mata duitan

Monday, August 24, 2009

ramadhan

alhamdulillah tahun ini dapat lagi kita menikmati ramadhan. ada banyak azam ramadhan tahun ni. tapi biarlah rahsia. haha mengada.

puasa terakhir aku sebagai anak dara. bangun sahur pun lambat. minum air kosong dan kurma aja. tapi kalau kat rumah family bagun awal sikit tolong2 apa yang patut. tapi tak seawal ummy. dan still tak lalu nak makan nasi pagi2 buta.

aaa macam mana dah kawin nanti??? mampu ke aku bangun pagi2 buta prepare sahur. pastu masak ikut kegemaran semua orang. pergh!

ummy hebat gila. kagum. aku tak tahu aku boleh jadi macam dia ke tak. mesti korang pun impress gila dengan kehebatan multitasking mak2 korang kan. huhu

sabtu lepas, hari pertama puasa dah seronok sebab semua ahli keluarga dapat buka bersama. iwan balik rumah after 3 bulan asyik kerja tak balik2 rumah. alan balik dari matrix college. maka kalau nak diet pun terpaksa lupakan sebab bukan selalu dapat buka sama2 ramai. (alasan nak makan banyak)

ada orang tu bawa aku keluar siang tu. balik tu dia tumpang solat kat rumah. ummy abah ajak buka kat rumah dah siap bagi tahu ada menu gulai ketam, ayam bakar, kerabu mangga, ikan bakar, sambal belacan, sayur goreng. boleh pulak dia tak dengar leka bermain dengan Jebon. lepas tu menolak untuk buka di rumah. alasan nak basuh baju. haaa apa itu?? dah balik rumah baru lah menyesal nak patah balik sebab baru tau ada ayam bakar special. haaa rasakan. haha!

oklah selamat berpuasa korang. bulan puasa ni macam sale lah. banyak yang kita mesti grab untuk kat sana nanti. :)

ok jap. ada orang tanya amacam juvanex. pada pendapat aku ia berkesan menyingkirkan toxin. kerana muka aku nampak lebih radiant bila bangun pagi tanpa mekap semua. tapi aku confuse ni cahaya keimanan sempena ramadhan ke atau sebab toxin dah tak ada? TAK BAIK TIPU BULAN PUASA LAHHHH! jangan percaya. hahah! ok2 aku beritahu apa kesannya ok:

  • masa detox tu yela frequent kench sume2. kulit macam gelupas (mild). sakit kepala on 2nd day bla bla.
  • after detox, kulit aku masih kering macam ada yg gelupas2. patut aku kena berus2 tu time kering. tapi aku berus time basah bersama scrub. adakah tidak bagus? aku dah pun pegi sauna dan stim after gym ari tu. kenapa tidak hilang lagi?
  • aku lupa lah nak timbang berat. lagipon ni detox bukan slimming program sebab tu aku tak bother.
  • aku manusia berak hari2. maka sama jelah. tapi kadang2 2 kali sehari selepas detox ni. mungkin petanda baik!
  • kesimpulannya aku ok aja. tak dela rasa macam wahh hebat gila juvanex magic. tak. tapi aku rasa semua orang patut detox. tak kira cara apa pon. Juvanex ni cara senang. ok?
stay healthy people dan selamat beribadah kepada semua muslimin muslimat. dan kalau aku ada apa2 salah, harap maafin donk!

7 comments:

aAaA said...

menyesalnye x buka uma hny...xpe2 nt 3rd week of pose b dtg k..lalala..(x malu kn, org x jemput pun lg)

ederq said...

elehhh tula padah orang pemalu tak bertempat. haha! ummy ckp nanti b kena dtg bakar sendiri ayam. taknak microwave. haha

aAaA said...

dun worry dear...b tlg bkr sume ayam k, hepi 2 be part of ur family..luv u dear

ederq said...

wow! rili? kalau camtu tlg watkan begedil dgn air bandung soda sekali boleh???? hihi b pandai kannnn

Anonymous said...

hahaha..arep,dah jgn malu2..org suh makan,makan je laaa..ishh,rugi2

Ms. Omey said...

derq..tolong jempot aku buka kat umah ko jugak..haha..

ederq said...

lea: kannn. nak basuh baju kononn. padahal anta dobi jugak.

omey: haha! sila2. mari2.