mata duitan

Showing posts with label weddings. Show all posts
Showing posts with label weddings. Show all posts

Monday, May 27, 2013

wedding iwan

hai.

seronoknya cuti sekolah kan. 2weeks kan. jalan tak jem akak suka uols!

fewh akak adalah penat mengerah tenaga untuk majlis bertandang adikku ini. sekarang haji mat danial n hajah pah ada 2 menantu dah. dedua orang johor. hehe.

besh rupanya kenduri kat rumah yeh. dulu akak kat dewan tak merasa meriah camtu. dedua pihak pulak tu. nantila kita cerita okay pasal majlis tu. alhamdulillah all went well.

berfungsi sebagai floor manager gitu. jalan merentas 8 khemah, panas and hugely pregnant, pakai heels pulak tu hahaha. lagi 1week++ je nak 7m dah. 2days before majlis pon abah dah buatkan sekali solat hajat and doa selamat sempena 7m adik cha dalam perut mommy. semoga selamat semuanya.

barulah tau kan dulu orang lain penat2 cemana untuk majlis kita kan. i will never ever forget jasa uols kat kaklong yeh!

orang dok tanya, eh relax mak buyong. jalan pelan pelan. tapi tak rasa pon penat masa tu. malam tu amik kau sengal pangkal peha semua hahaha. malam pulak cha amok tanak tidur bilik uncle dia. yela bilik mommy dah guna untuk bilik perantin. hehe tak pe cha kita kasi pinjam sekejap aje. raja sehari je kan. dua hari ok bye! hahaha jahat tak kak ipar kau ni faezah. kikiki. taklah akak ok je. :p


okay this is us on the day. nantilah akak compile gambar2 semua. tak banyak gambar perantins pon kat phone. biasalah tu akak tu kalau cakap nanti, compile gambar tu mesti tabur janji dicapati la tu. tak payah nak berharap sangat. eh eh siapa tah menaruh harapan kau jangan nak perasan sangat.

okaylah bye tu je.

huu bosan ni tak sabar nak balik rumah! ok byeeeeeeee

Thursday, June 16, 2011

kelate trip

lupa pulak nak cerita pasal trip to kelantan baru ni. that was eisya's first time naik flight. masa before nak check in kat LCCT tu eisya cranky la jugak. rupanya diaper basah. i went to baby room and changed her. jalan2 lari2 ke tempat check in sebab dah lambat, nangisss jugak. alahai ramai la kan tengok2 aku tengah pujuk eisya dengan pandangan oh-please-shut-your-baby-up!

i'm quite use to it already sebab eisya punya laungan tangisan adalah loudspeaker punya version. hihi. pujuk2, tetiba dia tertidur sendiri. eisya memang camtu. kalau nak tidur amukan puaka la jawabnya.

tunggu nak boarding after amok

dia uk ek uk ek jugak before take off sebab boring duduk tak ada buat apa. dah bagi nenen tidur aje sampai ke KB. masa on the way back, we distracted her guna buku2 dalam flight tu. nasib ada gambar cartoon2 colorful haha. diam lah dia kejap.

ya allah kelantan panas gila kot. ada wedding cousin kat pasir mas. eisya amok sakan lah panas2 ni. asal amok masuk bilik amik ekon. ekon kat luar pun tak rasa apa dah. panas sangat. last2 petang tu, eisya pakai spender je. hihi.

cabaran untuk mentidurkan budak ni. bukak carrier nangis. nangis appa awak, eisya.


bawak masuk ekon baru gembira

i was busy masa tu tak sempat sangat amik gambar ke sana ke mari. after all eisya adalah amok kerana panas, kerana bising, kerana tak boleh tidur siang dengan sempurna. hahaha sabar jela aku. tapi tau jela dia nangis kuat gila kan. sampai makcik2 suruh pergi jumpa tok bomoh. okay mokcikkk.

pinky perantins

lepas tu kan, kita orang sewa 1 rumah banglo ni untuk duduk ramai2. sebab tak muat lah ramai2 rumah aunty aku. huihhhh mentakutkan kot rumah tu. aku masa abah bawak pergi sana tu aku dah, alamak aiii kenapa horror je nampak rumah ni.

