mata duitan

Friday, December 31, 2010

two thousand eleven

wow 2011 is coming. my 2010 is somewhat good. there were ups and down. joy and tears.

it was totally a new life when i begin 2010 as a wife and then becoming pregnant in the middle of the year. i am blessed. alhamdulillah.

well i've wrote a little bit of what happened throughout the year on our first anniversary entry. oh if i want to add on something that would be my career. not happy. am hoping for the better for 2011, aminnnn.

but, my July was pretty cursed. i was supposed to be happy that month. it was our anniversary and birthday. i was happy until 31/7. it was the date that i will never ever forget in my life. yes, i'm being harsh to myself for not letting myself forget that dreadful thing.

it has been haunting me to the worst stage ever for months. and till now, i still remember it like everyday. i have to be thankful for the loved ones around me who has been supportive and loving me like always. i dont need to mention their names. you know who you are. and thank you so much!

and the first and foremost reason that i'm still where i am now, is this baby that i'm carrying, heavily.

few friends told me, ida apa2 pun ingat baby. ida, orang mengandung selalu diuji. kalau kau kuat, baby lagi kuat.

gosh! if it is not for her, i would be somewhat crazy and numb and careless and ahh i do not want to imagine it. i cant even believe myself for being like so weak and vulnerable. and yes i blame the hormones sometimes.

i'm just praying that it will never happen again to anybody in this world. ever. and to forget? never. to forgive? no. not yet. maybe never too.

enough about that.

important thing is i end my 2010 with happiness. i'm just relaxing at home today with people i love the most. and excited for the upcoming baby in next 2 months. wow! i still cant believe it!

2011, welcome aboard! it will be another new stage for me. like a hugggeeeeeee step to move. i'm going to be a mommy! hope to be a good one!

and i do not to brag about my resolution here. just hoping for the best, enough said.

and for my love, i hope to be a better and better wife for him. i will always love him forever and ever. praying that he will be the best husband and daddy and lead our family to the right path, aminn.

family, i love all of them to bits.

friends, thank you. you guys are superstars!

and my readers. oh thank YOU! for you know reading my crap. hope i wont bore you too much! if i do, you would not be reading this till this far, would you? :p

life is so short. please dont waste our time hurting other people. all we want is happiness!

and wishing you all a livelier and happier 2011! god bless us all!

love,
ederq@ieda
31122010 @ 2310

Thursday, December 30, 2010

Yahoo!

Congratulations to the boys! Safee and Fahmi are awesomeeeee!

Friday is cuti, yahooooooo!

I can't sleep well at night. Back pain like ALL the time! perhaps i need a pregnancy pillow. huhu!



Wednesday, December 29, 2010

tudung

i read fadd's entry and made me want to write this.

i like the way she thinks on this issue. :)

yes we have heard a lot, pakai tudung tak semestinya baik, tak pakai tak semestinya jahat. and vice versa.

for me, do not judge a book by its cover.

i have seen and have a lot of girlfriends and sanak saudara yang tak pakai tudung tapi perangai molek2.

dan kalau nak meluas sikit, orang non muslim tapi perangai lagi baik dari kita yang muslim ni. pun ramai.

and also, i have seen orang pakai tudung yang baikkkk sebab dia memang alim dan menjaga tingkah laku dia as a muslimah. ini i paling respect.

and i jauh lagi nak jadi macam ni. pakai tudung pun, lengan tak tutup betul2, socks tak pakai. masa swim tak pakai muslimah suit. pakai baju singkat2 tak tutup buntot. pakai tudung tak tutup dada. ala macam2 la kan.

i also have seen and experienced orang yang pakai tudung besar2, nampak alim tapi perangaiiiiiiiiiiiiiiiiii! hohhhh!

yang siap kata al quran sunnah jadi pegangan, syurga jadi idaman, yang orang tengok ala isteri solehah, perempuan baik2. tetapiiiiiiiiiiiiii huhhh! hanya tuhan tahu. eh terasa tak kau? hih

so, the way u look is not really picturing of who you are. god knows u better. pakai ke tak, it is your choice.

cumanya, as a muslim, tutup aurat tu wajib. bila kita dah decide nak tutup, kita dah ambil satu langkah untuk dengar cakap tuhan. yang lain2 yang kita semua sepatutnya jadi - baik dan ikhlas beribadah tu pandai2 lah nak top up sendiri kan. dan tujuan pakai tu kenapa? kawan pakai? fashion? suami suruh? atau memang sebab tuhan suruh.

dan kalau tak nak pakai kenapa? tu semua diri sendiri kena jawablah.

