mata duitan

Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Friday, June 14, 2013

tujuh bebelan

salam jumaat.

ada banyak nak cerita tapi asik masuk draft pastu tak publish2 haha. nantilah. nantilah tu maksudnya janji pelesu.

jom kita main random lagi ok

1.Weaning off

from kungkung mommy. dah 5nights eisya tak minum. not easy i tell u. nanti kita cerita ok. ni tak palsu sebab dah draft and hampir siap pon.

2. Diaper free

time siang. alhamdulillah. dah 2weeks tak pakai diaper siang. nak tidur malam je. tidur siang pon bibik tak pakaikan. awal2 memanglah bocor tapi day 3 ok. cuma tanak dok kat toilet bowl jek. hihi. tapi time dah pakai lampin, kalau dia nak kencing ke berak ke dia kelam kabut. nak jugak pergi toilet. malam lambat sikit kot i nak train sebab nanti kena bangun banyak kali kan nak ajak dia pergi toilet. i is malas lagi u know. :p

3. Gentle birth class

berjaya pujuk laki mak join class ni. chill lah dude. i amik 3hrs of your time every 4 sundays je k. while i do the rest. pregnant, mabuk, beranak, breastfeeding yada yada yadaaa. hehehe. anyway, thanks B. i doakan B terbukak pintu hati nak waterbirth kat rumah kita. HAHAHAH.

currently, we stick to our old O&G and hospital lah cuma kena make sure they will follow our birth plan. kalau sapa2 yang lama baca blog ni ingat kot menda2 yang i tak suka masa lahirkan eisya dulu. anyway, barang lepas usah dikenang.

dan yang paling kita kena ingat, kita ni plan, rancang je macam2. usaha je lah. doa banyak2. pastu tawakal and let God. Dia yang tentukan semua dan tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya kan.

4. Third trimester

30 weeks now. Alhamdulillah. lagi 10 weeks to my EDD. unbelievable. barang2 belum sort. official shopping belum start. unofficial adalah sikit2. hihi.

to be honest, i can't wait to beranak. tapi tengok2 balik video orang beranak. seram lah jugak haha. tapi nak ingat balik sakit dia cemana i lupala cemana sakit dia. tapi sakit ah kan. tatau cemana orang kata beranak macam kentut je haha. or macam nak berak je. oi tapi kalau sembelit pas beranak tu. pastu luka episiotomy lagi. memang sakit woi. aku menangis nak berak okayyyy. beranak pon aku tak menangis. tapi beranak sakit lagi k. eh tahlah. haha rezeki masing2lah tu. doa minta Allah pendekkan masa sakit bersalin, mudahkan semua, sihatkan semua. amin aminnnn.

 saja je letak gambar sya masa baby. agak2 sama tak adik nanti :)
 
5. Questioning Allah

Sorrylah ustajah nak tazkirah sikit. mmh cemana ye. lately ni, ada few kawan2 ustajah. eh kawan i yang single cakap stress dengan orang sekeliling sebab belum kahwin. not just them, orang2 yang belum dapat anak. or even anak sering sakit pun nak blame mak pak je kerjanyee.

orang sekeliling tak habis2 nak tanya, bila? kenapa? apesal kau tak buat itu ini? patutnya kan bla bla bla.... 

macam menda2 tu semua kat tangan kita pulak. yelah orang melayu ni kadang peramah sangat kan kalau borak sure nak tanya menda2 camtu. pastu nak ajar2 kasi tips semua kan. kalau orang tu memang tanya tips tak pe gak. ni kau pandai2 je pegi sound orang tu.

sedar tak sedar orang tu pon naik stress. perhaps kalau sorang dua cakap okay lagi. ni kalau semuaaa orang pon tanyaaaa je. tak ke rimas weh.

dari kau busy body, baik kau tolong doakan je orang tu. aman sikit donia ni. bukan kerja kitalah nak tentukan fate seseorang. kerja Allah semua tu. kerja kita, usaha doa tawakal jek.

6. On the surface

okaylah ni pon bebel gak ni. kadang2 kita tengok life orang tu macam dah complete. macam senang. kita rasa kitalah yang tersusah di dunia.

mmhh. biasalah kan kita manusia. tak boleh lari dah rasa macam tu. tapi janganlah anggap orang yang kita nampak senang, nampak ada semua tu tak diuji Allah. kau mana tahu kan. lagipon kesenangan pon salah satu bentuk ujian jugak. bukan kesusahan je. kalau kita ni hidup asikkk nak compare2 nak lumba2. stress lah jawabnya. nak2 sekarang semua orang rasa dia paling gempak.

kau nak rasa kau gempak sorang2 dah. jangan nak question decision or lifestyle orang lain. just mind your own business.

pastu kan. takyahlah nak pandang rendah kat orang. kita tak tahu rezeki dia. kita tak tahu apa yang Allah rancangkan untuk kita, untuk dia. again, doakan jelah orang. janganlah asik nak cari yang buruk je pasal orang. sangka bagusssss.  

