mata duitan

Monday, January 3, 2011

kerajaan ke swasta?

apabila merandung mesti orang akan tanya kan. beranak mana? kerajaan ke swasta?

ada setengah orang bila cakap kerajaan, nanti dia cakap,

ishh janganlah. bahaya. kang macam2 jadi. nurse dia garangggg!
janganlah kedekut sangat. swasta bagus.

ada setengah orang bila cakap swasta, nanti dia cakap,

ishh mahal. bazir je. sakit bersalin sama je. beranak je kerajaan. pun ok.
jangannnlah swasta. nanti apa2 hal dia refer kerajaan jugak.
swasta kat mana? kenapa pegi situ? pegilah kat hospital tut tut. memang mahal tapi ngetop.

dah pulakkk. macam2 lah komen engkorang.

pada aku, tak kisah lah mana2 orang tu pilih nak deliver. tak payah lah nak komen pelik2. penin ibu merandung. hehe.

tapi memang betul lah. kalau apa2 hal yang kronik, banyak hospital swasta akan refer kepada hospital kerajaan jugak last last.

mesti ramai antara korang yang check up kat swasta tapi ada buku merah just in case. kan?

aku pulak, tak ada. walau pun B dah bising2 awal2 dulu suruh amek cuti pergi daftar kat hospital kerajaan, aku macam ya allah malasnya. sanggup je dengar orang tu bebel hihi.

akhirnya dia give up. B pergi tanya sendiri kat klinik kesihatan tu, dia kata oh tak apa tak payah. kalau apa2 hal, bawak je buku dari hospital tempat check up sekarang. tak ada masalah pun kalau tak ada buku merah.

ha jimat masa aku di situ ya. dan baik je pun nurse kat situ.

sebenarnya menda ni tengok nasib lah. tak semua hospital kerajaan servis dia teruk. ramai je cakap okay. dahla semua pun baby friendly punya hospital kan. (paksa kau breastfeed baby, which is very very good). memang ada orang yang ada bad experience. tapi kau tak payah nak saiko orang yang pilih untuk ke hospital kerajaan. biarlah dia buat pilihan dia sendiri.

tak semua servis kat hospital swasta tip top pun. kan? tapi kalau ada duit banyak tak ada salah pun nak pergi hospital grand2. tak la full sangat hospital kerajaan. hihi

tapi sakit beranak tu sama jelaaaa mana2 pun. huhu takuttttt.

siapa yang company dia tanggung kos bersalin tu wuwuw beshnya. kerana company aku tidak ada! wuwuwuw!

dan jika kena keluar duit sendiri haruslah bersedia kepada kos yang mungkin yang paling tinggi kerana kita tidak tahu bagaimanakah keadaannya kan.

tapi tak mampulah pulak nak save up to 10k nak pergi hospital grand2. biasa2 aja lah.

pilihan aku, hospital yang tidak berapa mahal dan sangat dekat sekangkang kera dari rumah. dannn gynecologist yang disenangi lakibini.

jap. disenangi laki bini? iya donk. ada setengah suami tak suka gynae lelaki kan. pada aku pulak, dari prenatal check up sehingga sekarang. sudah jumpa banyak gynae, female and male. kita berdua sepakat bersetuju memilih khidmat Dr Zarul ni.

so far, dia sangat okay.

lagipun ramai dah saudara mara yang jadi patients dia. (dulu dia muda lagi, kacak lagi. suami sedara aku jeles dengan ke gentleman an dr ni. haha. sekarang dah tua tak apa kot. hihi)

ummy dulu beranak pun semuaaa gynae lelaki yang sambut. so tak kisahlah.

dan berdoa mudah2an semua lancarrrr. tak kisah mana2, tak kisah siapa2 asalkan mummy and baby selamat aminnnn.

eh apesal aku dah cerita pasal beranak2 ni. padahal due lambat lagi. 19/2! sekarang adalah 33 minggu merandung. haha! sebab aku cuak lahh.

sebab, semalam cakap dengan ibu mertua ku.

mak, ida nak balik JB minggu ni dengan angah.

ehh tak payahlaaaa! nanti mak yang akan turun ke KL. bukan tak bagi balik. tapi apa2 boleh jadi dah time2 macam ni. mak dulu anak sulung awal. bla bla bla

oh yekeeeee. hehehe

gulp! mak lambat lagi mak. jangan takutkan ida please. huhu. tapi tak apalah. ida akur jela. hihi.

tapi macam nak balik JB sebab nak makan JB food sebelum beranak. hahaha! ngada2. tengoklah macam mana!

aku macam nak makan makanan berikut:

kacang pool bomba larkin, yong tau fu wak radol, mee rebus haji wahid, tauhu bakar.

kalau makanan kelantan aku macam nak:

laksam, lompat tikam. ummy sila buat nanti please!

kalau makanan sarawak aku nak:

laksa sarawak.

kalau desserts nak:

pavlova, macaroons, vanilla cake with lotsa cream and strawberries.

kalau makanan okay dah dahhhhhh. ni bukan mengidam. ni ngada ngada. dah berat2 pun ada hati dia nak macam2. haipppppppppppppp!

eh kau ni nak cakap pasal tempat beranak ke tempat makan. ngada nya lahhhhhhhhh. dahlah penin haku lah!

bye!