apa lagi kan, baca2 macam2 lah supaya tiada gangguan especially yang boleh kacau eisya. alhamdulillah tak ada apa. eisya okay je. tapi ummy aku kata dia memang tak leh tidur. seram sejuk. sepupu aku pulak kena kacau malam tu. dia tidur sorang kat master bedroom. kena tindih je. aku rasa mana2 pun boleh kena kot.

aku pulak memang pasang quran sepanjang malam lah. nak masuk je B azan dulu. anak kecik ni kena beringatlah kan. even aku pergi shopping mall pun, balik rumah mesti baca2 dulu kat ubun2 dia. huhu.

2nd night mak aku paksa semua sepupu jantan datang tidur situ. termasuk kodiyappan (pekerja cousin aku dari india) haha! kodi siap jadi pengapit haha. dasat!

dorang semua kata okay je rumah tu tak ada apa. huhu. kodi pun kata, tada, tada apaa. saya sendiri duduk pun okay saja tada apa. hihi sila baca dalam slang india mari. yang sekeluarga aku dah terpengaruh dengan slang kodi pon aku pun tada paham dah. ayoyooo alagappas gedibasss

mula2 anak sepupu aku, eyush nak tidur dengan aku kat banglo tu. tapi bila dia dengar macam2 cerita, terus dia kata, kakak tanak tido kat banglo. kalau cikda tidur kat umah tokmi (aunty aku) baru kakak tidur dengan cikda. huhu

rumah tu sesuai buat penggambaran rumah misteri kot. sebab dalam tu banyak barang2 lama. dan gambar2 keluarga dia termasuk gambar tuan rumah yang dah meninggal. huhu. anak2 dia punnnn tak buang gambar2 tu. pastu baju2 lama arwah pun dibiarkan dalam almari bilik.

sebenarnya tak ada apa. tapi biasalah kan. huhu. lain kali nak buat guest house, biarlah barang2 personal dia orang disimpan betul2. huhu. tapi kalau ramai2 okay je kot. tak takut. tapi masih lahhhh kannn

eh lagi2 kisah seram hahaha. kata nak cerita pasal kelantan trip hihi.

tak ada pergi mana pun. sebab busy kan. sempat pergi rantau panjang, tu pun kejap coz abah rush nak balik KL. aku jadi gelap mata tengok pinggan mangkuk gelas kejadah semua kat duty free tu. nasib gak abah rush. kalau tak muflis aku.

tengah nak kumpul2 untuk rumah baru. hihi. sesiapa nak bagi hadiah harijadi (24 july) sila beri hadiah corelle corak yang bunga pink kecil2 tuuu. corningware pun okay. hahahahaha! nak makan penampar ni.

kat kelantan orang dia memang suka makan nasi pagi2 kan. hui gemok lah aku kalau dok sini. 3x makan nasik! haha! hari tu gi restoran ayam kampung. lepas tu makan gulai telur itik. ya allah sedap gila ok! dengan ayam goreng kampung garing2. dengan sambal dia. tak amik gambar la pulak. tapi tersedap gulai telur itik tu. first time aku makan. haha jakun.

aku nampak motor jual lokceng (camni ke eja entah) ala yang sate ikan tu kan. aku dah semangat nak beli. japgi kan, aku tengok dia korek2 mulut dia buang sisa makanan celah gigi kot, lepas tu hisap rokok lagi. lepas tu pergi godek2 lokceng tu. kensellll!

tapi B kata dia pakai plastik nak handle makanan tu. tanak lahhhh! geli dah. kempunan terus si gedibab ni.

terbaik woh!

okay tu je la kot. masa balik KL, sampai LCCT tu, tengah tunggu anip datang amek kita orang. datin eisya baik aje. dok gigit2 abes lencun carrier tu. ishh membantu ke kalau pakai carrier bib tu? huhu.