me, being in MNC company ni, memang selalu je kena tanya why you are covering your head? why you cant eat pork? why you cant drink? XXX is muslim and why she's not covering her head like you?

even masa pergi Vietnam lagilah kelakar. pekerja kat site situ siap pegang2 tudung i gelak2.

ala banyaklah lagi debate pasal mat mat saleh tanya pasal menda ni. malas nak tulis.

dan persepsi orang2 non muslim ni, bila pakai tudung kita religious, conservative. bila tak, kita open minded, modern bla bla. itu persepsi dorang.

i rasa we all should stop pointing things like, baik tak payah pakai tudung kalau itu ini. or i tak pakai tudung tapi i baik je.

nak pakai, pakai. tak nak, it is your choice. semua dah besar dan ada pilihan sendiri. tak payah lah buang masa nak judge orang. because kita pun bukan perfect mana.

macam myself, betul2 start pakai tudung adalah lepas sekolah kot. before tu kadang pakai kadang tak.

itu pun sampai sekarang, kalau sidai kain ke, duk kat depan rumah ke, orang datang rumah ke, kadang2 tak pakai. keluar malam2 dalam kereta je kadang2 tak pakai. huhu

bila dah kahwin ni, at least bila orang datang rumah, B suruh pakai. ada one time, i tak pakai lepas tu B kata, eh apesal tak pakai tudung?

i terus naik atas amik tudung. lepas tu tetamu dah gelak kan i. eh kenapa tiba2 pakai? T__T

and dulu before couple i pernah tanya B. kenapa dia pilih i as his girlfriend. sebab selalu kalau lepak dengan kawan2 dia. semua bawak awek yang free hair, sexy2. so i macam ada sedikit rendah diri sebab tak lawa and stylo macam dorang.

i reserve his explanation for myself only lah. :)

entahlah ini semua terpulanglah kan. tuhan itu lebih mengetahui. pada i, solat 5 waktu tu adalah yang paling terpenting. bila kita jaga solat, insya allah perkara lain pun terjaga.

lambat2kan solat tu bukan jaga solat. mmmh masih lemah. selalu jugak lambat.

dan tak payah nak ngaku muslim kalau solat tak buat. sedih sangat tengok orang2 macam ni. i mean it. sedih.

yang penting kita sentiasa berusaha untuk tingkatkan diri. itu yang penting. okay jangan marah kalau i tersalah kata. kalau salah sila tunjuk ajar. :)

bye!

eh jap. nak komen iklas. legging tu legging. bukan pants. please lah.

Monday, December 27, 2010

sunyi nya sekarang ini

hmmphhh office saya ni memanglah selalu kesunyian kalau year end. dan kalau CNY. disebabkan perempuan ini tidak ada cuti lagi, maka terperangkaplah di sini. huhu kan best kalau dapat cuti!

teringat lagi masa first month kerja kat sini. semua orang cuti sampai tinggal 3 orang je kat office. lepas tu tinggal sorang sebab lagi 2 orang ada hal kat luar. haha sungguh menseronokkan. berkuasa. haha. ada satu time sampai boleh main badminton dalam office. haha!

ngantuknya pagi2 isnin ni. semalam macam tak lena tidur. boleh tak, sebab tak tidur adalah kepala otak fikir blanket baby? logik ke tak di situ? mimpi ke betul2 ke tak tahu tapi my mind macam stuck kat baby blanket baby blanket. like what the hell?

nasib tadi orang sales ajak jumpa client so tak la boring sangat kat office je. lepas tu dia singgah UM (KL campus) nak tengok result dia. huhu tiba2 rindu zaman UM. huhu.

oh anyway, last saturday jumpa the gedix. late lunch at bubba gump. lepas tu tengok movie. Gulliver's travel. so so aje cerita dia. jack black je pentarik untuk tonton. eh apesal semua orang kata cerita mak limah besh? apesal asik sold out? ish tak boleh jadi. kena tonton ni! adakah hebat ianya?

at bubba gump burp burp (kenapa saya selalu pergi bubba gump tak reti2 nak simpan space utk desserts! tolonglah! rugiii)

me at 32 weeks pregnant with Ms S and Ms J

masa keluar they keep asking me, kau ok ke kau ok ke? sebab saya ikutttt je dorang jalan. haha! okay je tapi malam tu macam ngantuk. haha! dah la janna macam takut2 nak pegang perut. apai kata eh macam nak meletup dah derq! macam2 korang tauuu.

