kalau nak raya je mestilah ada kes putus kaki tangan. apa lah korang ni. main macam manalah sampai putus2? ish ish.
jangan main mercun adik adik. bahaya tauuuu.
ecececehhhhhh.
bahaya konon. apa kau sudah lupa diri akan tingkah laku kau pada suatu ketika dulu? mujur tak kena buang kolej je okay! hihih
nak tau tak kisah mercun dalam kehidupan aku? hehe sengal pergi tanya orang nak tau ke tak ke padahal aku memang nak tulis jugak punnnn.
dari kecil mercun bunga api di hari hari raya adalah teman akrab. jiran2 nenek saya mesti tak suka kita orang balik. kalau cucu moksu limah balik je bergegar kampung okay. ingat lagi siap main perang2 dengan budak2 kampung. perang okay, stok yang baling mercun kat pihak lawan pastu lari. serious kebabom kebabom sampai ada pakcik datang rumah cakap
kalau orang tua sakit jantung, mati cane? baby nak tido cane? dahla balik setahun sekali mahu buat onar di kampung orang.malu je nenek kita orang dapat cucu cucu hyperactive!
ish perang tu memang real okay. aku pun galak dok baling2. memang tak tau takut. budak bandar vs budak kampung. hehehe
pastu my sepupu abe mat. dia memang expert bab modify mercun. haha. macam2 idea. malas nak list kang korang contohi. bahaya okay. haha
lepas tu tibalah zaman UM kat first college. masa raya aku bawak balik stok mercun. hellooooo! apa mercun bawang? tak main okayyyyy. ni mercun telur, bola, ketupat. memang kuat gila ok. gegak gempita wa cakap lu.
okay lah tak adalah sampai meriam buluh ke apa. tapi kalau ada yang mengajar masa tu. mesti gwa on bebbbb.
mula2 main baling kat padang. tapi macam tak besh. so malam tu dalam pas isya kot. aku baling dari tingkap bilik aku, tingkat 2. dengan budak2 ni la. semua penkecut. tahu suruh aku baling pastu tutup telinga pastu gelak2. baiklah aku yang bawak, akulah yang bertanggungjawab baling okay. tak guna korang.
first few nights baling sekali dua okay lagi. dengarlah bising2
woiiiiiii woiiii diammmmmnext few nights, baling sekali dua kali, kena maki. dari blok depan. memang kena maki wa cakap lu. tapi kiteorang ni gila. gelak2 lagi.
pastu kali ke berapa aku baling, tiba2 ada orang blok depan kata.
haaaa bilik tu bilik tuuuu!! cepat tangkappppp!
apa???? tangkappppp??? damn it! dorang dah nampak. lepas tu kita orang intai dekat cermin, ada gang tuduh labuh bergegas turun tangga dari blok depan ramai2 tunjuk2 bilik kita orang. kau bayangkan sekarang geng tudung labuh ramai2 datang nak serang kita orang. dengan sorakan dan sokongan penduduk kolej lain.
bilik tu kak ayu bilik tuuuuuu! hantar polissss!O OHHHHH
aku cakap,
weh kantoi wehh. kak ayu datang. mampus aku.
dahla dia kakak usrah aku! (apa kau ingat aku jahat2 tak pergi surau ke? aku pergila jarang2. lepas tu kakak tu rembat aku suruh dengar usrah. mungkin sebab aku muka comel dan innocent. hihihi. grrr aku pun dengar lah sebab aku pun banyak dosa kat kolej so nak suruh insaf aku join usrah. lagi pon kakak ni memang baik betul tak sampai hati aku. muka macam siti you all! tapi aku rasa aku banyak skip usrah sampai orang datang cari kat bilik. hohhhhh! macam2 alasan aku bagi. ish ish teruknya)
masa ni ada Bella yang berkain batik, ida, zurak, nabil, syikin ada ke tak entah. mas ada ke? aku tak ingat. tapi yang aku paling ingat nak mati semua penkecut nak menyorok dalam almari. ida dah masuk almari nabil. bella sampai terlucut kain batik. nabil dan lain2 da muka cuak. siap tanya
weh betul ke dorang nak anta kita kat balai? kan mercun salah di sisi undang2. damn korang niiiiiiii. aku terus cakap
ahhh tak adanya. paling2 pon botu panggil kita. atau kena buang kolej. aku je la yang macam okaylah finelah. dorang dah tau bilik aku pun. so no point aku nak lari.
pastu aku dengar lah kecoh kat floor aku.
mana? mana bilik main mercun tuuu? tak padan dengan perempuan!!!aku dengan machonya bukak pintu,
ya kak. bilik saya lah tu. saya la yang baling tu kakkk. kenapa kakk.
kak ayu tengok aku?
hah ederq? awak ke??? kenapa ni ederq? kenapa baling2 mercun. ada budak india semput kat blok depan tu dah nangis2. terkejut. dia ada asthma. kang kalau dia masuk hospital ke apa ke cane? kalau dia mati cane? mana lagi kawan2 awak??
aku pun berkata,
errr. tu mercun saya. saya yang baling. dorang tengok je. mmmh budak india tu asthma ke sakit jantung kak?
boleh tak aku tak puas hati kenapa asthma boleh terkujat pulak.
kak ayu:
tak kira lah apa pun yang penting budak tu dah semput sekarang. ederq:
sorry kak. kitaorang nak main2 je. nanti ederq main jauh2. kak ayu:
mana lagi mercun? ederq:
dah habis bakar. tu nak habiskan je. (tipuuuuuuuuuuuuuuu)kak ayu:
dah okay jangan main lagi. nanti kalau kena panggil ke apa akak cakap. ederq:
sorry kak. kawan2 aku yang lain semua dia ketakutan. haha sengal korang!