7. Muruku ikan

dey dey dey apa dah bebel tak habis2. okay ni cerita baik. akak ada jual muruku ikan tersedap ok. kalau korang makan kan sure korang rasa tamak tanak share dengan orang sebab sedap sangat. meh order dengan akak. RM15/kg, RM8/500g. murah dek non. lagi murah dari supplier akak jual. haha orang tak biasa meniaga. takpelah saja nak kasi korang makan muruku ikan setap gils ok. cepat order sekarang!!!!!!!!! kawan2 akak, akak dah paksa dah beli. kikikiki.

order sekarang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

komen kat post ni or email me ok. iedadanial@gmail.com

Friday, May 17, 2013

sembang

hai korang.

alahai ada lagi ke orang baca blog ni? sekarang orang dah tak blog2 sangat kot eh. banyak sangat social medianya. mana satu nak update pon tak tau. kenapa nak kena update pon tak tau hahaha. whatevssss.

okaylah mari bebel ok. dah memang hobi akak yeh.

sekarang ni dah 26 weeks pregnant. alhamdulillah. sihat walafiat. baby pon ok. makan selera umak aiii. kikiki. dulu berat masa tunggu hari eisya adalah 64kg. sekarang at 26weeks dah 62kg! tapi pre-pregnancy weight masa preggie second ni 60kg. so i naik 2kg je sepanjang 26weeks. hahaha acah mak enon!

padahal masa mabuk turun sampai 55kg pastu naik naik naik lalalalalalaa.

tak kisahlah. i makan je apa nak makan. nanti pas pantang stress kan tak leh nak makan itu ini. nanti kita juicing, exercise, diet healthily ok? jangan sembang je ederq! aku pang kang.

mengidam pon tak ada yang pelik2. paling2 teringin pun hari tu jela nak makan ketam gemuk. tapi yang dapat takdela gemuk sangat tapi sedap. alhamdulillah.

pregnant kali ni tak ada banyak ragam ngada2 ke apa. tapi dugaan tu tetap adalah. biasalah tu. kita amik positif je. jangan terlalu fikir. nak puaskan hati semua orang memang mustahil. there are some things are within our control. some are not. so nak buat acane. akak pasrah je lah yeh. 

eisya pulak being cheeky, macam biasa. dia dah faham dah ada adik dalam perut mommy. suka mintak nak cakap dengan adik, nak gosok adik. tapi tapi. bila je papa cakap dengan adik. dia terus merajuk. tunduk. muka masam.

papa tanak cakap denan adik! papa janan kiss adik! papa shayang eisya je.

alololo. masa papa dia amik dia lepas dia cakap tu, terus dia peluk papa dia. aiayayaya. cemana ni belum lagi adik keluar ni. hehe. normal la tu kan. nanti eisya mesti jadi kakak yang baik punya :)


oh ya. minggu depan adikku punya majlis bertandang. busy busy busy. lepas wedding ni lah nak focus kat apa2 yang patut. baby's preparation, gentle birth class, me time, our house. etc etc etc. 




ok korang. selamat berhujung minggu. tata!!!


Friday, January 18, 2013

random

hello!

just my random thoughts:

  1. Blogging has been boring lately. or I AM BORING! yeah, must be that. hih.
  2. I miss Eisya. I think I haven't spent enough time with her. She needs more mommy's attention. And she will turn TWO in a month time! wow!
  3. 2013 has been hectic!
  4. Men sometimes are selfish! grrrrr...
  5. I am so so so tired tired tired and tired. 
Bye! TGIF!!! 

Thursday, December 20, 2012

of many things :)

hola!

i'm sorry to bore you with this random (might be long) blog post. hehe macam tak biasa kann.

3rd anniversary

we became husband and wife 3 years back. kejap je dah 3 tahun kan. dalam 3 tahun ni, banyak belajar. banyak suka duka. masa kapel2 dulu tak terfikir pon life sekarang ni akan macam ni. honestly, not as beautiful as i have ever imagined before. hehe. but it is not too bad, not bad at all. :)

dah macam2 dah rasa sepanjang kahwin ni. ada time sayang, sayang sangat2. ada time menyampah, ya allah benci sangat ok. biasalah tu setan suka ambil kesempatan time suami isteri gaduh kan.

bersyukur ada eisya yang sememangnya penyeri dalam rumah tangga kami. walaupon lately selalu jugka gaduh 'sebab eisya', she is still the reason why we are going strong.

gaduh sebab eisya tu maksud dia - dengki siapa yang kena basuh berak/kencing, siapa lagi penat jaga eisya, sebab eisya ada diaper rash tapi mommy tak nak letak steroid based cream, sebab eisya jatuh masa mommy/papa jaga, sebab siapa nak jaga eisya. haha macam2. menda camtu pon nak gaduh kan. masa buat anak pandai kerjasama. nak jaga pon gadoh2. pang jugak dedua ni kan.

nak kasi tips rumah tangga bahagia pon tak leh kasi sebab belum layak hehe. tapi dari apa yang aku observe dan baca adalah perkara pertama - JAGA SOLAT. insya Allah.

dan bila dah kahwin ni kena tahu bila masa untuk diam, untuk bersuara, untuk marah, untuk beralah. sangat penting sebab wrong timing yang salu bawak ke perang besar.

