mata duitan

Showing posts with label maid. Show all posts
Showing posts with label maid. Show all posts

Thursday, May 9, 2013

maid

sorry to bore you with this long post.

okaylah mari hari ini kita cerita pasal maid. since aku ada maid ramai jugaklah tanya cemana itu ini kan.

well pada aku, terpulang masing2lah cemana kau nak layan maid korang. konsep aku senang aje. maid tu manusia. pembantu kita. bukan kuli. buat baik sesama manusia. doa hati dia Allah jaga betul2 jangan kabur, bak kata maid aku. dan selebihnya serahkan kepada Allah. kalau dia OK, alhamdulillah. kalau buat baik pon dia tak OK, tak kenang jasa anggap tu bukan rezeki kitalah.

tujuan aku amik maid mula2 adalah untuk jaga Eisya. memanglah orang kata, ala setakat jaga anak seorang kena bayar RM600. baik hantar daycare kan. alahai kalau korang tahu betapa letih aku dan laki aku cari the best daycare kat area rumah aku tu. dan betapa letih aku nak ulang alik Shah Alam- Sg Buloh ke rumah ummy semata2 nak hantar Eisya. pastu lepas kerja kena balik Shah Alam balik. fewh!

berapa kali gaduh dengan laki pon tak tahulah pasal sapa nak jaga anak ni. sebab dia cerewet pasal sapa yang nak jaga. tapi tak kasi solution! haha! memang jiwa kacau ok masa tu.

memanglah ummy tak kisah dah cucu dia kan. tapi akulah yang kisah. ummy tu ada jugak nak join pergi tazkirah kat surau ke apa2 siang2 hari tu. nak jugak rest. memang dia tak pernah merungut tapi sebagai anak, aku fahamlah kan. sekarang ni aku tengok baru dia dapat join. 

so last resort, amik maid! doa lah banyak2 dapat maid yang baik. susah nak katalah kan manusia ni baik ke jahat mana kita tahu. awal2 baik lama2 jahat ke apa ke memang bukan kerja kita nak jadi nujum nak ramal. lagi sekali kita hanya boleh berhati2, beringat dan berdoa dan selebihnya serah pada Allah.

so now, Watiah dah kerja dengan kita orang lebih 5 bulan. Alhamdulillah so far ok. nak kata perfect tu tak adalah. mana ada orang perfect kan. kau perfect ke? tak, kan? eisya dengan dia pun ok. pasal kerja rumah, mana2 yang aku tak puas hati aku terus tegur. so dia take note and next time dia buat better. kadang2 nak tegur apa2 aku suruh laki aku je tegur sebab dia takut dengan arep. aku dah pesan dia, apa2 nak cakap, cakap je. dan tak semestinya aku sentiasa akan setuju dengan dia kan. walaupun dia lagi tua dari aku, aku nak dia hormat aku dan aku boleh tegur dia bila aku rasa perlu. lagipon aku ni dah memang jenis camni. aku nak tegur/marah aku cakap direct. cakap belakang tak ada guna kan.

aku selalu ingatkan dia tujuan dia datang sini nak cari duit untuk keluarga. ingat Allah selalu tengok dia. solat jangan tinggal. jangan mudah terpengaruh dengan orang luar. kalau nak berhenti kerja, bincang elok2. jangan lari.

so adalah perkara yang kita kena tolak ansur. dan perikemanusian.

my wise ummy selalu pesan. 'dia tu pembantu rumah. yang sepatut manage rumah tu kak long. mana yang boleh buat sendiri, buat. dia hanya bantu sahaja. jangan fikir dah bayar gaji dia banyak tu, nak suruh dia buat semua sekali. jangan kedekut. niat sedekah je apa2 kita bagi dia, doa dia lembut hati. nanti Allah balas.'

