mata duitan

Wednesday, January 19, 2011

parut

bila belek2 perut saya dapati ada dua parut yang tidak dapat dilupakan.

satu, parut appendix removal. nasib saya menjaga pantang lepas operate makanya tidaklah buruk bebenor rupanya. tapi still lah. tak mulus dahh! dyah dulu kata hantaran patut kena turun dah. hehe

dua, parut err tindik pusat. hehe. meh nak cite pengalaman tindik pusat zaman dolu2.

masa sekolah saya adalah pengawas. ececeh. kan kat sekolah over kan cikgu2. kalau spotcek bukan luaran je. siap nak selak kain kau, tengok pakai kain dalam ke tak (haram aku tak pernah pakai. kain sekolah dah tebal kot!), lagi selak tudung tengok kau tindik telinga berapa lubang, tengok rambut dye ke tak. tapi pusat tak check lak kan. ihihih

sebagai pengawas, walaupun nakkk sangat buat menda2 tu, haruslah tahan ok. kalau aku sendiri yang kena mampuss. jadi pengawas kan boleh ponteng kelas yang tak best buat2 pergi meeting dan rest awal. hahhaah! jahat!

maka lepas SPM je dah plan macam2 lahhh.

dye rambut! done! tindik pusat! done!

lepas tu balik rumah selamba tunjuk dekat adik2. lepas tu adik aku aiman kecoh pergi bagi tahu ummy.

UMMYYYY! KAK LONG TINDIK PUSAT DIAAA!

alamak! dahla sebelum tu kena marah sebab dye rambut.

lepas tu apa lagi kenalah bebel dengan Ummy.

macam mana ummy nak lepas pergi penang ni? dah macam2 awak ni. tindik pusat dosa tahu! nak rosakkan perut kenapa? kalau kena jangkitan ke apa ke macam mana??????!!

hoho dah kau buat sapa suruh kan. tahan je la telinga tu. oh ya masa ni buat dengan warda. memang gila. dua2 kena bebel dengan emak masing2. hihi

lepas tu kann. sakit tau. sebab kan ni bukan buat kat pro pon. buat kat tempat tindik telinga je. memang bodoh tak buat research.

darah2 nanah2 wa cakap lu! letak2 minyak gamat pun tak jalan. lepas tu cakap ummy, ummy kata buang jelaa. kang burukkk.

makanya dalam toilet pada suatu hari, saya telah mencabut ia dari pusat lalu keluarlah segala darah dan nanahhhhh. memancut kot!

sakit? yelah sakittttttt tapi tak adalah sampai nangis. tapi lagi sakit hati sebab kenapa dia nak infected pulakkkk! rugi! hehe

lepas tu masuk matrix. orang belai muka, saya belai pusat. letak minyak hari2. dahla baru kenal kawan2 kat situ kan. kenal2 je budak ni tindik pusat sampai nanah2. terus bad impression di situ. haha!

lepas tu ingat kalau dah baik macam nak pakai balik lah kan subang tu. tapi jadi penggemuk pula. macam tak cantik pulak. haha lalu terus lupakan hasrat.

bila masuk UM, ingat nak tindik balik. hihi. tapi macam tak jadilahhh! tapi berjaya pengaruh kawan saya yang comel untuk buat. dia buat elok je! huhu jeles!

tapi saya pergi tindik telinga jela. tambah lagi 2 lubang kat bawah dan 1 kat cuping atas, kiri.

punnn ummy bising. bla bla bla. mula2 rajin la pakai. sekarang yang kat atas tu dah tertutup kot. sebab lama tak pakai. hihi

hehe setiap kali tengok pusat tu mesti tersengih2 teringat betapa bodoh tak pergi research dulu. main buatttt je. hehe tapi tak apalah. merasaaa jugak lah.

makanya kawan2, kalau nak buat pergi kat pro ya. jangan jadi macam saya. eh eh pergi suruh orang tindik pulakkkkk. hehe tapi kalau kena infection nasib ah okay. ahahha

nanti kalau anak aku nak tindik pusat, aku pun tak bagi! meh mummy yang tebuk mehhh! biasa niiiiii! haipppp!

9 comments:

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

Kes tindik pusat tauuuu..hehe..
Dlm hati cam "gle rock kakak nie..tindik tinga semua, dgr music rock tp cool je pkai tudung.." hehehe..

Terus cam oh nk buat mcm kak ederq jgk smpai pegi curl rambut sbb k.ederq n full house! hoho..
Tinga pg skrg dah ade 6 lubang..
keje gomen xleh pkai smua..pkai stick je.. paling syg yg kat atas skali tinga kiri..ceh! pentiru :P

Mrs. Eeza Herman said...

hahahaha..kelakar la ederq nie..
tu la zaman budak2 dulu kan..
ms sek iza xteringin nak tindik apa2 sebab kwn ngn bdk2 skema kan..
masuk je utm, teringin lak bila jln2 ngn ex-bf, tgk amoi2 tindik telinga & kening..cantik lak..
tp nasib baik hasrat tu terkubur sebab takut mak bising..hehehe..
pandai ye, mamanya buat xpe, anak nya tak boleh yee...so, nanti jgn tunjuk pusat kt anak2 ye, nanti kang dorg persoalkan lak, "mama boleh buat.." hehehe

ederq said...

PG: hihihi apa2 je kann. haaa kann curl rambut tu sebab tengok cite full house pastu bajet mcm comel je kalau perm.haha nak buat la jugak pasni! hihi

haha yeke! ala rugi je tindik2 sakit2 tp xleh pakai cantik2. huhu tp at least PG jaga. tarok stick. huhu

iza: hehe tula i rasa pierce2 ni cantiikkkk tapi agak2 ah kan. jgn sampai tempat merepek2 nak buat. nipple la apa la. owchhh!

hehehe! nanti i cite pasal darah nanah tu mesti anak taknak buat. kalau buat, rotan! hahahahaah

NahiZ (chynk) said...

...kenangan kan..
I pun same la tindik gk kat tinge tp 3 je la..nk tindik kat pusat but my dad dah sound kalo die nampak die akan tarik smpai putus..so rs cam ngeri, x jd la nak wat...but my mum support giler tindik kat hidung...tp i plak xde guts...anyway zaman sek is the best laa...
I pun pengawas cam u gak. Pengawas yg selalu ponteng klas add math and fizik. hohoho..pengawas yg x wat homework. pengawas yg saman org len sbb pakai lencana besi...but me, can do anything..wahahahaha

ederq said...

adoii tarik sampai putus??? haha takot ok! alo tindik idung memang cun. tp idung i tak cukup mancung! haha! susah kot tindik situ zihan. susah nk korek idung! hahha

ish ish pengawas ke mawas ni haaa hahahah

dialicious said...

hahaha..lawak gile cite k.diah x suke tindik..penakut..ade 1 je lubang telinga.masa rehat sek dulu kwn2 salu amek ice kt kantin kebaskan n cucuk dgn pin.selambe je..x sakit dorg kata.ahaha..tp pusat tu mmg berani la.time tu ieda pakai tudung ker..coz ade org konon2 sexy nk tunjuk perut seme.huhu

ettymelladikboy said...

gila ahhhh....u rock...hahahhhhaha

kalau i, dah kena pelangkung dah.

infact i pun tak berani nk tambah lubang sebab fobia tindik telinga masa kecik dulu masih kuat lagi...meraung2, meronta2 stock sakit punya.

lepas tu terus gerun...

euwwwww...

ederq said...

diah: hahaha telinga tak sakitla. tapi kalau kat cuping atas tu ada rasa sikit la sebab tulang. hihi. masa tindik pusat tu pakai tudung on and off. tapi tak ada pun pakai baju nak tunjuk pusat. just for self satisfaction je. hihihih. nanti my baby i nak tindik telinga dia awal2 hihihih

etty: hahaha! berani sangat dan bodoh sgt pun ada. hahaha. patut pegi buat kat pro. barulah tak infected hihihi

fati said...

weii!! nakal! :))