mata duitan

Showing posts with label baby food. Show all posts
Showing posts with label baby food. Show all posts

Friday, December 7, 2012

hal makan chadelea dan tips pemakanan anak-anak

dah lama kan tak publish recipe makanan cha. hehe. sebab rasa tak ada special pon. so terus malas haha.

eisya adalah hampir 22 bulan. masih lagi makan homemade food by mommy (sometimes tokmi hehe). no table salt and sugar.

tak ada masalah makan, tak picky, sihat. alhamdulillah. so aku tak faham kata2 tak makan garam gula tu nanti tak ada kalsium, tulang tak kuat, tak ada zat. T____T

akan tetapi sejak 2-3 bulan ni dia dah pandai nak jugak makanan yang kita makan. so adalah jugak aku kasi je lauk kita orang yang ada garam. bagilah beberapa suap. macam ikan bakar, sup sayur. tu jelah pon. lain2 dia tak ada nak amok2 mintak. dia suka ikan dan sup sebab tu dia marah kalau dia tak ada menda ni tapi kita makan. huhu. anyway dia dah hampir 2 tahun sebab tu aku boleh pejam sebelah mata lagi lah.

kalau muruku ke keropok ke dia syok sangat tengok kita makan krup krup krup dia pon nak lah. ada hari tu aku tertumpahkan muruku, cepat2 dia nak kutip. aku rampas, aku buang dalam tong sampah dia nak kutip.

amaigadd eisya!! camtu sekali ke awak ni teringin. tskkkk...

kalau makan luar, dia memang ada bekal dia. tapi kadang2 kena order air segelas untuk dia. so usually we ordered sugarless watermelon juice. habis dia segelas seorang T___T

dan kalau berjalan2, mesti bekal main meal, bekal buah, bekal roti/biskut. wajib. 

tapi kalau kat hotel tu bedal je lah rasa2 apa2 yang boleh dia makan.  pernah jugak order makanan untuk dia request tanak garam gula MSG. selalunya sup ayam/telur dadar je. tapi tak sedap noks dorang ni masak kalau tak ada semua ni. padahal yang mommy masak tak ada semua ni sedap je kan. (puji diri sendiri, excuse me)

dorang yang dah terbiasa perisakan makanan dengan all those things kan. kita ni masak makanan anak walaupon tak ada garam, ada perisa lain yang bagi natural good taste. i pon layan je makan food cha. sama jugak kalau orang yang biasa makan MSG berkoyan2 nanti kalau i masak mesti dia cakap tak sedap hoi. hehehe.

okaylah ni saja ni nak kasi tips dalam memberi makan anak2:

  1. tak perlu belanja lebih nak beli gadget dapur. ada basic tools - steamer/cooker/blender pon dah okay. tapi kalau nak beli pun tak ada salahnya :)
  2. pastikan ikut kesesuaian umur dan perhatikan reaksi alahan, jika ada. 
  3. makan bersama2 dengan anak supaya anak gembira pada waktu makan dan tidak rasa terasing
  4. percayakan kebolehan anak. biar anak teroka makanan dan suap sendiri. baby led weaning is awesome u ols. yang tak awesome part mak dia kena kemas je hehe. 
  5. jadikan sayur dan buah sebagai kawan baik dan makanan mewah. maknanya kalau dorang dapat makan ni, dorang rasa happy sangat. bukan dengan makan eskrim, coklat.
  6. tunjukkan contoh yang baik. (we are struggling!) ini bukan senang yeh. dengan papa dia yang kadang2 beli jajan, beli frozen food - wedges, nugget segala tok nenek bagai tu! nak larang pon tak daya dah sebab dah dewasa kan. kalau eisya dah besar sikit mungkin aku akan jadi diktator dengan tak benarkan benda2 ni masuk dalam dapur aku. my kitchen, my rules.
  7. libatkan anak dalam proses sediakan makanan. boleh ajak dia pilih masa beli barang mentah kat pasar, masa masak. this is so much fun! :)
okaylah u ols. 7 cukuplah ye. kang ada orang cas aku bajet macam pakar pemakanan lak. pakar sangat kan? muahahah.

notakaki: aku tak terer masak harap maklum. husband selalu cakap tawar. so kalau nak masak untuk dia aku kena rasa masin baru dia cakap okay. blerghh.
pulak tu kalau tak sedap ke tawar ke tak jadi ke mulut kemain pokpek2 komplen, kalau sedap, diam je tak ada pun puji-pujian. kalau tanya baru cakap sedap. itulah dia, melayu mudah lupa. tskkkk.
walaupon kadang2 orang kata kita ni nak sekat pemakanan anak2, nanti anak mati tak sempat nak makan makanan sedap2, orang lain makan je macam2 okay je tak ada apa pon, aku cerewet, nanti besar pon nanti dia makan jugak semua menda yang tak berkhasiat. well, cakaplah apa nak cakap, DILLIGAF? hehehe.

ok bye! 