4 hari kan berkepit dengan datin ni. hari selasa, aku start kerja amok sakan wey eisya. kesian tokmi dia. macam tulah perangai eisya. nak cari nenen, cari mommy, nak berjalan.

alahaiiii datin datinnnnn

Monday, December 20, 2010

my weekend

hola!

apa khabar para pembaca sekalian. kali ini saya akan membawakan anda kisah Xmas / annual dinner untuk tempat kerja saya. kisah perkahwinan Saleha. dan kisah apa2 yang tiba2 muncul dalam benak fikiran saya.

Dinner

disaster tak disaster, kecoh tak kecoh haku pasal dinner ni. i mean pasal nak pakai apa. theme dia lounge suit and cocktail dress or traditional. hui tak ada baju okeh. perut dah besarrr ni.

B patut join tapi last minute dia kena pergi Sarawak pulak. so me went with baby aja. jap cerita pasal baju.

mula2 B kata nak belanja one nice dress kat somerset bay. shantikkkk sangat. so lepas tu saya macam okay nanti bila2 datang beli. kejap lagi busy busy tak terbeli. tibalah tinggal berapa hari lagi baru sedar diri alamak tak ada baju.

my lovely miss S xoxo, eyin dengan gigih mentolong survey. begitu juga dengan my gorgeous ummy miqael, Meeza. bagi link itu ini. bagi pendapat waht not.

dan end up yakin dengan pop look yang boleh deliver secepat mungkin. dinner on Friday. deliver on Thursday. kalau tak besh, malam tu kena pegi beli ah.

tiba2 dah sampai dress itu, rasa macam tak sesuai pula untuk dinner. dahhh kena pegi beli. malas nak jauh2. maka heret my dear gym mate Mai ke The Store. nasib Meeza cakap sini adaaa dressssss! selamattt jumpa pun. beli jelaaa.

ingat ada tudung match sekali tak adaaa! dahhh ngadu kat meeza kau jual shawl lagi takkk. sekali tak juallll. sekali dia suggest pinjam neesa, adik beliau yang comel.

alahai kenapa comel sume kawan2 aku niii. semua hati mulia tauu. hihi.

maka pergi lah berjumpa Neesa petang Jumaat itu, cubit2 cium Miqael yang friendly lagi comel oh aunty suka you tau Miqael. dah dapat shawl yang sesuai.

muka tembam ada hati nak pakai shawl. lantak lahhh.

tiba2 pakai baju ini, dengan shawl ini. nampak bulattttt sangat haku. tak apalahhhh malas nak layan. hahahah!

the dinner was at Carcosa Seri Negara. Food so so aja. mari tengok gambar si bulat bersama colleagues beliau.

bulat dan Olynn

bulat with the rest of the group (and their partners)

bukan senang boss aku nak senyum amek gambar haha

hehe. kau tahan napas ya Ryan. tak aci!

malas lak nak upload yang lain2. hehe. cukuplah tu.

oh ya terima kasih kepada kawan2 saya yang tabah menlayan saya. hahaha

kisah perkahwinan Saleha

Saleha adalah kawan kepada Wanie. kenal beliau semasa main futsal bersama2. untuk perkahwinan beliau, dia (dan juga adik beliau) telah menjahit baju dengan Siti Aishah, ya yang jahit baju kahwin saya juga! dan mensewa veil and crown saya. hehe so siapa nak Siti jahit baju dan sewa barang2 saya yang boleh disewa sila sila ya. hehe.

encik suami saya masih dalam perjalanan atas udara ketika ini. maka saya hanya pergi bersama Muna dan suami baru beliau. Muna merandung 8 weeks. hehehe.

simple and sweet dress kan kan?

dua perantins

bulat, muna dan suami baru Muna dan perantin baruu

bulat, muna dan perantin baru jugak, Wanie. cantiknya Wanie bertudunggg

bulat, Muna, kawan Saleha, Wanie and Tahirah

Ahad

penat sebenarnya hari Ahad tersebut. ingat nak lepak rumah sahaja. tapi tidak baik pula kerana encik suami sudah janji dengan colleague dia nak pergi tengok baby baru dia. si abang baby, Safwan sampai bergayut kat kaki B tak bagi balik. suruh tidur situ, main dengan dia. haha!

