mata duitan

Thursday, July 29, 2010

banyak cerita la pulakkk

i can't wait tomorrow becauseeeee

  1. monthly natal check up. can't wait to see out little one inside! hope everything is well.
  2. cuci the musical show! i've bought the tix for both of us. gift for myself n hubby. :)
  3. weekend is coming!
11 weeks. betul ke dah ada kaki tangan ni anak mummyyyyyy? awwwwww
(babycenter. com.my)

weekend is coming! most probably we'll be going to Malacca to attend ariff's cousin's wedding. jangan muntah pleaseeee.

walaupun people said i have susut sikit, i'm still tembam. hihi.
gambar hindustan masa family picnic masa my birthday and syed's. ae beli cake tapi end up dorang potong sendiri coz i mabuk. hahahha

and thought of having a movie marathon on Sunday with B. coz dah lamaaaa x tengok wayang. our last movie was Toy Story 3 kot. itu pun sepanjang movie i macam pakai burqa, tutup hidung coz macam2 bau food inside the cinema.

why people still want to eat things like nuggets or sandwich in cinema. why cant they stick with just pop corn? dont get it. i always hateeee if B wants to eat soemthing saucy inside cinema, even before i'm pregnant.

aha, there she goes. whining complaining bitching. hihihi

berlagaknya nak movie marathon. shopping kejap masa my birthday pun dah muntah and pening and penattttt. camanalahhh.

oh cakap pasal shopping, i have a lot to buy. tapi tiba2 b remind my car, cik chacha needs timing belt. 100k km is almost approaching.

mannnnn! i hate to spend my pennies on car! not that i hate chacha but i thought it's meaningless. it will be meaningful if i spend it for clothes or shoes! or good food.

oh yessss, ada wedding to attend on Sunday. huda's wedding. macam nak pergi tauu because teringin sangat nak tengok. mesti lawa! i always amazed on how detail she can be on everything. rasa macam nak kahwin balik! serious nakkkkk. huhuhu

i never met huda in person but we were emailing back and forth after my wedding, sharing my wedding experience with her. started with this one vendor specifically. :)

so huda, all the best to you okay! tak sangkanya tiba2 the day is comingggg!

oh yes, puasa is coming so i guess there will be no out station for B. which is YAYYY!

boleh manja2. gedik2. i kadang2 kesian kat B. when i want to pee in the middle of the night, i woke up, he'll be awake too, yang gelabah.

hunny, are u ok?
,
hunny, kenapa sayang? tak boleh tidur ke?
hunny, sakit ke?


my frequent answer always, b, hunny nak kenching jelah. tidur2.

tapi there were sometimes i woke up in the middle of the night and not feeling comfortable. pusing kiri kanan. dont know why lah. sometimes sakit belakang. lenguhhh. padahal perut belumlah membesar dengan hebat. mmm

oh yesss, i still have 2 days to ganti. rasa nak ketuk diri sendiri pun ada. i told myself to ganti before start conceive tapi adalahhhhh menggedik tak gantiiiiii. padahal dah plan pun nak conceive bila apa semua. eiiii tak puas hatinya.

i will ganti i will insya allah. kalau dah niat insya allah boleh. lagipun as a practice lah untuk bulan puasa ni. harap dapat puasa penuh! aminn

tahukah anda ederq tidak pernah puasa penuh seumur hidup? even before she got her menses?

hihi becauseeeeee masa kecil, tiba2 sakit gigi or demam or apa2 sajalah yang buat tak cukup puasa. tapi tetap dapat duit raya banyak macam puasa penuh. hihihihihihih

so harap dapat puasa penuh this year. so that b bagi extra duit raya. haha tiba2.

sejak kerja, b is the only one yang bagi duet raya every year without failure. tapi as a wife dapat extravaganza takkk. hehehehehehe

b has bought kain baju raya for me tapi tak tahu nak jahit ke tak. dilemma. tengoklah macam mana.

baju2 sekarang, kain semua dah berbekas kat pinggang. kalau jahit kena jahit current size ke apa? tapi kalau tak jahit nak pakai apalah raya. tak dapat pahala sunat nanti tak pakai baju raya. hihihi.

tiba2 post ni dah macam rojak. semua pun nak tulis sumbat. tak ke pening orang nak baca. hihihi.

i better stop now. :p

sorry sayang2 sekalian. tiba2 je kannn tak ada penutup. kalau buat karangan dah masuk tong sampah cikgu.

eh tapi i selalu je score essay dulu. siap masuk dewan pelajar or Educator and dapat hadiah cash or lawatan ke taman negara or penang (tapi ummy tak bagi pergi sebab tak ada kawan or cikgu sekolah yang pergi! T_____T ).

dah kau jangan nak over. apesal sekarang tulisan kau macam teruk. blah kau sekarang.

okaylah bye korang. konflik diri.