saya suka duyan dan mutan (sengau ye nak sebut tu, eisya's style)




Monday, May 14, 2012

lasagna for eisya

okay cha dah bosan pasta - macaroni, spageti, angel hair spageti, spiral yada yada. tapi baru tau dari ummy maryam ada san remo punya instant lasagna sheet. nak buat sendiri jangan harap ler. hihi.

maka dengan pantas mommy belikan for eisya.

eisya memang suka sangat2. licin 1 ramekin. baru buat 2kali. satu buat chicken bolognese sauce macam biasa aje. tapi tambah labu.

second time, buat 2 sauce. beef bolognese with pumpkin (grated) dan cheese sauce.

ni before bake. after bake tak amik gambar :p

nantilah experiment dengan sauce lain2 pulak. 

nak recipe? ala u ols beli aje san remo instant lasagna sheet tu. pastu kat kotak tu ada recipe. i kopipes situ aje :)

hari ni isnin. memang bosan i dah homesick. eh tetiba homesick. last weekend, rasa betul2 seronok spend time dengan eisya. she kissed me a lot until my face got all wet. everytime i look into her eyes, i thank god for this chance. alhamdulillah.

prayers for baby uzair who lost his parents in an accident and baby yang kena tibai dengan bantal oleh her dumb-arse-hole mom tu. 

gosh memang jiwa terganggu betul. 

ok bye peeps. muah muah!

Thursday, May 10, 2012

nasi tomato for baby

cha ni ada time dia tak suka nasi. suka pasta je. ada time nak finger food sokmo. now adalah masa untuk selera kampung! haha.

nasi dia suka. kalau masak lemak paling suka. ikan bakar paling suka. nasi tumis2 ni laaagiii suka.  ni i nak share recipe kegemaran cha.


so ni i tempek la resipi nasi tomato for baby.

bahan2 nasi tomato:

rempah 4 beradik (1 biji pelaga, 1 biji bunga cengkih, 1 kelopak bunga lawang, sedikit kayu manis 1cm)
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
homemade chicken stock
homemade tomato puree
daun pandan
4 sudu beras

cara2:

panaskan sedikit minyak jagung, tumis rempah 4 beradik. tumis bawang. lepas bawang layu, masukkan stok ayam, tomato puree dan beras. masukkan air dan daun pandan.

selalu i bagi makan dengan sup sayur dan ayam masak tomato.

ayam masak tomato:

balut isi ayam dengan serbuk kunyit. goreng dengan minyak yang sedikit. 
angkat, ketepikan. 

bahan2 untuk sauce ayam 

2 ulas bawangmerah
1 ulang bawang putih
homemade tomato puree
puree kurma (atau sebiji kurma)
*kalau nak tambah apa2 sayur pon boleh. sometimes i tambah peas, carrot. 

cara2:

tumis bawang dan masukkan puree tomato dan kurma. tambah air untuk kadar kepekatan yang dimahukan. dan masukkan ayam goreng tadi. dah siap.

senang je kan? eisya kalau makan ni sambil clap2 pastu cakap yes yes sambil tersembur nasi kena tangan pastu nangis suruh basuh tangan sebab geli. T___T

okay tu basic untuk nasi tumis2. buat aje nasi jagung ke (guna puree jagung), nasi daging ke (guna stock daging), nasi ayam( guna stock ayam) dan lain2.

kalau nak masak untuk kita, campur susu cair sket. setappp. 


okay mommies, happy cooking!

Monday, March 12, 2012

creamy corn soup recipe






bahan bahan

sedikit bawang holland (cincang)
1 ulas bawang putih (cincang)
1tsb unsalted butter
1sudu teh tepung 
1 cup air (chicken stock lagi bagus)
isi ayam (kalau pakai chicken stock, tak payah isi ayam pun tak apa)
celery stick
corn puree
1tsb cream cheese
sedikit black pepper

cara cara

tumiskan bawang, celery stick dengan unsalted butter sehingga lembut.
masukkan tepung. kacau sehingga sebati.
masukkan ayam, till masak ayam itu.
masukkan air/chicken stock.
masukkan corn puree, cream cheese dan last sekali black pepper.
blendkan ia.

cicah dengan garlic bread! eisya makan biasa2 je. dia lagi suka makan pumpkin soup or potato soup. tapi roti dia abis sekeping ni. sekarang mood asik nak makan rotiiiiiiii je.


