mata duitan

Wednesday, June 8, 2011

susu ibu

satu

wife aku dah stop BF sejak anak sebulan. sebab tak larat anak asyik mengempeng je. dan tak larat asik kena pakai breastpad. basah baju.

dua

dah stop BF sejak kerja sebab malaslah nak pump. lagipun elok lagi ke susu simpan lama2 kat peti ais? baik bagi FM jela.

tiga

susu memang banyak. tapi kena top up dengan FM jugak sebab susu badan tak ada khasiat macam FM. DHA lah AAA ke apa semua tu tak ada.

why why whyyyyy? kenapa orang yang banyak susu begini pula. orang yang tak banyak susu bersusah payah menangis2 tak cukup susu. huhuhuh i'd say, life can be so unfair sometimes. satu, dua dan tiga adalah yang aku dengar dari beberapa orang sekeliling aku. tak tahu nak cakap rasa macam mana. marah, sedih, jeles, kesian. huhu.

tapi aku kagum dengan orang Indonesia. masa aku potong rambut, the shampoo girl adalah Indonesian. dia cakap dia datang Malaysia lepas cerai susu dengan anak dia. after 2 tahun. "saya datang ke mari lepas nyusuin. doktor kan bilang harus diberi ASI (air susu ibu) sehingga 24 bulan. makanya saya harus tungguin baru bisa datang ke mari. kamu juga susukan ya. bagus tu donkk".

lagi satu kes orang indon aku rasa. muda lagi. anak dia nangis2 kemudian dia masuk surau. aku nak solat masa tu. dia pun selak baju, macam malu2 nak bagi susu kat anak dia. aku senyum dan tegur, "lapar eh baby, sian dia". dia kata, "tak mahu ni susu botol kak. saya dah cuba macam2 tak mahu. mahu susu badan aje. nasib saya tak kerja".

"eh baguslah tak payah bagi susu tepung. awak tak kerja lagi senang." aku cakap dengan harapan aku pun nak banyak susu macam dia. huhu masa tu aku mengandung lagi.

mmmh macam2 la kan. kadang2 aku menangis sendiri mengenangkan produksi susu yang tidak memberangsangkan. dah macam2 buat. kadang2 aku wonder kenapa tuhan bagi susu banyak kat orang yang malas nak susukan anak. kenapa tidak aku?

tapi jahat okay aku ni fikir macam tu. buruk sangka pada tuhan. aku kena ingat tuhan dah permudahkan banyak perkara dalam hidup aku. nak kahwin, ada suami. nak anak, tuhan bagi. nak beranak, tuhan permudahkan. nak susu banyak? kena usaha lebih sikit. lebih banyak. mungkin tak cukup usaha. tak cukup doa. tak cukup minta dengan tuhan. mungkin ada dosa banyak. kan?

kebanyakan masa, aku juga seperti nak salahkan orang lain. salahkan nurse. salahkan orang yang tidak menyokong. entahlah kan.

tapi kan, aku harus terima kasih kepada kawan2 aku yang banyakkk bagi semangat, tips dan sentiasa tak kedekut ilmu.

dan tentunya B yang memang supportive dari awal lagi.

kan bagus kalau aku tak kerja. kan bagus kalau maternity leave sampai 6 bulan. kan bagus kalau dapat tinggal tetek kat rumah masa kerja.

nanti kita cerita my breastfeeding update okay. ceh tak cerita2 lagi eh. sabar jela ya. tu kena tunggu feel dulu. hehehe.


ni eisya adelea after dapat susu mommy kat hospital. perasaan bila eisya minum dan mata dia tengokkkkk je aku masa ni... adalah priceless... OMG tiba rasa nak nangis ni.

bye!!

16 comments:

aZZa said...

jgn pernah putus asa. selagi kita yakin insyaAllah rezeki untuk Eisya tu ada. yang penting jangan stress, nanti effect pengeluaran susu. Otak kite harus berfikir yang seronok2.
nak share something, kalau pumping sambil browsing, selalunya production susu adalah memberangsangkan. maybe jgn terlalu fokus kot masa kita pumping tu. kita chill2 je.. aku pumping tu time kt cubicle office..
lain bila aku pumping kt surau, susu mmg lmbt je nk keluar. agaknya masa tu aku fikir "cepat2 la keluar susu" sbb nk rushing2 sambung buat kerja. hihi ni based on experience aku.

:: Lya Zara :: said...

love this n3!definitely experiencing the same thing!tgok org byk susu dok komplen susu byk smpai basah baju.apekah yg nak dikomplenkan rezki punye banyak,kan?i tried really hard to produce sufficient milk everyday.alhamdulillah,masih berusaha.masih berdoa tanpa henti n selebihnya tawakal!hope u'll do d same thing!

ederq said...

azza: tula aku pun rasa aku too focus kot. so skrg aku pam sambil kerja. so xdela rasa stress sgt. hehe. tq babe!

liya: kann! i pun ada basah2 baju tapi kenapa pam dapat sikit. huhu. sedih2. yep keep on usaha. all the best to u ok. and thank u for dropping by here :)

Mrs. Eeza Herman said...

