mata duitan

Friday, September 11, 2009

droooollll

tolonglah
macam2 dalam kepala otak fikir desserts
sengal

Wednesday, September 9, 2009

19 ramadhan dah ke?

cepatnya masa! dah nak raya ke? dahla ummy bising aku tak sempat tolong buat kuih raya. time ni jugak lahhh baru nak setel kad kahwin, bulan madu di awan biru, baju arep. ishhh! tolonglah masa jangan cepat sangat.

dah dekat tarikh kahwin? omaigodddd! seram seriau gila weh.

semalam kat office adalah macam bangang dan rasa nak maki semua orang yang bangang dan bercita2 nak makan banyak untuk berbuka puasa dan bergedik2 dengan gedixbabes and the gang kat KGPA.

dan tercapai. bergedix di meja makan bersama gedixbabes. dan sehingga tidak dapat kawal diri bergelak2 seperti bimbo. dan secara bangang telah terlepas kata membuat lawak bangang yang tidak sepatutnya dibuat sebab ada orang yang tidak sepatut dengar dan perkara itu memang tidak baik tambahan lagi di bulan ramadhan yang mulia. memang lah kelakar dan benar tapi ish. kalau dah sampai orang itu dengar takut dia pikir apa ke nanti. ishh! sepak siri sendiri laju2. pastu humban dalam laut. pastu pastu. ish! aku selalu macam ni lah!

Haih! sebab tu boss aku pernah berkata begini apabila ada orang offer aku minum arak busuk - don't offer her any. she doesn't need alcohol to make her insane.

3 bimbos semasa buka puasa

dan aku rasa itu adalah benar. aku dah memang macam orang tak ada screw kadang2. not that i ever want to drink lah kan. tapi aku adalah bangang kadang2. ke most of the time? haha! lantaklah.

anyway, aku ada 3 buku nak kena baca sekarang yay! kinsella's, grisham's and dan brown's! eh eh bulan puasa ni aku dah khatam banyak buku cerita tapi quran separuh pun tak sampai lagi apa nak jadi dengan budak zaman sekarang tak ingat akhirat kelak ke apa?????

Monday, September 7, 2009

woot woot

the beach
the spa
the romen2
eh eh silap
the romance
the private pool
awww
can't wait!

Friday, September 4, 2009

HEARTBURN

pada suatu petang saya ingin berbuka puasa dengan homemade bihun soup dan popia. setelah bertungkus lumus di dapur saya pun berbuka dengan ia bersama jus oren twister. tiba2 perut adalah sakit pedih.

sebenarnya semasa masak pun dah rasa dada sakit. lepas berbuka makin sakit. tapi gagahkan diri pergi terawih. tapi adalah seperti orang tua yang hendak turun bangun payah. pastu nak tidur malam2 pun tak boleh. sakit laa.

masa tu da fikir sakit jantung ke apa. nak mati ke apa. dahla berada seorang diri di rumah. huhu

esoknya pergi klinik rupanyaaa dr kata saya adalah gastrik dan heartburn. cis. kenapalah? bukan tak makan langsung pun time buka. kan. mengada. tapi nak buat macam mana dah nak kena. kan? mungkin ni pembersih dosa ke apa.

makanya perut adalah pedih. makan pun tak boleh banyak. perut lapar tapi angin menolak. eii degil. makanya terpaksa lupakan makanan masam dan pedas. how come you???

selalu puasa okay aja. kenapalah kena? huhu. ummy kata sebab tak makan nasi. hello tak ada kaitan. tsk tsk

tapi ni dah better. semalam nak batuk, bersin, ketawa pun macam orang tua. tapi hari ni dah better. alhamdulillah. tapi perut pedih. tolonglah cepat baik. saya nak makan normal. apa itu kehidupan tanpa makanan pedas dan masam?

Thursday, September 3, 2009

who needs love?

my current favourite band now.
and yes i favor british/UK band more than those americans. same goes with the books!
:)



and. AWWCH

Wednesday, September 2, 2009

HAHA

apalah bangang nya saya ini. mac disangka mcD. debabbbb!

AMARAH

kenapa lately entry semua pasal marah2, garang, bengang2 ni. dahla bulan puasa. ishhh.

tapi aku memang sedang amarah dengan CIMBCLICKS. gila lembap slow nak mampppp! menguji tahap keimanan dan jiwa raga sanubari lah.