Tuesday, March 6, 2012

A must try cheesy chicken nugget recipe!

baked cheesy chicken nugget

wah wah! siap must try kan. hehe. 

yela sebab memang pon setap i tell u. i have tried few other nugget recipes ini tersetaplah so far. eisya pun suka. especially kalau letak dalam plastic. dia korek2 plastik tu ngap ngap ngap makan. konon macam dewasa sangat kan.

okay ni resipi ia. tapi sebelum tu  preheat oven at 200degC.

isi ayam - cincang
carrot - parut
cheddar cheese - parut

 kepal semua ni ya. bentukkan. 

melted unsalted butter - (cairkan dalam pan kejap)
 
kepalan ayam tadi, kasi celup dengan ini butter.

pastu golek2 dalam campuran ini:

breadcrumb (roti bakar garing2 pastu blend kering)
cheddar cheese - parut
thyme

pastu bakar dalam oven for 20mins. 
 
i suka sebab dia golek dalam butter tu, not telur. so bila bakar dia akan still rasa moist. n breadcrumb lagi lembut dari oat. kalau i buat version oat n telur, eisya makan gak tapi ni lagi makan beriya2. pastu letak cheese, kalau makan time suam2 tu melt in your mouth gituuu. tapi kalau buat oat n telur version tu, i prefer shallow fry instead of bake. 

okay nanti u ols try la ok.
 
bye!
 
 

Friday, February 24, 2012

first birthday cake recipe

walaupun aku excited semacam pilih design birthday cake anak yang ke satu, aku masih lagi dengan pendirian 1 yeal old eisya tak boleh lagi nak makan makanan bergaram bergula. birthday cake beriya2 tu untuk amik gambar dan untuk orang dewasa je makan. mommy ler tew. kan mommy suka sangat menda desserts cake biskut macaron bagai ni.

alahai. memanglah excited kan budak dah satu tahun. tapi tak payah nak excited sangat nak bagi makan macam2. bengang jugak sebenarnya.

masa pegi pasar malam dengan B and eisya. aku n B beli air soya. papa eisya tanya,

B: eisya boleh ke minum soya bean? 

me: mmh 1yo boleh.

B: B bagi sikit eh ni.

me: no!

B: why not? sian eisya. semua mommy cakap tak boleh. 

me: nanti mommy buat sendiri kalau nak sangat bagi. 

B: sian eisya kan? mommy tak bagi kan eisya? (melihat eisya)

dengan macam2 penyakit rotavirus la apa la ada hati nak bagi anak minum air pasar malam. kita ni tak apalah. bengang ok bengang. bengang sebab dia cakap macam tu kat eisya macam mommy ni jahat nau tak bagi anak minum air soya. T____T

tapi biasalah orang laki ni kan. kena cakap, terangkan elok2 baru dia faham. ada time dia macam faham. ada time dia macam malas nak layan. ada time dia macam tah. macam2 tau. tapi okaylah laki aku ni kalau orang nak suap apa2, dia akan cakap. eh tak boleh nanti tanya ieda dulu boleh tak. or eh tak boleh, ieda tak bagi. 

ha bagus kan guna nama aku. pandai.

sekarang ni, eisya selera dia macam naik turun. nasik2 memang kureng la. pasta dan oat pon da slowww je. so sekarang aku buat ketul2. macam begedil ke, meatball ke, nugget ke, kuih cara berlauk ke. leceh ok menda camni haha!

tapi tak apalah asal anak makan kan. tokmi pulak gurau2 dengan aku, tah2 eisya nak makan nasi dengan kicap macam papa dia tak. 


WOOO UMMY. TOLONGLAAA JANGAN BAGI KICAPPPPPP!!!


GONGLA KAKLONG NI! mana ada ummy gurau jah! ummy tau la kicap sos semau tu banyak gula garam MSG. 


(gong tu maksudnya macam poyo. eh ke apa eh. gila. eh ke apa haha. bahasa kelate tu)

tah2 dia nak makan nestum tak?bagilah. kenyang sikit dia. kata adikku.

apa motif budak dah makan makan ketul2 nak makan nestum? apa relatifnya? baik buat bubur blend campur perisa buah apa2! hehe tu cakap dalam hati jela sebab adik aku tu sah2 tak tau menda2 ni kan.

eh kau pehal cakap nak bagi recipe first birthday cake ni bebel2 ni dah kenapa?

okay2 nah ini lah dia cake itewww

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



hehehe. okay okay tak tak.

ni ha....
 


recipe:

1/2 cup rolled oats - i tak blend pon
1 cup tepung serbaguna
3 biji pisang masak ranum (i use pisang raja) - lenyek
1/2 cup corn oil
1/2 cup raisins
2 eggs
2 biji epal untuk dijadikan applesauce (apple puree ler tew)

recipe asal dari sini ya. masa ni tumpang bake kat rumah SIL. so guna je apa ada. unsalted butter tak bawak pulak masa ni. kalau ada baking powder dan ada butter lagi setap rasanya. so u ols tgkla recipe tu ubah apa yg patut. ni pun i buat half je dari recipe tu. 

cara2


panaskan oven dulu. 170C.


campur je semua. campur barang2 kering dulu. then yang liquid. make sure sebati.
tuang dalam bekas cupcake. 


resipi asal dia bukan muffin or cupcake tapi kek. tapi sebab nak senang travel, i letak je pakai paper cup ni. (apa nama dia? lupa)


bakar for 45mins. cucuk dengan garpu tengok lekat tak. 


ingatkan dia naik sebab tu letak sikit je. tapi maybe sebab pisang tu, dan ada applesauce pulak dia jadi berat kot. so try uols letak baking powder ok pasni. 

reaksi eisya...


 eh kan ke eisya potong kek elmo tadi? ni apa??

 mmhhhh check jap.

 papa! eisya kena ke makan ni?!

errkk try ke tak try ke takk
 

 mamam mamam mamam

 mmmhhhh



okaylah. dah ni je eisya boleh mamam...


kasi mommy makan sikit. 

okay lah u ols. tu je. cubalah ok. nanti i nak buat lagilah kalau rajin. tukar perisa lak. 

k bye. happy weekend!

