mata duitan

Monday, January 30, 2012

menjadi baligh

masih segar di ingatanku di saat kali pertama daku mendapati diriku sudah baligh. 26 disember 1996.

wah siap ingat tarikh kan! kelasss!

haha tak de. sebab masa tu one day after Xmas day, dan masa tu cuti sekolah dan masa tu aku form 1 nak masuk form 2. aku rasa budak2 sekarang cepat! darjah 3 dah period kan.

masa tu ramai kawan2 aku dah period. tapi aku belummm lagi. masa tu ramai kawan2 aku yang alim2 suruh aku pakai tudung tapi aku cakap belum baligh tak pe. haha! tapi lepas baligh pun tak pakai lagi. :p


hari pertama aku datang tu, aku bangun lambattttt sangat sebab sakit badan. tak pernah2 aku sakit badan macam tu. pastu aku bangun kul 11 macam tu. aku nak mandi pastu aku tengok ada darah kat spender! apesal aku tidur pakai spender eh masa tu? haha.

pastu aku jerit dalam bilik air. dan menangis jerit UMMMMYYYYYYYY!

adik2 aku datang ketuk pintu toilet tanya, kak long kenapa? kenapa nangisss?!! bukak pintu ni!

masa tu ummy tengah gayut dengan kawan dia kat fon. pastu dia tak naik2 atas tengok aku. aku dah tek keruan.

aku turun bawah, bawak spender and pegi kat ummy. sambil nangis cakap, ummy!!! tengok niii! kak long ada darah ni. apa ni? period ke????!


ya allah budak ni. ye! period la tu. dah2 pegi mandi. pakaila pad. kan ummy dah ajar! sambung bergayut.boleh?

aku ingatkan mak aku nak celebrate ke apa kan. atau mentenangkan aku. tapi dia halau je aku dan sambung cakap kat fon. aku ingat lagi masa tu dia tengah gayut dgn cik nani.

T___T

lepas period tu aku rasa macam. wah aku dah dewasa. aku sudah anak dara. apahal tah malam tu aku terus pakai kain batik konon senang nak handle cuci2 ke tukar pad ke apa. macam what the hell? hahhaa!

ummy lak gelak2kan aku nangis. tah apa2 awak ni. kan ummy dah ajar. apesal nangis? takut apa? haha!

yela kak long ingatkan penyakit. hahaha! kemenda kan?!

lepas tu heboh kat kawan2 gfs cakap. aku dah period la weh. kita setaraf sekarang. haha! yela masa tu semua orang je da period. aku dengan few girls je belum ok. hehe.

after tu period aku secara puratanya adalah teratur every 28 days. aku last period adalah bulan may 2009. lepas tu aku pregnant. lepas tu ni ha january 2012 ni baru aku period! masa cha 11m.

fewh finally! tapi besh gakla tak period lama ni. tak susah2 fikir pasal pad, pasal nak ganti puasa. dan tak ada period pain!

ni dah ada balik, biasalah orang pempuan kan.

1 week before period aku dok sakit pinggang, dan rasa ovari dua2 belah ni bengkak. memang sebelum ni aku macam tu. tapi sebelah aje selalu sakit. dr kata tiap2 bulan masa kita period tu, salah satu ovari yang nak lepaskan telur tu (ovulating) yang akan bengkak sikit.

ingat lagi masa buat pre-natal check up, dr scan perut cakap masa tu, ovari belah kiri yang tengah ovulate sebab dia nampak lagi bengkak dari sebelah lagi. no wonder ada rasa sakit sikit2 kat situ.

ni agaknya sakit dua2 belah ovari. kalau aku plan nak merandung dapat kembar tak seiras kot sebab ada 2 telur. HAHHHAAHAHAHAH! mengada kan.

jap nak bagi tips kat orang yang tengah TTC (trying to conceive), kita boleh iringkan badan kita untuk lead encik sperms ke arah ovulating ovary. contoh, ovulating ovary is the left one, so untuk mensatukan sperm n ovum, sila baring mengiring ke kiri untuk bagi laluan.

tetiba dapat kelas biology ya hari ni. haha!

susu pulak macam biasa aje so far. harap2 tak jejas lah.

okaylah tu aje nak cerita. 

mmh this time tak PMS! haha

4 comments:

yaNa said...

kelas ko igt date dtg bulan kan.. ;)

period aku skrg dh teratur..sakit pon dh kurang tiap kali dtg bulan tue..

harap2 bleh lekat ar dlm sebulan dua nie..mau anak tomey cam cha jgk..hi3..

darlachinta said...

Assalammualaikum ederq,
Sekarang baru saya tahu maksud tweet kamu..heheheheee...

Tips on TTC tue sgt berguna. Thanks for sharing <3 ;)

Jesse Tan said...

haha i cant stop laughing reading ur post babe...ok will try to the skill u suggested..thx for sharing! keke

ederq said...

ina, darlacinta n kollo:

i wish u three all the best! doa kat allah banyak2 dan eat good food allright!