MAYBANK2U okay je. ni rasa nak libas rotan nih.

dan semalam. menyampah. membazir. penat. rugi. tak sukaaaa!

lantaklah.

sesungguhnya aku berpuasa.

Saturday, August 29, 2009

KAKAK YANG GARANG

kalau pergi mana2 masjid atau surau untuk terawih, mesti ada budak2 bising kan. sama ada berlari dalam surau, luar surau, jerit2, cakap2 semasa solat dan macam2 lagi lah.

selalu aku tahan jelah. ala budak2 kan. nak marah2 kang anak orang. tapi tadi, kakak ni dah bertukar jadi harimauuu.

aku dan ummy datang agak lambat maka terpaksa duduk kat saf belakang. bersama kanak2 ni. pulakk masa solat boleh jerit2 kepada kawan lelaki kat luar " woi2 semayang wey. apalah main kat luar." okay tak khusyuk kan. nampak sangat.

pastu bila dah habis 2 rakaat terawih, boleh lagi jerit sesama dia pulakkkk. jerit okay bukan cakap memang jerit2. makcik kat sebelah aku dah rasa annoyed. maka aku terus toleh belakang dan bagi SHHHHH panjang2. siap letak jari kat mulut aku, dan besarkan mata sikit. haaa terdiam korang.

pastu bila nak bangun solat rakaat seterusnya aku cakap kat budak2 tu. "ni nak solat ke tak? kalau nak pegi penuhkan saf kat hujung kawan awak tu. jangan bising2. "

dalam hati budak tu, garang siot kakak ni. haha rasakan kau. biasa niiiii. kalau budak umur 5-7 thn macam tu tak apa. boleh dimaafkan lagi. ni aku rasa dah darjah 4-6 ke apa. ah tapi sampai abis memang tak diamlah. ish budak2 zaman sekarangggg.

tiba2 aku terbayang diri aku jadi cikgu. pastu bila budak bising aku libas rotan kat meja cakap DIAMMMMMMMM! haha! pastu siapa bising lagi aku baling duster. (eh ke cakap pasal kisah silam diri sendiri ni? hihi)

sah2 aku tak boleh jadi cikgu lah. adik2 aku selalu kalau nak tanya pelajaran mesti tanya sekali sahaja. atau maksimum dua kali (untuk perkara yang sama). kali ketiga aku dah keluarkan suara nyaring bersama jegilan mata. kenapa tak faham2 ni. dengar ke takkk masa ajar. haha

haha aku rasa perangai tu terbawak2 sampai tempat kerja. kalau sampai 86x kena ulang perkara yang sama aku memang bengang lah. nak2 kalau mintak something tapi malas nak baca dan faham dan expect aku terangkan word by word memang kau sah2 kena fire dengan aku lah. aku memang jahat tak kan terus bagi direct answer.

contohnya macam ni...

xxx: what's the difference between these 2 reports?
si penat: same product, few different details.
xxx: what's the difference? i don't understand
si penat: have you actually read it?
xxx: not yet.
si penat: no wonder you dont understand. why dont u read first and come back to me?
xxx: mmm OK.

hahaha! kesimpulan aku memang garanggggggg!

Friday, August 28, 2009

the brain

we all have brains, do we? is it fair to just let me use mine for your own good? for god sake, think! will you?

and after all reading won't harm your brain. i'm not a story teller. why do i have to read for you?

haiyaaaa!

sesungguhnya aku berpuasa.

Wednesday, August 26, 2009

gym

thanks for the votes y'all! now it is closed and here's the result:

45% - YES
48% - NO
35% - SHE CAN'T COMMIT

okay now what? am i not signing up then? because you lot tell me not to? haha

(inhale deep breath) okayyy i have 3 options now:

  1. sign up as a new member
  2. get a membership transfer
  3. do not sign up
well, my heart tells me to go for option 2. then i wouldn't be forced to commit for a year. we'll see how. i still can't decide though.

but yes, maybe i will. i'm so loving the classes lah. (i will laugh hard at myself seeing me foolishly to follow the steps. ugly. you don't want to see me when i do that. haha)

BUT, if i sign up, then i have to promise myself to commit. my darling ariff will contribute for the monthly fee as well, (thanks sayang for so wanting me to be kurus) but mind you if i don't show any progress, I HAVE TO PAY BACK!

tsk tsk tsk.