So my way, sebulan sekali, dia cuti weekend. dia balik rumah sedara dia kat kuang nun. dia kata, kalau aku hantar rumah mak aku pon tak apa. dia cuti situ. pada dia, cuti jaga eisya je lah. sebab kerja rumah dia still buat kat rumah mak aku. ummy tak suruh pon dia yang cari kerja apa yang boleh buat. tak reti dok diam. kadang2 dia yang mintak nak kemas itu ini time boring.

so okaylah kan. tak yah nak suruh2. tapi ummy pon bukan jenis amik kesempatan. dia tak kasi wati iron baju dia/abah. sebab dia kata tu maid kaklong. kemas rumah pon da cukup bagus kata dia. dulu pon masa tak ada maid kadang2 aku amik wiken maid bersihkan rumah ummy sebab manalah ummy larat nak spring clean kan. aku pon kadang ada kadang tak ada. so ni dah ada maid, bolehlah tolong2.

aku tengok dia pon tak berkira buat kerja, so kenapa aku nak berkira dengan dia kan. alhamdulillah jugak laki aku bukan jenis kedekut tak tentu pasal.

i don't let her cook. tolong2 kat dapur tu ye lah. eisya's food, our family food aku yang masak. kalau aku penat, laki beli kat kedai. laki pon cakap tanak makan maid masak. (walaupon bini dia bukan reti masak mana pon kan haha).

so dia masak untuk diri dia time aku keja je. kalau pergi jalan2, most of the time bawak je. aku tanya dia nak makan apa, nak minum apa. let her choose. tak kisah kedai mana pon. kat hotel pon aku kasi je dia makan. aku tak sanggup kot nak biar dia tengok je kita makan sedap2.

handphone. ni dia dah ada masa awal2 kerja lagi. ramai suruh aku rampas. haih aku pon dilemma. so aku cakap terus terang kat dia. apa concern aku kalau dia ada telefon. tapi aku still perlu call dia time aku kerja kan nak tahu eisya cemana semua. so give and take and again, serah kat Allah.

kalau aku ada kat rumah, seboleh2 aku nak urus eisya sendiri. kalau aku masak, aku akan panas hati kalau laki aku tengok tv je tak jaga eisya. haha. yelah aku panas hati tengok eisya main dengan bibik je kan. baik dia tolong aku kat dapur. eisya mainlah dengan papa.

so memang aku soundlah laki aku kan. tapi yelah eisya ni kadang dia tahu dengan bibik dia boleh ngada2 so dia kalau nak ngada2 dia cari bibik lah. geram jugak budak ni. sekarang kalau marah sikit, terus cari bibik. bibik tak berani marah dia kan. ikutttt aje. tu pon aku sound jugak wati jangan manjakan sangat. dia kata takut eisya nangis.

alahai. susah betul. tapi aku biar jelah daripada orang cubit anak aku kan. nauzubillah. oh ye, masa awal2 kerja aku dah cakap wati, jangan sesekali pukul anak aku. kalau aku dapat tahu, kiteorang belasah dia cukup2.

so far aku tengok, eisya okay dengan dia, so aku tak adalah saspek bukan2. eisya pon caring kat bibik. kalau dia tengah makan, dia ajak bibik makan jugak. tanya bibik dah makan ke? kalau bibik cakap belum, dia cakap bibik lapar tak? so aku rasa cara kita treat bibik pon reflect kat anak kita nanti. so tunjuk je contoh baik.

tapi eisya kadang2 ada gak perangai ngada2 dia. kalau aku ada, kemain ngada2 lagi dengan bibik, nak marah ke nak manja ke. tapi kalau aku tak ada dia baik je. ummy pon cakap memang camtu perangai eisya dari kecik. hari tu papa dia MC sebab demam teruk. tak leh rehat papa dia sebab dia ngada2 nak papa dukunglah ajak jalanlah. pastu merajuk dengan mommy sebab papa cuti tapi mommy tak cuti. ayayayaiiii.

paling penting. aku tak nak anak aku lemak even ada maid. tak nak dia malas. dia nanti wajib tahu kemas katil sendiri, kemas bilik, iron baju sendiri dan semua survival skill asas termasuk cuci toilet! lepas makan, cuci pinggan sendiri. jangan sebab ada maid, nak lemak2 semua menda tak reti nak buat. tak kisahlah kau lelaki ke perempuan. kalau pemalas hangit pengotor, orang menyampah tahu? nasiblah dapat mak cerewet camni nakkk.

lagi 3 bulan, adik eisya pulak lahir, insya allah. so nanti bibik kena jaga 2 budak. harap ok2 sajalah! aku selalu cakap, anak first priority. rumah sepah dengan toys tak apa asal jangan kotor. sebab dulu dia selalu cepat2 kemas yang eisya main. eisya bengang je haha.

