mata duitan

Tuesday, October 23, 2012

20 months

20months eisya

alhamdulillah. sihat dan ceria sokmo eisya adelea ni. macam biasa je eisya sekarang. cuma makin banyak mulut bebel2, makin lasak, makin bijak, makin manja kededek, makin suka tantrum. fewhhh

clingy...

dia memang peminat nombor satu mommy. nak berkepit aje. tak pun, dia nak i duduk dekat dia teman dia main ke tengok tv ke apa ke. kalau i masuk dapur masak ke, nak kencing ke berak ke. confirm meraung. kadang2 malam2 i nak bangun kencing pukul 3am pon selalu berkesudahan dengan raungan dia di malam hari. mommy.. mommy... sian papa terjaga terus. kena pujuk.

kalau jalan2 pon nak mommy dukung. nak mommy tolak stroller/trolley. ayoma ayopa!

emotional expression...


sekarang dia dah tetiba pandai nak pukul orang. especially papa. kalau dia tak dapat apa yang dia nak, dia cakap pukul papa pukul papa. sambil tangan tu kecepekkk kat muka papa dia. kadang hubby buat2 ngadu, mommy! tengok eisya ni. dia nak pukul papa. 

i senang je nak marah budak ni tak yah jerit2 or naik tangan. i tenungggggg je dia dalam2. dia terus tunduk. pandai pulak cakap kiss papa kiss papa. ai shayi (i'm sorry)

tahu takuttt. kadang dia tukar topik. nak tengok bird la, ajak kuar la apala.

tapi risau jugaklah kan tetiba dah pandai nak pukul2 ni. i rasa sebabnya adalah. dulu2 kalau dia dengan papa dia memang dia ngada2 sikit. dia selalu kecepuk2 muka dan kepala papa dia. dan papa dia akan cakap, ha pukul papa eh? dari situla kot dia tetiba reti cakap dan pukul. so we ols kena bagi tahu dia lah menda tu salah. harap lama2 dia fahamlah.

tapi sekarang dia memang kat stage tu la. stage ekspresi marah. tak dapat apa2 jerit, baling2 barang kadang tu. guling2, hentak kaki.

fewh memang menguji kesabaran. hehe.

yang penting jangan label anak degil/tak dengar kata/nakal etc. dia tengah develop emotion dan belajar luahkan perasaan dengan pelbagai cara. nak perhatian pun ya. maka kena bijak la nak kawal. kadang tak bijak jugak makpak eisya ni. sebab geram kan. ada jugaklah saat2 mommy dah nak sembur api naga. belum sembur lagila tapi. papa memang dah, biasalahh heheh.

tapi my mom kata kalau me or hubby tak ada eisya pandai bawak diri. tak adalah ngada2 sangat. i balik je the moment i step into the house dia terus on button mengada dia. nampak sangat dia nak kita bagi attention lebih kan. manja okk. 

pelawak / cakap macam2...

tapi all in all. suka tengok dia membesar. cakap macam2. kadang2 tak faham dia cakap apa. layankan je. kentut pon nak bagitahu orang. mommy!! sya ketut! sambil tepuk2 diaper dia haha. malu la jugak kadang kita kentut dia cakap eii ketuttt! sambil gelak2. kalau depan orang, jatuhlah saham i okay. eh ada lagi ke saham? muehehehehe.

sekarang panggil susu bukan kungkung je. kungkung shushu mommy. kungkung shu otom. (susu botol). dahla kalau BF dah pandai nak pilih. nak belah mana, nak kungkung syini.. 

semalam dia terjaga dari tidur tu, tetiba dia kata nak shushu! ha pandai pon kan cakap susu je. mana datang kungkung pon tatau.

ari tu kelakar, i nak keluar. lepas siap2 tu i grabbed my handbag and ajak dia turun bawah. pastu i tunggu dia kat tangga, she was still busy at my room. nak main mekap la apa lagi. pastu dia pon ikut i tapi patah balik cakap, kejap haybag.  i was like, ??????

pastu i intai tengok dia amik my bag and letak kat bahu and came to me. hokehhhhhhh fine. rupanya cakap kejap, handbag! bila masa dia pandai cakap kejap ni haha!


suka urut...