Tuesday, July 27, 2010

UM first college memories!

pagi2 tadi memang rasa hangin. walau dah dapat aiskrim semalam.

puas!

tapi tiba2 ida haryanti my good friend kat 1st college UM dulu, made my day.

both of us are pregnant. my baby is 1 week older than hers.

conversation kat bawah ni buat i ketawa sakit perut sebab teringat kisah2 sengal kat UM masa kat first college dulu.

mesti korang tak faham pun baca ni. tak apa. nanti later i blog pasal tu.

memories!




Monday, July 26, 2010

kehendak orang merandung

betullah orang kata kalau merandung ni sensitif.

sikit2 nak kecik hati pun ada. especially dengan orang2 terdekatlah. dengan kawan2 ke colleagues ke tak lah pulak. so teorinya, mengada2 jelah tu. manja lebih.

sabar jelah jadi suami dan ibubapa. tapi ibubapa seperti faham mungkin kerana dah biasa dengan orang merandung.

suami memang kena punya kesabaran tinggi. :)

kalau bab makan pun sama. dahlah cerewet bab makan. sebab bukan semua perkara boleh makan. dulu semua pun makan. sekarang ni bila fikir nak makan apa punnnn dah rasa tekanan fikir.

kalau tak dapat macam nak nangis.

sekarang nak nangis sebab semalam tak puas makan baskin robbin verry strawberry punya ice cream.

beli double scoop jr tapi B suruh ambil caramel choc crunch untuk lagi 1 scoop. sebab selalu memang macam tu. i choose 1 scoop he'll choose another one. konon tak nak makan banyak2 scoop sebab nak diet. dululah.

tapi sebenarnya i nak dua2 verry strawberry tau. tapi macam tak cakap dengan B sebab macam mmmh tak pelah ikut jelah.

tapi ini semua mengada2 namanya. semalam tak lah rasa nak nangis.

tapi ini sekarang. nak ice cream tu nakkkkkkkk.

mungkin sebab sedang rasa nak muntah sekarang sebab tu mengada2 nak menangis konon.

mungkin sebab orang yang bertanggungjawab terhadap kandungan dah start pergi out station maka terpaksa tidur peluk bantal sahaja lah i. tak ada tukang urut special (yang kena bayar special jugak). tak ada orang tukang urut belakang bila muntah (hih padahal baru sekali, kebetulan both dalam toilet. mesti B geli. selalu i muntah diam2 sorang2.)

sebab tu dia jadi macam ni.

sebab tu 3posts in a day! pathetic!

tak ada mood nak kerja.

tak reti dah nak design. nak calculate.

lagi sejam nak balik.

baby, kalau mummy menggedik macam ni in next one hour, kita terpaksa singgah mont kiara pergi beli your ice cream ok, on the way back home. this time we eat dua orang je. papa tak ada. next time kita beli, jangan bagi papa. suruh papa beli lain untuk dia. (ariff tak nak panggil daddy pulak. tapi i suka daddy. eh tapi papa pun ok. mama pun ok. eh confuse!)

sebab dia tinggal mummy and baby sorang2 lagi minggu ni.

disclaimer: sila jangan contohi perangai gedik mummy ya anakku sayang. nanti mummy upah ice cream! tadi dah makan lemon chicken jadi jangan muntah please. dari tadi mummy bertahan. please please mummy tak suka muntah lepas makannn.

impervious

i remember 2010, that night was the worst ever.

ever.

i'll never forget that.

that date. that night.

i'm vulnerable.

but sometimes i just need to learn to be impervious.

i am not a child. i am not just a girl.

i am a woman and a mummy to be.

just for the sake of the loved ones.

just for them.

my reasons to smile again.

:)

27

27! So young. hih.

thanks ummy for all the painful journey to bring me to life.

thanks to all dearest and nearest.

I love you.