so sukahati koranglah cemana korang nak treat maid korang. ada orang buat kuli betul goyang kaki je. basuh berak anak pon tak mau. anak pon tak pernah tidur dengan mak. maid makan lain2 lauk dengan majikan. siap pinggan asing2. makan dok kat lantai dapur je. kadang2 maid tu dah siap kerja, nak rehat tidur pon tak boleh. haih. macam2lah kan cara korang. tu suka hati korang.

maid pon boleh tahan macam2 perangai kan. ada yang tak kenang budi. tak sedar dek untung. dera budak. mencurik. melawan cakap. lari dengan boypreng. haihhh.  

so aku rasa nasib/rezeki masing2lah menda ni. kita tak tahu apa yang Allah rancang untuk kita. aku pun tak tahu apa nasib aku lepas ni. aku hanya mampu doa aje. sebelum tinggal anak pagi2 tu aku doa, cium kat ubun2 eisya, semoga allah lindung dia dari orang yang niat jahat kat dia. masa masak pon, aku selalu niat, biar dorang yang makan masakan aku ni lembut hati dan takut Allah. wah2 kantoi dah guna2kan orang. bahahaha!

yelah bukan tak ada kan kes maid teruk2 ni. despita kita dah buat baik kat dia. again, bukan kerja kita nak meramal huhu.


aku selalu jugak suruh ummy doa. doa ibu kan makbul. so kita pon dah jadi emak ni cubalah kita cakap menda baik2 je untuk anak kita. cakap banyak kali, kira doa banyak kali jugaklah tu.

ada jugak yang tanya aku kalau boleh tolong carikan maid. dulu aku pernah tolong and now aku malas dah ya. kang kau komplen2 maid itu ini. susahlah aku. aku bukan agent. bukan amik untung pon. nak tolong jadi pening nanti haha.

my blogger friend, diah pon cakap. dia offer kawan2 yang dia rasa akan jadi majikan yang tak berkira je kalau ada maid available.

so kesimpulan, mari kita berbuat baik sesama manusia. dan serah kat Allah selebihnya, OK?


Friday, January 4, 2013

eisya and bibit

yes eisya calls her bibik BIBIT.

since we are still at tokmi's place. payah jugakla eisya nak biasakan diri dengan bibik. dia nak time main je. mandi, tukar diaper, makan semua nak tokmi.

wati ni everytime la dok pujuk, yuk sama bibik yuk! 

tapi cha hanya kata. tanak! nak tokmi tokmi tokmiii!

ada few times wati berjaya pujuk cha mandi dengan dia, tukar diaper dan suap makan.

semuanya time tokmi bersembunyi. tapi time tukar diaper, dia cakap, mawu arrr. terkepit2 siap tutup muka.

dia memang dah tau malu sekarang. kalau nak pakai diaper pon, kalau baringkan dia depan ramai2 dengan orang yang dia tak berapa biasa nanti dia malu. haha. kalau tengok kita pakai towel je pon dia tutup mata cakap mawu arrrr.

eisya suka ajak bibit main. kadang dia pimpin tangan si wati ni ke hulur hilir dari depan sampai dapur. pastu minta itu ini. suruh bibit nyanyi. bacakan buku.

favourite dia, suka suruh bibit garu. bibit gayu pis. pastu wati garu sampai dia tertidur.

perangai baru sekarang, jumpa orang baru je, tunjuk tangan dia bekas gigit nyamuk. tenok ni. berdayah. nyamok. (tengok ni, berdarah. nyamok) suruh orang garu dan tiup. siapa2 je ok dia suruh. kat kedai ke surau ke. OMG ini budak.

pastu yang tak menahan. suruh2 wati buat kerja. bibit, mop. bibit, vacum. ada hari tu ummy cerita, ummy angkat kain. lepas tu eisya cepat2 cari wati kat bilik, tarik tangan dia cakap, bibit lipat kain.

sod ba ro je la makcik niiii.

rasanya nanti dia pasrah jela kot time tokmi or i not around. dia ok je dengan wati tu. kalau tokmi solat ke apa ke. dia dok tengok tv dok atas riba wati lagi. ngada. pastu nampak je tokmi turun, nak tokmi nak tokmi. 

bibit juga telah belajar untuk pujuk eisya minum susu botol dengan - lepas buat susu kena main acah2. sebab eisya selalu buat perangai kalau lepas buat susu nanti tetiba dia kata tanak. so kena terbangkan botol cakap, mana mulut eisya ni. aik mana ni mulut dia? selepas beberapa seminit dua drama camtu dia ngap lah. kalau mood dia okay, dah tau susu nak siap nanti dia terus baring kat tilam dia get ready nak susu.

macam2 perangai chadelea ni.


 berlakon jadi cashier kat kedai orang

 duduklah jugak beberapa minitttt. kalau tak mommy je yang kena dukung!!

ni nama dia senyum tak ikhlas.

ok bye!