Thursday, February 2, 2012

bihun sup for baby

hai ibu2 sekalian. sudah lama pula saya tidak update resipi makanan anak2 kan? huhu. baiklah sila cuba masak bihun sup untuk bayi engkorang.

ni eisya first time bagi makan bihun. kalau orang johor panggil mi halus. haha! comel je kan?

bahan2:

bihun - rebus lama2 sampai sangat lembut dan lembik

bahan2 sup:

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
setengah sudu kecil jintan manis
jintan putih
rempah 4 beradik (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang)
setengah sudu kecil rempah sup (serbuk)
isi ayam
daun sup, daun bawang
carrot
tomato

cara2 buat sup:

  1. sangai jintan manis n jintan putih sehingga wangi
  2. tumbuk jintan2 ini dan tumbuk bawang merah(lumat), bawang putih(kasar) dan halia(kasar).
  3. tumiskan rempah 4 beradik dengan minyak jagung. masukkan bahan tumbuk. tumis sampai wangi dan bawang layu.
  4. masukkan isi ayam
  5. masukkan air dan serbuk sup
  6. masukkan sayur2 tersebut
okay dah siap sup. tapi bihun sup ni tak setap kalau takde begedil. makanya mari buat begedil jugak.

masa tengah buat sup tadi tu, sila rebuskan sebijik kentang ya. ni bahan2 untuk begedil

sebiji kentang size sederhana (dapat 4 bijik begedil)
isi ayam, dicincang halus (curik dari sup tadi)
carrot - diparut
daun sup dan daun bawang- dihiris nipis
tepung atta
telur

cara2:

  1. lenyek kentang rebus tadi.
  2. campurkan isi ayam, daun sup dan carrot
  3. bentukkan 
  4. masa nak goreng tu, celupkan dengan telur pastu celup kat tepung dan sila shallow fry. 
awal2 lagi aku dah ngap sebijik begedil cha ni. hihi

so masa nak serve, racikkan2 isi ayam tadi dan makan bersama begedil ni. kuah sup tu, tapis la dulu sebab banyak rempah2 tu kan.

 

alhamdulillah, cha suka.

kalau mommy nak makan, buat sambal kicap la ok. hehe.

resipi sambal kicap. eh nak bagi jugak? hehe. ni untuk dewasa je ya.

bahan2: 

bawang merah, bawang putih dan belacan - bakar
cili kering (rebus dan blend - sikit je)
cili api 
gula 
garam
kicap

tumbuk semua bahan2 ni dan tambah kicap dan tambah kuah sup ayam tadi. nyums! bihun sup ni makan dengan kacang goreng n bawang goreng dan potong2 daun sup, daun bawang dan limau nipis. letak sambal ni banyak2! yumsss!

huhu masa pregnant dulu aku ingat lagi aku mabuk tak tau nak makan apa. pastu order bihun sup ummy. aku makan ni dari pagi sampai petang dan esoknya makan lagi. tak muntah. haha all time favourite lah bihun sup ummyku!

sekarang cha da ada baby chair baru. mmh antilop ikea. cossato aurora tu dah anta rumah alam budiman. sapa nak pakai tu cha? masa mula2 nak beli baby chair tu pon mommy n papa gaduh2 pilih. mommy nak ikea je. papa ler nak cossato. sudahnya cha tak gemar sangat pun dok situ. maybe sebab besar ke, panas ke apa ke. tahla. tokmi kata cha ni suka barang murah2 aje. i beli toy pasar malam dia suka ok. joget2 lagi bila spider ni nyanyi. toys mahal2 tu dia suka elmo je. yang lain. mmh tak ada perasaan sangat. okaylah cha pasni mommy beli sume kat pasar malam je ok? :p

 

 showing her perut. bila tanya, mana perut? kadang2 dia tepuk perut buncit mommy.

 
 makan prune on her new chair.
boleh je dia duduk diam2. tapi last2 kalau dia boring nak diri gak. so kena bagi dia tengok tv - oasis yang zikir2 tu. baru diam. sambil tadah tangan baca doa or allahu akbar. 
suka bertempek atas orang macam ni. nampak tak gigi dia kat atas tu? 
 .
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.

jarang2 macam sapa eh? 

