mata duitan

Thursday, June 21, 2012

enam belas bulan

selamat enam belas bulan eisya adelea binti ariff ariza. umak ai. panjang rupanya. patut letak nama cha je la. hehehe.

baiklah marilah kita rumuskan kepada beberapa perkara ya kawan2.

SELERA MAKAN IS TINGGI! GOOD!


 makan sendiri pastu main masak2. ketang ketung, kacau2, pastu spoon out, tuang air, serve kat pinggan, suap mommy. sepah tak yah cerita. papa stress! haha

suka makang ikang sekarang!





suka sangat fresh milk! sejuk2 lak tu. asik ketuk peti ais, nak milk! nak milk!

MOMMY, NAK SYANSYIK! (MOMMY NAK CANTIK!)
sebab asik cakap, ha cantik cantik lepas dia sikat rambut ke, ikat rambut ke. hihi.





SUKA MAIN TUDUNG.


 
 dengan harapan dapat jalan hihi

tetiba nak makan sambil pakai tudung. berlemuih!

 ustajah suparman! (tengah tengok bola kot masa ni). 

HAPPY BABY!

 suka main kudakan orang!

 suka amik gambar bila tengok muka sendiri.

 
 always busy!


selain tu, manja sangat2 dengan mommy, kalau nak compare dengan papa. kalau mommy buat keja pon, nak mommy ada depan mata. kalau tak, dia asik mommy? mommy?

mulut pun makin becok. dah pick up perkataan hujung2. kalau kita baru je cakap one, dia tah tee! (three). kalau kita kata AB, dia dah syi! (C). kalau ABC, dia kata ECI. 

macam biasala suka tengok bola. sekarang siap gaya macam konon2 frust tak goal. siap cakap kung arr kung arr. (goal la). tak pon dah kung dah! yeshh!

suka babies. kalau dengan twins tu dia tepuk2 dada dia cakap, kakak! eleh macam besar sangat la kan awak tu. siap ajar 123, ajuk baby cry. pastu kalau tengok toto kecik tu dia cakap baby baby! tengok dry diaper pon camtu. yela dia kakak, pakai CD. haha. 

soft toys dia memang selalu dipakaikan cd. tahu pulak dia siap letak liner, cakap syisyi! yeyek! tengok cd sendiri yang ada poop, geli. eii dirty, yeyek!!

perangai baru sekarang, tiba2 dok cangkung. i asked her, what are u doing? dia cakap eii yeyek!! kalau pas berak nanti dia bitaula, mommy yeyek!

hihi mommy sekarang suka sangat bila dengar eisya panggil mommy dengan jelas. hehe dulu kan kejap mama, kejap memi. kuar mommy bila marah je haha. sekarang, bangun tidur, mommy mommy. nak susu je, mommy, kungkung! kalau u ols dengar dia sebut mommy tu comel sangat okay penuh kasih sayang. haha perasan mak kau ni ha. hehe. 

tapi dia sebut nenek lagi kelakar! macam niyenek! cemana tah haha. atok jadi akekk (sengau). tokmi jadi omi or mami or memi. tokbah, abah. ayahsu jadi asyu, ayahcik - ashik, ciksu jadi shu, aunty dia cakap ti. tu je dia reti, yg lain susah kot haha.

masa dia mula2 pandai jawab org tanya sapa nama tu, dia bosan ok orang asik tanya je. ari tu papa dia tanya, ni siapa nama. dia jerit, SYAAAAA! haha sampai dapur dengar dia jerit. boringla asik tanya je haha. 

okaylah tu ajela bebelan hari ni!

 



Friday, June 15, 2012

dear jebon

mohd jebon adibon ku sayang, 

tengok anak kak long nama eisya adelea suka cat. kalau jebon ada mesti dia besfren jebon sekarang. 















eisya panggil cat cat cat. au au. cit cit (decit2 panggil cat). tak pon sshh shhhuuh kalau nak halau hehe. tapi kalau dai nampak cat garang2 je dia jerit or stomp her feet. hehe ni papa la ni ajar.

rindu jebon...

Tuesday, June 12, 2012

AKU BUKEY PENGLIPUR LARA...

hai u ols. alahai pemalas kan i sekarang nak udpate blog. hehe like u care? kikiki

yela ada yang kata, ish blog ederq sekarang asik pasal eisyaaaaaa je. hehe. dah itu je yang sering bermain dalam kotak mindaku. sorryla ya.

sebenarnya nak cerita pasal redang. tapi malas.


lepas tu nak cerita pasal art class eisya, with homemade stuffs. tapi malas jugak.



lepas tu nak cerita pasal recipe food eisya. pon malas jugak.


pastu bila rasa nak mengumpat laki mak. pon malas hahaha. ngumpat apanya kalau lepas tu dia baca. hehehe.

dah tu nak cerita apa je ni?