Monday, November 12, 2012

kakak syiti dan kakak septi

kakak syiti.

nama dia siti sarah, umur 20tahun. lepasan STPM. anak sepupuku. tapi ni baru first time we ols jumpa ok. tak rapat dengan family dia, mungkin sebab dorang orang susah. tak ada kenderaan nak balik rumah nenek kita orang. huhu kalau tak sebab eisya, tak jumpala sampai sudah huhu.

mula2 ummy tanya2 mak dia kalau ada kenal siapa2 dari kampung dia kat bachok tu nak kerja maid. lepas tu dia offer anak dia ni. so okaylah we try la dulu. sementara dapat maid indon kan.

turn out to be she is very very quite. tanya sepatah jawab separuh patah. haha. cha yang banyak tegur2 dia. cha kan peramah. mak dia suruh pergi jugak sebab nak suruh bergaul2 dan tak pendiam sangat. hehe. rumah my mom dahla banyak jantan2 kan. lagila dia malu huhu.

then cha okay je nak main2 dengan dia tapi tanak tukar lampin/mandi dengan siti. sampai dia tampar2 siti. geram pulak aku k. tapi time nak jalan nak keluar ke, nak minta tolong ke, mesti - kakak syiti???? come here! kakak syiti ketot ke??? hehe. malu budak tu. kalau tengok tv mesti paksa kakak syiti tengok. kakak syitiii! nenok mickey mouse!! kakak syitii nenok nii. tayooo!!! dah tak pasal2 siti dah kenal kartun disney junior haha.

mungkin masa tu ada tokmi kan. so harapnya bila aku or tokmi tak ada cha ok la. tapi ni, siti kata nangis jugak k. tapi time tu jela. time lain okay je happy je.

pasal kerja rumah tu. kena suruh kena ajar. lagipun sedara, takkan nak arah2 sangat kan. cuma aku dah bagi jadual. so pandai2lah. nak expect dia tip top macam maid indon tu taklah sebab dia sedara lagipon tak biasa buat kerja rumah kan. cuma aku notice she is getting better and better lah from day to day. takpelah yang penting dia jaga eisya. slowlylah.

aku ada suruh dia mesra2 happy dengan eisya. sebab eisya suka orang camtu. pastu nampaklah dia try.

kalau ikutkan, kalau dia tak dapat lagi rayuan U tahun depan ni, kalau dia nak duduk dengan aku jaga cha. duduk jela kan tak yah amik indon. tapi dengan syarat eisya nak dengan dia. huhu. tapi tengokla cemana. laki mak approve ke tak ku tatau. 

kakak septi

nama dia septi apriyani. umur 17 tahun. okayy. ni patut maid aku tapi sebab cousin aku nak urgent so aku bagi dia dulu. ingatkan umur 17 tapi dia paspornya umur 25. akan tetapi kedua2 KTP (IC) dan paspornya umur 17 donk. 

waduh gimana ini. nggak bisa bikin permit sebab under age. so aku kena pulang balik kat agen. tapi aku nak pakai dulu 1 week. sebab eisya suka pulak kat minah ni. sikit2 kakak? kakak?

ni semalam agen kata nak amik dia malam ni tapi aku minta nak pegang dia lagi sampai weekend ni. tengoklah cemana. aku bagi tau dia pagi tadi dia kata. oh jadi gimana ya kak? saya lagi kasihan sama aisya.

bila aku beritahu dia, kamu ini tidak akan dapat kerja secara sah di sini septi. umur kamu 17 memang nggak bisa bikin permit. dia nampak runsing tapi aku tataula dia faham ke pasal permit ni.

walaupon ni first time jadi maid. budak ni boleh dengar arahan dengan bagus, rajin, tak banyak cakap, solat, bersih dan cepat pick up kalau ajar. so aku rasa kalaulah dia umur 21 tahun memang aku nak aje budak ni jadi maid aku.tapi kalau tak boleh buat permit tak nakla akuu. kang tak pepasal je kalau apa2 kan.

