mata duitan

Tuesday, August 16, 2011

breastfeeding eisya part 2

reading again my part 1 of this, still rasa mcm nak nangis. teringat2 saat2 itu. reading your comments. lagi lah.

menangis and guilty. kenapa guilty?

i took months and months to write about my breastfeeding experince because i dont know how to write well, to not to picture anyone in my family as bad. i think i'm not good in that.

but please bear in mind, that was part 1 and i missed out lots of things. here comes part 2. hope i can tell better.

sorry if macam terewind but i'll just write whatever i remember and whatever pops on the top of my head.

day 3 and 4 nurse KK datang. baik betul dorang. i never had the pink, red?book pun. hubby went there and asked them nicely if they can come home and check me and baby. since eisya kuning and i guess i need BF support, so i mintaklah hubby tanyakan.

they came. siap bawak budak2 practical. abis aku and eisya jadi bahan rujukan hihi.

sah2lah nurse KK mesti cakap BF BF BF BF kan. so again i was glad. sebab dia cakap depan my mom and aunty. and kuning eisya pun tak teruk. dan semakin menurun. so alhamdulillah.

day 3,4 and 5 i urut 3 hari tu. i agak menyesal ambil dia coz tak best sangat. jenis yang urut nak cepat kejar masa. tak sukaaa

day 3 finally susu matang dah keluar. itu pun after ummy tolong urut2 dan tuam dengan air suam. sebabnya breast macam dah bengkak tapi susu tak laju. before tu memang kuning2 je. tak memancut pun kan. masa keluar tu me sangat happy sampai menitik air mata. my ummy pun cakap, kan betul ummy kata hari ke 3 baru ada susu.

walaupun susu matang dah keluar tapi still ummy kata kenapa susu i tak banyak mana. selalunya orang dalam pantang bengkak susu. kalau BF sebelah, sebelah lagi meleleh etc lah. ni my aunty datang lagilahhhh. keep comparing me dengan orang2. stress la jugak

day 5 - check up kuning eisya. me bring the baby with ummy and hubby. alhamdulillah dah tak ada kuning sangat. dr tanya BF ke? i told her lah semua. mengadu. hehe. and dr marina said, susu ada dan cukup ya. kalau baby minum tu adalah.

then my mom kata, tapi susu dia tak memancut2. dan baby asyik nak susu je. macam tak cukup.

tak perlu memancut. nanti saya check mak dia. dr marina kata. dah lah macam garang2 paed eisya ni hihi.

dr check. masa ni my teats luka. awchh. she said, ni bengkak ni susu awak. she squeezed, ni banyak ni susu. bagi je. baby baru lahir memang macam tu. awak bagi je on demand. susu ibu cepat hadam sebab tu dia cepat lapar. tak perlu FM. awal lagi ni.

to be honest, i was lega lah my mom was in there masa dr cakap2 tu.

namun begitu, masih lagi. perkara paling banyak keluar dari ummy adalah:

ummy bukan apa. memang susu ibu bagus tapi susu kak long tak banyak. kesianlah kat baby. kalau susu banyak okaylah. FM bukan teruk pun.

lagipun kak long ni tak sempat nak bertungku berbengkung pun jarang2. nenen je rajin. kenalah jaga badan tu. jamu pun tak makan. dok makan vitamin je.


tak sakit ke breasts tu asik bergayut je. letih laaaa.

betullah kata my LC, kak farah farhan. mak kita ni dia kesian. kat anak and baby. tak nak anak penat asik nenen and kesian tengok baby nangis.

tapi abah i relax. dia faham i nak BF. bila orang datang tanya pasal susu cucu dia, he will proudly said, susu badan ni cucu ni. dan masa tu jugak pakcik2 suggest susu Snow untuk cepat besar ya. haha! yelah eisya kan halus manis je orangnya.

kebetulan masa pantang tu, banyak pulak talk show pasal BF. slowly my mom dah tak push i sangat. cuma dia asyik push i pump kalau betul2 nak BF. and she keeps wondering kenapa susu i tak banyak. time eisya nangisssss je dia offer buat FM.

i waited and waited. BF and BF and BF. dengan eisya colic, kuat nangis. i tak relax pun masa pantang. my baby bukan macam newborn lain yang asyik tidurrr je. read my previous entry on that.

sometimes i cried lah jugak malam2 kat hubby. penatnya BF. malam2 baby berjaga. kerja i asik BF je. i tak cukup tidur. i nak pump pun tak sempat, baby nak BF. BF sambil duduk masa tu. sakit pinggang. kadang2 i tengah makan pun sambil BF. thanks to nursing pillow!

masa tu i tak berani nak nenen baring. ada jugak buat sekali sekala tapi eisya asik tersedak. so tak berani.

ada one time (ke few times?) i dah tak tahan. i panggil hubby. i asked him to hug me. i told him i'm soooo tiredddddd. i'm stressed. susu tak banyak. pam dapat sikit. i cried whole heartedly.

glad he was there to comfort me. he even said, the only reason susu i tak banyak sebab i stress. i think too much. and i guess he was right. and he helped me whatever he can. sampai menkurus dia.

masa pantang orang paling penat, ummy and B. dengan ramai orang datang visit. dengan nak uruskan i and baby. i dont know how would it be if i dont have them.

about pumping pulak, this is my bad. i should have pumped every 3hrs kan. i should have pumped after baby drink. or pump sebelah lagi if baby settle with one breast. i RARELY do that. reason - i penatttt sangat2. u have no idea cemana eisya. she really cry a lot and i mean a lot. just imagine lah. kadang2 dia tak ada waktu dia diam langsung. diam masa minum susu dan tidur dan mandi je. the rest were chaotic cries. stress weh. kalau boleh letak pun paling lama 10minit and thennn....

after few weeks baru i rasa bengkak susu. keras macam batu. barulah susu meleleh keluar bila tgh BF sebelah. barulah memancut ke muka baby kalau i cabut. so i thought susu dah banyak kot.

tapi bila pump, dapat sikit je. first time pump dapat 0.5oz. lepas tu dapat 1oz. lepas tu lama2 1.5oz macam tulah meningkat sikit2. sikit2 tu i kumpul buat stok yang tidak seberapa. dahla selalu kena curi stok masa i mandi ke apa. pantang baby nangis susu je jawapannya. mmmhhh. i pump pun tgh malam masa baby tidur. sambil tengok CSI hihi. siang memang tak sempat. kadang2 je sempat. that explains my stock yang teramat tak banyak.

masa ni kawan yang paling banyak bantu ramai. tapi Raha lah paling banyak support. till today. dia yang ajar macam2. i can never balas her jasa. thanks babe! sometimes aku menangis masa ym dengan kau babe. huhu.

masa tu, perasaan frust tu memang frust. sebab pam tak pernah dapat banyak.

kalau pam dalam bilik, bersama baby and hubby baru aman dan relax dan dapat banyak sikit. sebab hubby akan urut belakang dan akan encourage. if dapat 2oz pun dia akan cakap. ha banyak ni. and he never complained once pun - susu i tak ada ke sikit ke apa ke. kecuali masa kat ward ari tu la. sentap mak! :p

i did what ever i can to increase my milk. milk booster kau cakap je semualah aku nak. hubby beli macam2. ummy masak macam2. i ate macam2. nothing works. direct feeding okay pump dapat sikit.

eisya drinks a lot and often. but maybe sebab i did not pump enough. my bad my bad. suppose penat and stress cemana pun kena pam kan.

masa urut dengan nenek gombak pun dia tak reti nak sengkak tetek sangat kot. dengan kak ina dia okay. masa dia urut ni depan my mom. memang banyak lah urat2 yang tak betul tu yang slow. tiap kali urut dengan kak ina ni. dia urut pastu perah breasts tengok laju ke tak susu keluar. memang laju. ummy pun terkejut tengok.

lepas tu adalah jugak kak ina perah and tadah pakai botol. kalau aku perah 20min dapat banyak tu, dia perah tak sampai 5 minit dapat sama hasil. so maybe aku ni bukan effective pumper. mmmhh.

so after pantang, i start to train eisya bottle. walaupun eisya ada disumbat bottle beberapa kali masa awal kelahiran tu, dia still tak suka bottle. i nak beli bottle lain malas, so paksa jugak pakai tommee tippee. kejam tak mak kau ni. huhu. at first susahlah. tak habis pun susu 2 oz. lama2 ok.

so i pun pergilah kerja dengan stok yang sangat miskin for baby. dengan pengharapan i will produce more masa kerja.

tapi tak okay. lebih pun sikit aje. pulak tu dah penat kerja. aku dah tak pam malam2. kadang tu time eisya minum malam2. sebelah je dia minum kan. sebelah lagi membasahi baju or tilam, aku tutup je dengan jari. lepas tu aku tidur kepenatan. juga alasan pump belum kering lepas strelize. huhu. rugi kan. patut pam jelah sikit ke banyak ke.

apa yang aku pump hari2 kat office tak cukup untuk eisya minum hari2. frozen stock hari2 ambil, tak top up. (eisya tak berapa suka frozen EBM. tak habis 3oz)

lama2 tu mulalah episod sedih. ummy dengan berhati2nya cakap kat aku.

kak long, eisya ni kalau tak ada 15oz sehari susu kak long cemana? lapar dia. kalau dia nangis ummy tak tahu nak buat apa dah. kenalah beli susu tepung. kesian dia. tak apalah campur pun kak long. asalkan dia dapat rasa hari2 susu kak long pam.

sedih tak payah cerita. so terpaksalah top up FM. dah memang aku tak dapat produce secukupnya untuk eisya.

so until now, eisya is 80% on breast milk dan 20% FM. kalau aku ada dengan dia, memang DF jelah.

kasihan eisya. dia tak suka FM. masa awal2 lahir dulu, hospital bagi sample Enfalac dan Similac kot. mak aku pernah try bagi Similac tu. muntah macam air terjun. Enfalac pun muntah jugak awal2 tu.

Aku pun tak tahu nak beli susu apa. hubby beli Enfalac jugak mula2. dia minum tak habis 2oz. kalau susu aku 3oz habis. masa mula2 bagi tu mak aku kata, dia reject. lama2 baru okay. mmmh. tapi second round tu dia beli Enfalac A++. ni okay dia tak muntah.

lepas tu sekarang dia minum 4oz. susu aku or FM 4 oz. uhuhu.

ingat tak aku cakap aku gi jumpa kak farah sarakids. masa ni lah dilemanya. rasa bersalahnya bagi FM. ingat nak try fully BF balik kan.

kak farah suruh buat power pumping every 2jam. tak kisah kerja or kat rumah. tapi maybe aku tak konsisten kot. sebab tu tak dapat lagi nak kumpul stok. tapi lama2 sekarang ni alhamdulillah dapat lah hasil sekali ganda daripada yang aku dapat dulu. puasa2 ni pun boleh lagilah. kadang2 tu je kalau tak cukup minum air, down lah sikit.

maybe kalau aku lebih rajin power pumping ada la lebih sikit rezeki eisya. tapi itulah. my bad.

eisya pulak, kalau aku balik lambat, lepas kul 6 tu dah tak mau botol. amok dia cari mommy. kadang2 tu aku balik kerja, dia baru je ni minum susu tak sampai sejam. tapi bila aku dukung, dia tengok2, tarik2 baju, tengok2 tetek. eiii budak ni kan.

lepas tu kalau aku tak layan, dia nangis lah. haha. bila baringkan nak selak baju, dia gelakkk okay! mesti macam yess dapat! haha. kadang dia buat bunyi nak nenen tu. baby korang ada tak bunyi tersendiri bila nak nenen? hihi eisya will go ehek ehek uhuk uuu uuu camtu haha. muncung2 mulut.

mmmh. so niat aku nak fully BF eisya tak kesampaian due to low milk supply. aku tak give up pun. hari2 aku pump kat office 3kali. tapi time busy 2 kali je. masa aku rajin power pumping tu memang tiap 2 jam kat ofis aku pam. time tak busy boleh la kan.

walaupun eisya dah FM sikit sekarang, aku akan BF as long as eisya nak. as long as ada susu. sikit ke banyak ke aku bagi je. yang penting dia lagi banyak minum susu aku. yang penting eisya sihat walafiat.

kecewa? memanglah wey. hanya orang yang senasib je faham. orang yang tak faham mesti macam2 kata kan.

paling aku tak boleh belah adalah orang yang kata, bagi anak minum susu lembu nanti perangai macam lembu. tolonglah ya. kang tuhan balas kanggg.

aku fikir, tak apa tak rezeki eisya kali ni. insya allah next baby ada. insya allah aku lebih bersedia. lebih kuat. sekarang ni orang kata sikit je sentap, sikit nangis. haha.

ada few cases yang buat aku tak putus semangat:

  • ibu angkat pun berjaya fully BF anak dia. sila rujuk blog kak farah sarakids pasal ni.
  • ibu yang tak BF anak dia. tapi bila baby 8 bulan nak BF balik. so dia relactate, akhirnya dapat fully BF. ni pun kak farah cerita
  • pun kak farah cerita. ada seorang emak ni tanak BF baby dia. bagi FM macam2 dah tapi tak sesuai. last2 hubby dia bawak wifenya ni jumpa kak farah, suruh ajar BF. berjaya okay.
  • kawan aku, anak first pam constantly dapat 2-3oz. tapi dia rajin. pammmmm je. anak second, sekali pam dapat belas2 oz. meriah susu.
so, aku boleh lagi sebenarnya nak fully BF eisya. sebab tu aku tanya kalau dah start solid kurang tak susu dia. :p

sebab kak farah kata, kurang. tapi ada baby tak pun kan.

tak pun rezeki untuk next baby ada. so tak payahlah aku nak sedih2 menangis di malam hari bila tengok anak aku tidur mengenangkan esok aku kena kerja tinggal dia. atau gundah gulana kat office kenangkan eisya tengah minum susu aku or susu mak lembu. lagi sedih, lagi stress lagi kurang susu kan.

at least eisya lagi banyak minum susu aku. at least aku dapat BF dia daripada orang lain yang langsung tak kesempatan nak BF. at least hasil aku pam bertambah dari dulu. at least eisya lagi suka nenen dari botol.

fikir positif je. hubby pun sangat2 encourage. jangan stop BF. untuk antibodi baby kan. eisya tak pernah demam or sakit before ni. last week je. papa dia yang demam setiap bulan tu (tak tahu lah kenapa) jangkitkan virus2 kat aku. aku pulak pergi cium eisya. dahhhh selesema sikit dia. mmh. dulu dia relax je tak pernah jangkit. sapa suruh cium kan. huhu.

so my dear eisya,

sorry sangat. mommy minta maaf ya sayang. :'( minta maaf sebab tak dapat produce secukupnya untuk eisya. kadang2 mommy berharap mommy tak payah kerja. duduk rumah boleh BF eisya directly. we can cuddle lama2. and you can drink as long as you want, as much as you want.


apa2 pun sya, mommy harap eisya membesar dengan sihat. mommy akan berusaha jadi emak yang baik. didik eisya supaya eisya jadi anak yang baik, yang rajin solat, yang pintar, yang berbudi bahasa, yang ingat Allah. dan semua2lah yang baik2. yang lembu2 semua tak mau okay. eheh. tapi tak baik kan dorang ejek lembu. lembu tu tak ada dosa pun. manusia ni kalau jahat lebih teruk dari binatang sebenarnya.

okay dahla tu. panjangnya. dah berapa hari kan dok draft2 hihi. apa2 pun u olls, thanks sebab bagi semangat kat komen korang previously. doakan lah ya kita orang. thanks. terima kasih. banyak2.

hugsss.
















17 comments:

wuzz_in said...

Ederq, aku rasa org yg nak BF ni memang mcm2 cubaan nya.Mak aku pon lebih kurang mak ko juger..nanges2 gak lah dlm pantang yg pertama.Dahlah asik ulang suara"Susu Ja ni sikit.Org patut dah bengkak susu dah..meleleh sebelah lagi."Siap picit, n tengok lagik.Tensen okeh.Tapi aku buat2 pekak aje..Pam masa pantang pon dapat 1.5-2 oz jer.Tapi aku kumpul jugak.(bandingkan dgn wani yg dpt 7 0z engkau!Lepas BF tu..aku pam pas Bf dpt angin jerlah gamaknya.hihi)

Anak 2nd ni tak kuat nenen.So adalah lebih2.Anak 1st dulu, aku mcm apa jer ,stress sebab susu.Hanya ibu yg betul2 nak BF je memahami perasaan nya kalau susu sikit..Apa pun, syabas lah sebab dah berjaya BF sampai sekarang.Yg penting, still minum susu kita.Campur pon tak kesahlah kan. (anak 1sr dulu pon ada campur2 sebab kak ipar aku malas nak panaskan susu.Kejam tak?) :S

ederq said...

wazin, yang kau ckp suruh picit tu, mak aku pun suruh. tapi ada 1 time aku picit, memancut kena muka dia. sampai sekarang dia tak suruh picit dah. hehe

aku harap aku mcm kau la. 2nd baby fully BF. insya allah. aminnn.

jap kak ipar kau malas n panaskan susu? kan ke tu lagi senang dari bancuh2. mmhh macam2 kan

aida said...

takpe derq,yg penting jgn putus harapan je..jgn stress..aku rasa ko stress dgn keadaan sekeliling ni..aku pun kalau stress dapat x sampai 1 oz pun pam..gile betul penangan stress..insyaAllah nanti dipermudahkan..