AKU BUKEY PENGLIPUR LARA...

kah kah kah  lawak lama nii. haha ok sure korang tak faham kan hehe. ni masa program silat n budakmartial art dulu zaman universiti. (oh masa ni la konon2 cinta hampir bertaut antara budak silat n budak taekwando kikikiki geli i) ada program anak angkat kat kelantan. pastu ada mamat kat kg ni macam ok2 jugak muka dia tapi tak berapa betul. kesian.

ada one time tu dia datang kat kite orang cakap, eh mari sini aku nak royak cerita. mari dengar mari. 

kita orang pon beriya la kan nak dengar. pahtu, royaklah.

japgi dia diam pastu dia cakap, AKU BUKEY PENGLIPUR LARA. 

ok jangan tanya aku kenapa tetiba je dia cakap camtu. bengong ok haha. sejak tu kiteorg suka bahankan menda tu. hahha. ke tak faham aku cerita? lantak korang. kikiki biar aku gelak sorang2.

okaylah marilah kita borak kosong aje. eceh selama ni berisi habis lah?

eisya hari ni ikut papa dia gi opis. esok papa eisya kena cuti. lusa mommy EL. jumaat papa cuti. fewh nasib B tak OS this week.

oh ya sekarang kan cha panggil papa dia B! siap tiru i, B!! (nada jerit memanggil). haha bukanlah i ni bini yang suka menjerit terhadap suami ye u ols. kang tak pepasal spekulasi tauu.u ols ni suka la kan menda2 camni. ish ishh. pangg kang. eh tetiba

ni dia tiru masa i dukung dia pastu i panggil B dari luar rumah. i tatau masa tu B tgh solat. so sebab takde respon so i pun increase la volume kan. B!! oh B!

japgi dia pon B!!!!! hahaha. pastu papa dia cakap, sya ni papa la. cakap papa! dia cakap B!!! fineeee.

pastu semalam masa dia nampak papa dia turun tangga dia terus cakap, B!!!

T____________________________T

okay pasni dia panggil i yang or hunny kot eh?

whateverrrrr syiaaaa (cara eisya sebut nama dia bila ngengada. syiiaaa)

ok dah tu ajela. babai!!!!! muah muah.

Friday, June 8, 2012

i wish

 the conversation that i had with him the other week when we were in Redang. it stucks in my mind everyday....

me: B pegi cameron eh next week? 
hubby: aah. kenapa nak ikut?
me: tak ada cutiii :(
hubby: kalau hunny tak keja mesti ikut b every week kan. boleh eisya jalan2. 
me: i wish b i wish....

if only....

Wednesday, June 6, 2012

baby sitter please!

YELPPPPPP!! tokmi minta saya cari baby sitter untuk jaga cha time tokmi tak ada. sebab dia kena balik kampung sekali sekala untuk jenguk nenek saudara saya yang tidak sihat. saya tidak banyak cuti dah. encik suami banyak cuti bertimbun2 tapi tiada gunanya kerana beliau sentiasa out station every week. haih.

dulu makcik raja yang jaga cha dulu kejap. 3 hari je kot. tapi sekarang makcik raja macam ramai dah kot baby dia. tak sure dia nak ke tak.

huhuhuhuhuhu.

pastu risau lagi satu cha ni ok ke nak dok rumah orang? dok dengan tokmi manja kededek. nak minum susu pon suruh orang baring sebelah dia, teman.

sapa nak jaga cha? area sungai buloh or shah alam. thanks.


Tuesday, May 29, 2012

sya!


mommy: siapa nama?
eisya: sya!!!
mommy: oo ni la eisyaaa.
eisya: kapete ape te dada mada taatii tiiti  sya nada ya apata pesh peshhh! apacaapaca tetetetiti..
mommy: oooh really? lepas tu? (kena pura2 faham kalau tak dia marah T___T)
eisya: angguk2. kapete kapete bla bla bla blaaa.

ok tu aje bye! :p



Thursday, May 24, 2012

limabelas bulan!


 okay ni dok terperap kat draft. baru nak publish and tempek gambarrrr!




mommy say: nama saya eisya! cakap! eisya say: sya! :p


selamat 15 bulan nak.

we ols baru balik dari percutian pendek. eceh percutian ke? sebenarnya kawan papa eisya punya wedding kat kemaman. so lepas tu we ols lepak kat kuantan. kat swiss garden. okay la jugak, kejap aje pon stay.