tapi tulah, macam yang kita semua sedia maklum. never percaya 100% sebab indon pandai berlakon kan. tapi harap2 okaylah budak tu. haih kesian pulak. berenti kerja kilang kat jakarta lepas tu datang malaysia camni pulak kisahnya. huhuhu.

tapi kelakar. first day dok rumah umy tudung tak bukak. kerja pon tak bukak. second day bila dia da biasa2 dia bukak tudung. lepas tu dia tengok aku pakai short agaknya dekat rumah. dia pon lepas mandi tukar seluar paras lutut. haha. ummy pesan kat siti. suruh cakap kat dia nanti bapak marah. haha lepas tu dia tukar seluar panjang. dia kata. saya di indonesia sebetulnya tak pakai tudung. hehe. masa pergi buat kerja rumah aku pulak pakai tudung tak bukak sebab ada adik ipar aku kan. masa bawak pegi jalan2 MV semalam pon pakai je tudung. tak kisahlah dikkk. haha

so today tokmi and tokbah dah sampai china. so this week. eisya dengan budak berdua tu lah. takpela cha. prektis la k. janganlah clingy sangat. huhu

kakak eisya

haha tetiba kakak. yela selalu dia suruh aku panggil dia baby. tetiba dia cakap ritu, mommy ni kakak!
eisya jangan macam2 yeee.

aku rasa eisya dah tunjuk gaya budak manja sebab duduk dengan tok. dia kalau duduk rumah tokmi kemain eksyen and suka tantrum kalau tak dapat apa2. kalau duduk rumah we ols better. dahla nak tidur malam susah. kalau rumah kitaorang. kul 9 tu dah selamat. tapi kalau rumah tokmi?? tahan selagi boleh k. kalau dah masuk bilik tu kemain banyak alasan. nak air, nak mamilk, nak tokbah, nak ayahsu. nak tokmi. semuaaa dia nak k. last2 papa tinggi suara. EISYAAAA! TIDURRRR. terus tukar kemahuan - nak kungkung mommyyy. haishhh.

tapi sifat clingy dia dengan mommy adalah merunsingkan huhu. even kalau pakai carrier (ayin pinjamkan) ponnnn dia nak mommy carry. tu pon kejap je. dia kata nak kuar nak kuar! bukak niii. tanak niiii.
huu so tak boleh beli ke ergobaby niiiiii....

pagi tadi tinggal tak nangis sebab rasuah dengan coloring book and color pencils. dia yang pilih nak coloring book mickey. sebenarnya dia nak meja study mickey. masa tu dia pegi tengok dengan papa dia. bila dia datang kat i dia kata, sya nak mickey mouse. bila tanya mana? cuba eisya tunjuk mommy. dia pon lari2 pergi cari kat jusco tu. dah jumpa, dia duduk situ dan cakap nak mickey mouseee! i cakap mommy tak de duit nak beli cha. mahal ni rm300 k. nakkkkk mickey mousee!!! OMG she is really growing up. then i cakap, okay let's buy something with mickey mouse but not this table okay? dia terus bangun cakap okay! haha not that she understands completely. tapi kelakar je tengok. haha. dari rm299 last2 dia pilih coloring book yang harga rm4.50 je hehe. color pencils pon masa beli the other day beriya nak yang kotak mickey. i managed to convince her tu tak berkualiti! beli luna je kkk haha. eh ke faber castel i beli. tah tak ingat. haha. sharpener pun nak pilih sendiri kaler blue (sebab kaler tayo kot?) tapi i beli yg exam grade punya haha mommy ni boring kannn.

haih cha. besar dah anak mommy. harap okay jelah nanti duduk dengan sapa2 pon. bibik ke kakak syiti ke. takkan nak harap tokmi je. mommy penat sangat berulang alik huhu.

tadi ada call ada daily maid nak rm650, weekdays only tapi taknak pergi shah alam. nak pergi rumah ummy je kat sg buloh. then dia kata paling awal boleh datang pukul 730. mana boleh huhu. kena datang 630 sebab i 645 or 7 dan nak gerakk. huhu macam2 hallll.

okayla tu jela. tujela kononn. padahal panjang gila ni bebel hahaha.

ok bye! u again (gaya kakak cha - see u again)