oh ya, dah beli baby cot. beli kat babies kingdom at kota damansara. nasiblah B rajin survey, bolehlah dapat package price yang lebih murah dari tempat lain. beza rm50-70 pun counts ok!

and dresser baby. berpeluh ketiak papanya pasang drawer. sambil tengok bola. (yay! malaysia ganyang indonesia 3-0! yayyy!) dahla masa pergi ikea pergi dengan saya dan ummy je. terpaksa dia berpeluh ketiak angkat drawer tu sorang2. hehe. tapi leganya lah dah kemas sikit bilik tu barang2 baby boleh letak dalam drawer tu.

go papa go!

petang tu abah ummy bawa saya ke Jakel Shah Alam. beli cottons untuk jahit set tilam bantal kekabu baby and untuk balut2 bakul. mmh ni tok dia nak sponsor, layan jelah. hihi.barut baby pun ummy yang jahit. saya tengok nak beli online pun macam mahal. alahai comel sangat tengok barut2 tuuuu. agak2 kalau ummy jahit, jual online dengan harga lebih murah laku tak. hehehe.

okaylah. bye! kenyangnyaaaa lunch hari ni makan nasik dijual di tepi jalan setapnyaaaa. burp! alhamdulillahhhh.

Thursday, December 23, 2010

malam malam

1.b is away
2.adik2 semua chicken pox. mintak jauh.
3.da dapat 13th month salary! yay december besh!
4.baby dah 1.7kg at 31 weeks! and mummy is errr 60 kg! malas nak layannn!
5.i think i'm having PUPPP!
6.tak sabar nak jumpa gedix this saturday!
7.menyampah tu tak boleh buang.nak maafkan pun tak boleh.nak lupakan apatah lagi.pandai2lah kau jawab dengan tuhan nanti ok!

Wednesday, December 22, 2010

Baby names

hey peeps. i just got back from Lumut yesterday. this time i just gave the presentation only. as for the ship survey i asked for my other colleague to help. i dont think panjat2 kapal nak celah2 masuk manhole kapal tu sesuai untuk orang yang almost 8 months pregnant ini. hehe. last time i panjat was when i mabuk2 lagi. siap bawak limau kasturi bau2 masa tengah survey. hihi.

hoh! this time my colleagues ikut jalan lama. bumpy okay! jalan baru campur jalan lama. tonk toink! anak aku pun macam2 position dah cuba nak menselesakan diri. huhu. yang tak selesanya mummy dia. senak.

okay back to the main topic. baby name! okay i must admit i alwaysss dream of my children's names since i was in school. okay sekarang jangan cakap aku sorang je berangan korang pun kannnnn!

so i have these few names in my mind. and i dah berkenan kat satu nama ni. maksud pun ok.

B also said ok at first. tapi kan tiba2 last week dia kata,

B nak nama anak2 kita ada 2 words. both starts with A.

hah??? tak nak lahhhhhhhhhhhhhhhhh!

okay, start with A. tapi yang second name tu tak kisah. yang penting A dulu.

tak nakkkk lahhh B! boring. nanti kita limited with A names je!

no no. B nak jugak sama dengan B.

eiii does not mean adik beradik B start AA anak2 kita pun AA.

okay. i dont ask much. A for first name. you get to choose any names. but must be A. ok? A first name. second tu tak kisah.

tak nakkk. hunny dah suka nama tut tuttt. i even have called the baby with that name okay. hunny yang pregnant kan diaa. lagipun second name dah A pun tu.

A kena kat depan. B papa dia. sooo B boleh decide jugak. lagipun B bagi hunny choose names ni. cuma kena ikut A je kat depan. susah sangat ke?

susahlah. sebab tak semua nama A sedap.

tak de tak de....

okay it went on and on and on. but being isteri solehah (ke??) selepas kena lecture (memang kena marah) i terpaksa setuju. TERPAKSA. i even wanted to cry okay.

now i know how my mom felt when my dad simply change the name she chose for me when he registered my name. they were not in talking terms for weeks!

now i know how ummy felt! even till now also she never call my name. she always call me baby when i was a baby and kak long when iwan was born.

mmmh what do you think? is it wise to fix your childrens names with specific letters or styles? i personally dislike. tak suka. not for my babies. eceh babies. tapi iya lah. thinking ahead ok.

walaupun i dah terpaksa say yes for this, tapi hati tak ikhlas.

betul B hunny tak iklas tauuuu. nak buat caneeee. kesian hunny. kesian gila.