T____T

Monday, January 9, 2012

baby food recipe

dah lama tak update recipe food cha kan? bukan apa. setiap kali masak i tak rajin pulak nak snap kan. tapi tak apalah u ols. i share jelah ok. selamat mencuba!

oh ya sekarang cha makan banyak. tengok bowl dah licin dia nangis nak lagi. eiiii. kadang i tak layan amik dia basuh mulut, drink water. diamlah dia. hehe. tapi sekarang nasik memilih sikit. lauk nak yang setap aje. lebih suka layan oat n pasta lately.

ini budak suka buah. ada ke aritu semasa mentunggu mommy shopping kat ariani, cha and papa duduk sebelah pakcik sedang makan betik. lalu tanpa segan silu cha hehh hehhh. sambil tengok papaya pakcik tu. lalu pakcik tu berikan cha seketul. papa dah malu. lepas abis seketul, minta lagi. pakcik tu tinggal seketul je lagi lalu diberikan kepada cha. T___T

mommy kuar kedai je tengok oren2 mulut cha. haha. time kasih ye encik :)

okay recipe recipe u ols!

 dah boleh ikat rambutnya bah (terikut kak fara ni hehe)

baby bolognese

 bahan2
 any pasta direbus lama2 sehingga sangat lembut with olive oil sikit. 

bahan2 sauce:

  1. bawang putih
  2. bawang holland
  3. protein source - daging lembu or ayam
  4. tomato masak ranum
  5. italian herbs
  6. oregano
  7. celery stick
  8. carrot
cara2nya

rebus tomato, bila dah masak, buangkan kulit dan mash or blend.
tumis bawang putih dan bawang holland dengan olive oil. masukkan daging or ayam.
masukkan tomato yang dilenyek tadi .
masukkan oregano dan italian herbs.
masukkan celery stick n carrot.

masukkan air in between tu bila perlu. dah siap! tuang atas pasta tadi dah parut cheese.

baby flat bread pizza

ni before letak cheese

sapukan roti dengan unsalted butter. sapukan bolognese sauce tadi, tabur keju parut dan bakar dalam oven. setap u ols! kalau i buat bolognese utk cha for lunch salu i buat ni utk breakfast dia. dia sangat suka dan macam tak cukup je makan sekeping roti. ishh.

oh ya, i selalu setkan rotisserie at 130F bakar for 10min aja. agak2 keju cair. kalau nak bakar atas pan pon takpa. setap aje u ols!

bolognese pie

hehe emak eisya memang suka kerja mudah. masak bolognese sauce 1 hari lepas tu tukar je cara makan. hehe.

untuk ni, u ols rebus kentang putih n keledek oren, then lenyek2kan. campur unsalted butter sikit.
masukkan bolognese sauce dalam ramekin, dan masukkan mashed potatoes tadi ni kat atas. dan taburkan keju parut. bakar dalam oven. set apa eh lupa lak. bake kot. masak 180F dalam 15min.

baby tomyam

sengaja potong carrot panjang2 utk dia suap sendiri

bahan2

  1. daging ayam 
  2. bawang besar
  3. bawang putih
  4. lengkuas (ketuk)
  5. serai (ketuk)
  6. daun limau purut
  7. daun ketumbar
  8. carrot
  9. celery stick
  10. bunga kubis
  11. tomato
senang aje. masukkan semua sekali dalam pot tapi sayur2 tu laterlah bila yang lain2 dah masak. dah siap. haha. makan dengan bubur nasik. 

baby steamed fish

bahan2

  1. bawang merah
  2. bawang putih 
  3. halia
  4. serai
  5. daun sup
  6. celery stick
  7. carrot
  8. bunga kubis
  9. sedikit lemon or lime (perah sikittttt je. citrus fruits above 1yo kan. tapi kalau sikit dan dimasak RASANYA acidity dah kurang)
  10. any ikan. i use salmon or tenggiri or ikan merah
senang aje. hiris2 semua dan susun semua dalam pinggan dan kukus. eisya sangat suka ikan. pastu cium dia bau ikan ok. :p

 baby tenggiri sweet sour

bahan2

  1. bawang merah (tumbuk)
  2. bawang putih (tumbuk)
  3. halia (ketuk)
  4. tomato (kalau ada puree lagi bagus)
  5. kurma (kalau ada puree lagi bagus)
  6. celery stick
  7. carrot

cara2:

tumis bawang merah, bawang putih dengan corn oil. masukkan halia. lepas tu tomato kacau2 sampai masak. masukkan kurma (kalau tak ada puree, buang kulit dan biji dan lenyek2 aje). masukkan air jika perlu. masukkan ikan dan ikan ni kejap je masak kan. dan last sekali masukkan sayur2. dan siap.

this is cha's favourite!

baby's ayam masak tomato

bahan2

  1. daging ayam
  2. bawang merah (tumbuk)
  3. bawang putih (tumbuk)
  4. halia (ketuk)
  5. tomato (sukati nak puree or fresh)
  6. celery stick
  7. kacang peas
  8. carrot
cara2:

tumis bawang dengan corn oil. masukkan halia. masukkan ayam. masukkan tomato. air sikit. dan sayur2 sukati. da siap.

