mata duitan

Tuesday, March 9, 2010

menyesal kahwin

ha tu bukan cerita saya ya. saya bersyukur malah. ni cerita pagi tadi. dalam hot fm punya topik pagi tadi. tak dengar sangat, sikit2 je sebab i kept on changing channels whenever it comes to iklan or lagu2 yang bernanah telinga. tekanan perasaan aku.

tapi bukan nak cerita pasal lagu tah apa2 kat radio. ni ha topik ni. perempuan ni nama zarina. menyesal kahwin sebab laki dia selalu hentam dia tak pandai masak. tak pernah nak bagi semangat kat dia nak belajar. malah kutuk2 lagi.

wah marah betul hati ini. bukan nak back up perempuan2 tak pandai masak. tapi marah dengan perangai lelaki macam ni.

tujuan kau kahwin sebab apa? supaya ada orang masak untuk kau hari2? loh baik kau kahwin dengan chef je macam tu. atau orang gaji

ini lah dia. kadang2 orang kita ni dah di mind set kan. orang perempuan/isteri harus masak untuk suami. kerja2 rumah semua kerja isteri. walhal dalam hukum takda pun cakap itu semua tanggungjawab isteri. cuma perempuan ni hati lembut sebab tu nak buat2 perkara2 tu. oleh itu, sewajarnya suami berterima kasih lah.

kalau tak sedap, suruh dia belajar. bagi peluang. dan kalau kau rasa kau hebat sangat, ajar dia masak. kalau tak sedap, bagi tau apa yang kurang. nanti dia improve. kalau sedap puji lah melambung2 sikit. baru dia happy. appreciated.

yang isteri pun mestilah kena belajar masak kan. kalau tak pandai sekarang tak pe boleh belajar. nak tak nak je. (ni aku pun tak hebat. tapi mesti belajar dan rajin je.)

memang betul pun orang kata air tangan isteri tu powerful. tambahan lagi bila kau masak tu disertakan doa yang baik2. bukan jampi serampah ya!

geli hati bila ariff cakap dia rindu i masak when i was in hanoi. i think dia berkata2 manis je. haha. okay maybe dia rindu suasana makan sama2. not the taste. haha

dan lelaki pun jangan lah cetek akal sangat. jangan nak jadi diktator, goyang kaki je. buatlah kerja rumah sama2 dengan bini kau. nak2 kalau dua2 kerja. tak kesian ke?

actually yang aku hanginkan sangat adalah perkara macam ni yang buat perempuan tu menyesal kahwin. tak syok lah kan. kesian dia. sebab tak reti masak. pastu menyesal kahwin. ish. mintak jauh

pastu aku ada dengar lagi satu caller. menyesal sebab laki dia yang gaji besar tak pernah bagi nafkah kat dia dan anak2. mmh ni lagi satu. tak tahu tanggungjawab. apa nak jadi weh. ambil kesempatan je kerja kau!

dan bila dengar ini semua. hati kecil berkata, bersyukurlah dengan apa yang ada.

mari kita doa supaya rumah tangga semua orang dijauhkan dari perasaan sesal2 macam ni. ameennn.

5 comments:

fabulous.farah said...

betul kut die rindu..org laki ni kalau bini dia masak smua ok. yang penting air tangan bini

ederq said...

tak lah. i tak reti masak mana pon. haha!
lain lah u. mcm2 dah masak. hihi

fati said...

hey u! guess wat?? i pon nak post entry pasal ini tau tadi.. tetiba u da post dulu.. hahahahhh!! gud gud!

ederq said...

haha! i reached office very la early. thus got the chance. hey u post je jugak. nk baca! haha

d.O.n.A.t said...

hahah aku sempat jugak dengar kt radio pagi td..