 eisya excited. pish pish!


 masuk bilik je terus busy!
 

 i buat pasta sauce, and lasagna. bekukan. then bawak dalam cooler and bawak cooker. bawak jugak begedil. begedil paling senang buat bekal, cha pon suka.

ni masa papa jadi bibik. jaga cha, mommy masak. 

eisya 15 bulan ni macam2 perangailah. kadang2 menguji jugak kesabaran mommy. especially bila dia jerit2, pastu nak jugak buat menda yang kita tak bagi. bila kita panggil dia eisyaaaaaaaaa!!!! pastu dia jegilkan mata dia and tunjuk jari telunjuk tu kat kita, muka garang. wah wahhhh!!! nak kena ni.

T___T

eisya ni kan penggeli abis. tak boleh kotor sikit tangan or kaki terpijak apa2 ke, dia sure suruh basuh. eti eti (dirty). kadang dia gak makan sepah pastu dia terpijak mesti dia panic dah.

kalau main kat luar, terjatuh, tangan terkena tanah ke rumput ke, sure dia cek tangan dia. kalau tak ada air masa tu, i sapu2 tiup cakap okay dah tak dirty dah! baru dia ok. tu pon macam tak puas hati je haha.



me loves pool!

me hates sandy beach! dirty! yeyek!

paling tak boleh blah kelmarin ah masa kat cherating tu! lepas mandi pool, pergi beach dia excited je nampak laut. tapi bila aje letak dia kat pasir, dia da nangis. masa tu barefoot dengan dia pakai swim suit haha. we both pegang tangan dia suruh gak dia jalan. muka stress gila ok. pastu we duduk main pasir korek2, cer teka cha dok mana. ye tepat sekali dok atas riba mommy sambil peluk mommy ketat2 dan buat muka tak faham kenapa kita orang main pasir. yeyek! eti! tapi i tak kira, i lumur2 badan dia dengan pasir. ahha pastu dia nangis. apa daaaa cha. mommy masa kecik kalau datang pantai tanak balik tau. sampai itam macam bangla terus.

cockroach (yosh) and lizard (ized) dia pon takut. kalau dia melasak, cakap je eiii ada cockroach!! dengan pantas dia lari. haha. tak yah lipas cicak, semut and nyamuk pon dia takut.

eii stress pulak cha ni semua pon nak takut hahaha.

cha copy cat sekarang. so tv tu kena hati2 lah. cepat je dia tiru. kalau tengok Hi 5 tu bukan main lagi dia melopong tengok sambil menari2 clap2. hehe. kalau dengar lagu 1 Malaysia pon kemain lagi menari. patriotik anak aku kan. okaylatu balance. dengar zikir or azan pon layan macam biasa hehe.
feeding elmo kungkung

cha sekarang sayang sangat dengan cat dia. peluk2 cium. kadang dia tepuk2 cat cakap sssh ssshh sshh. konon nak dodoi la kan. tapi kalau kita pura2 nangis pon dia tepuk2 kita cakap sshh shhh.

pastu bagi kungkung kat cat. kadang bagi botol. kadang breastfeed! hahahaahahaahah! pastu dia gelak2 ah. adoi cha cha. pakaikan cloth diaper pon ya kat cat. hihi. cat shishi dia kata. dia memang minat sangat kat cd dia. semalam siap amik liner and lapik atas cd dia. okayla pasni cha pakai sendiri la ok? :p

sekarang gigi bawah dah nak masuk 4 batang. wuuu kadang2 dia geget i. *menangis* kadang2 dia geram dia gigit bahu kita time kita dukung. eii. tokmi pon penah kena gigit kat dada sampai berbekas! ni semua time dia gatal gusilah. nasib tak melarat gigit2 orang ni.

dah tau tunjuk body parts - rambut, hidung, gigi, pipi, perut, kaki, tangan. yang lain tengah praktis lagi hehe.

mulut pon becok tapi tatau dia cakap apa. haha. bolehlah ajar few words kat dia, mana yg boleh dia amik ujung2 tu. asik cakap nak je sekarang. kalau tanak, nanak sambil geleng2 kepala. kadang cakap toksye, ikut tokmi )sambil geleng kepala haha. dia ikut je org cakap yg hujung tu. kalau makan, mmm dap! minum kungkung pon sama, sure benti jap, mmh dap! nasik, dia panggil syik.