cheesy pasta
u ols leh tengok blog ummi maryam. i tiru je mac n cheese tu tapi tukar2 sayur n protein . and i guna angel hair pasta. cepat masak u ols! haha. sian cha. next time mommy buat macaroni or penne lak ok.





 chicken oat

bahan2:

  1. bawang holland
  2. bawang putih
  3. ayam
  4. kacang peas
  5. keledek oren
cara2:

tumis bawang2 dengan corn oil. then masukkan ayam, masukkan air. masukkan oat lepas oat masak, masukkan sayur2. dah siap.

oat and barley with prune and yogurt

bahan2:

  1. oat
  2. barley
  3. dried prunes
  4. raisins
  5. full fat yogurt
cara2:

blend barley untuk cepat masak. masak oat bersama barley. bila dah masak, masukkan prune and raisins. and serve with yogurt.

ha ok. tu jela dik non. TU JE ya? 9 recipe tu u ols. korang pandai2la ubah suai ikut citarasa anak2 ya. kalau baby makan blend2 lagi, blendkan aje.

nanti akak setap (budak2 eh emak2 HSFFYB panggil aku) update lagi u ols.

cau cincawwwww.

Sunday, November 20, 2011

pumpkin pancake and beef pasta recipe

hi mommies,

it's 130pm and my baby has not taken her nap yet. being all fussy, clingy today. she's teething! gigi lagi 1 kat bawah nak tumbuh, badan a bit dedar.

anyway, i'm sharing what have i prepared for her for today's breakfast and lunch.

pumpkin pancake with raisin

flour
baking powder
milk-ebm or fm
vanilla essence
pumpkin puree
raisins
cinnamon powder
melted unsalted butter

mix all thoroughly. and cook on non stick pan and cut with cookie cutter for desired shape.






spinach beef pasta with raisin

for pasta sauce

onion
garlic
celery stick
beef
oregano
spinach
raisin
unsalted butter

melt unsalted butter in a pan. stir fry onion,garlic and celery stick. put beef let it cook and add water when necessary. dash a lil bit of oregano. add spinach and raisin. blend all and pour on cooked pasta of your choice. put grated cheese on top for mensedapkann






okie dokie selamat mencuba.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, November 14, 2011

eisya's meals last weekend - recipe

hi! hari ini emak eisya ingin berkongsi recipe lagi. of courselah recipe makanan eisya. makanan dewasa emak eisya tak terel. kikiki masa kecik2 suka cakap tereL kan?


hari sabtu adalah hari berinspirasikan kak guru besar kita iaitu kak farah. i made baby keria and bubur lambuk junior!

Baby Keria


Bahannya:
  1. Keledek oren
  2. Oat (i used rolled oat)
Caranya:

Potong dadu keledek oren. Rebuskan sampai lembut. Oat diblend halus sehingga jadi seperti tepung. Lenyekkan keledek tadi dan uli dengan tepung oat. Jumlah oat bergantunglah. Asal boleh bentuk dah cukup. Bakar dalam oven for 15min at 100F.

ada hati nak post gambar kan. tengok tu bentuk tak sekata! tengok kak farah buat ni. cantikkk je kan. hahah. mula2 aku nak buat lurus2 macam biscotti je senang eisya nak pegang. tapi nanti eisya ingat biskut. ni mommy dah bitau keria so keria kena bentuk macam ni ok! kikikikiki

see! tak guna buat cantik2 kerna nanti hancus! :p

Bubur Lambuk Junior

Bahan2:
  1. 5 sudu makan Beras (for eisya, ini 2kali makan)
  2. Daging cincang
  3. Sedikit santan (i used 1/4 cup je)
  4. Sedikit minyak untuk tumis
  5. 3 ulas Bawang merah
  6. 3 ulas Bawang putih
  7. Sedikit halia
  8. Serbuk sup (tapi masa tu tak ada so i tumbuk sedikit jintan manis, jintan putih. ambil juga kayu manis, buah pelaga, bunga lawang. SEMUA NI AMBIL SEDIKIT2 JE SEBAB KALAU BANYAK SANGAT NANTI PERAP!)
  9. 1/3 cup keledek oren
  10. 1/3 cup kentang
  11. 1/3 cup carrot
Cara2:

Rebus daging sampai lembut. simpan stok daging, ketepikan.
Tumbuk jintan manis dan jintan putih, masukkan bawang putih dan bawang merah. tumbuk halia zass sekali je.
panaskan api. masukkan kayu manis, pelaga dan bunga lawang. masukkan bahan tumbuk. tumis sampai wangi.
masukkan daging dan air stoknya dan beras*. masak sampai beras lembut. masukkan sayur - kentang, carrot dan keledek.
masak sampai sayur2 lembut. masukkan santan dan kacau2 sampai lah ia masak.

