mata duitan

Friday, September 30, 2011

dulu lain sekarang lain

konsep: hari malas dan penat sangat2 sedunia.

dulu, masa bujang belum kahwin.

balik kerja, beli nasi kukus ayam berempah, makan, tengok tv, tidur. tak kisah baju belum basuh ke, dah mandi ke, dah kemas ke, tak kisah.

sedar2 je tv tengok aku.

dulu, masa dah kahwin tapi belum ada anak.

balik kerja, cakap kat hubby, yang i penat. malas masak or buat apa2 pun. tapaukan dinner ok. hubby kata ok. lepas mandi makan, lepak2, tidur. kerja rumah tu nanti2 la time tak penat buat. asalkan both perut kenyang and both wangi. :p

sekarang, berkahwin dan ada anak.

balik kerja, tak ada alasan penat. nak tak nak kena buat. unless kau sakit.

takkan kau nak delay basuh berak anak sebab kau penat. takkan nak delay masak untuk anak sebab penat. laki tak pe boleh beli makanan kat luar :p.

orang lelaki lain sikitlah. penat, tak tolong bini tak apa. tak handle anak tak apa. sebab isteri dia ada kannn. kalau kita tak ada reti pulak dia kan.

orang perempuan lain sikit. naluri keibuan tu kuat. hehe. penat cemana pun buatttt jugak.

kadang2 hati isteri ada sikit panas bila kita tertonggeng2 buat kerja manakala kaum adam baca surat khabar sambil makan kuih raya. lepas tu tiba2 dia dah pingsan.

atau pun tolong pegang anak. lepas tu kau tengah masak, dan tetiba, yang baby berak. basuh jap. atau pun tengah makan. yang, baby berak, cepat sikit.

fuh fuh fuh.

haha dapat anak suka berak, nasiblah kan.

apa2 pun, aku bukan komplen pasal aku penat jaga anak or laki aku tak tolong. (sebab tau nanti mesti hubby kata, eh kenapa hunny blog macam tu. b tak tolong ke? tak baik tauuu bla bla blaaa)

ye ye sayangku encik hubby. u tolong. alhamdulillah. terima kasih, yang.

tapi aku cuma nak stresskan kat sini. bila dah ada anak. tanggungjawab tu besar. automatic kita akan dahulukan anak dalam apa jua perkara pun. terutama para ibulah. kadang2 aku nak wax kaki pun tak sempat u olss. tapi tempat lain sempat. gila kau! kang jadi kes macam ni! kikikiki

kepada para suami, silalah hargai isteri anda yang juga seorang ibu bekerja. janganlah marah dia kalau dia bebel or mengeluh penat. rajin rajinlah urut. (ehem ehem)

janganlah sesekali nak bandingkan isteri dengan mak korang ke, makcik ke, kakak ke, kawan ke dengan kata2 seperti - orang lain ada 8 anak. awak 1 anak dah kecok ketiak.

woh woh berasap telinga dan hempedu ok! jangan bandingkan! kalau isteri bandingkan suami tau pulak kau cakap jangan cuba2 derhaka ya!

enggak fair!

kepada para isteri, aku percaya suami korang sebenarnya tolong je kan. tak banyak pun sikit. hargailah. kadang2 orang laki ni nak kita ingatkan atau suruh selalu atau hari2. yang kita ni nak marah kalau dia asyik kena suruh je kan. nak buat cemana. kalau itu satu2nya cara nak suruh dia tolong, suruh jela. hehe.

tapi one thing i learn from my hubby, dia sangat marah kalau kita suruh marah2 bebel2. dari aku yang amarah, jadi aku yang kena marah. faham tak? jadi jalan penyelesaian sama ada buat sendiri atau minta dia buat dengan penuh berhemah (sebenarnya dengan penuh manja dan rayuan pujuk rayu. tak kuasa kan?) kikikikiki. tapi seriously, kalau kita suruh dengan manja2 laju ok bangun. siap kena upah peluk cium dulu baru nak buat. wah wahhh.

tapi aku rasa aku pernah dulu, mintak tolong sampai nak nangis berair mata sebab masa tu aku penat sangat2. nak marah tapi terus termenangis. terus gelabah si dia kan. haha! tu dululah masa jiwa lemah. sekarang aku kental hahahaha!

aku kagumlah kepada mereka yang sungguh baik merelakan diri buat semua kerja, jaga anak manakala suami dilayan begitu sempurna. aku tabik sangat2 sebab aku sungguh tak kuat macam tu. tak supermak macam tu. hehe.

please dont get me wrong ok. aku tulis ni bukan semata2 kisah aku dan hubby tapi juga keluh kesah orang lain. hehe. ramai je yang komplen hubby suka bersenang lenang, kita tertonggeng2 buat kerja. hehe. perkara biasa tu aku rasa.

untuk B, terima kasih sebab tolong. tau B rajin. especially lipat kain, sidai kain, vacuum rumah, mop, strelize bottles n breastpump parts etc. cuma kadang2 tu adalah datang malas, eh bukan. penat. :p so, hunny hargai. sangat2. terutama kalau dapat urut. cuma kalau dapat lebih lama dan tiap2 hari alangkah indahnya hehe.

biasalah kan kalau hunny bising2 bila hunny tengok b senang lenang di saat hunny tertonggeng2. ye memang hunny tak senang tengok b senang lenang hahaah! bear with me k sayang? katanya susah senang lenang bersama. kan kan kannn?

macam semalam, b offer nak ironkan baju hunny. so baik of you. and b strelize bottles n breastpump parts semua tanpa hunny suruh. ha itu yg kita mahu. hehe. alhamdulillah my hubby bukan jenis yang duduk je dan nanti bini settle semua perkara. cuma i je kadang suka marah2 tak puas hati bila dia dapat relax lebih. hihi my bad.

untuk kawan2, cemana pun husband kita. tolong ke tak ke, cemana pun perangai dia. bersyukur jelah. sebab fikir je ada orang lain yang nasib dia lagi kurang baik dari kita. dan fikir jela buat dapat pahala. suami kita ada special value dia sendiri. begitu juga dengan kita.

kepada encik2 suami jangan take for granted ya.

AWASSS!

hahhhahaha!




cute gilalah this video clip! haha tapi emak2 mananya nak dapat lazy2 macam lagu ni kan. dulu boleh. sekarang tak ada makna. hehe

Tuesday, September 27, 2011

her first bubur ikan

suka tapi ngantok lalu tertidur masa makan. boleh pulakkk.




i'm glad now she can take bubur nasi putih instead of brown rice only. :D

and she also dah pandai makan ayam dan ikan.dulu tak suka!

on baby led weaning. mmhh dari day one, dia suka jatuhkan food. suruh orang amik. bila orang bagi dia tarik tangan orang instead of food supaya disuap. lahaiiii

i want u to be more independentla cha. takpe mommy tak give up. mommy try lagi!




- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, September 26, 2011

eisya n cookie monster


YouTube Video


ni pun i record lambat.earlier she was laughing histerically. ok mommy exaggerate je lebih.

eisya had fun at toys r us.

we didnt bring back the cookie monster. she prefers the singing elmo.

tak payah cakap budak, makpak budak pun excited semacam kat toys r us.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, September 22, 2011

of 7m eisya and her solid food

hi u olls!

apa kabar kalian? eceh kalian la pulakkk

ni i tengah tunggu eisya bangun. hehe masa dia tidur dok tunggu time dia bangun. time dia jaga tak mahu tidur, mati kutu mak kau ni struggle nak suruh tido. pelik pelik kan emak emak ni. tsk tskk

mmhh dah 7 bulan dah dia!

okay nak ceritalah pasal solid food anakku.

eisya sangat suka makan! alhamdulillah. tu yang buat i semangat nak prepare food untuk dia hari2. hari kerja bangun awal masak breakfast n lunch dia. balik kerja, masak dinner pulak.

so far, dia makan homemade food dulu. sementara mak dia tengah excited nak prepare kan.

usually, she'll be having oat for breakfast, brown rice for lunch (these 2, campurla apa2 sayur or buah), and fruits puree for dinner.

i pernah try bagi bubur nasi putih campur ikan bilis or ayam, blerghh dia tada suka la! walaupun tak campur lauk pun, buat macam brown rice pun dia tak mau makan.

alamakkk. my ummy dah bisingla kan tak ajar bubur nasi putih dulu. kikiki. tapi ummy cakap tak apa, dia baru lagi berjinak2 dalam bidang pemakanan, bagi je apa yang dia suka, jangan paksa and let her enjoy her moment kan.

so slowly la lepas ni i intro lauk n nasi putih :p

on fruits she has tried, apple,pear,avocado,mango,papaya,banana, pumpkin,honeydew,plum. her favourite is apple+pear puree.

sayur dah try carrot, brocolli, cauliflower, and sawi. her favourite is carrot.

tapi above all, dia palinggg suka oat+raisins.

makan memang selera tapi kalau lepas makan, 15-20 minit lepas tu mesti ehek ehek nak nenen. lepas tu dodo. haha! senang hati mommy kalau awak selalu macam ni cha. tapi hakikatnya tak la kan. kadang2 tu. wahhh bukan main mengada.