Tuhan Maha Adil, cuma Dia nak kita usaha lebih dan sabar je...
iza pun sampai baju basah2, tapi pump dapat paling byk pun 6oz..hazeq lak kuat menyusu..ari nie pump, stok utk sok je..sedih sgt bila fikir nak kena bg FM...
xpela, y penting kita usaha..sure anak2 kita tau, kita dah try buat yg terbaik utk dorg..

Mrs. Eeza Herman said...

ebm iza tak la byk mane, cuma iza struggle + stress bila nak cari port nak pump..nak pump kt surau, nanti senior eng kt sblh bilik surau leh dgr..meeting room, ader je yg nak guna, bilik iza lak leh nampak dr luar sbb cermin x tinted..sampaikan ader 1 aritu pump kt bilik belakang dkt ngn toilet, ader draughtman nak masuk bilik tu, bila tak leh buka sbb iza kunci dr dlm, dia buka ikut pintu toilet yg connect ke bilik tu, nasib baik iza tak start projek lg..kalo x, sure haru punye..cuma, alhamdulillah, bos iza nak buatkan lactation room next week..lega la sket...hihi..

ederq said...

yep betul tu iza. yg penting usaha! huhu. yeke? ok la tu boss da nak buat lactation room. bagus betul! i dulu pump kat surau. pastu stress org kuar masuk asik tanya. pastu pam kat filing room. tp selalu terkejut bila org nak masuk tapi i kunci. hihi. so lepas tu pam kat stor komputer. ok sikit tenang. tapi rasa mcm time consuming. so tanya colleagues ok tak if pam kat desk. dorang ok. boss pon ok. mula2 malu lama2 ok. dahla bising pam akuu! hhaha! n now selamba je bos or colleagues buat discussion sambil pump hehe.

aida said...

org yg bf ni ada up and down..yang penting jgn stress. positif okeh..lepas pam tu cakap alhamdulillah...minum air kosong kene byk..2 ltr kalau bleh..

beza sgt kalau x minum air sebab 2 hari puasa..tak minum air siang n mlm flat terus..kalau hari biasa alhamdulillah ckp utk esoknye..pam ikut masa ok kalau kat ofis..at least 3x sesiang..kalau ada masa buatla 2 jam sekali..

makan pun kene ikut time..jgn skip..kalau x mana nak datang susu..sebenarnya bila kita gembira ..insyaAllah mudah je pengaliran susu tu...ais cuba elak or kurangkan...

tp ape2 pun berbalik concept supply and demand itu juge..

ingat niat yang baik plus usaha plus tekad akan dipermudahkan Allah

aida said...

aku ngepam di cubicle saja selama ini..jiran ku lelaki...depanku lelaki..slumber sajala..bukan ku buat show pun..anak aku x cukup susu sapa nak jawab kan...

ederq said...

tq aida. n mmg dah buat pun semua tu hhuhuhu. doala ya dipermudahkan ;)

Unknown said...

...huuuwuwuwuw T_T
tu la kn jeles ngan org byk susu ni...Now I dh xde stock babe!..Siyesly worried! Pump pun skrg dh x byk cm dulu2....pump 2 blah ade kot dpt 1 botol....siyesly sediy nih! Tp nazhan ni pun kuat nyonyot...malam direct je...Tp memang best kn, die tgk kite...main2 mata gitew! auuw
NAzhan ni plak notty, jap2 die suck pas tu die lepas die big grin kat mummy...repeat few time! Rasa cam nak gigit2 je die!ehehehe

ederq said...

huhu keep on pumping! hehe tu jela nasihat org kan. tapi u dah tak keja kan sekarang.
eh samaaa dengan eisya. esp pagi baru bgn tido. dia nenen, n stop n tggu kita tegur or agah. dia sengih malu2 n sambung n buat lagi. hihihihihih

Mag said...

i susu byk pon ade gak time kurang.mzse kurang tu takut sangat. xpe, pump je, insyaAllah ade la tu rezeki eisya.

Mrs. Eeza Herman said...

aida : salute la kt u..mcm iza, tahap malu terlampau...hihi..iza pernah baca satu blog ni citer psl adek dia pump milk tp ader staf(lelaki) amik video secara curi masa dia pump tu..dah la byk kali, pastu dia ternampak video tu, dia report kt bos, tp xde tindakan apa2..pastu bdk laki tu gi sebarkan kt semua staf lain..malu la dia..terus resign....tu y iza jd risau bila pump kt public nie

ederq said...

mrs spicy, aminnnnnn. maryam tembam sgtttt! geram tau

iza, haaaaaaa? gila lah. jahat ok. eh tapi adakah dia pam nampak twins nya?

i pon pam kt desk siap berjalan2 kesana kemari sambil buat discussion. (and mostly with male colleagues) tapi pakai nursing cover lah. i dont understand why certain people regard BF as sex symbol. bagi anak makan je ok. i nurse in public pon ada certain yg pelik2. ignore je. tapi mostly yg tengok mcm buat dono aje. mcm faham la bagi anak makan kan. lagi terok kot yg pakai dedah2 nampak lurah2 tuuuu huhuhuu

aida said...

iza - tpt guer nasib dari belakang dinding..so takde serangan dari belakang la..bongok gile dak yang buat mcm tu ...BF ni kan perkara alami..ada masalah tu dak tu...

derq - ko pakai FS eh..siap gerak sana ke mari lg..

ederq said...

aida: aku pon rasa budak tu ada masalah besar tu. patut ada la tindakan. huhu...