mata duitan

Tuesday, August 18, 2009

tak sukanya

YM conversation between me and ariff ariza abd aziz.

me: b, this friday after abes detox ni, hny nak makan mcD. tak kira!

him: makanlah. beli detox mahal2. pastu nak tambah toxin dengan rm10.
me: :(( yelahhhh tak nak makannnnn
him: makan lah. b ok je
me: tak pelah
him: kita pegi ok
me: tak nak!
him: jomla yang. ok apa bagi toxin kat badan lagi.
me: PERLI KE APAAAA
him: hehe tau ponnnnn

fine. saya sudah lama tidak makan mcD. serious lama. berbulan2. (kot) sebab bila nak makan fast food, pergi kepada KFC. sebab ada fiery crunch tu.

maka rindu mcD macam rindu anak yang sudah 10 tahun tak pulang ke kampung halaman. serious tak tipu.

dah lah detox ni saya mengawal pemakanan saya dengan makan sedikit. dan banyak sayur dan buah sahaja. seksa tahu makan sup sayur sahaja bila orang lain makan enak2. bila lapar telan air kosong dan buah sahaja. seksa tahu?

tapi semalam saya rasa sedikit choc cake olynn. sikit je ponnnnnn!

macam mana nak kurus ni. ini pun dah macam kebulur. bukan diet pon. detox je baru. mengada!

petang ni olynn ajak pergi gym pulak. kalau pingsan cana? siapa nak angkat. harap2 ada jejaka kacak yang sudi angkat saya.

dan jika anda mahu tahu perubahan saya selepas 4 hari berJuvanex adalah seperti di bawah:

  • hari 1 - saya kencing banyak. tak berak pun sebab tak ada tahi dalam usus kot. mengantuk.
  • hari 2 - berak 3 kali (tapi jenis yang normal). kench banyak gila. sakit kepala.
  • hari 3 - berak sekali. kench banyak. pening2 lalat.
  • hari 4- tadi berak sekali. tak pening2 dah. cuma pening nak makan mcD je.
eii keji siot entry mcD pastu cerita pasal tahi. eiiii yuckkk! dah pegi baca blog lain!

nota: jangan percaya perempuan ni dalam entry ni. banyak exagerate supaya dikasihani oleh encik kekasih lalu beri makan mcD. eh tak tak. okay fine tak makan mcD. okay? tak makan. okay tak makannnnnnlahhhh!!!!!

ok bye. banyak kerja dan laparrrrrrrrr. eh dah lunch hour! yay!

9 comments:

aAaA said...

hi ms ida...

i would be the one referred as him in the conversation above...

kte tgk brape org yg agree if hny pg mkn mcD, if sume response ok...then ok la tp....tgk la cne nt eh =)

Anonymous said...

x payah kesian kot, x worth pun mcD tue

Anonymous said...

ala ederq, relax r...xde pape pun mcD 2

ederq said...

aAaA: kan i dah cakap tak makan. okay? happy? okay? tak makan okay. tsk.

anonymous: fine. okay saya tidak makan.

Ms. Omey said...

dear, sorry, i have to agree with arif. Jangan makan mcd. Pegi amik buah2 ngan sayur2 jek :)

ederq said...

omey: okayyyyy tsk tsk tsk

eh by the way i mention already i tak makan laaaaa. i mean for now lah. nanti posa, nak buka posa dgn mcd. tak kiraaaaaaa. hahaha

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

ehhh..mkn la mc'D..sedapppp..hahaha..puasa da dekat...maka dgn itu, makan la selagi berdaya...hehehe.. ^_^

Anonymous said...

Dik...
Focus on your goal...Slim during your Big Day, ok dear.Hope u success...Chaiyokk!!!

~Mummy Izzah~

ederq said...

pg: hihi. takpe kak ederq mkn time buka aje. tsk
kak aisa: yezzaaa!!!!!! caiyok!!! hihi. tq kak aisa. xoxoxo