mata duitan

Thursday, November 5, 2009

JEBON

semalam adalah gembira sebab Jebon tunjuk skill baru. dia macam anjing. aku gumpal kertas buat bola, ikat dengan getah. baling pastu jebon sepak2 macam biasa, macam dia main bola. pastu dia gonggong dan bawa kat aku pastu dia duduk. awww comel. good boy!

pastu aku baling lagi dia buat lagi. gembiranya aku. patut amek video! masa PG cerita Chimey buat macam tu aku dah jeles kenapa Jebon tak boleh buat. sekaliiiii! bila cerita kat PG terus dia suruh Jebon masuk meminang Chimey supaya dapat lahirkan anak pintar. hahah!

tapi Jebon tu cepat boring dan ikut mood dia lah. (macam kakak dia ni lah)

dia buat tak sampai 10x. lepas tu dia main2. dia duduk. dia baring. pemalas yaaa. tapi dia memang hyper time pagi. suka sangat tengok dia happy macam tu. pagi tadi ummy sms, ummy buatkan lagi bola untuk dia. pun dia buat mcm anjing lagi. sukaaaaa.

tapi pukul 10 dia dah mengantuk. tidur time. sama ada tidur kat kerusi dia. atau macam ni. tengah2 jalan.

tak sopan

attention seeker

sekarang perangai dia. kalau sapa2 baru balik rumah mesti dia pegi mintak makan dan manja. macam tak cukup kasih sayang je kat rumah. padahal baru melantak. mengada betul. kalau orang tak bagi makan dia gigit2 orang. dahla makan sampai 6-7x sehari. penGemokkkk.

tapi itulaj. kalau balik rumah mesti cari jebon dulu. kalau panggil, dia menyahut punya. kalau dia tidur pun, dia akan gerak2 kan kepala dia suruh orang cari bunyi bell dia. pastu orang say hi, wajob kena belai dia. gedik kan.

dahla kalau kena marah nanti dia merajuk, siap jeling. biasa niiii.

haih comelnya. patutla nabi sayang kucing. macam mana tak sayang menda comel dan menawan hati macam ni, kan.

5 comments:

AaAa said...

jebon..jebon...jebon..

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

hahaha..sama mcm chimey..sukeee.. :)
gumpal kertas bola n ikat ngn getah..xtau bila nk upload video chimey.. :))

jebon, jom jadi menantu i?? LOL

along said...

aku lahir kat kuching..
adik beradik aku suka kucing..
tapi..
aku paling takut ngan binatang bernama kucing!
takutttttttt....

ederq said...

pg: hai bisan. hahah

ina: ish apa nak takot. besh tauuu. rasa mcm disayangi. hihi

fati said...

i knoe i know!!! tapi still takoot sama itu haiwan.. sumpah! tapi tak benci!! sape sepak kucing depan mata i siap lah dia! hahahahah!!!