mata duitan

Monday, November 30, 2009

GULP! minggu depan ke???

GULP!

eyin: derq kau da ready ke nak kawen next week?

GULP!

selama ni orang cakap months/weeks. bila yin cakap next week aku rasa macam. what? really? minggu depan ke??? man! time flies!

sekarang aku dah start rasa neves cuak seksaited dan sebagainya.

doakan semua lancar ya kawan2!

Thursday, November 26, 2009

salam aidiladha

selamat hari raya aidil adha semua.....

few notes:

  • saya kuciwa tak dapat rent bunga pahar yg gojes itu. kuciwaa. sapa suruh lembapppp
  • saya tak sabar nak makan lauk raya
  • saya tak sabar nak spa and facial ahad ni
  • saya wajib bakar lemak raya semula ari ahad ni kat gym
  • saya tengah fikir nak pegi ke takkk 6dec ni. mmmhhhhhhh
  • saya tak sabar nak tunggu baju kawen saya siap. 5dec. lamabt tuuu. nak dry clean lagi. cpt CT... huhu
sekian. drive safely to kampung everyone! spendlah masa dengan family tercinta sebaik2nya.

Wednesday, November 25, 2009

VIP tables

ini yang menjadi pening sekarang. aku punya wedding adalah buffet style. so akan ada 6 meja VIPs. ummy dah reserve 4 meja untuk rombongan perantin lelaki. dan lagi dua tu. mula2 abah nak 1 untuk VIP pejabat beliau. dan lagi 1 untuk so called VIP company saya.

masalahnya ada certain dato' datin taknak pun dok meja VIP. dan pula mereka adalah tidak datang serentak. so. macam atas nasihat orang lain, abah tak reserve VIP tables untuk VIP pejabat beliau.

maka saya ada 2 meja VIP untuk company saya. kalau ikutkan hati, kan bagus dapat seatkan my besties kat VIP tables. mmmh. mesti besh kalau dapat wat ni.

takpelah tak kesah mana2. korang makan jela mana2. VIP ke apa ke. sama jela kan. menu pun sama. huhuhuh

Tuesday, November 24, 2009

kalau boleh dengar

kalau blog ini boleh transfer bunyi.
kalau korang boelh dengar ini blog.

ia akan bunyi seperti ini


AAAAAAAAAAAAAARRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRGGGGGGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
##$&*^*&(*_)(*(*&%$$@#!@^*&(*NGHJF VBUYGhgh utguyy8U*V&TYVT* FAK09u8y ihgh !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!76*&^&^&^*&^&*^^$$%#$@$%*&^&&*^$(*&*^$%^%%^!!!!!!!!!!!AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAARRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHH


sekian

Monday, November 23, 2009

setahun tu tak lama

dah genap setahun kami bertunang. lama kan? kata orang tak elok tunang lama2. dan ya memang betul. kalau tak ada apa2 better lah korang jangan tunang lama2.

menda abik elok dipercepatkan kata orang. :)

tapi serious. kejap je rasa setahun. tak rasa pun. dan rasa macam tak cukup masa ada.

dannn, aku ada lagi 2minggu 6 hari untuk berdara. GULP!

kelakarlah masa abah sarung cincin ni. hihi

note: dia tak ingat pun. not until he reads this. kot.

Friday, November 20, 2009

maafkan saya encik tunang

encik tunang sedang tak sehat. demam sikit. dan sore throat. dan tiada suara. pagi tadi dia call saya. dan saya gelak abes2. jahat kan.

sorry sayang. comel lah B tiada suara. boleh buli B. nanti B tak bebel kat hunny banyak2. sebab kalau da cakap banyak2 nanti mulut je gerak. atau keluar suara eeekkk. hahahaah

gelak lagi gelakkkkk.

B, jangan lupa dengar cakap hunny. petua tu. nak ilangkan sore throat tuuu. tauuuuu. kalau taknak kena gelak la. hihi.

i love you encik bakal suami.

Wednesday, November 18, 2009

wish list

tak malu ke nak letak2 wish list ni? haha! bukan apalah. cuma tak nak nanti dapat perkara yang sama. atau membantu korang untuk hilangkan buntu nak beli apa untuk bakal puan ederq ni kan. hihihi.

makanya kan. jika korang rasa nak beli adiah ni. boleh bitau aku. nanti aku cut lah dlm list ni. tak apalah tak saprais pun. at least aku tak dapat perkara yang sama kan. hihihi

bear in mind. ini wish list je okay. bukan paksa. jgnla cakap saya demand. saja berangan. layankan jela perempuan ni. hihih. kalau ada nak bagi menda lain pun saya okay jer! hihi.

dan kalau nak ikut wish list ni, boleh share the cost dengan kawan2. takkanlah korang nak berhabis2 pula kan. walaupun kau sayang dan kasihkan aku. aku.. okay okay diam diam. baca sekarang. yang bold tu yang nakk sangat. hihi

  1. cash (can be given to me or parents yang byk sponsor. huhu)
  2. set pinggan mangkuk (Corelle atau Luminarc atau Vantage etc pun besh. hamboi2!takdela. tipu je. tak kesah. asal modern design. hihi)
  3. set periuk Vision (tapi ni cousin nak beli kot. tapi kalau dapat banyak2 set pun ok. bahahah)
  4. set kuali bagai, pengukus segala (macam rajin masak!)
  5. apa2 set barangan bekas kacalah. bekas kuih raya pun ok. hahaha
  6. queen size bedsheet (ni dapat banyak pun tak apa)
  7. comforter set (sukaa)
  8. quilt cover (sukaa)
  9. quilt
  10. towels (saya suka tukar2 towel dan persediaan untuk tetamu yg dtg.)
  11. sexayy lingerie (sila tanya size dulu. tapi kalau tanya saja2 pastu tak nak beli berdosa besar. hahaha)
  12. cake mixer
  13. oven
  14. microwave
  15. scented candles
  16. carpet
  17. bed side lamps or any type of lamps
  18. vacuum cleaner
  19. water filter
  20. water dispenser
  21. hot shower
  22. SSF flowers
  23. penyangkut towel yang cantik
  24. rice cooker
  25. blender yang boleh wat ice blended (haha)
  26. art piece
  27. apa2 hiasan untuk rumah (esp brg2 ikea or SSF)
  28. set pisau gunting segala
  29. cutlery set
  30. Vitamin E (Bodyshop) skin care set (boleh buat stok) haha
  31. tupperware (ada org dah nak bagi) or lock n lock containers
  32. iron dan ironing board

tu je la dulu. penat berangan.

dont take this post seriously. kalau korang datang dan membawa doa yang baik2 untuk kite orang pun aku dah gembira. tapi kalau disertakan hadiah lagi gembira. shadap you ederq! shadap!!!!

ok bye

All the best Aiman!

hari first day aiman SPM. satu keluarga risau. lebih2 lagi bila dia nampak lepakkk je. Internet, game, bola, TV. kalau aku dulu memang pulun tapi result biasa je pon. huhuh

harap2 aiman dapat score. dapat sambung belajar ke tempat idaman. kerja tempat idaman. nanti dapat result bagus, mintak la apa2 pun kak long bagi. (ish macam bahaya je statement ni). okay tukar, with reasonable reason. yang kak long mampu. hahahah

dulu UPSR dia dapat 5As. PMR 7As. SPM ni haraplahhhhh dapat bagus jugak. jangan jadi macam kak long. UPSR PMR straight As tapiiii SPM... sedih okay sedihhhhh.

kepada sesiapa yang membaca, doakan adik bongsu saya ini. biar dia score, dipermudahkan jawab dengan tenang. dan sihat sepanjang exam! demam pulak dia hari ini. harap semua okay ya dik!

aku pun tak tau apesal aku kena letak gambar ni. hahahaha!

tahu tak apa yang aiman pegang? hihi

Monday, November 16, 2009

kadang2 orang lupa

ibubapa saya adalah orang baik yang akan tolong orang bila orang susah. kadang2 saya tak faham kenapa asyik nak tolong. banyak kali dan kadang2 orang take for granted.

dan sekarang pun dah nampak. kadang2 orang lupa. bila dah buat baik. bila senang, dia akan lupa kita. lupa bayar balik janji lama. dan berkurang ajar pula.

tapi ibubapa saya bukan jenis orang yang nak balas dendam. pandai2lah tuhan nak balas kan, itu saya kata. tapi ibubapa saya tak cakap pun macam tu. saya je yang bengang.

biasalah. anak dia memang suka emo lebih. hihi.

Sunday, November 15, 2009

congratulations kak yan!


owh finally kak yan dah menjadi bini orangggg! kongratulasi! so happy for you dear. tomeyyy kak yan ari tu. hihihi

adalah pergi ke pahang bersama dengan gedix. tatapuiiii yang marahnya adalahhhhh, camera i rosakkk. sedey. kena repair ni. ya mmg sedih lah kan aku camera freak! hahahaha

anyway kak yan, pasni ederq dah takda gang nak borak pasal prep kawen. meeza pon da kawen. hihihi.