T______T

Monday, December 20, 2010

my weekend

hola!

apa khabar para pembaca sekalian. kali ini saya akan membawakan anda kisah Xmas / annual dinner untuk tempat kerja saya. kisah perkahwinan Saleha. dan kisah apa2 yang tiba2 muncul dalam benak fikiran saya.

Dinner

disaster tak disaster, kecoh tak kecoh haku pasal dinner ni. i mean pasal nak pakai apa. theme dia lounge suit and cocktail dress or traditional. hui tak ada baju okeh. perut dah besarrr ni.

B patut join tapi last minute dia kena pergi Sarawak pulak. so me went with baby aja. jap cerita pasal baju.

mula2 B kata nak belanja one nice dress kat somerset bay. shantikkkk sangat. so lepas tu saya macam okay nanti bila2 datang beli. kejap lagi busy busy tak terbeli. tibalah tinggal berapa hari lagi baru sedar diri alamak tak ada baju.

my lovely miss S xoxo, eyin dengan gigih mentolong survey. begitu juga dengan my gorgeous ummy miqael, Meeza. bagi link itu ini. bagi pendapat waht not.

dan end up yakin dengan pop look yang boleh deliver secepat mungkin. dinner on Friday. deliver on Thursday. kalau tak besh, malam tu kena pegi beli ah.

tiba2 dah sampai dress itu, rasa macam tak sesuai pula untuk dinner. dahhh kena pegi beli. malas nak jauh2. maka heret my dear gym mate Mai ke The Store. nasib Meeza cakap sini adaaa dressssss! selamattt jumpa pun. beli jelaaa.

ingat ada tudung match sekali tak adaaa! dahhh ngadu kat meeza kau jual shawl lagi takkk. sekali tak juallll. sekali dia suggest pinjam neesa, adik beliau yang comel.

alahai kenapa comel sume kawan2 aku niii. semua hati mulia tauu. hihi.

maka pergi lah berjumpa Neesa petang Jumaat itu, cubit2 cium Miqael yang friendly lagi comel oh aunty suka you tau Miqael. dah dapat shawl yang sesuai.

muka tembam ada hati nak pakai shawl. lantak lahhh.

tiba2 pakai baju ini, dengan shawl ini. nampak bulattttt sangat haku. tak apalahhhh malas nak layan. hahahah!

the dinner was at Carcosa Seri Negara. Food so so aja. mari tengok gambar si bulat bersama colleagues beliau.

bulat dan Olynn

bulat with the rest of the group (and their partners)

bukan senang boss aku nak senyum amek gambar haha

hehe. kau tahan napas ya Ryan. tak aci!

malas lak nak upload yang lain2. hehe. cukuplah tu.

oh ya terima kasih kepada kawan2 saya yang tabah menlayan saya. hahaha

kisah perkahwinan Saleha

Saleha adalah kawan kepada Wanie. kenal beliau semasa main futsal bersama2. untuk perkahwinan beliau, dia (dan juga adik beliau) telah menjahit baju dengan Siti Aishah, ya yang jahit baju kahwin saya juga! dan mensewa veil and crown saya. hehe so siapa nak Siti jahit baju dan sewa barang2 saya yang boleh disewa sila sila ya. hehe.

encik suami saya masih dalam perjalanan atas udara ketika ini. maka saya hanya pergi bersama Muna dan suami baru beliau. Muna merandung 8 weeks. hehehe.

simple and sweet dress kan kan?

dua perantins

bulat, muna dan suami baru Muna dan perantin baruu

bulat, muna dan perantin baru jugak, Wanie. cantiknya Wanie bertudunggg

bulat, Muna, kawan Saleha, Wanie and Tahirah

Ahad

penat sebenarnya hari Ahad tersebut. ingat nak lepak rumah sahaja. tapi tidak baik pula kerana encik suami sudah janji dengan colleague dia nak pergi tengok baby baru dia. si abang baby, Safwan sampai bergayut kat kaki B tak bagi balik. suruh tidur situ, main dengan dia. haha!

dan Kak Wa, baru 26 hari bersalin, tapi dah siap masak2, keluar pergi pasar, dukung anak umur 1 tahun lebih, cargas you! perghhh!

terima kasih kak wa and encik farid, susah2 aja masak2 semuaaa. :)

sebelum pergi ke rumah beliau, singgah beberapa kedai barangan bayi. hehe kalau dah singgah mestilah beli. tipu je selalu kata, nak tengok je! tipu okay. baby masa masuk kedai baby je kan, bukan main sukaaa dia berjoget2 dalam perut.

beli few baju and besen mandi dia. sale sale!

pasal baby cot / playpen. mula2 kan nak beli playpen. lepas tu asyik berkenan playpen yang harga dah lebih kurang sama dengan baby cot. tambah sikit da dapat baby cot.

maka mummy dia dah macam teruja nak beli baby cot instead of playpen. papa dia pula macam mmmmhhhhhh mmmhhhhh let me think macam tu.

what do you think? in terms of practicability, playpen kot. sebab senang. tapi stabil ke tak ke tak tahu. in terms of cantik, baby cot la. hehe. price wise, dah masuk2 tilam lah bedding set lah. mahal la sikit baby cot. tapi cantik. baby nak yang mana???

