mata duitan

Monday, September 20, 2010

raya is over!

yess over lah pada aku sebab dah kerja ni haaaa. lemau gila!

hi korang. how was raya? ada sudah naik kilo2? hihi.

mine was so-so. hari raya adalah lebih best zaman2 kecil di mana nenek2 masih ada. di mana semua orang ada di rumah beraya sama2. dan dapat duit raya secara banyak. haha

tapi this year pun okay. ada suami. ada baby dalam perut. dapat raya dengan 2 family clan. alhamdulillah.

yang kelakar mintak ampun maaf dengan B secara betul2 adalah masa i tak siap pakai baju lagi. hahahahaha!

yang time 1 family salam2 bagi duet raya pun salam cium peluk2 lagi tetapi less words. tahan2 sebak2 lepas salam dengan orang lain. huhuh

dan yang paling besh kan adalah, saya sudah tidak muntah lagi. ya allah syukurnyaaa. 17 weeks je terus stop muntah. mual tu kadang2 ada lah. tapi makan dah selera you! tiada lagi azab makan sesudu dan tahan muntah lepas makan tapi tak berjaya dan muntah akhirnya. dan insiden muntah di khalayak. dan suami terpaksa layan muntahan isteri di rumah, lari sembunyi dalam bilik bila bau tumis2 dan sebagainya.

it was like magic! it just gone! maybe udara kampung sungguh enak. dan makan pula beramai2. dapat pulak daging kerbau muda, ummy masak gulai kawah. lepas tu toksu bagi itik serati. ha kau makan lah.

raya eve, boleh masuk dapur tolong2 secara giat. tumis2 tu boleh tolerate, still busuk tapi bertahan. nak BBQ on 2nd raya tu pun bukan main gigih marinate kambing sungguh bertenaga buat kerja. (setap pulak tu!)

makan raya pun selera bukan main. B pun terkejut tengok i dah selera makan. tak adalah dia risau lagi.

maybe i yang kena risau, takut demuts. hihi.

masa berat turun, try seluar S pun longgar. semalam i try, sudah nicely fit. hihih. amboi amboi nak turun punya susah nak naik sekelip mata je ya! haha tak apalahhhh asalkan baby happy inside.


lapan belas minggu

memang baby happy kot inside. siang2 asyikkkkk rasa movement dia. toink toinkkk. kadang2 mengeras. especially lepas mummy daddy bersenam ria uhuk uhuk. bukan main pantas heartbeat dia dan terus mengeras. haha

actually dari minggu lepas nak update tapi macam malas gila nak type. banyak nak cerita. nanti2 lah.

gambar raya ada kat cousin. i tak jumpa my camera charger. sengal betul. tapi malas pun nak amek gambar raya secara beriya sebab i pakai baju kurung pahang nampak gemuk sebab cik lah purposely jahit besar prepare untuk pakai masa dah memboyot. huhuhu.

as for my hubby, dia tak pernah raya kat kampung. so it was totally new for him. sungguh jakun dapat mandi air telaga, heret lembu, masuk kebun, kopek kelapa and what not lah. makan pun bukan main selera lagi dia kat kampung. haha. siap dah pandai makan budu campur tempoyak dengan ulam2. sampai kentut busuk gila tak terlawan i. ya allah busuk gila! seksa hakuuu!

raya kat JB ramai yang dah tak ada sebenarnya masa kita orang balik. so kemeriahan tu tak adalah sangat.

tapi overall i enjoyed raya sebab dapat makan secara normal kembali!

ummy and abah confirm akan berangkat ke mekah on 9/10/2010. alhamdulillah. happy for them. tapi ada jugak rasa macam oh nanti ummy abah tak ada macam manalah. dah la hubby akan start out station balik. jebon dah tak ada nak teman. just me and baby dalam perut. huhu.

doakan semua lancar for them okay! semoga both ummy and abah mendapat haji yang mabrur. aminnn.

okaylah nanti2la sambung lagi pasal menda lain yang banyakkk sangat nak cerita tu.

bye! wassalam!

3 comments:

umang said...

suka bc blog kak...selamat hari raya..belom terlambat lg kan..hihih..n also selamat berkerja..oh ya..abg arif my senior kat UMT!:)

umang said...

suka bc blog kak...selamat hari raya..belom terlambat lg kan..hihih..n also selamat berkerja..oh ya..abg arif my senior kat UMT!:)

ederq said...

uamng: selamat hari raya :)
oh ye keee. hehehe. thanks for reading ;)