kalau mommy rajin, lepas mandi, i akan urut dia. dulu masa kecik2 dia tak adalah enjoy sangat. tapi dah besar2 ni dia suka. dia nampak je massage oil dia ( i use Buds. dari newborn tak habis2 lagi guna haha), terus tiarap pastu buat2 sendawa. akk akk (ajuk tokmi la tu). dahla kalau i cakap ok dah. dia cakap nak lagiii. papa kata ni nanti jadi macam mommy sikit2 nak urut. hhehe bagus apa urutttt :p

gigi...

tengah nak tumbuh gigi taring bawah. tengah suka gigit straw bekas air dia.

books...

masa kecik2 dulu dia tak kisah i nak bacakan buku. bebel2 kat dia kan lama2 pon. tapi sekarang dia sendiri nak selak buku pastu i baca je 1 sentence je, dia cakap nanak! nanak! pastu dia turn to next page. i baca lagi dia kata okay habisss. syiapp. sambil tutup buku. pastu dia select page yang ada gambar2 yang dia suka nak tengok je. bila kita nak say something je dia macam bosan/kecewa ok. agaknya dia nak suruh kita pulak dengar dia baca kot.

 tv...

paling suka pocoyo, pororo, mickey mouse, high five. upin ipin pon dia kenal tapi i jarang kasi tengok. kalau dengan ummy tengok kot. tapi kadang2 amik remote suruh i bukak hai shaish. (high five) lerrr menda tu bukan ada all time pon kan. suka sangat hi 5 especially part joget2 tula. ish ishh. 

tapi memang paling tak suka sebenarnya cerita2 melayu ke movie2 ganas2 ke apa ke. part jerit2 tu yang paling aku tak suka. dia cepat je nak tiru. iklan zalora yang jerit2 tu eisya memang akan tengok, pastu jerit sama2. ishhh.

me and hubby memang jarang tengok tv sebenarnya. eisya pon jarang tengok tv dia lagi suka main.  kalau nak tengok pon, time eisya ada kena pilihlah cerita cemana. nanti kalau ada maid pon i kena cakapla jangan nanti nonton sinetron aja yaaa. hehe. abis anak aku nanti dok ikut je dorang jegil2 mata, jerit2 marah tu kan.

joget...

omaigad. sindrom ni dah membawa ke khalayak. asal dengar lagu je nak stop, joget. so we have to waitla sampai dia puas joget. kalau malas tunggu i amik je dukung tapi kepala goyang2 lagi ok. tu pon kalau dia redha. kalau tak redha kenalah biar dia joget dulu kat bawah.

jangan suruh dia pocoyo dance nanti dia buat yang tepuk bontot. dulu goyang2 tangan je. eii pocoyo ni kann.


 ni kalau suruh buat peace!

 ni kalau suruh smile. cairrr

 okaylah tu jela kot. byeee! we love u syaaaa.

p/s: alhamdulillah. november onwards ada orang akan jaga cha. :)

4 comments:

aida said...

he he he..comeyla sya ni..mmg stage ngamuk tu akan menguji kesabaran kan..

part urut tu aku suka..ha hahaha..ghazi skang pun layannn je ayah dia urut..mak dia time preggy ni ngade la lebih sikit..kejap lenguh sini..kejap lenguh sana..best apa urut kan..free lak tu kan..kang mintak gi spa kang..haa..

Elyda Mama Lydya said...

Hi ederq, 1st time nk komen kt cni..biasa silent reader je:-)

Sama le dgn my manja kededek skrg ni, she's 2mos younger that ur eisya..yg pelik nya kalo dgn bbsitter mmg dia menurut perintah..srh makan dia makan, kalo bbsitter larang mmg dgr kata..tapi kalo dgn saya, mmg wayang all da time..kdg2 geram tu geram jgk..tp istighfar byk2..a ah btul lps mandi urut betis n kaki dgn losyen smpai terlelap..syok sgt la tu..

ederq said...

aida: ha la memang. lagi2 time kita penat kan. haha aku da lama tak gi spa sejak jumpa tukang urut besh dtg rumah. hehe puas hati!

hi elyda. haha kan. mmg camtu kot budak ni dia tau dgn parents dia boleh ngada2. sbb kita xbyk masa dgn dorang kan huhu

Fathiyah said...

suka tgk cha senyum nampak gigi tu :) gigi cantik!