Baby, 31 weeks

malam2 selalu before tidur, B mesti cakap2 dengan baby. baby pulak rajin respond. dia memang suka bual2 dengan papa dia. :)

kelakar ari tu, baby tunjuk siku ke lutut dia entah. tapi macam nampak jelas terjojol kat my right side. yang zassss dari tepi ke tengah perut. hahahahah!

tapi kan lately, nak tidur dah rasa serba tak kena. dok kat sides, baby tendang2 macam tak selesa ke apa. pastu bangun je perut dah senget. kalau tidur terlentang, adoi sakitnya pinggang. kadang2 duduk lama sikit je baby ngamuk. dia suka time i berdiri and jalan je kot. position dia menselesakan. kalau tidak, adeh senak, sesak nafas i dibuatnya.

oh ya. saya dah pakai olive oil. dan membantu untuk part2 yang gelupas dan kering. mmh orang merandung tahulah kat mana.

okay sikit dah perut tak merah. unless time panas. eiii gatallll. kadang2 memang tergaru2 lah. kenot tahan lah. dahla kulit jenis yang gosok ke garu ke terus merah. adoi.

B kata maybe saya kena pakai baju yang tak trap perut - maxi. seluar ke skirt ke yang cover perut menrengsakan kulit. huhu. mungkin lah.

hari tu baring2 dengan ummy. my baby tee kan dah ketat kat perut. selalu je selak2 haha supaya ada ventilation (??) tiba2 ummy jerit. kak long!! kenapa garuuu! tengok dah pecahhh! panjang lak tuu!

aku dah berdebar kenapa sampai jerit niiii! buruk sangat ke? sekali appendix scar laaahhhhh! T___T

okay memang buruk.

ummyyyyy! bukannnn! ni parut appendix lahhhh! ummy ni bikin orang terkejut jelaaaa!

dia gelak je. hahaha! sabar jeee

perut saya memang sudah besar. sampai orang kat baby care semalam ingat saya sedang tunggu hari. ha hambek kau. dulu kata perut kecil kecil. sekaranggggg. hahaha. tapi ada orang kata kecil. tah la korang. mana2 je lahh.

malahan pipi, buntot dan sebagainya pun membesar. tak apa ini semua lemak yang diperlukan untuk breastfeed baby nanti. elelelelelele alasannn. hahahah!

bulat pun bulat lahhhh.

Thursday, December 16, 2010

30weeks and anniversary celebration

hmmph dah masuk angka tiga! makanya dah tak lama la jugak nak tamat zaman membuyong. wah. tak sabar. tapi takut. nervous siot!

dah masuk usia kandungan sekarang ini, yelah bezalah dengan dulu2 kan. dah makin berat. nak bangun dari baring2 pun slow sikit. nasib B dah beli katil baru. takla seksa sangat nak bangun. hehe

ya ampun kulit perut gatal lahhhh. dia menjadi2 nak membesarkan. kadang2 tidur tu tak sedar tengah garu2. bangun pagi tengok ada kesan garu menjerit depan cermin. panik laki aku tiba2 bini dia jerit. nasib hilang kesan garuan.

nasib tak ada stretchmarks lagi. cuma merah2. tak tahu kenapalah. mungkin sebab panas2 ke apa. mungkin kena stop pakai palmer lotion ni. nak beli minyak2 lak. palmer oil ke olive oil ke. ada suggestion? yang penting tak lekit. i dont like lekit2 and oily.

pasal cramp pulak. mmh ada lah few times. kadang2 adala pakai socks lepas taruk minyak panas. so okaylah. ada time ngantuk sangat manalah sempat. maka time sejuk tak selimut tu la tiba2 cramppp.

