mata duitan

Tuesday, September 28, 2010

Ederq in Magika

pada hari sabtu yang lepas, saya telah pergi berdua2an dengan encik suami saya untuk menonton wayang. oleh kerana semasa saya alahan teruk, banyak wayang yang best2 sudah terlepas tontonan.

disebabkan kami begitu terdesak, kami telah memaksa diri menonton magika!



semestinya pada mulanya macam, ah cerita melayu. usah mentaruh harapan yang terlalu tinggi.

tatapi, kedua kami adalah terhibur. walaupun ada banyakkkk lagi perkara yang kita akan tanya kenapa dia tak garap (eceh garap) lebih lagi, tatapi satu percubaan yang baik lah aku ingat.

dari segi originality, bad. sebab ada unsur alice in wonderland, narnia (pokok) dan harry porter (speaking letters with video in it).

tak kisah. yang penting aku keluar dari wayang dan tidak rasa wang suami dibazirkan. baby dalam perut pun sepanjang tengok tu, asyik lah gerak2. ke sebab bising? :p

yang paling tak tahan, apesal semalammm, aku pergi mimpi aku kat umah nenek. lepas tu aku masuk satu pagar yang membawa ke kebun. tak silap aku, aku dengan adik ipar aku, Aira. lepas tu sama2 sesat dan jumpa macam2 jenis orang dan alien. dah macam harry porter pun ada. ada ala2 Snape kejar aku.

dan penat okay aku dan aira lari nak masuk balik alam nyata. dah lepas dapat cari jalan balik ke alam nyata, aira pulak tak nak balik. dah jadi satu hal aku kena masuk balik dan cari dia. lepas tu, bila dah susah payah dapat keluar....

ada 3 orang datang ikut kembali ke alam nyata nak heret kita orang. suruh balik sana. siap tak nak lepas tangan.

tapi tak tahulah macam mana, datang orang kampung. kow tim. bagi dorang makan lemon. terus kita orang selamat. hahah merepek kan. lemon???

mungkin aku sekarang rasa sesal tak beli lemon kat giant last weekend. tolonglah.

merepek! itulah akibat tidur awal (kul 8 dah tidur!) tak tunggu isya' kul 530am baru nak solat isya', suami kejut solat awal pun tak terbangun.

okay adik2 lain kali, solat, wudhu sebelum tidur ya. mengucap, baca doa tidur dan al fatihah, 3 qul, ayat kursi!

tak adalah mimpi karut marut. letih lari2. haha

No comments: