mata duitan

Wednesday, January 26, 2011

baby names part 2

okay as promised.

remember this post?

okay lepas i wrote that, hehe mestilah ada sikit cakar2 harimau kan. aumm aummm. hahah.

tapi that day i asked B when we both in lovey dovey mood.

B, baby kita nama apa?

Anak papa nama dia.... Qeisya ___

REALLLLLLYYYYYYYY????

Iya. tapi tengok betul2 apa maksud dia.

REALLLLLYYYY B?? Betul niiii?

YAAAA. Tapi apa maksud dia?

Hidup dalam keadaan baik and ______

OKAY.

YAYYYYY.

hehe. okay gembira sangat2 sebab B akhirnya mengalah! heheh.

AKAN TETAPI, untuk kepastian, saya telah bertanya kepada ayahsu tentang maksud nama Qeisya itu. beliau ustaz.

setap kannnnn nama tuuuuu! heheh

Ayahsu kata tak ada dalam arabic. dia tanya 2 kawan dia yang lecturer Arabic pun kata tak ada.

Hmmmmpphh. kenapa dalam internet ada? and saya dah kenal 2 orang yang letak nama anak dia Qisya.

Lepas tu saya minta tolong Mira. kan husband dia Algerian who also speaks Arabic. susah payah dia buat research. memang tiada in Arabic. tapi maksud dia adalah lebih kurang begini: perempuan yang baik, yang bekerja di gereja.

apa??? gereja?????

hancur luluh hati perasaan mummy ini.

kalau in English ke hebrew ke apa Keisya means noble and kind.

tapi bila Smail cakap ada related dengan gereja2 ni ish tak nak lah kan. kita ni Islam. tak kisah lagi kalau nama tu ada maksud yang baik dalam bahasa lain tetapi janganlah melibatkan agama lain pulak. nauzubillah!

makanya sekarang dalam kebuntuan nak ganti nama apa. memang ada few in mind tapi entah lah. huhuhuh.

pengajaran: jangan percaya internet bulat2. nasiblah aku tanya2 orang dulu. huhuhu.

so, korang. any suggestion?????

21 comments:

fati said...

bagus! tang nama ni jgn amek mudah ;)

syiekin azam said...

uhuhuh..ye ke maksud die camtu? nasib gi check dgn org lain dulu..mmm tp sedap name tue..ehehehhe..

so bermula laa episod mencari name br..:D good luck..

ederq said...

fati: tula. better meaningless names dari makna tak elok kan. huhu

syikin: tula pasal. da la selama ni aku panggil baby qeisyaaa manjang. huhuh

aNoi said...

Ederq,
Pendekkan jadi Isya jelah...nama anak buah aku Nur Isya Insyirah :)

ederq said...

sirn, apakah maksud isya??

aNoi said...

Spelling dia Isya' = Kehidupan

Tak pon letak lah Qalesya (Macam dalma cite Astro tu] = Makna dia murni tapi spelling yang betul aku tak pasti macam mana.. :)

E*eiN said...

yeke?? i pon berkenan ngn name tu.. tp kne reject ngn husband.. so cari la name lain pulak.. anyway thx 4 sharing

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

Nama anak kawan PG, iva marissa..best x?maksudnya : anugerah tuhan yang cantik :)

kejora said...

dun trust sepenuhnya nama2 dlm tenet ni, byk yang maksudnya direka-reka padahal dalam arabic takde pun nama tu.

ederq said...

sirn: o yeke. hihi qalesya tu pun dalam list jugak. tgh cari2 lg.

Ein: huhu itula pasal. sila2 cari ok!

PG: setappppp! betul ke maksud tuuu

ederq said...

kejora: itula pasal. kena tanya org yg tahu jugak. huhu

Mrs. Eeza Herman said...

hehehe...sian ederq tgh penin ye nak bubuh nama baby..nasib baikla iza da settle..
mmg bertuah la baby gurl nie, jenuh mummy papa dia nak cari nama yg sedap2 dan bermakna...
ederq, cari nama yg comel2 sket, kot2 nanti lahir secomel mummy nyaa.. =)

ederq said...

iza: hehe aah memang ponin kopalo den! tu la tengah cari ni. ada suggestion takkkk

d.O.n.A.t said...

ada member aku letak nama anak dia nama klasik gitu yang dah jarang-jarang org moden nak letak.

roslatifah.

simple bagi aku tapi menarik la.

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

Iva Marissa tu betul la kot maksudnya..sbb husband kwn pg pun cerewet nak nama anak ade makne..
best kan? comel giler anak dia :)

ederq said...

azza: aku pun suka nama klasik tapi laki aku tidak berapa nak suka la pulakkk. hihi. tapi roslatifah taknak laaah hahaha

PG: hehe best la jugakkk. waduhhh penin gwe. cpt bg suggestion!

Mrs. Eeza Herman said...

nak bg suggestion nama2 biasa2 yg sedap2 boleh la..
tp nama2 unik nie, xreti sgt..
tp mmg sedap + unik la nama qiesya tu..
kalo nama qistina da biasa da..

Anonymous said...

why not aisyah khalishah?
aisyah : hidup bahagia
khalishah : murni
:)

ederq said...

iza: psl unik tu xde la kisah sgt asalkan maksud dia ok. hihi

anon: mmmh nice suggestion! thanks!!

e.t.t.y said...

anak saudara terbaru naura khadijah. nama yg klasik, tp tetap sound islamic modern kan...maksud pun bagus dan niat parents dia semoga kuat seperti siti khadijah..

ederq said...

etty: wee sukanya nama itu! mmg pernah terfikir. tapi hubby tak approve kot. hihi tak apa we have finalised dah :)