kenapa jadi masa kita tidur je eh? kelakar jugak laki aku mamai. bangun bukak lampu tapi urut tangan. pastu urut kaki. ni bukan lenguh ni crampppp. tolak tapak kakiiiii. hehe dah orang tu tengah mamai main grab je la kot. kita ni ha yang adeh adeh sakittttt. huhuh

baby pulak wah wah makin aktif dalam perut mummy dia. kalau dengan orang baru mula2 dia diam je tak nak tunjuk. lama2 baru dia gong jeng gong deng deng dush dush. rasakan mummy!

aiman suka main tekan2 perut aku. nak suruh baby gerak. ada one time baby gerak2 dia letak telinga kat perut i. lepas tu aiman gelak2 sebab bunyi2 dia gerak dan perut ku bergelombang macam hape je. hihih. aku pun tak pernah dengar macam manalah bunyi dia.

kadang2 senak perut ku dia tendang kat ribcage. tengah tidur pun terkejut. hihi. nanti dah besar sila terrer main futsal okay sayang. macam mummy.

tipu dosa mati seksa masuk api neraka. mana ada haku terrer main futsal! main sampai terpeleot kaki adalah.

hehe berapa kali tah nak cakap besh time baby gerak. huhu time tengah tension pun, bila baby gerak, senyum balik. thank you my lil one. :)

eh meh nak cerita pasal celebration untuk anniversary tu. we went for dinner. tapi tak tahu nak makan mana. dah lah masa tu i memang penat sebenarnya. restless days before tu. memang letih. tapi nak celebrate punya pasal, keluar jugak that monday night.

before dinner, i pergi amek cupcake kat cupcake chic. lepas tu jalan2. lepas tu makanlah kat tony romas. waiter tu macam penat ke apa ke tak tau lah. we ordered 1 starter pun dia bagi 1 main je. tapi bagus pun sebab kenyang gila. lepas tu yang paling buktikan dia penat atau pun kurang dengar adalahhhh

dia tanya,

w: nak celeb bday ke?
us: nope. anniversary.

w: okay, saya bawa masuk kek ni ke dalam ok. siapa nama?

me: ariff (tiba2 tanya nama kenapa tak tahu)

macam okay tak apalah. sekali kan lepas makan semua2 kan. tiba2

happy birthday to you! happy birthday to arifffff! happy birthday to youuuu

kita orang dah blur2 yang mmmh okay. thank youuu!

i looked at B and said, mmh happy birthday B. haha. kelakar je. we both blew the candle. and that birthday lava was yummy. and free pulak. hehe. tiba2 anniversary jadi birthday.

okaylah ni gambar malam tu. gambar demut.

ish tiba2 teringat lagi birthday lava ni.

us

3o minggu. weeee

ada ke patut orang sampai tak recognise haku! fine fine.
1. pakcik lias masa pegi wedding anak dia, siti. dia blur2 tgk gwe. huhu. tak kenal sebab dah besar katanya.
2. colleague i masa makan kat cafe tak duk 1 meja. bila i bangun dia kata. eh was it u? i didnt recognise you! u are so fattttt!

T____T

boss aku macam biasa cakap, if u go any bigger, you wont get through the door. go diet!

cisss!

Monday, December 13, 2010

ieda dan ariff ke satu

tahun lepas, pada tarikh ini, tigabelasdisember2009, kami disatukan sebagai suami isteri. hari ini, genap setahun. alhamdulillah.

our milestone, throughout the year, alhamdulillah. progressing well. some few important things this year, of ours:

disember 2009 - menjadi perantin setelah bertahun2 berkapel


januari 2010 - honeymoon kat Bali. best sangat first time holiday dengan boyfriend. eh husband.


~enjoying us time~

april 2010 - we bought ourselves a house. tak plan nak beli seawal ni. yela baru kawin. baru nak kumpul semula saving. tapi alhamdulillah, ada jugak rezeki. dan tak menyesal beli.


may 2010 - decide to stop family planning and plan for a baby. B has been pushing me for few months before. tapi i je cakap nantiii let me finish my acid folic regime first. lagipun i want 2011 baby. hehehe.

june 2010 - we are pregnant! alhamdulillah terus melekat!







there were ups and downs, of course. tipu kalau baik je sepanjang masa.

but i must say, apa jadi pun, our love is too strong. so alhamdulillah. we have managed every ups and downs together.

doa semoga ikatan ini berkekalan sehingga akhir hayat, dunia akhirat. bahagia selamanya. dijauhkan perkara2 yang tak elok. dimurahkan rezeki. aminnnn

B, thank you and i love you.