dan Kak Wa, baru 26 hari bersalin, tapi dah siap masak2, keluar pergi pasar, dukung anak umur 1 tahun lebih, cargas you! perghhh!

terima kasih kak wa and encik farid, susah2 aja masak2 semuaaa. :)

sebelum pergi ke rumah beliau, singgah beberapa kedai barangan bayi. hehe kalau dah singgah mestilah beli. tipu je selalu kata, nak tengok je! tipu okay. baby masa masuk kedai baby je kan, bukan main sukaaa dia berjoget2 dalam perut.

beli few baju and besen mandi dia. sale sale!

pasal baby cot / playpen. mula2 kan nak beli playpen. lepas tu asyik berkenan playpen yang harga dah lebih kurang sama dengan baby cot. tambah sikit da dapat baby cot.

maka mummy dia dah macam teruja nak beli baby cot instead of playpen. papa dia pula macam mmmmhhhhhh mmmhhhhh let me think macam tu.

what do you think? in terms of practicability, playpen kot. sebab senang. tapi stabil ke tak ke tak tahu. in terms of cantik, baby cot la. hehe. price wise, dah masuk2 tilam lah bedding set lah. mahal la sikit baby cot. tapi cantik. baby nak yang mana???

Baby, 31 weeks

malam2 selalu before tidur, B mesti cakap2 dengan baby. baby pulak rajin respond. dia memang suka bual2 dengan papa dia. :)

kelakar ari tu, baby tunjuk siku ke lutut dia entah. tapi macam nampak jelas terjojol kat my right side. yang zassss dari tepi ke tengah perut. hahahahah!

tapi kan lately, nak tidur dah rasa serba tak kena. dok kat sides, baby tendang2 macam tak selesa ke apa. pastu bangun je perut dah senget. kalau tidur terlentang, adoi sakitnya pinggang. kadang2 duduk lama sikit je baby ngamuk. dia suka time i berdiri and jalan je kot. position dia menselesakan. kalau tidak, adeh senak, sesak nafas i dibuatnya.

oh ya. saya dah pakai olive oil. dan membantu untuk part2 yang gelupas dan kering. mmh orang merandung tahulah kat mana.

okay sikit dah perut tak merah. unless time panas. eiii gatallll. kadang2 memang tergaru2 lah. kenot tahan lah. dahla kulit jenis yang gosok ke garu ke terus merah. adoi.

B kata maybe saya kena pakai baju yang tak trap perut - maxi. seluar ke skirt ke yang cover perut menrengsakan kulit. huhu. mungkin lah.

hari tu baring2 dengan ummy. my baby tee kan dah ketat kat perut. selalu je selak2 haha supaya ada ventilation (??) tiba2 ummy jerit. kak long!! kenapa garuuu! tengok dah pecahhh! panjang lak tuu!

aku dah berdebar kenapa sampai jerit niiii! buruk sangat ke? sekali appendix scar laaahhhhh! T___T

okay memang buruk.

ummyyyyy! bukannnn! ni parut appendix lahhhh! ummy ni bikin orang terkejut jelaaaa!

dia gelak je. hahaha! sabar jeee

perut saya memang sudah besar. sampai orang kat baby care semalam ingat saya sedang tunggu hari. ha hambek kau. dulu kata perut kecil kecil. sekaranggggg. hahaha. tapi ada orang kata kecil. tah la korang. mana2 je lahh.

malahan pipi, buntot dan sebagainya pun membesar. tak apa ini semua lemak yang diperlukan untuk breastfeed baby nanti. elelelelelele alasannn. hahahah!

bulat pun bulat lahhhh.