dah 7 bulan anakku ini, dah macam2. tahi makin busuk. hahha! no wonderla your papa selalu escape part basuh berak. grrrrr

anak u olls mentahi berapa kali? eisya ni jenis suka mentahi kot. masa awal2 5-6 kali sehari ya masa fully BF tu. dah campur FM kurang sikit jadi 1-2 kali.

ni dah start makan jadi 2-3x sehari. kadang 4 u olss! jenuh i nak sental CD. huhu. kalau papa dia ada, memang dialah i suruh sental. fairlah kan mommy dah basuk berak. hehehe.

ok sekarang mari cerita pasal kebolehan eisya yang terkini.

  1. merangkak. belum lagi daaa. asik goyang buntot ke depan belakang sambil silang kaki. kadang gerak selangkah pastu tergolek. pastu give up, menyulur instead. sebab menyulur lagi pantas kan.
  2. bergolek2 macam hindustan secara laju2 dan non stop.
  3. suka buat muka busuk. haha geram sangattttttt
  4. suka sembur. even masa nenen pun main sembur2. geli mommy la chaaa!
  5. dah kenal nama dia. eh ni dah lama dah tapi baru tulis kat blog kikiki. panggil je eisya adelea ke, eisya ke, sya ke, cha ke dia turn. hehe
  6. dah pandai pilih nak dukung ke tak. kadang2 kalau i duk depan dia yang didukung orang lain, dia lonjak badan towards me dan grab me. eiiiii tak nyempat2. kalau orang minta dukung dan dia tanak, dia pusing badan siap buat bunyi erghhh. diva kan! tapi kalau orang siap2 lawa, start kereta je nak aje. kuat jalan ikut sapa tak tau. :p
  7. suka buat tangisan pilu kalau i tak layan dia, busy buat kerja.
  8. suka kids instead of babies at her age. tengok budak2 main kejar2 pun dia gelak. macamlah orang main dengan dia.
  9. dah kurangggg menangis. ALHAMDULILLAH!
  10. akan tetapi masalah baru, kalau tidur, i bangun dia pun bangunlah. ayayai. cemanalah nak train dia tidur cot balik. :(

this is eisya with kembaran, nayli. we ols pegi beraya rumah baru diah. kenapa kembaran? sebab perangai dorang dari newborn sama dengan. kikiki

this is eisya at mcD. now mommy papa boleh makan dengan aman coz dia boleh duduk dalam baby chair. tapi belum terer duduk sendiri ya.

and this is her with her favourite thing! mommy's iphone. flashcard pun baca sendiri je. kakak baca ke? mula2 baca lepas tu dia nak taste the phone. tsk tsk

ok tu je lah nak cerita. daaaa!

Friday, September 16, 2011

fewh!

happy malaysia day! glad weekend finally here.long weekend! yeah!

i have been snowed with lotsa things now. stress mak fikir undone things at the office.

and this weekend banyakkkk jemputan open house n weddings. fewhh yummy yummy!

i have thought to blog about this and that but they end up in my head only. hehe thus this whining post je!

mmh tapi apa kata kan, u all suggest me the good toys for 7 months baby? eisya cepat boring with toys. so i dont normally let her play with all her toys tapi bagi different toys at different times. and she tak banyak toy pun. so i'm going to buy more, so please suggest any good toys to buy ok!

in 3 days she's going to turn 7 months!!

semakin lasak ok. tak boleh lepa dah.




this is labai kallah unta.she likes haha!



bergolek2



and currently, she is trying hard to master this!!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, September 8, 2011

bikin panas lahhhh

orang kata, ambillah kira apa yang orang kata masa marah tu sebab perkara yang dia cakap masa marah tu lah yang betul.

mmh betul eh??

tapi realitinya, kalau marah lepas tu dah sejuk dan minta maaf mesti cakap. sorry aku tengah marah so aku cakap pelik2.

kalau dua tiga kali aku percaya lagi kot. tapi kalau dah 127 kali kau ingat cemanalahhh

mode: lantak lahhhhh


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, September 5, 2011

kerja kerja kerja

*seduttt hingusss*

zrettttt

pfftt. tetiba datang selesema ni. hari ni aku dah start kerja. nampaknya ramai masih cuti sebab jalan clear je tadi.

hows raya peeps? mine was okay. eisya sedang giat kumpul duit raya. :p

mood kerja tu tiada lagi. tapi dah menimbun ni. cemana?

ah raya food are evil. jahat jahat jahatttt!

*rindunya eisya. seminggu lebih berkepit. sighhh.

this was eisya on first daya raya at rumah her moyang!