tapi kepada yang belum kahwin. percayalah ya kata2 orang - lepas kahwin memang lain punya kalau nak compare masa bercintan. haktuih! kalau tahu takyah lah kapel lama2. buang karennn je hehehe.

tapi apa2 pon, happy anniversary darling hubby. thanks for always being there for us. just bear with me ok. sebab i can bear with you lagi. kikikik. love u b!

p/s belum celebrate apa2 pon sebab masa tu dedua OS. huhu. this weekend k b?

 hamboi. aku milikmu.
tskk. sakit hati. 48kg je kot masa ni. tskk

eisya kena tinggal

semalaman je. sian cha ni first time mommy and papa OS serentak. papa for a week. mommy 1 night je tak ada. esoknya dah balik. beberap hari sebelum tu eisya demam. i kept telling her - cepat baik, mommy nak work tinggal sya, 1 night je. eisya be good ok. eisya tidur dengan tokmi and tokbah. eisya minum kungkung botol je. 

the day before nak pergi tu dia dah baik, alhamdulillah. dia demam 5 days sebab mommy taknak amik antibiotics. huhu.

masa packing bag, dia peluk je i. bila i cakap nanti sleep with tokmi dia cakap tanakk. masa nak pergi tu dia nangis nak ikut. tapi bila nampak cab tengah tunggu, tiba2 berenti nangis, tanya syape tu? pastu salam kiss sume terus ok. tak nangis pon sampai esoknya. tapi nak tidur tu lambatla takde senjata kungkung mommy. hehe. tengah malam bangun tidur pon tak minum susu botol. siann. tapi dia happy je dapat tidur dengan tokmi tokbah. suruh peluk dia. pastu asik cek2 orang dah tidur ke belum. tokbah syeep? tokmi syeep. sshhs shh. eh eh dia pulak yang dodoi orang.

masa i call, tengah tengok adam hawa. pastu i suruh dia nyanyi. dia nyanyila, demi cinta ada hatikuu. haha. pastu i tanya eisya tidur dengan sapa malam ni? denan tokmi tokbah. kungkung mommy tak de cemana? kung shu otom je. 

amboi siap cakap je tuu. 


 ni masa mommy baru sampai rumah. bertempekk. 

sebijik demi sebijik dia suap i delima. hehe. our favourite fruit! 

kakak syiti 

kak siti dah dihantar balik ke rumah dia. insya allah bibik cha sampai malam ni. lepas balik KL ada jugak cha cari2 kak siti dia. bila tanya kak siti mana? dia kata, ayik kapungg!

eisya ni L and R fail lagi hehe

hopefully maid yang datang ni ok. ameen...

sepanjang ada helper memang rasa kurang penat. walaupon dia buat kerja tak perfect, tapi kira pejam mata jela redha. lagipon sedara dan dia mana biasa. lagipon baru je sebulan setengah. kalau lama lagi mungkin dia akan get better. dengan eisya pon baru je nak mesra2. dah eisya kena train dgn orang lain pulak. mmh.

tinggalkan eisya dengan siti, i tak ada perasaan risau eisya kena dera ke, kena marah ke, curi barang kat rumah ke. yelah kan kalau maid indon mesti sedikit sebanyak akan risau. tapi tak apalah. lebih baik amik yang bukan sedara. senang untuk semua pihak.

harapan aku terhadap maid akan datang ni - penyayang kepada eisya, jujur, ikhlas kerja, rajin. tak perlu pandai masak sebab aku yang masak untuk family aku makan. masa siti ada, aku tak pernah pon nak suruh dia masak untuk aku or eisya. sebab memang tak perlu. dia masak untuk diri sendiri sahaja.

tapi bila ada helper, aku pon sedar aku ni cerewet jugak sebenarnya. hew hew hew. kena muhasabah diri.

lain2

mmh sebenarnya nak cerita pasal eisya 22 bulan tapi macam dah panjang bebenor ni. boring ok.

okaylah tu aje. bye!!!


Tuesday, October 16, 2012

enam je ok

okay let's go random okay....

satu

setakat ni dah 3 ekor tikus da dapat tangkap ok. seekor je besar sikit tapi bukan tikus yang tak puas hati dengan aku tu. dan syukur dia tak ada pulak datang panggil umat dia balas dendam kat aku.so far.

dua

LHDN hantar surat kat aku, nak audit aku ok. for year 2010 and 2011! what the fish! rajin pulak aku nak korek semua2 resit, statement. ah!! korang pasni sila file semua elok2 ok takdelah nanti kelam kabut macam aku.

tiga

cinta aku terhadap eisya adelea adalah semakin dalam. dia makin clingy. kadang jalan2 tu, time nak dukung tu memang nak mommy je dukung. penat ok. tapi somehow i enjoy sebab dia rapat and manja dengan mommy. mommy feels so important. :p

i was washing her tiny little hands after her meal. as i rub her hands, i had a thought that they have grown bigger. i'm so gonna miss those tiny lil' hands when they get bigger and bigger.

man, this love is so amazing. thanks Allah for this.