Thursday, July 29, 2010

banyak cerita la pulakkk

i can't wait tomorrow becauseeeee

  1. monthly natal check up. can't wait to see out little one inside! hope everything is well.
  2. cuci the musical show! i've bought the tix for both of us. gift for myself n hubby. :)
  3. weekend is coming!
11 weeks. betul ke dah ada kaki tangan ni anak mummyyyyyy? awwwwww
(babycenter. com.my)

weekend is coming! most probably we'll be going to Malacca to attend ariff's cousin's wedding. jangan muntah pleaseeee.

walaupun people said i have susut sikit, i'm still tembam. hihi.
gambar hindustan masa family picnic masa my birthday and syed's. ae beli cake tapi end up dorang potong sendiri coz i mabuk. hahahha

and thought of having a movie marathon on Sunday with B. coz dah lamaaaa x tengok wayang. our last movie was Toy Story 3 kot. itu pun sepanjang movie i macam pakai burqa, tutup hidung coz macam2 bau food inside the cinema.

why people still want to eat things like nuggets or sandwich in cinema. why cant they stick with just pop corn? dont get it. i always hateeee if B wants to eat soemthing saucy inside cinema, even before i'm pregnant.

aha, there she goes. whining complaining bitching. hihihi

berlagaknya nak movie marathon. shopping kejap masa my birthday pun dah muntah and pening and penattttt. camanalahhh.

oh cakap pasal shopping, i have a lot to buy. tapi tiba2 b remind my car, cik chacha needs timing belt. 100k km is almost approaching.

mannnnn! i hate to spend my pennies on car! not that i hate chacha but i thought it's meaningless. it will be meaningful if i spend it for clothes or shoes! or good food.

oh yessss, ada wedding to attend on Sunday. huda's wedding. macam nak pergi tauu because teringin sangat nak tengok. mesti lawa! i always amazed on how detail she can be on everything. rasa macam nak kahwin balik! serious nakkkkk. huhuhu

i never met huda in person but we were emailing back and forth after my wedding, sharing my wedding experience with her. started with this one vendor specifically. :)

so huda, all the best to you okay! tak sangkanya tiba2 the day is comingggg!

oh yes, puasa is coming so i guess there will be no out station for B. which is YAYYY!

boleh manja2. gedik2. i kadang2 kesian kat B. when i want to pee in the middle of the night, i woke up, he'll be awake too, yang gelabah.

hunny, are u ok?
,
hunny, kenapa sayang? tak boleh tidur ke?
hunny, sakit ke?


my frequent answer always, b, hunny nak kenching jelah. tidur2.

tapi there were sometimes i woke up in the middle of the night and not feeling comfortable. pusing kiri kanan. dont know why lah. sometimes sakit belakang. lenguhhh. padahal perut belumlah membesar dengan hebat. mmm

oh yesss, i still have 2 days to ganti. rasa nak ketuk diri sendiri pun ada. i told myself to ganti before start conceive tapi adalahhhhh menggedik tak gantiiiiii. padahal dah plan pun nak conceive bila apa semua. eiiii tak puas hatinya.

i will ganti i will insya allah. kalau dah niat insya allah boleh. lagipun as a practice lah untuk bulan puasa ni. harap dapat puasa penuh! aminn

tahukah anda ederq tidak pernah puasa penuh seumur hidup? even before she got her menses?

hihi becauseeeeee masa kecil, tiba2 sakit gigi or demam or apa2 sajalah yang buat tak cukup puasa. tapi tetap dapat duit raya banyak macam puasa penuh. hihihihihihih

so harap dapat puasa penuh this year. so that b bagi extra duit raya. haha tiba2.

sejak kerja, b is the only one yang bagi duet raya every year without failure. tapi as a wife dapat extravaganza takkk. hehehehehehe

b has bought kain baju raya for me tapi tak tahu nak jahit ke tak. dilemma. tengoklah macam mana.

baju2 sekarang, kain semua dah berbekas kat pinggang. kalau jahit kena jahit current size ke apa? tapi kalau tak jahit nak pakai apalah raya. tak dapat pahala sunat nanti tak pakai baju raya. hihihi.

tiba2 post ni dah macam rojak. semua pun nak tulis sumbat. tak ke pening orang nak baca. hihihi.

i better stop now. :p

sorry sayang2 sekalian. tiba2 je kannn tak ada penutup. kalau buat karangan dah masuk tong sampah cikgu.

eh tapi i selalu je score essay dulu. siap masuk dewan pelajar or Educator and dapat hadiah cash or lawatan ke taman negara or penang (tapi ummy tak bagi pergi sebab tak ada kawan or cikgu sekolah yang pergi! T_____T ).

dah kau jangan nak over. apesal sekarang tulisan kau macam teruk. blah kau sekarang.

okaylah bye korang. konflik diri.