BS lama aku bagi sesiang 4oz x 6-7 botol..kdg x cukup ptg call aku tgh hari suh hantar..nak bg 6/7 botol tu pun aku jd burung hantu for a month..2 jam sekali bgn..makan oat la susu bagai..pastu pam balik..

lg masa tu aku try shaklee..okla jugak..tp takla mencurah bagai ..

bila dah makan 6 bulan tu jadi normal balik 3oz x 5/6 botol..sekarang sebab dia rajin makan..3oz x 4 botol je..aku pun pam dapat gitu je sesiang..

btw kak farah is my senior masa secondary..kat sekolah pgl kak paan..hehehe..

aida said...

pasal malas panaskan susu ni pun satu hal..aku dah dgr 2 kes kawan aku BS malas panaskan susu..siap bg susu budak lain kat anak derang..ape kemasalahnyetaktau..

ederq said...

aida, tu yg bezakan aku dgn kau kot. aku tak cukup tabah nak bangun malam2 dan menjadi rajin pumppppp je. teruk lah. huhu.
aku shaklee pun amik, dgn ESP sekali. tak adalah membantu sangat aku rasa. pekatkan susu ya. volume tambah sikit je. aku rasa aku minum oat ok. cepat full tetekku.

d.O.n.A.t said...

dah setahun tinggal aktiviti pumping. rindu pulak. ingatkan next year dpt la BF dgn baby baru. takde rezeki. (cis emo dah dtg)

takpe ederq. it's ok wpun eisya tak dpt full BF. at least ko berusaha juga. ada org mmg niat langsung tak nak bg.

teruskan BF.

statement minum susu lembu tu.. tak patut la weih ckp mcm tu.. susu pekat manis tu pun susu lembu jugak. kalau minum teh tarik tu maknanya kita minum susu lembu.. makanya semuanya sama dengan lembu ke? haha. abaikan teori aku tu.

syiekin azam said...

its ok ederq..ko pon dah cube mcm2 kan..InsyaAllah eisya pon paham tgk mami die dah cube mcm2 utk fully BF die..maybe btol la sbb stress waktu pantang tue yg kacau production susu..uhuhuh..

but its ok..abaikan la org2 yg ckp mcm2 tue..kdg2 aku tak suke gak bile ade yg condemn2 ibu yg bg FM..I'm sure dorg pon dah cube sehabis baek nak fully BF, tapi mungkin belom rezeki lagi..nie sumer kuasa Allah..kalo bangga sgt pon tak elok..uhuhuhu...

pape pon pasal susu lembu, anak lembu tue mmg terok tau..kita dulu2 pon bukan mak kita fully BF pon..aku lagi la anak teh sbb tak suke minum susu..minum teh je..ahahahah..

ahaha aku dah merepek..kla bye!! :))

ederq said...

azza n ikin: haha tula pasal. abes aku ni pon dlu campur fm gak. lembu ke? hehe. kalau macam tu kena jadi canibal la baru manusia kan. hihi

ikin kau minum tehh? dr kecik tak minum susuuu? hahaha

syiekin azam said...

ahahah..ntah mak aku kate aku plg susah nak minum susu..nak minum teh je..aku pon pelik cemane aku mintak teh dgn mak aku..ahahaha..patut la aku halus je mcm tak cukup zat mase kecik(mase kecik je la skang nie dah bam3..uhuhuh nangis)..tp smpi skang pon aku tak suke minum susu..nak muntah kalo minum..

tp aish aku tak bg minum lg teh2 kopi nie..tunggu la besar skit..:D

Nurul Wahyu Razman said...

tahnia beb...cerita aku dulu lg sadis dr u...huhu..b.hajat nk fully bf..tapi bb kena keteguran..so nangisssss je...sampai aku stress..mak aku stress..hubby aku pun streestress...so low milk production...sadis. sgt.....aku nih sm cm ko beb..susu sikit..pam dpt 1.5 oz jer setiap kali...huhu.

Mrs. Eeza Herman said...