empat

pencarian maid masih tak sudah2. ada yang laki tak kasi datanglah. ada yang nak gaji rm700 la. rm800 pon ada ok. ayoma ayopa! rumah aku tak ada perabot pon. anak pon sorang je. masak pon aku sendiri masak. takkan nak bayar banyak tu for a maid. huu tak apalah. ada lah tu rancangan allah yang lebih baik. cuma aku harap dapat orang jaga cha cepat2 sebab aku tanak ummy terikat dengan eisya je.

lima

ahh. aku fragile sangat sekarang tengok penderitaan budak2 sakit ni. especially adik adam. doa banyak2 supaya allah ringankan beban dorang. beratnya ujian dorang. buat aku insaf, aku patut lebih bersyukur dari nak complain macam2. 

enam

belajar untuk expect less, give more, love more, appreciate more. 

Tuesday, August 7, 2012

random

let's talk random.

ramadhan

not a productive one for me. ni dah separuh ramadhan. masih banyak tak buat lagi. harap dapat improve. plan nak bawak eisya ke surau. harap dia behave! tapi terawih pukul 10pm baru start. by then eisya kadang dah ngantok. kadang dia tidur as early as 830, 930. so kena tengok cemana. buat kat rumah liatnyaaaaa.

in terms of lemak2 di badan, muahaha. apesal tak ada perasaan kurus pon? ishhh. whatever.

tapi kan, baru perasan setakat ni we tak ada lagi buka puasa kat luar. semua kat rumah. haha. asik busy je tak ke mana pon.

persiapan syawal 

baju eisya dah banyak mommy borong direct from US. dah prewash semua pong! so tinggal nak beli sandal and kasut je lah. papa dah setel lama dah. hamboi. semangat nampak. mommy belum. ingat berazam nak pakai tudung jangok2. tapi muka pinggan kan. harap sedar diri.

sorry

some people. gosh. sorry seems to be the hardest word for some people. u make mistake, u say sorry. how difficult is that?

eisyaMMM

tatau kenapa sekarang eisya suka tukar bunyi NG jadi M. dulu elok je sebut sekarang dia suka tukar.

abang = abam
kung kung = kum kum
sayang (yang) = yam
sit down - syit dowm

Olympic Games

okay esok dapatla eskrim BR free. ahha single scoop je la ingat dapat handpacked ke kan. ehhe ingat lagi masa preggie eisya hari2 nak makan eskrim. sampai kena ada stock kat rumah. tapi lama2 bosan BR makan sundae cone McD je hari2. haha balik keja, drive thru McD beli eskrim je. tu je yang tak muntah haha.

takpela Ah Wei kalah pon sume orang cakap dia kalah bermaruah. yela sume orangla sebab aku missed the game! aku mati2 ingat kul 1130 padahal 1130 tu pocket rocket man! choyy. masa tu tengah layan eisya guling2, hubby lipat kain. dia cakap eh bukan sekarang ke chong wei? tukar channel tetiba dah penyampaian pingat. grrrrrrrr. frust mak.

eisya dah la tengok olimpik beriya. biasala my baby ni kan sporty kot haha. kalau dulu sorak2 kan, goal ke apa ke. apa2 game pon dia sorak, yes! yes! (dulu sebut kung tapi sekarang dah jelas. goal! goal dah! goal arrr).

eh hari tu tengok bola kelantan lawan apa tah. kan ada player nama ghaddar tu. masa tu dia tengah bawak bola pastu aiman cakap GHADDARRR, GOALLL! pastu eisya GHADDAARRRRR!!!!!! hahaha. sabar je.

sekarang dia tiru orang lempar cakera. pusing2. angkat tangan sebelah.

dan dia suka main pusing2 sampai pening pastu terhuyung hayang pastu kecepek jatuh terbaring haha. sabar jela.

suka buat lawak budak ni sekarang.


okay la tu aje nak cerita ceritii. tatat titi tutu!!

gigi sama pattern kan.

Tuesday, June 12, 2012

AKU BUKEY PENGLIPUR LARA...

hai u ols. alahai pemalas kan i sekarang nak udpate blog. hehe like u care? kikiki

yela ada yang kata, ish blog ederq sekarang asik pasal eisyaaaaaa je. hehe. dah itu je yang sering bermain dalam kotak mindaku. sorryla ya.

sebenarnya nak cerita pasal redang. tapi malas.


lepas tu nak cerita pasal art class eisya, with homemade stuffs. tapi malas jugak.



lepas tu nak cerita pasal recipe food eisya. pon malas jugak.


pastu bila rasa nak mengumpat laki mak. pon malas hahaha. ngumpat apanya kalau lepas tu dia baca. hehehe.

dah tu nak cerita apa je ni?