lepas tu yang kelakar, kak ayu patah balik datang peluk aku. aku lupa lah dia cakap apa. macam nak gunakan cara berhikmah nak suruh aku insaf. ish tiba2 aku rasa macam lahh aku ni jahat sangatttt. hehehe. aku bukan buat maksiat pun kak. relax2 aje okehh.
lepas je kak ayu and the gang keluar, aku and the gang gelak2. sengal.
bodoh koranggggg pengecut semua orangggg! sekarang baru kau berani gelak!
lepas tu dengarlah suara2 sumbang dari blok depan,
padan muka woh padan mukaaaaa.
damn it! aku pergi sumbat mercun kat mulut kau nak takk. aku rasa ida kot pergi kat tingkap cakap,
woh takut nya takutnyaaaaaaaaaaa. pastu ada yang sambung
diam ahhhh. hahaha.
lepas tu kitaorang sambung gelak sebab tadi tu bella terlucut kain. nampak spender merah. hahahahah! silat je belt hijau tapi kena gertak sikit nak lari masuk almariiii! memang sengal okay korang.
yang aku sah2 lah insaf tak nak pergi usrah. kang tak pasal2 aku jadi point. haha aku rasa sepanjang tu pun berapa kali je aku pergi pun. 2? 3?
ish terukkkk
lepas tu stok mercun kita orang abeskan kat tempat parking bus UM. haha tak ada siapa nak marah.
lepas tu esok2 kecohlah.
ehhh kau tau ke siapa yang main mercun semalam? gila ah dorang ni. tak fikir ke orang nak study ke apa ke? dahla perempuan. lelaki pun tak main.
dengar tak semalam kecoh2 mercun? siapa hah? ada budak semput.
dan sebagainyalah.
bila aku cakap.
ohh kita orglah lah. semua macam.
hah kau orang ke. jahat! kau tau takk kau baling betul2 depan bilik akuuu. aku tengah study! aku siap hempuk buku2 tu. sebab tension, ni hazel cakap.
hah? eiii korang niiiitapi aku lupalah. adakah kes ini yang buatkan aku and the gang kena panggil dengan ajk kolej. sebab kita orang banyak kes. kes bisinglah apalah. budak2 dental n medic cina ngadu cakap bilik kitaorg bising. siap tampal notis kat notice board.
lukis gambar mulut and number bilik kita orang. how dare youuuu. kenapa nak lukis gambar mulut tu kita orang tak dapat nak terima. haha
yang kau budak dental medic nak dok first wat apa? pergilah dok sixth. sah2 aman damai. ni budak engin, account, archi tak apa bising2. korang tuuuuu.
hehehe. sungguhlah tak matang masa tu!
yang aku ingat ida reply balik kat notice board fire balik. serious tak insaf. pastu ada siapa tah suruh stop balas2 notice.
tapi aku ingatlah memang kena panggil dengan Botu (tak tau nama sebenar mamat ni) and ajk kolej lain. kena warning bla bla bla.
tak takut pon. keluar tu gelak2 lagi ada.
patutlah kat kolej tu tak ada pun orang nak minat kat aku. kecuali
abang hensem. hensem sangat2. nanti aku blog pasal
abang hensem. hahahahahaha gelinya peruttttttttttt
eh tapi luar kolej ada je yang minatttt. ececehhh. tu pun sebab tak tahu perangai sebenar! haha
masa ni belum bercanda mesra lagi dengan abang ariffku. hehe
yang aku ingat, kalau pasal abang hensem ni, ida ngan zurak boleh pecah perut ketawa terduduk dekat tangga nangis2 sampai kita orang kena papah pergi masuk bilik. serious aku tak faham kenapa aku kawan dengan orang2 macam ni. ahahaha
tu baru sikit kat kolej. kat sekolah? masa kat uda dulu? ishhh. macam2 sangat.
tapi aku nakal2 pun baik hati okay. tak ada kes gatal2 dengan mamat ke. apa ke. ececehh. aku pun tak fahamlah kenapa jadi macam tu. seronok sangat buat nakal.
err tak ada lah jahat sangat kot. nakal sikit je.
tapi kan, lepas aku dah berubah jadi mellow and ayu sikit. (ayu sangattttttt) kalau balik kampung, nak main mercun jadi pentakut. tutup telinga beriya. pastu marah2 adik2 and cousins aku bising2 kebabommmm.
apa sudah jadilah dengan kuu. hahahah
tahun ni aku rasa aku tak nak jugak dengar mercun kuat2. takut baby terkejut kat dalam perut ni. hehe
haaaaa sekarang baru kau nak kira terkejut kauuu. duluuuuuuu?
sebenarnya encik suami pun memang tak bagi dah main. elellele macamlahhh dia dulu2 tak main kan. lagi dahsyat ada kan. b kan, kan b kannnnn?
hehehhe.
kepada mereka yang pernah menjadi mangsa bahan letupan ederq and the gang, harap diampunkan salah silap.
peace!
note: entry ni dah draft lama baru nak publish. nak cerita pagi tadi kan B kan dia kiss and cakap2 kat perut i tak tau apa dia bebel kat baby before dia pergi kerja. sekali lepas je dia tutup pintu, i terus pergi muntah and terus pening and terus datang kerja lambat gila.
B cakap apa dekat baby????