Dr marina tu garang kan..susah nk tgk dia senyum apatah nak agah2 hazeq..serius no..

xpe, jgn putus asa key..rezeki anak2 kita Allah yg tentukan...insyaAllah, nanti ader la tu rezeki utk eisya dan adik2 eisya..

mcm iza,susu ader tapi tak cukup je..walaupun dah makan solid food..stok ebm mesti cukup2 utk next day je...setiap kali plan nak beli FM, sure susah ati+sedey coz xmampu nak bg fully BF...tiap2 ari iza doa, mintak2 susu cukup utk hazeq walaupun hanya setakat pepatah melayu kais pagi makan pagi kais petang makan petang..

yaNa said...

byk info psl fully bf kat cnie..
aku x merasa beranak lg..x tau ar camner plak kisah bf aku nnt..
papepon ko jgn stress sgt ek..mmg x kuar ar kan susu tue..

bg aku,x sesuai org kata susu campur nnt anak perangai cam lembu..kurniaan allah..ada khasiat tersembunyi kan..

pape pon..eisya tetap tomey n aku doakan moga impian ko nk fully bf 2nd baby tercapai nnt yer..iallah ;)

ederq said...

ayu: tula anak aku pun kuat nangis masa pantang. mmg aku stress dan sgt penat. stress memang tak elok utk BF kan. huhu. sekarang kau BF lagi tak ayu? aku awal2 pantang dulu dpt byk tula. lama2 naik sikit2. sekarang if nasib baik, paling byk pon dapat 5-6 oz mcm tu sekali pam.

eeza:selalu bukan dr marina tegur eisya. eisya yg tegur dia. nak tarik2 kertas dr, nak cakap2 dgn dr. barulaaa dr layan dia. hihi. tp hazeq still fully bf kan. huhu xpelah kita usaha jelah.

ina: sila cari ilmu banyak2 tau. aku dulu cari ilmu jugak. tp tak prepare mental. bila kena dugaan tak kuat. hehe. jgn ikut ok. aku doakan kau cpt2 dpt baby n dapat fully BF baby ihihi. tq babe! doakan jugak aku dpt kembalik fully bf eisya!

::LiYa:: said...

dearrrrr!thanks for writing this n3!i really need this!i feel u!!having d same problem.direct feeding ok.pump xde.bile pump dulu,satg df xcukup..i've been so stress up.baru je this morning i texted hubby telling him i finally give up n we should consider fm.n mmg i plan minimal kan fm.maybe 1 session je mase tggl dgn bs.

thank u for sharing ur experience.
i dont feel isolated anymore.
atleast i know im not alone.
we've done our best!

M.U.M.M.Y M.I.Q.H.A.E.L said...

nak berjaya dalam bf ni kite kene gali2 ilmu bf sedalamnya...kalo gali ilmu sebanyak mana pon, kalao kite tak prepare mentally, mmg susah ida..lagi satu kene berada dlm kalangan org2 yg aware dgn BF.selalu keep in touch..sebab kalo ade ape2 masalah dlm Bf kite bole mintak pandangan dan kongsi dgn dorg.


betul cam farah cakap, power pumping paling baik..

tendem nursing pon bagus, sambil susukan, pam sebelah..takdela terbuang susu meleleh basah baju dan katil..kalo tendem ni, kite bole dapat dlm 5 oz dan lebih...


bf mmg byk cabarannya ida...setiap org ade dugaan & cabarannya..

akak ingat eisya fully BF..bile bace ni baru tau ida dah top up FM..biasenye kalo BF bb mmg akan reject FM..dorg tak biase...

ederq said...

liya: huhu sedih kan. tak apalah. insya allah mana tau kita boleh kembali fully bf baby kita. doa sama2 k. take care! n please dont feel isolated. we mommies will always want the best for our babies!

kak nita: huhu itula. sedih ni. apa2 pun ida akan usaha keras la. untung qaseh akak byk gila susu! nak jugakkk!

Anonymous said...

baca entry ni ternangis plak..teringat masa anak 1st dh umur 8 bulan n tgh pregnant 2nd child..susu makin lama makin sket. Nanges2 refuse xnk bg fm sampai rasa nk marah mak yg jaga bile ebm kena buang sbb x abes minum or bile bg lebih dr 16oz sehari. Tp give up jugak akhirnya sbb sian anak takut x cukup nutrient. Skarang after deliver 2nd baby tandem nursing pulak. Stress bukan main sbb x sempat pam utk anak kedua minum nanti. 1st baby dh xnk fm langsung. Bile tandem nursing lain la plak kesedihannya..huhu. Tp sama kes la bile pam dpt sket je. Bile dh sikit makin la stress kan..