Sebab my baby still makan blended, so I blendlah lepas tu. buangkan dulu ya kayu manis, pelaga, bunga lawang dan halia sebelum blend.

*i main tipu, i masak dulu nasik pagi tu. tengahari baru tumis2 dan masukkan bubur nasi kosong dalam tumisan bersama stok daging. pehe dok?

kalau dok pehe jugok sila rujuk blog kak farahla. baru complete. i tak ada kacang peas. hehe

ala carrot n keledek tenggelam kat bawah. kikiki
eisya sangat suka lah! dia yang datang kat i, panjat2 badan i and nganga. siap nak amik kat bowl nak suap sendiri. selalu makan 2 senduk tapi ni 3 senduk sekali makan. (senduk kecil la hehe). itu pun dia nak lagi, tokmi kata stopp! nanti pecah perut kah kah kah.

Bubur Ikan Merah

Bahan2:

  1. Beras
  2. Isi ikan merah (diperap dengan limau kasturi untuk hilangkan hanyir)
  3. Sedikit bawang holland (potong dadu)
  4. 1 ulas bawang putih (hiris nipis)
  5. Sedikit batang saderi
  6. daun sup
  7. daun bawang
  8. sedikit keledek oren (potong dadu)
  9. sedikit bunga kobis 
Cara2:

masak beras sehingga jadi bubur. ketepikan.
tumis bawang2 sekalian. masukkan batang saderi. masukkan keledek.
masukkan isi ikan merah. agak2 ikan dah masak masukkan daun sup, daun bawang dan bunga kobis.
masukkan air bilamana perlu. dah siap tu, masukkan dalam nasi yang sudah jadi bubur tadi, kacau2. blend kalau baby still makan blended meals.

kalau u all perasan, i ni asik tumis je bubur eisya kan. yelah rebus2 dia dah bosan. tapi sekali sekala i masih bagi yang rebus2. cuma make sure bila tumis tu guna corn oil/olive oil/unsalted butter.

semalam i jugak buat chicken pasta soup, campur carrot n keledek this time. topkan dengan grated cheese. dia amat suka.

habit eisya sekarang suka buat tiger. kalau lambat suap pun dia grrrr arrrrrr. siap dengan 2 tangan nak terkam. kalau kita buat takut2 dia gelak pastu ggrrr arrrr lagi. hihii. sampai terbatuk2 dia buat suara tiger banyak kali. i pun tak tau mana dia belajar tiba2 buat sendiri. hihi.

gigi eisya sedang tumbuh. i raba2 gusi bawah dia dah tajam2 dah sebijik gigi. before ni nampak putih2 and bengkak je. alhamdulillah tak demam, tak meragam. melasakkk lagi ada. tak gigit nenen dah. betulla kot orang kata dia gigit masa gatal gusi je kot. i give her heinz teething biscuit tu. dia gigit pastu ketuk2 kat lantai, gigit, ketuk2. T___T

tapi masak apa2 untuk eisya puas hati sebab dia makan. tapi kalau tak sedap dia tak makan ya. pernahlah i masak tak sedap macam ikan jadi hanyir sikit ke, terlebih sayur ke, letak tauhu ke. dia makan dan sembur2. haha! tapi kalau dah kenyang pun, tengok orang makan nanti dia kecap2 mulut. tak pun korek mulut kita. i pernah nganga tunjuk food pastu dia nganga nak mam mulut i. hahaha keji tak abbuu eisya (sya call me abbuu). hahaha.
abbuu loves you baby!

Monday, October 31, 2011

baby food recipe.. and err other things

hi u ols. hari ni emak eisya nak berkongsi resipi makanan bayi. oleh kerana eisya dah bosan makan oat dan nasik, emak eisya kenalah usaha berikan makanan lain pula.

sampai hati eisya makanan yang selama ini kegemarannya, setelah bosan dia mensembur2 setelah 2-3 suap, ke arah muka emak dia. tsk tsk tsk.

pumpkin soup

bahan2nya puan2,

  1. 1tsp unsalted butter
  2. 2tbs bawang besar ( i use bawang holland)
  3. 1/3 cup celery sticks
  4. 1/3 cup of chicken
  5. 1 cup pumpkin
  6. sedikit cinammon
cara2nya puan2,

  1. panaskan butter (kalau tak ada sila guna olive oil/canola oil/sukati).
  2. tumiskan bawang sampai wangi2
  3. masukkan celery stick
  4. masukkan ayam
  5. masukkan cinammon
  6. masukkan pumpkin
  7. masukkan air secukupnya
bila dah lembut labunya, sila blend sampai hancur. kemudian bakar kan roti, sapukan butter tadi, sila cicah dengan sup ini. kalau rajin, buatlah garlic spread. version emak eisya yang penrajin, bakar bawang putih kasi wangi, tumbuk, campur dengan butter dan sapukan kepada roti bakar.

eisya suka. emak eisya pun suka. kalau nak makan seisi keluarga, tambah garam, kiub pati ayam. pasti menselerakan. pakai roti perancis kan. lagi setap. macam kat secret recipe. ecehh.