AKU BUKEY PENGLIPUR LARA...

kah kah kah  lawak lama nii. haha ok sure korang tak faham kan hehe. ni masa program silat n budakmartial art dulu zaman universiti. (oh masa ni la konon2 cinta hampir bertaut antara budak silat n budak taekwando kikikiki geli i) ada program anak angkat kat kelantan. pastu ada mamat kat kg ni macam ok2 jugak muka dia tapi tak berapa betul. kesian.

ada one time tu dia datang kat kite orang cakap, eh mari sini aku nak royak cerita. mari dengar mari. 

kita orang pon beriya la kan nak dengar. pahtu, royaklah.

japgi dia diam pastu dia cakap, AKU BUKEY PENGLIPUR LARA. 

ok jangan tanya aku kenapa tetiba je dia cakap camtu. bengong ok haha. sejak tu kiteorg suka bahankan menda tu. hahha. ke tak faham aku cerita? lantak korang. kikiki biar aku gelak sorang2.

okaylah marilah kita borak kosong aje. eceh selama ni berisi habis lah?

eisya hari ni ikut papa dia gi opis. esok papa eisya kena cuti. lusa mommy EL. jumaat papa cuti. fewh nasib B tak OS this week.

oh ya sekarang kan cha panggil papa dia B! siap tiru i, B!! (nada jerit memanggil). haha bukanlah i ni bini yang suka menjerit terhadap suami ye u ols. kang tak pepasal spekulasi tauu.u ols ni suka la kan menda2 camni. ish ishh. pangg kang. eh tetiba

ni dia tiru masa i dukung dia pastu i panggil B dari luar rumah. i tatau masa tu B tgh solat. so sebab takde respon so i pun increase la volume kan. B!! oh B!

japgi dia pon B!!!!! hahaha. pastu papa dia cakap, sya ni papa la. cakap papa! dia cakap B!!! fineeee.

pastu semalam masa dia nampak papa dia turun tangga dia terus cakap, B!!!

T____________________________T

okay pasni dia panggil i yang or hunny kot eh?

whateverrrrr syiaaaa (cara eisya sebut nama dia bila ngengada. syiiaaa)

ok dah tu ajela. babai!!!!! muah muah.

Monday, December 5, 2011

awesome random

ececeh awesome ke? sebenarnya tu tajuk lagu Yuna. haha. okay peeps. let's go random.

 Rumah kami

rumah sudah siap. alhamdulillah. puas hati la jugak hasil kerjanya. *happy*happy*lompat*lompat*

tinggal nak touch up sikit2 je. dan pakdi kata cuci rumah excluded. hey dulu kata include? cis. kalau upah orang kena dalam RM300 dia cuci semua. aku rasa macam mahallah! aku rasa nak upah pekerja India cousin aku si Kodiyappan tu jelah. tengok cemana laki mak kata apa.




Anniversary 

Our anniversary is coming soon. hari tu kan orang tu suruh aku listkan wishlist. kejap lagi kan dia bertindak veto beli dah hadiah. nak tau hadiah apa. tilam. romantik kannn? haha! aku dah berangan2 je nak beli apa je kan. fine lah tilam pun tilam lah. dia pergi sorang2 beli kat Dreamland warehouse sale last week. katanya harga drop up to 70% u ols.

aku cakap dia, kalau dia bagi tilam aku nak bagi dia vacuum cleanerlah. sebab nak suruh dia rajin bersihkan rumah nanti kan. berguling2 dia cakap tanak tanak. T___T yes he really did guling2. well baby, i'm still expecting you will be a lil bit more romantic when our anniversary comes. janganlah harapkan hadiah tilam tu je. lalalalaa

Eisya

ini budak kecil kan. suka ajuk orang sekarang. kelakar ok. dia punya favourite sekarang - tiru orang bersin or batuk. mula2 ummy kata eisya sesema. aku pun dah pelik. bila masa pulak dia sesema kan. yelah asik bersin je tu.

la ni dia tirula ummy. bukan betul2. haha since then semua orang rasa lawak kalau dia tiru orang bersin. bila suruh je, sya bersin sya. then dia siap tutup mata, tertunduk kepala ke bawah dan kadang2 tangan dua2 terangkat, aaachihh. geram tak? haha.

dulu dia memang kenal orang tapi tak kisah je dengan siapa2. sekarang dah pandai pilih. kalau tokbah baru balik kerja, tapi tak dukung dia, akan menangis sekuat hati. nakk jugak suruh dukung bawak jalan2 kat luar jap. kalau tokbah nak pergi surau pun nak ikut. ish ishhh.

dengan aku tak payahlah cakap. tiap2 pagi nangis nak ikut pergi kerja. kalau time dia tanak orang lain tu. dia akan berpaut kat baju aku tanak lepas. nangis. tapi kalau kita tak ada dia ok je.

dulu masa eisya selalu nangis masa dia colic aku dah risau kalau dia tak kan jadi happy baby. sekarang ni, galak kemain. asalkan ada orang layan dia, sure happy. kalau ramai2 keliling dia, agah2 dia, tickle2 ke. she will be the happiest baby in the world. :)

so i guess it is memang awesome random :) alhamdulillah

Friday, October 21, 2011

random friday

hello!

rindu i tak? eii ngengada kan. been busy!

work sucks! loads of changes, so banyak nak kena catch up. macam2 hal. pening kepala aku. bergaduh dengan boss lagi. haha mencik!