Friday, November 13, 2009

wedding invitation card

the card is ready now. i'm relief. i'm 85% happy for the design. why 85?

okay here the reasons why:

  1. the colors turn out to be too bright. tak sama macam draft. but it's okay. sebab dia dah cakap awal2.
  2. burung kecil dalam layout jemputan dah hilang
  3. cover main lovebirds dengan daun hijau bertindih. annoying. the birds should be in front of the daun2. mcm dalam draft. (ini yang paling ralat)
  4. envelope color tak sama macam dalam draft. but it's okay. kang pink sangat.
tak apa lah. malas nak fikir sangat. sebab remeh. tapi fikir balik, itu dah tambah extra rm250 for new design. suppose they have to accomodate betul2. huhuhu tak apalah. tak apalah ida tak apaaaaaaaa. kad je pon. orang buang2 jugak kan.... (tengok cara pujuk diri sendiri)

tapi, i still would recommend kadkahwinku.com to others. cuma kena sangat2 careful on details, especially bila you buat design baru. service orang2 dia sangat friendly. sangatlah sabar dengan i yg fussy. tapi sila lah tempah awal because you will have to wait 2months untuk siap printing semua.

anyway peeps, insya allah i'll distribute those cards to you next week. :)

Wednesday, November 11, 2009

sebulan lagi

sebulan lagi je aku nak kawen. bila orang tanya amacam preparation, apa perasaan segala. jawapan paling common aku adalah TAKUT.

tak tau nak expect apa. tapi dalam takut takut pening pening nak prepare semua semua, rasa excited tu mestilah ada kan. hihi

dalam excited2 pun kalau nak kira begaduh berperang hohhh tak payah cerita. biasalah tu. tapi yang penting, lepas gaduh, baik adalah baik dan rasa sayang bertambah. adakah perlu gaduh selalu? hohhoho tak payahhhhhhhhhh. hahah

ada orang tu cakap saya kadang2 tak pandai nak tunjuk kasih sayang. mmh hati kering kah saya? tak cukup romantis kot. dahla orang tu kata pandai pula tunjuk kasih sayang kepada bon bon. kelakarnya lah boleh jeles dengan jebon.

okaylah encik tunang, mari saya jelaskan seluruh dunia (ececece seluruh dunia konon) bahawa saya amatlah mencintai awak dan saya mahu bertua bersama awak dan mengecapi hidup akan datang ini bersama awak. dan saya yakin saya boleh buat awak gembira bahagia dan disayangi dicintai selalu.

saya doakan awak akan sayang saya sampai bila2 dan dapat buat saya bahagia dan dapat pimpin saya untuk bekalan di sana juga. AMINNN. korang pun doalah samaaaa.

judging from the 6 years relationship that we had, i know no one else in the world can love me the way you do. i love you to bits...

Sunday, November 8, 2009

congratulations meeza n ejal!


it was a beautiful wedding. and beautiful bride (drop dead gorgeous) and perfect couple.

congratulations meeza and ejal. i'm so happy for you both. and wishing all the best to you.

nak ikut pegi irelanddddddd. hihihih

sweetttttt

Friday, November 6, 2009

down under

people might laugh when you cry.
and you hope you would smile again.
and guess what?
double scoops of baskin robbins did well.

Thursday, November 5, 2009

JEBON

semalam adalah gembira sebab Jebon tunjuk skill baru. dia macam anjing. aku gumpal kertas buat bola, ikat dengan getah. baling pastu jebon sepak2 macam biasa, macam dia main bola. pastu dia gonggong dan bawa kat aku pastu dia duduk. awww comel. good boy!

pastu aku baling lagi dia buat lagi. gembiranya aku. patut amek video! masa PG cerita Chimey buat macam tu aku dah jeles kenapa Jebon tak boleh buat. sekaliiiii! bila cerita kat PG terus dia suruh Jebon masuk meminang Chimey supaya dapat lahirkan anak pintar. hahah!

tapi Jebon tu cepat boring dan ikut mood dia lah. (macam kakak dia ni lah)

dia buat tak sampai 10x. lepas tu dia main2. dia duduk. dia baring. pemalas yaaa. tapi dia memang hyper time pagi. suka sangat tengok dia happy macam tu. pagi tadi ummy sms, ummy buatkan lagi bola untuk dia. pun dia buat mcm anjing lagi. sukaaaaa.