Friday, December 10, 2010

rawak lagi

selamat hari lahir ummy saya!

esok hari lahir iwan pula, adik saya!

ahad malam baru nak celebrate!

esok lusa busy attend weddings!

esok PIL datang KL!

sedang serabut juga kepala fikir pasal kerja! peninnnnn! HAIH!

appraisal bukan pada bulan ini tetapi pada bulan hadapan! tak tahu apalah nasib.

siapa engineer yang nak cari kerja, interested dalam passive fire protection systems, high temperature insulation systems, sprays, dan semua sistem yang ada kat company ni, rajin nak belajar perkara baru, rajin buat research, multitask semua kerja, sila email saya! company tengah cari orang baru. tak kisah background civil ke, mechi ke, material ke. asalkan sanggup nak belajar!

pagi tadi pukul 430am. tengah sedap2 tidur zass first time kena simpul biawak/cramp. ya ampun. sakit gila ok. tak pernah kena macam tu! separuh menjerit. b! tolong hunny sakitttt.
panik terus laki aku. kenapa yang kenapa? sakit apa?
hih. lepas ni kena tidur pakai socks! dan diurut minyak panas.

eh dah hampir ke arah hari ulang tahun yang ke satu saya dan suami. oh tuhan ku. betapa pantas!

have a blast weekend you all!

take care!

Wednesday, December 8, 2010

secara rawaknya

KL - Penang - Kedah - Perlis - Langkawi - KL

ke Penang hari Khamis (dapat MC masa check up hihi). ke Kedah hari Sabtu. pergi wedding kawan B. ke Perlis and Langkawi lepas tu. Hari Isnin balik KL.

T____T

woh penattttt. tapi oklah seronok juga dapat berjalan2 (dan bershopping). walaupun encik suami kerja dan hanya ada masa berjalan2 semasa dia habis kerja. pun ok lah. makan secara banyak. yang malam sebelum balik hotel punnn supper.

tapi road trip dari utara untuk perempuan merandung 7 bulan epas tu berjalan2 lagi adalahhh penatttt. bila dah sampai KL, ada satu masa tu naik kereta, sampai nak nangis bontot lenguh yang tak tahu nak explain macam mana.

huhu dapat urut minyak panas baru lega boleh tidur tak rasa nak nangis dahhh. :p

nantilah kita update sikit2 lagi ok.

majlis doa selamat

dah selamat pin semalam. alhamdulillah. ya ampun. penat tak hilang lagi. semalam masa nak kat dapur rasa macam larat je nak tolong2. last2 my aunty tak bagi duduk dapur dah. dia suruh naik atas rehat.

naik je, baring je ya ampun baru rasa badan ni penat sangat2.

B kata i tidur sampai berdengkurrrr. sungguh ketipuan. :p

katil patah

okay jangan gelakkkk. katil tu dah berusia 20 tahun okay! warisan dari ibu bapa saya. bukan sebab kita orang ganas ke apa bukan okayyyy.

hish keluarga saya semua gelakkan okay bila kita orang kata katil dah patah. semua yang hahh? patahh? korang buat apa???

T_____T

makanya kena cari katil baru la pulakkkkkk. sekarang tidur atas tilam je! hahahaha! letih la jugak nak bangun dari tidur sebab rendah, perut makin besar. huhu

pemeriksaan ke 7 bulan

baby dah 1.16kg. semua okay. kelakar je baby duduk terkangkang memang jelas gila dia punya cheese burger. haha!

hah apa? saya? saya apa? dah berapa kg?

muahahahhahah!

terberat dalam sejarah hidupkuuu. 57kg dah!!

naik 3kg okay. mantap tak hakuuuu. okay dah dah kena berjaga2 lepas niii.

kesimpulan

tiada. bye!

Wednesday, December 1, 2010

hello december

wow. kannn dah december kan. sungguhlah cepat. tiba2 dah nak masuk 2011. omaigod.

kerjaya

today is my 4th year working here. sampai bila? huh. tough question. first job. got hired when i was still a student, lagi few months to finish my study masa tu. and after that did not bother to find another job. malas gila. huh.

lepas ni kenalah rajin kot mencari2 peluang!

except for PTD sebab JPA scholars kena lah apply kot kerja kerajaan kang dia suruh bayar balik haku mana ada duit. PTPTN yang dia bagi masa first sem before dapat JPA pun abah yang bayarkan semua. hehe.

semua orang pun update SPA application so i pun update lah.

paling tak suka kena menari masa assessment. what the hell? huh. tapi masa interview i sucks because datok tu tanya if kena transfer kat sabah macam mana? husband awak kat klang. i immediately said no. sah2 lah orang reject.

haha baik aku terus terang. tidak mahu. sekian.