i was unwell. on and off. low blood pressure - pening kepala. opps bukan merandung tau. tak tak. belum lagi ok. ummy tiap kali aku pening je nanti dia speculate, tolongla kak long jangan lah pregnant lagi. jaga2 lah. eisya kecik lagi sian dia. nanti dia besar sikit lah.

aku dah. eh?? haha risau sangat ummy ni. err tapi memang patut risau pun kalau ya kan. haha!

okay anywayyyyy. apa tadi nak cerita.

oh ya sekarang tengah busy pasal nak reno rumah. cant wait! excited!

eisya dah 8 bulan. dia tengah naik bisul sekarang. tak tahulah cemana boleh kena. jangkit ke apa ke. mmh sedih tengok dia cranky. denyut2 kot sakitnya.

mmh okaylah. tu je nak cerita. eh jap. facebook bosan kan sekarang? hape2 tah. hahaahah! kecoh tu pun nak beritahu.

aku rasa makin lama blog aku pun makin bosan. selalu dalam kepala otak macam2 nak cerita tapi tak ada masa.

dulu time eisya mengempeng leh la update blog. sekarang dia dah tak mengempeng sangat. susu minum kejap je. pastu banyak mainnnn je kerja.

huhu okaylah. tu je. bye!

Monday, October 3, 2011

random monday

hit and run

chacha (tetiba nama kereta dah sama dengan nama anak) kena gesek dengan persona putih. hit and run sebab dia lari tanak turun. i actually kejar. macam orang gila jugak aku. tapi dia taknak dan terus elak. the damage was minor tapi aku sangat geram dengan tahap kurang ajar budak tu. hubby checked with JPJ and apparently plate number tu actually kereta lain. tu pasal dia berani lari. tak apalah. adalah tu balasan dari tuhan nanti kan.

serabut

serabut lah kepala hotak sekarang. macam2 kena fikir. macam2 kena tahan. macam2 lah. life is unfair sometimes. there is nothing much i can do but bersabar. adalah tu ganjarannya nanti.

new job

i'm looking for a new one. harap murah rezeki. tapi belum update resume. dah 5 ke 6 tahun tak interview. gugugugugug

rumahku

kunci dah lama dapat. bulan ni hubby plan nak buat apa yang patut. tengah cari idea. tapi duit aku tak berapa nak meriah. haha. kan bagus menang deko idaman ke apa ke. nak masuk moneydrop lah! jom B!

aku dapat rasa nanti mesti akan ada siri pergaduhan antara lakibini sebab masing2 nak menang - nak design cemana, kaler apa semua2. baru je awal perbincangan tapi macam laki aku dah nak kuasa veto ni. takpe2 aku diam je dulu sekarang. grrrrrr

kulit muka

stress aku tengok cermin. apart of being fat (apesal orang nak make big fuss pasal aku gemuk eh? macam lawa sangat kau yang rajin nak komen tu kan. seriously, i'm annoyed. aku tahu aku gemuk tapi tak payah nak cakap banyak kali as if aku tak sedar. gurau ada batas.)

kulit aku sekarang dah tak mulus. (pernahke mulus masalahnya?)

pigmentation. fine lines bawah mata. stress. stress. aku tunggu habis Yves Rocher ni aku nak tukar menda lain. tak berkesanlah! dulu aku rajin pulak nak buat homemade facial stuffs - home made mask, scrub bagai. sekarang nan ado.

ni ada jerawat kat hidung. aku jarang ada jerawat so bila ada aku macam stress. haha! ni mesti jerawat akibat tekanan hidup. haha!

sudahlah gemuk, kulit muka macam2 pula kan. hohohohohoho. nak cakap diri ni hodoh, nanti tuhan marah cakap tak bersyukur pulak kan.

eisya adelea

sekarang, manjalah dia. nak2 kalau aku ada. pastu sekarang kalau nak susu, nanti dia mmmm mmmmm mmeer mmmaaa sambil nangis manja. agaknya nak cakap mommy kot tapi tak reti. hehe.

haih. sekarang 300% of my life memang tertumpu kat dia jelah. hehe apa boleh buat. dunia dah macam nak terbalik pun, tengok dia terus buat aku semangat nak teruskan.



terima kasih tuhan :)

Tuesday, July 19, 2011

berputaran

hi! let's go random ok!

~ i have so many things to write but no mood. sigh!

~ we just got back from Singapore for my company's family trip. will update on that!

~ a tragic thing happened to my family recently. serious macam samarinda ke cerekarama ke. but it is worse because it was real. unsangkarable. tak apalah. tuhan je yang balas. u just wait.

~ how do i get rid of these pigmentation on my face?!! urghh! i'm getting old!

~ i'm still fat. and i appreciate constant comment from others on how fat I am now. T__T

~ hati bernanah2 lagi ni. and this time i just don't bother. and i'm quite use to it now.

~ i wish i have extra 8 hours in a day.

~ i'm such a loser. pfft!

~ hey, above all that, my superstar is 5 months young today!


eisya darling, you are my everything. my all. and you are my world's greatest daughter!







