (eleh perempuan ni bukan makan semua je ke?)

dulu masa kecil aku tak suka makan sayur atau ulam. pastu ummy kata kalau nak kulit cantik mulus macam dia kena makan ulam dan sayur banyak2. okay sedari kecil menjadi beauty freak aku makan jelah. (eleh padahal food freak. alasan!) tapi kenapa kulit masih tidak mulus seperti ibu???!

tapi masalahnya sekarang. makan petai je mula lah hidung gatal. mata berair. telinga gatal. kepala gatal. lelangit gatal dan tumbuh bijik2 putih. siotlah! sangatlah tak selesa bersin berapa kali dengan mata berair pedih dan nak gosok pun seksa. nak tidur pun seksa okay.

tapi degil makan jugak. lepas tu menyesal bila dah sakit terseksa. haha

eh tapi tahukah anda bahawa petai adalah sihat? dan berkhasiat. sesungguhnya bila makan petai (selain dari seksa hidung gatal) kentut saya adalah sangat busuk dan mampat dan banyak kali pula sehingga boleh battle dengan sepupu sepapat. oh ya. saya masih perlu balas 2das kentutan kepada si durjana pengentut atas muka saya! siap ah kau. ingat kau boleh lepas ke?

dan juga bila anda berhajat besar, sangatlah lancar dan meyakinkan. tapi bila saya terseksa gatal hidung, secara tekad saya berjanji tidak mahu makan lagi petai. tapi sejauh manalah dapat tahan? kalau dah ada tempoyak lagi. budu lagi. ulam pegaga lagi. pucuk mengkudu, ulam raja. hishhh. tempting lah.

eh lagi 2 bulan 2 minggu 1 hari lagi saya bakal jadi isteri orang. maka saya kena diet dan bersenam secara bersungguh2. berusahalah!

5 comments:

Ms. Omey said...

petai bole kuruskan badan ke beb? serius 1 papan aku telan ari2..hih..

meezameez said...

kulit tidak mulus seperti ummy? sudah la zuraida ahmad danial! mulus je aku tgk. siap jeles lg aku terhadap kulit wajahmu itu. cis!

ederq said...

omey: haha! aku rasa mcm tak je. sbb bila mkn petai lg byk nasik kau mkn. tp bgs utk buah pinggang aku dengar. hihi

meeza: elelele dia tu yg putih melepakkk. agaknya masa kau tgk aku tu aku pakai foundation tebal2 kot. hahah!

ultimatecass said...

ya ampun sambai petai sedap gilaaaaaa!!!!

ederq said...

ati! kau pon suka ke??? haha! mmg menjilat jari weh. nyum!!