note: kalau taknak tumis2 pun tak apa, rebus je semua bahan. pun sedap. kalau ada chicken /vegetable stock pun ok.

chicken and potato soup

bahan2nya puan2,

  1. unsalted butter/canola oil/olive oil
  2. 2tbs bawang besar ( i use bawang holland)
  3. 1/3 cup celery sticks
  4. 1/3 cup of chicken
  5. 1/3 cup of potato
  6. 1/3 cup of carrot
  7. daun sup
haha aku malas nak type. sama je. tumis2, masukkan air. blend. pun cicah roti atau makan sebegitu sahaja.

hehe iklas ke tak nak bagi resipi ni emak eisya????!!!

baby pasta soup

bahan2nya puan2,

  1. unsalted butter/canola oil/olive oil
  2. diced meat (chicken/meat)
  3. chopped garlic and onion
  4. celery stick
  5. daun bawang
  6. daun sup
  7. baby pasta
caranya2, tumis semua macam biasa dan masukkan baby pasta last sekali. tunggu pasta lembut, blend ikut kesesuian baby. kalau baby dah boleh kunyah2, tak payah blend coz baby pasta kan kecil2. i bought heinz baby pasta yang star shape.

okaylah cukuplah 3. nanti i tulis lagi. senang je kan? eisya dah bosan makan rebus2, so i try tumis2 la pulak. suka sangatlah dia.

oh ya ni i nak bagi tips.

  • ada yang kata baby tak suka makan. tak apa, jangan paksa. cuba slow2. bagi time dia baru bangun tido, time dia tak terlalu lapar. kalau lapar sangat, bagi separuh susu. makan dulu, baru bagi separuh lagi susu. jangan force feed, tak elok untuk mental baby.
  • jangan kata baby tak suka homemade food, tapi lebih suka instant food. baby tak akan tahu mana satu sedap kalau kita tak beri in the first place. kalau dia tak suka untuk pertama kali, atau beberapa kali, cuba lagi dan cuba lagi tapi jangan terus bagi instant food. akan tetapi, every baby is different. so we just have to try and try and try. ada yang 8-10 bulan baru nak terima solid food. be it.
  • kalau macam lauk2 kan hanyir, baby tak suka. so hilangkan hanyir dengan letak sedikit halia/kayu manis/rempah lain bila baby boleh terima rempah (jangan blend sekali pulak ya)
  • check label setiap kali beli makanan bayi. i dah buat silap dengan beli brown rice cosway. it's not baby food! i tak tau lah ada sodium (garam ke tak) tapi entah rasa tak elok kot for baby. mmhh. tapi sebenarnya baby bites kat pasaran pun ada sugar and sodium. but they are still baby food. so better dari adult food.
malam ni jumpa paed eisya, for her second dose of pneumococcal vaccine. nak tanyalah dah boleh bagi cheese/yogurt/egg tak. some moms start at 8m, some 10, some 1yo. i tak tau lagi cemana.

lepas ni nak try bagi bihun sup ke, nak try bagi tofu. eh macam2lah. suka sangat tengok dia makan. jom join group ni kat FB. macam2 info. HOMEMADE SOLID FOOD FOR YOUR BABY

maaflah tak ada gambar. tak sempat pulak nak snap2. tapi kalau nak gambar jugak, nahhh.

tetiba kan? hahaha. ni eisya tak puas hati emak dia paksa2 pose.

haihh eisya ni kan tanak dok car seat! lepas tu melasak je kerja dia dalam kereta. nak suruh dia diam i bagi nenen. tapi kadang2 dia marah sebab sikit2 nenen. kalau dia marah, dia gigit i. eiii sakit ok walaupun tak ada gigi. i dah tergenggam lengan dia kuat2 masa dia gigit. hihihi.

tak pun i bagi dia makan biskut or buah. pun dia nak pegang sendiri tapi nanti comot baju, comot kereta.

dah besar ni macam2 karenah ok. tapi best lah. hehe.

perkembangan eisya sekarang, dia dah pandai berpaut dan berdiri sendiri. bila tak nak dia geleng2 kepala. tapi taknak makan pun, geleng2 nganga jugak haha. then dah boleh clap her hands. boleh duduk, lesen L tapi. merangkak paling jauh pun, errr mmh 2 langkah. haha! tak apalah slow2 ok.

semua ni she got in a week. nasib i cuti lama last week. so happy to see all these. cuti lama sikit last week buatkan dia jadi terlebih manja. yang tetiba nak nangis manja pilu. eiii geram tau.

hehe emak2 ni memang kan. walaupun achievement tu biasa je, emak2 tetap rasa overwhelm. biasalah tu, please just bear with us. haha.

entry dia dah rojak. well u know me.

okaylah itu sahaja. bye!!!! eh jap ni gambar lama eisya. i letak kat meja ofis. suka tengok sebab mata dia bersinar2.

i heart you baby...