mata duitan

Monday, May 17, 2010

cerita hujung minggu yang gemuk

phew begitu malas nak update sekarang ini. walaupun sepatutnya saya janji nak update gambar2 barang2 kawen untuk sewaan, malas gila ok. dah draft pastu tak siap2. oklah macam ini lah. kalau interested, sila email ok. :) terima kasih! (gila give up dgn kemalasan diri sendiri!)

marilah saya menceritakan kisah hujung minggu saya. 15 haribulan may adalah harijadi adik bongsu saya, mohamad aiman bin ahmad danial. sudah 18 tahun rupanya adikku ini. dah berbulu kaki secara kerinting dah. betapa dewasa.

dalam banyak2 adik (macam banyak gila adik), aiman adalah yang paling dikenali di kalangan kawan2. kawan2 akan tanya, adik kau yang kecik nama aiman tu dah besar mana? hah? besar dah? dulu comel je kecil. (nampak sangat sekarang tak comel)

masa kecil dia memang suka mengendeng kat aku. kalau aku balik bercuti ke rumah dari tempat pembelajaran, dia akan gembira lompat2 sambut aku. pastu kalau tengok tv, mesti nak peluk2 aku. aku penah marah dia sebab aku rimas. nak tengok tv pun tak selesa dok menempekkk. pastu ummy kata, janganlah marah dia. dia rindu kak long masa kak long tak da. hihihi susah betul jadi kakak yang cantik dan penyayang ni lah. ok lepas muntah datang sini baca seterusnya okeh.

masa aiman kecil dia lah paling rajin tulis surat kat aku masa aku di tempat pembelajaran. kadang2 masa birthday aku dia pos hadiah. aloh manis.

tapi itu semua masa kecil! sekarang dah besarrrrrrr perkara manis itu mungkin ditujukan kepada awek dia sahaja lah. cis. sekarang kalau suruh vakum rumah tuuuu tak tau kena suruh berapa kali. nak mintak tolong ambilkan barang punnnnnnnn kejap kejap kejapppppp. sampai aku macam nak menangis tunggu! (tapi aku memang suka suruh2 adik aku weh, amek kan kak long tu. weh tutupkan lampu tu. weh naik atas jap amek charger kat bilik. dan sebagainya. sebab tu buntot besar malas bangun kalau dah duduk. la la la)

okay mana isi penting entry ni jap jap. okay sebenarnya nak cakap happy birthday aiman. lepas ni aiman pergi belajar kat uitm penang. silalah belajar dengan cemerlang. walaupun aiman mintak land survey tapi dapat civil engineering. tak apalah. sama dengan kak long kan. okay apa jadi budak engin.

ni first time aiman dok asrama. selama ni si bongsu ni tak nak pergi asrama sebab kata tak best sebab tak dapat tengok bola. hmmphhh. padahal manja tak nak pisah dengan ummy. (tapi memang betul pun. asrama sux! that explains why aku blah STF dan tidak pernah suka suasana dok kolej kat UM. matrix je terpaksa. nasib baik 1 year je.)

rasakanlah nanti berjauhan dengan keluarga. mesti aiman akan rindu pada ummy dan kak long dan lain2. dan jebon. (jebon dah tak biasa dengan aiman sekarang sebab aiman dah lama tak jumpa dia). apa2 pun nak buat apa2 tu ingat ummy abah. solat jangan tinggal. jangan kawan dengan orang tak bagus. kena cari kawan yang rajin supaya boleh tiru assignment dia eh eh salah. supaya terdorong belajar sama2. belajar rajin2. wajib dapat 3.5 pointer above. sebab senang kacang je diploma! (padahal tak pernah ambil diploma pun. eh tapi kan ke semua budak uitm diploma scorer! so wajib dik wajibbb. haha pressure la tu)

gambarajah kat bawah ni menunjukkan gambar aiman dan abah. bersama kek tiramisu oh setap. oh ya harijadi abah 21 hb tapi sebab kak long balik JB pula maka sambut sekali lah. (may memang mempokaikan haha) dan oh ummy masak nasi dagang. gemuknya!

anak beranak may bersama kek tiramisu

selepas itu, pada hari ahad pula saya, suami dan keluarga yaya pergi melawat puan dyah haha demi melawat baby rifhan. oh my god seketul rifhan sungguh good boy dan seketul si gebu geram nak makan. saya picit pipi dia tak tahu berapa kali. rupanya rifhan terkena kenan saya iaitu kuar kentut ya. bergegar peha aunty ederq tau.

kesian rifhan selalu jadi mangsa cubit2 sebab ketul2 sangat

puan dyah memasak nasi beriyani dan choc cheese cake yang saya dan yaya tidak percaya sama sekali dia membuat sendiri. hihi. sungguh enak yum (weekend yang gemuk kan? wajib pegi gym 4 hari berturut2)

okay so there were me n hubby, yaya, shamir n baby amal, dyah, cain and baby rifhan. dyah kata tunggu kau je derq. i said oh yeke. thought dia kata tunggu makan! coz i arrived the latest amongst them. then baru macam perasan. ohhh tunggu tu. okay. haha! rupanya lain!

uhuk uhuk uhukkkkk.

mmmhhh welll mmmmmmhhh. okaylahhhh bila kami dah mentamatkan honeymoon secara berdua, babymoon akan bermula kot. :p

5 comments:

AZIZAN & HAFIZAH said...

org tggu lain...ko pikir makan je....
sabo je aku...

Nurulhuda|Adlie said...

comel baby tu muka dia, haha suffering!

ederq said...

pijah: haha bab mkn mmg laju! hihi

huda: kann geram gila! kesian dia kena cubittt

meezameez said...

yg ini aku suka >> "okaylahhhh bila kami dah mentamatkan honeymoon secara berdua, babymoon akan bermula kot" hihi

ederq said...

meeza: uhuk uhuk uhukkkkk