sekarang dia panggil i mama. time marah je kuar mommy or memi. sabar je. kalau nak susu, dia datang cuit i pelan, cakap mama pastu lentokkan kepala dia, senyum, cakap kungkung! heee cair mommy. kalau time dia garang nak susu pon ada. datang kat riba terus baringkan badan dia, cakap nada kuat - KUNGKUNG!! okayyyy T__T

tu je la nak cerita kot. kejap je dah besar kan.enjoy the rest of her piccas!

ni tengah bawak purse mommy. minat handbag, purse, wallet. kalau ada tali dia gantung kat bahu camni. hihi.

with her new ride 


panjat2 tu biasa

tempat biasa.


nak terr! (water)

Monday, May 14, 2012

lasagna for eisya

okay cha dah bosan pasta - macaroni, spageti, angel hair spageti, spiral yada yada. tapi baru tau dari ummy maryam ada san remo punya instant lasagna sheet. nak buat sendiri jangan harap ler. hihi.

maka dengan pantas mommy belikan for eisya.

eisya memang suka sangat2. licin 1 ramekin. baru buat 2kali. satu buat chicken bolognese sauce macam biasa aje. tapi tambah labu.

second time, buat 2 sauce. beef bolognese with pumpkin (grated) dan cheese sauce.

ni before bake. after bake tak amik gambar :p

nantilah experiment dengan sauce lain2 pulak. 

nak recipe? ala u ols beli aje san remo instant lasagna sheet tu. pastu kat kotak tu ada recipe. i kopipes situ aje :)

hari ni isnin. memang bosan i dah homesick. eh tetiba homesick. last weekend, rasa betul2 seronok spend time dengan eisya. she kissed me a lot until my face got all wet. everytime i look into her eyes, i thank god for this chance. alhamdulillah.

prayers for baby uzair who lost his parents in an accident and baby yang kena tibai dengan bantal oleh her dumb-arse-hole mom tu. 

gosh memang jiwa terganggu betul. 

ok bye peeps. muah muah!

Thursday, May 10, 2012

nasi tomato for baby

cha ni ada time dia tak suka nasi. suka pasta je. ada time nak finger food sokmo. now adalah masa untuk selera kampung! haha.

nasi dia suka. kalau masak lemak paling suka. ikan bakar paling suka. nasi tumis2 ni laaagiii suka.  ni i nak share recipe kegemaran cha.


so ni i tempek la resipi nasi tomato for baby.

bahan2 nasi tomato:

rempah 4 beradik (1 biji pelaga, 1 biji bunga cengkih, 1 kelopak bunga lawang, sedikit kayu manis 1cm)
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
homemade chicken stock
homemade tomato puree
daun pandan
4 sudu beras

cara2:

panaskan sedikit minyak jagung, tumis rempah 4 beradik. tumis bawang. lepas bawang layu, masukkan stok ayam, tomato puree dan beras. masukkan air dan daun pandan.

selalu i bagi makan dengan sup sayur dan ayam masak tomato.

ayam masak tomato:

balut isi ayam dengan serbuk kunyit. goreng dengan minyak yang sedikit. 
angkat, ketepikan. 

bahan2 untuk sauce ayam 

2 ulas bawangmerah
1 ulang bawang putih
homemade tomato puree
puree kurma (atau sebiji kurma)
*kalau nak tambah apa2 sayur pon boleh. sometimes i tambah peas, carrot. 

cara2:

tumis bawang dan masukkan puree tomato dan kurma. tambah air untuk kadar kepekatan yang dimahukan. dan masukkan ayam goreng tadi. dah siap.

senang je kan? eisya kalau makan ni sambil clap2 pastu cakap yes yes sambil tersembur nasi kena tangan pastu nangis suruh basuh tangan sebab geli. T___T

okay tu basic untuk nasi tumis2. buat aje nasi jagung ke (guna puree jagung), nasi daging ke (guna stock daging), nasi ayam( guna stock ayam) dan lain2.

kalau nak masak untuk kita, campur susu cair sket. setappp. 


okay mommies, happy cooking!

Thursday, May 3, 2012

menggelusur ke mengengsot?






i smiled everytime i look at this picture. i remember i laughed so hard until i had my eyes on tears n perut cramp sebab gelak gila.

after we had breakfast kat mamak on the labour day tu, we head to the playground. eisya excitedlah of course.

then i paksa papa eisya masuk slide yang terowong ni with eisya. he had difficulties to put himself in sebab kaki panjang. okay pastu bila dah masuk pun, i tunggu kat end of slide ni sambil gelak gilababs sebab bunyi degung degung throughout the slide.

he was suppose to slide, bukan mengengsot hahaah! tula kaki panjang sangat!

adoi. oklah tu aje nak cerita.

babai!