12 comments:

kejora said...

as for me, pengalaman akak dua2 hosp gomen.wpon yg 2nd tu intentionnye nak deliver kt private, tp sbb gynae kt private tu nak czer jugak based on 1st delivery adalah czer dan bukaan lmbt, so akak pindah ke hosp gomen sbb kos czer di private min. adalah 5k.Dr spend 5-7k sbb czer di private baik czer di gomen je, x smpai 1k pon baya.Fortunately bila akak transfer ke gomen akak berjaya deliver normal.Hosp gomen pun skang dh byk improved dr segi layanan.Cuma kalo nak lebih selesa dr segi kemudahan dan senang family, relatives nak visit..go to private.

ederq said...

kejora: ha betul tu. setuju setuju :)
itula mahal sangatttt huhuhu

Mrs. Eeza Herman said...

xpela swasta mahal pun, yg penting berbaloi ngn services yg dorg bagi..
amboi, byknye nak makan...xpe, lg sebulan lebih je lg, nanti kena pantang, kita makan lauk xsedap yee..

ederq said...

iza: haha itula da la nanti tak dapat minum ice. oh tidakkkkkkkkk

syiekin azam said...

eheheh..mane2 pon ok..kalo rezeki dpt org yg treat kita ok mase kita sakit tue, alhamdulillah..aku pon dgr mcm2 pasal beranak kat gomen nie dr org..cuak mmg cuak..tapi alhamdulillah aku rase okla layanan dorg dr 1st aku register, smpi la mase nak discharge..mase bermalam kat spital tue, dorg mmg tlg kita breastfeed, dtg tanye nak ape2 ke..

takde la terok sgt..ntah susah nak ckp..sbb kezen aku ade gak deliver kat swasta, and die kate dah la bayar mhl, tp treat tak besh langsung..kene marah la ape laa..aku pon kompius..ntah laa..ehehhee..

ape2 pon, doa byk2 utk senang bersalin..jalan byk2..(jalan kaki yee bukan jalan2 holiday..) ahahhaa..aku start 8bulan mmg aku tak gi travel jauh2 dah..takut terberanak dlm kete..ahahhaha..
last holiday mase preggy nak masuk 7bulan, siap mandi laut lagi aku..bergoleng2 aish dlm perut..:D

gudluck ederq!! tak sabar nk tgk baby..

ederq said...

syikin: hehe itula pasal. tengokla rezeki kita macam mana kan.
doakan aku ya! aku memang kuat berjalan haha sampai penatttt gila.
hihihih. aku pun tak sabar tapi nevesssss! barang pun tak setel lagi. huhu

NURUL said...

nurul dulu check up masa pregnant buat dua2 buku. gomen ada private pun ada. tp bersalin kat gmen kat serdang. sebab masa 2,3 hari sebelum bersalin nak booking katil di private doc tu mcm dah bagi hint kalau nurul c-section ke apa. dah lah kos mahal. so nurul bertukar fikiran pi gomen. Alhamdulilah boleh juga bersalin normal. hehe

ederq said...

nurul: ish kenapa ya da dgr 2 kes ni. kt private kata c-sec tp pegi gomen tiba2 normal. mmmmh ke dia saja nak extra money? hehehhehe

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

kak ederq, kwn PG bersalin kat hospital putrajaya selesa je kate nye.. :)

ederq said...

PG: iya donk ok aja. tgk nasib2 kot hihi

d.O.n.A.t said...

haha aku keje swasta xde insured bersalin kat hosp. swasta. lagipun mak aku kan nurse kerajaan jadi aku pun berani la nak bersalin kat hosp. kerajaan.

wpun orang duk cakap nurse garang. mmg nurse garang pun sbb ada patient degil macam aku.. hahaha tp masa tgh tunggu nak labour tu dah x amik hati sgt sbb tgh menahan sakit.

aku rasa masa aku nak bersalin tu aku lagi garang dari nurse.dalam labour room pun sempat aku gadoh dgn staffnurse.

p/s: mak aku garang dgn aku je tapi dia tak garang pulak dgn patient.

ederq said...

hahaha yeke sempat gadoh dgn nurse tuuu!
tahla azza. aku penah jumpa je yg tak garang. dan juga yang garang. ala nasib2 kott. :p