ni masa bulan pertama kerja December 2006.

weddings!

december ni musim orang kahwin. yang every weekend ada wedding invitation tu. hehe sendiri pun kahwin december tahun lepas. oh dah nak setahun ke. huhuhu

so all to bride to bes yang nak kahwin ni, all the best okay!

encik suami dan anak

my B is sick. he's trying hard to stay away from me so that i wont get affected. actually the whole house dah affected. my parents yang bawa balik virus dari makkah. hehe.

alhamdulillah so far, i berhingus sikit2 je. kalau batuk malam2 pun yang sekali dua manja2 (tapi terkencing jugakkk). makan terus ubat selesema hari tu okay. ni lupa nak makan semalam, macam hingus manja2 sikit. hope baik2 aja lah. baby kuat kannnnnn!

he's been so freaking busy lately. and demam pulak. the way i see it, he's too occupied with his work, spending way too much time on his lappy, phone calls and the only time i get close to him is when he's next to me on bed.

so close yet so far away. coz he will sleep like a baby. and i got awaken at times to go pee or whenever he's coughing at night. and he said we cant cuddle much because he does not want to spread the virus. T___T

But we let our legs curled up though. huh. pregnant women can be extremely manja tahu

he even offered himself to sleep in the other room. of course i said no.

i thought he has not talked to the baby for days. we have not talked about us for days. when he always talked to me on his work stuffs. which really i understand nothing.

being me, i listen. i hope i said things he wants to hear.

being me, i told him nothing about how i feel. about how i miss us. hoping that he can tell!

being me, i may have showed my uncomfortable face. i may have been quite. i may have been ignoring him when he tried to say something nice to me. i may have said no for many things. i may have not replied when he kiss. i may not hugged him before leaving to work, just a quick kiss.

and he never came to me and ask if i'm okay. instead he keep acting like usual. making silly jokes whenever he can. which makes me even more hendak merajuk.

but last night, as i was asleep. he came, hugged and kissed me.

hunny, selamat ulang tahun pertunangan. sorry b lupa. b busy sangat kan lately. tapi b sayang hunny tau. b nak hug and kiss hunny macam biasa tapi b tak nak hunny jangkit.

aha, so he has time to read my blog. i did not turn sebab nak menangis. pura2 tidur. tapi last2 i turn when he released his arms sebab nak batuk.

then, i sapukan vicks kat dia. and said, b i miss you! yang terus nangis. okay now everybody, blame the hormones!

i think baby also miss her papa. sebab masa we hugged, bukan main active lagi dia gerak2. macam that was the most active movement she ever made at the longest time ever! we both were enjoying the moment. and hope she's happy inside.

baby, papa busy kerja cari rezeki untuk kita. kalau dia lupa nak kiss baby or talk to you, nanti mummy marah dia ok. hehe

tapi b said there are times when he talked to baby when i'm asleep. mmmhh okayyy.

this morning, before i left to work, B talked to baby.

sayang, dah bangun ke? papa sayang baby tau. dok dalam perut mummy baik2 ok.

zass! baby tendang secara kuat. we both laughed. i dont know if that was an OK, papa-act or oh-papa-you-dont-have-to-tell-me-that, i knowww-act! hehe

now i know why all mommies said they miss being pregnant! huhu.

oh yes, i cant wait for tomorrow. i'll be following him to work in Penang and Langkawi. sambil2 itu, babymoon terus lah. hehe.

will be back on Monday. Selasa, insya allah my parents nak buat doa selamat sempena dah selamat pulang dari menunaikan haji. and sambil2 itu, solat hajat untuk me and baby. tapi tak adalah lenggang2 perut tu. solat hajat, baca yassin je.

esok juga ada 7th month check up. jeng jeng jenggggg. tak sabar nak tengok baby. tapi risau juga nak timbang berat. hehe.

pagi tadi i tanya B, B hunny gemuk ke?

dia gelak cakap tak laaaaahhhhh

tapi B jangan cakap sebab nak amek hati hunny eh. cakap terus terang. masih tak puas hati.

bukan gemuk. kan makin besar sebab perut besar. makan lah yang. sementara boleh makan ni. nanti lepas bersalin dietlah kalau nak diet.

boleh percaya ke? whatever! tengok je dr kata apa esok! huhuhu.

jalan laju je lagi. tapi nak bangun dari duduk or baring. mak aih. menyesal tak beli nursing pillow kat baby fair that day. yang juga pregnancy pillow. macam setap je nak tidur dengan tu. huhuhu

okaylah. have a great december ahead!