tapi pukul 10 dia dah mengantuk. tidur time. sama ada tidur kat kerusi dia. atau macam ni. tengah2 jalan.

tak sopan

attention seeker

sekarang perangai dia. kalau sapa2 baru balik rumah mesti dia pegi mintak makan dan manja. macam tak cukup kasih sayang je kat rumah. padahal baru melantak. mengada betul. kalau orang tak bagi makan dia gigit2 orang. dahla makan sampai 6-7x sehari. penGemokkkk.

tapi itulaj. kalau balik rumah mesti cari jebon dulu. kalau panggil, dia menyahut punya. kalau dia tidur pun, dia akan gerak2 kan kepala dia suruh orang cari bunyi bell dia. pastu orang say hi, wajob kena belai dia. gedik kan.

dahla kalau kena marah nanti dia merajuk, siap jeling. biasa niiii.

haih comelnya. patutla nabi sayang kucing. macam mana tak sayang menda comel dan menawan hati macam ni, kan.

Tuesday, November 3, 2009

TAK BAIK TAUUU

Bila saya dan encik tunang terkantoi satu perkara yang lawak, lebih2 lagi perkara yang kelakar dan memalukan encik tunang, saya selalu cakap nak post kat blog.

mesti dia gelabah. hahahah! padan muka. selalu sangat ejek orang kannn. hahahaha

macam semalam dia email saya gambar dia zaman dulu. GEREK SEYHHH.

eii sungguh kelakar itu gambar lah. berguling2 saya ketawa. rambutttt tak tahannnnn.

mungkin dia ingat dengan mengemail tu, saya akan kagum dengan kekacakan rambut itu.

tetapi adalah tidakkk. malahan saya harap masa itu saya dan dia belum kapel. hahahah. gila jahat!

eii rasa nak post je gambar tu kat sini. tapi nanti kalau orang tu merajuk, susahhh pulak saya. mau perang dunia ketiga. hahahahahahahaaahahah. nanti sapa nak kawen dgn saya. hihih

B, u better be good. be nice to me. hehehehehe

Monday, November 2, 2009

D I S P L E A S U R E

i suggested my pelamin designer to two friends. i met her first and gave her all the design. hoping that she'll save the design for me, and design something else for my friends.

apparently not. being the earliest person to meet her and the last person (among the friends) to get married. my design was made for them, too. the colours, the flowers, the panels. about the same.

and i have to change bit of theme color and nothing much i can do as i have to use the same panels as what my friends used or will be using. initially she promised to design a new set of panels but tak jadi coz the panels are not stable for use.

how do i feel about this? upset and sad and hopeless.

but i'm not blaming the friends neither the pelamin designer.

i don't know who to blame now. that's what i'm mad about.

Sunday, November 1, 2009

gelabah

semalam adalah hari yang sibuk. pagi pergi tengok rumah bapa yang sedang renovasi. excited tengok bilik saya adalah yang terluas di rumah itu dan adik bongsu yang penjeles tak henti2 cemburu okay.

dan sampai petang pergi situ sini dan capek. lepas tu pukul 6.45 baru terhegeh2 nak mandi and siap for dinner. dahla register pukul 7. kelam kabut mandi mekap comot2 dan pakai baju dan solat pula dan bergegas ke Palace of Golden Horses. woh lari lari cepat2. ingat lambat sekali ramai je lambat. okayyyy penat jelah aku gelabah menggelupur okay.

makan2 tiba2 nama kena announce amek award (eceh suka tau sangka celebrity. award for technical talk lah bukan pakaian paling cantik pun.) lepas tu ada helmi apa tu the gimmick? ke apa. entertain us. gila kelakar okay dia. dah tak boleh kontrol ayu dah bila ketawa kuat2. tak tahan. alah tak ada gambar sebab bawak dinner bag ibu yang kecil dan cantik tak muat camera, rasa macam nak curik.

tapi gambar yang photographer ambil masa aku tersengih2 atas stage ambil certificate mesti macam hampagas sebab aku senyum sambil bibir terketar2. bodohlah macam nak jadi celebrity?!

tak ada apa pun nak cerita sebenarnya. just that, aku ni kan suka lah gelabah tak tentu pasal. hihi.

random notes:

  1. as long as you are happy.hmpp
  2. be nice be nice be nice, smileeeee!
  3. tak kenal maka tak cinta. ;)
  4. kenapa orang yang lebih tua dari ibu saya suka address dia as akak? tak fahamlah.