Friday, June 4, 2010

kesah wedding dinner semalam

semalam kan saya kan pergi kan wedding kan dekat kan. ah diam kau kan kan kann ingat comel?

okay semalam saya dan encik suami bersama beberapa rakan sekerja telah ke sebuah majlis perkahwinan di merak kayangan. saya telah mengambil risiko untuk mempakai baju nikah bersama encik suami.

wow masih muat! tetapi adalah ketat di perut. saya malas nak pakai korset takut korset koyak. buncitnya saya. kalau ada baby tak apa ni lemakkkkkkk.

masa saya turun ummy kata, eh ketat dah baju kak long. encik suami yang sebelum tu dah ejek2 saya dia kata kat ummy eh baju tu kecut la ummy. tak kanlah ieda mengembang. ummy pun kata aah lah betul tuuu.

amboi comel lah tu kann ambil hati saya kedua2 kamu ini. hahahah

saya banyak tahan nafas sepanjang majlis ya harap maklum.

dan berjumpa lynda tau kat situ. rupanya nenda beliau adalah cousin dato murad tu. what a small world kan. :)

ni second time saya berjumpa lynda. dia macam kat FB, kt blog dia jugak suka senyummm dan bubbly dan berseri2 you muka nak jadi perantin. rambut dia cantik tauuu.

okay dah lah tu sekian sahaja buat hari ini. hari friday!!! yay! banyakkkk wedding nak attend this weekend ya. makin muncit lah saya.

dan oh ya nak pick up buku kat bookxcess dah chop dah. yay!

oh sejak kahwin kan i take longer to finish a book. yelah kannn. ada orang perlukan perhatian kasih sayang. haha

nanti kalau dah ada anak macam mana? boleh tak bacakan dia buku dan brown, stephanie mayer ke, marian keyes ke, kat dia instead of boring snow white? hehheheheh

okay dah sekian. bye!

have a fattening weekend peeps! (taknak gemuk sendirian walau hubby dah marah sebab i tak kurus2. fineeeeeee)

note: ralat tak sempat ambil gambar dengan lynda.. gambar ambil 2 ketul je apehal lah. tu pun tembam. malu i nak uploadddddd

Monday, February 22, 2010

27/2/2010 weddings and . . .

there are few weddings to attend on this coming 27th. tapi adalah kecewa jiwa raga i cant make to any of those. kuciwa.

paling kuciwa adalah tak dapat attend wedding my friend, ida haryanti. we were very close during our first year in UM. sebab our rooms are next to each other. and banyak memori gedik, busuk, keji, besh, mercun dan sebagainya yang tidak dapat dilupakan sampai mati.

paling best lawak wong yong kai, botu, mercun, dan semestinya abang hensem. haha! ida ni stok ketawa kuat gilaaaaaa dan kalau lawak tu memang lawak gila dia akan terguling2 di tempat kejadian. memang istimewa dan memalukan. tak tahan aku. tiba2 rasa patut blogkan semua memori sengal di 1st college dulu. hihi

tapi aku paling terkuciwa adalah tak dapat tengok wedding dia. mesti hebat. huhu rugiiiii. sori ida sayang aku kena kerja. dah lah masa wedding aku tak sempat jumpa kau. huhu

ya memang haram lah kena fly time cuti2 umum dan weekend some more. dah la kerja tanpa henti 7 hari tu. ish harap dapat shopping barang murah dan cantik untuk hiburkan hati. eh eh tiba2.

dan tahniah juga kepada Zakiah and Affa yang rent my wedding stuffs and kahwin pada hari yang sama. cant wait to see your pictures real soon!

all the best for the wedding girls!

barang siapa yang nak sewa apa2 jangan segan meh email i. :)

psst: diah is organising a weddign gathering for all bride to bes and siapa2 saja yang nak join dan nak sewakan/ let go barang kahwin. wah macam best. tapi i malunyaaaa nak pegi. hihihi sengal.