Tuesday, April 26, 2011

secara pukal

satu


rumah dah siap! dapat kunci hujung bulan 5. alhamdulillah!

nak masuk show eric leong deko deko sapraissss!

sebab tak payah keluar duit nanti nak beli segala benda.

hihihi

dua


penat jadi emak dan isteri bekerja rupanya.

tetapi seronok tak sabar nak balik sebab ada tuan puteri mentunggu.

dan penteman tidur bila encik B OS.

tiga


mensusukan anak membuatkan aku jadi lapar.

lalu makan.

lalu gemuk.

eh pentipu okay.

orang lain susukan, kurus.

ni lemak lama2 bila nak pergi.

cara selamat, datang kerja pakai baju kurung ya!

cepat kurus cepatttt!

ada tak sabar jugak nak balik ke gym.

tapi mesti malu nak pergi sebab berlemak.

hi hi hi





Sunday, February 13, 2011

sambil baring kebosanan

1. congrats diah for the gebu nayli! comel sangat ok! beshnya semua da selamattt, alhamdulillah :)

2. i had my check up this morning. 64kg tak naik sebab berak banyak pagi tadi hahahaha.

3. had my first VE. dr buat coz i told him perut kerap mengeras. dang! nasib tak sakit pun. tak dilate pun lagi. yela tak ada contraction pun.

4. cuti ni cane? nak kensel or biar je tunggu je? hmmph tiba2 rasa macam rugi ambilcuti awal. awal ke? due 22/2. dulu dr suruh amek a week before due. dillema

5. oh ya, semalam ada urut2 dgn bidan. lega lah sikit urat2. dia kata dalam seminggu lagi macam tu. yeke tak, tak tau.

6. blogpress besh ke?

6. bosannya. b dah book movie tix tadi tapi i'm bot in the mood! oklah nak pergi mandi basuh baju semayang makan pengat pisang jalan2 taman makan aiskrim k dah tu je.

NAMPAK SANGAT AKU BOSANNNNN
































dan,hey tak baik tau selfish :(

Tuesday, January 11, 2011

11012011

merantuklah.

tukang urut tak ada till khamis. tak besh. kesian kaki dan belakang tak ada orang nak urutttt. patut my next check up is tomorrow. tapi tunggu jelah dia balik khamis ni.

oh ya, this weekend ada baby fair kat Mid Valley. besh ke tak tahu. ada few more items yang belum beli. nak tengok2lah. ada barang2 kecik yang belum complete.

ada orang tu tak sabar nak pasang baby cot. sabar yaaaaaa. lambat lagi.

baby kan, dia kadang2 tekannnnn ke bawah. sampai saya kena jalan kengkang sikit, jalan tampung perut. ngilu sikit2. memang dah time dia nak turun2 kan. kan kannn?

tapi jangan keluar lagi ya sayang. awal lagi ni.

ingat tak last time saya kata saya mungkin menderita akibat PUPPP? kat perut, maybe sebab berpanas2 pergi site pakai baju tak sesuai. lepas Dr Zarul bagi cream, dan saya tukar sabun mandian kepada Sebamed, taraaaa sudah kembali sihat kulit perut. Alhamdulillah. tak adalah saya tergaru dan terpedih2 masa nak mandi lagi. :)

sekarang dah 34 weeks. baru nak start2 perineal massage dengan gel ia. boleh start 6 weeks prior labour.

wuwuwuw berkesan tak agak2? mula2 macam ehhh macam mana niiiii nak buat??? haha! lepas itu ohhhh okayyyyyy. mungkin lebih senang kalau orang lain yang buatkan. uhuk uhuk uhukkkk.

adoi. kerja boleh tahan banyak nak pulun nak siapkan before ajar orang baru take over sekejap.

laparlah. nak makan. pagi tadi makan karipap tak setap langsung! ishhh macam mana terfikir nak jual pun tak tahu lah.

okay bye! take care folks!

sebelas satu dua ribu sebelas wohhh.
11012011

Friday, December 10, 2010

rawak lagi

selamat hari lahir ummy saya!

esok hari lahir iwan pula, adik saya!

ahad malam baru nak celebrate!

esok lusa busy attend weddings!

esok PIL datang KL!

sedang serabut juga kepala fikir pasal kerja! peninnnnn! HAIH!

appraisal bukan pada bulan ini tetapi pada bulan hadapan! tak tahu apalah nasib.

siapa engineer yang nak cari kerja, interested dalam passive fire protection systems, high temperature insulation systems, sprays, dan semua sistem yang ada kat company ni, rajin nak belajar perkara baru, rajin buat research, multitask semua kerja, sila email saya! company tengah cari orang baru. tak kisah background civil ke, mechi ke, material ke. asalkan sanggup nak belajar!

pagi tadi pukul 430am. tengah sedap2 tidur zass first time kena simpul biawak/cramp. ya ampun. sakit gila ok. tak pernah kena macam tu! separuh menjerit. b! tolong hunny sakitttt.
panik terus laki aku. kenapa yang kenapa? sakit apa?
hih. lepas ni kena tidur pakai socks! dan diurut minyak panas.

eh dah hampir ke arah hari ulang tahun yang ke satu saya dan suami. oh tuhan ku. betapa pantas!

have a blast weekend you all!

take care!

Monday, October 4, 2010

monday's random

hi peeps! happy monday! i wanna go random today. just because i have so many things in mind to share. :)

  1. exhausted! yesterday, our family made small makan2 for relatives and friends. sempena hari raya and my parents nak pergi haji this saturday. sorry tak jemput semua kawan2 coz the event was not a big one. the guess were around 80-100. and thanks for those who came. especially in laws family who came all the way from JB. tired but i'm so happy :)
  2. menu for yesterday - nasi ummy (ummy reka2. setappppp gila!), ayam masak merah, kari daging, roti jala, lontong - kuah masak lodeh, kuah kacang, sambal ikan bilis, rendang ayam, pudding roti, pudding laici. all homemade. thank you my cousins yang datang tolong. i love you all!
  3. one of my friends said she did not come yesterday because segan most of us dah nak jadi mummies. and she is not married yet. what the heck? she made me feel old! and i dont see any relevance there, my dear!
  4. yesterday, i got a lot of this - keciknya perut, 5 bulan! really? is that kecik? i dont think so! i got surprised each time i see myself naked in front of the mirror. hehe. i got scared that i will get stretchmarks, that i religiously lather lotion on the tummy twice a day! yeah but i know it will appear eventually. hehe.
  5. i got few comments who asked me to eat more. seeing me thinner than the last time they saw me. but i think since raya i must have gained few kgs! so, i cant eat more! quality yes, not quantity! takuttttt demutssssss!
  6. my kutut is away till wednesday night. *cry*
  7. this wednesday night ada lagi majlis solat hajat at our home, untuk doakan my parents. doakan semua lancar ya.
  8. my chacha got kissed just now by a chinese lady's car. i jumped out from the car and alhamdulillah chacha was fine. butttt i was not fine because that lady apparently has no manners at all! she did not come out from the car. instead just waved and said sorry. yes our cars are both fine. but at least, show her guilt a bit and care tak boleh ke? hoh!
  9. my baby kicks and dance and roll (whatever the baby usually do inside the womb) like nobody's business! i see my tummy moves at times and i had fun watching it. whenever i asked B to watch it, baby went all silence. hehe. but when he turned kejap, there he/she goes! toink! ohhh papa you missed it again! hehe. baby main hide and seek! but B has felt our baby kicks once, with his hand! *grin*
okaylah. i can go 100 things randomly kalau kau layan. hehehe. tapi disebabkan nak berak. i have to stop here.

i know you will hate me. always conclude bila rasa hendak berak. so disgusting!

tapi lebih disgusting if someone like so much about sharing until the kentut smell before berak pun nak share. dah lah suruh kiss dulu, lepas tu proootttt. macam suis pulak!

sampai fobia aku nak kiss kalau tiba2 mintak. tak bagi boleh pulak kata, eh suami suruh kiss, kiss cepattttt.

suami siapa niiii?

okay bye! sebelum olynn bau pelik2.

Thursday, October 29, 2009

RANDOM STRESSED POST

now let's play random. not a happy clappy post. (except point 4) dont proceed if you wish not to.

  1. i'm sick of reminding people of the same very thing everyday, for weeks or months even. and not a surprise when all you need is to whine more and a bit of smacking on the brain with high pitch voice and the talent of nagging that every woman has, then things will be done, right away. yes done with rebellious attitude but at least, it is done. if i knew i would do that on the very first place. no ms nice lady anymore.
  2. i dont accept a friend request if i dont know you. but if you happen to know me or my bf or like to be friend with me, send a message instead. then ask for friend request. then you wont get to be rejected or blocked. the reason being, i'm not comfortable with a person who wants to be friend with me just to stalk on my life (ceh kau ingat kau celebrity??!! actually this is based on previous experience. si saiko yg suka kt my bf. HUH) or to increase number or friends! (now i sound like so sombong huh. do i care?)
  3. i fecking hate my job now. bored bloody bored. it will get interesting sometimes. but now. i'm just so bored. the load is piling up but i hate to do it. is there anything i can do in the world that really can make money, and something that i'll love to do everyday?
  4. my first fitting session was fine. need to alter, kecikkan a bit. i cant wait for it to be finished! i think i'll love it! as for JB event, it is a rented one. glad that i can fit in! haha!
  5. you know all those diet food? forget it. spend your money on gym instead. no really i'm sick of those advertisements. bloody expensive and you'll never know what the side effects will be. so it's either to save up the money or go gym. well at least now i'm against it. dunno if i'll change my mind if i get overweight. ya ampun mintak simpanggggg.
  6. okay. plastic again. please dont fecking ask for plastic bag if you are buying a canned drink only. or any single item that you will consume immediately after buying, or put in in your bag or whatsoever reason that you can think off! it is soooo stupid of you. annoyed!
  7. and i hate people who throw things outside of the window while driving. be it a tissue paper only.
  8. PLEASE DO NOT LITTER! if you do, you are just a dumbass!
okay, peep. enough for today's crap. i'm a bit stressed out here. sorry for the harsh words. cant help it!

bye loves!