:)

Thursday, July 22, 2010

jealousy is the best policy

hehe i'm not trying to be dramatic here. but that is exactly what i feel towards jealousy. at this point of time.

well i am a jealous person. my nose easily sweats, well people say if your nose sweats, you are a very jealous person.

jealous okay. bukan dengki. tu lain.

tapi agak2 la nak jealous pun kan. tak kan laki kau pergi keja pun nak jeles.

okay, the reason to blog about this matter came when i jadi mak nam reading all those gossips about Tom, ex bf and the pregnant wife. before ni aku tak pernah kenal pun sapalah Tom. aku kenal Tom and Jerry je.

korang pernah baca tak? tolonglah jangan cakap aku sorang je kak nam kat sini!

i didnt have much interest at first. tapi after minah tu kena belasah and tiba2 the wife peluk dia and defend her, is something. weird. and i dig out bi pop pancaindera. wahhh dasattt. hihih

then i found out, Tom actually gave the permission to her ex-bf to live at her house, together with the wife. and the story grows lah malas aku nak cerita kan. kang aku cerita jadi blog amboi amboi amboiiiiiii. hihih

so in my point of view, apakah kes bagi ex-bf tinggal 1 rumah even with the wife?

apakah the wife tak ada rasa jealous?

apakah the husband tak ada rasa responsibility? untuk sediakan tempat tinggal untuk wife?

apakah perempuan itu out of her mind? with ex gf of the husband?

macam2 lah kan. tapi tulah, kita tak tahu their real situation so we are not in the position to judge. but still i cant help myself. hihi sorry. i memang kak nam.

pokoknya, (tiru dr hashim, lecturer concrete kat UM) tolonglah tanamkan common sense untuk rasa jealous terhadap pasangan. bukan buruk sangka tapi you know. be rational lah.

pastu, kau perempuan tak payahlah kot nak berbestfriend dengan laki orang. dan laki pun sama. tak payahlah nak best friend dengan bini orang.

eii aku palinglah anti. kononlah kawan baik. kamceng. i know ur hubby better than u do. we are best buddy. ever since you met him. ohhhh get a life.

alah we are just friends. best friends!

yeah i know i know ada yang best buddy macam kamceng gila punya. for me, it's okay but not until you want to share like everything including masalah rumah tangga kau kat kawan baik tak sejenis jantina tu. tak perlu lah kot? macam kalau ada apa2 sikit2 dia sikit2 dia. macam tak ada orang lain?

tu je yang aku anti. macam2 fitnah nanti.

wah wah emo pulak perempuan mengandung ni. hihi over tau.

dah2 jangan nak cakap, derq tak elok emo2 tak elok untuk baby. hehe

i okay je. tak adalah emo apa pun. malah sedang bahagia tunggu nak jumpa tok laki nak balik petang ni. hihihihih

tapi bila baca pasal Tom ni rasa macam terpanggil pula untuk menulis. eii apakah itu?

dah2 aku merepek dah ni. come to conclusion ok.

kesimpulan yang kita dapat simpulkan dari coretan di atas adalah, tak payah nak gedik2 campur hal rumah tangga orang lain. kalau kita niat baik pun mungkin akan menjadi barah kepada diri sendiri akhirnya.

renung2kan dan selamat beramal.

apakah pendapat anda? marilah berkongsi di tempat mengkomen. silent readers dipersilakan. janganlah diam2. hihihih.

i love u all. tiba2. bye.

tolonglah kenapa aku ni. ok dah bye.

eh kejap. tetiba nak cerita. i'm so garang to my junior here. sometimes i pity him tapi he should pity myself, being annoyed with millions of questions about everything.

memang puan ieda tak boleh jadi cikgu. langsung tak boleh. kecuali kepada pelajar pintar.

apa ni weh. apa cerita entry ni sebenarnya. okay dah. i'll stop confusing u now.

okay pergi komen sekarang. paksa siot. tolonglah jagi bagi aku sorang je kak nam kat sini.

Wednesday, July 21, 2010

my wedding videographer

hi bride to bes and sedara2 or kawan2 bride to bes,

if you have been reading this blog quite a while, you will know who was my videographer. i hired Dinawedding and Encik Wira Hidayat is the man.

He is no longer with Dinawedding now and working on his own - WIRA VISUALS.

He is a nice and funny guy and highly recommended. so if you are still looking around, maybe you will want to consider him.

Abg Wira, all the best!

Monday, July 19, 2010

things you do not do in the first trimester?

well there a lot of pantang larang tok nenek moyang saying that you cant eat this, you cant do that, you don't take that bla bla bla.

how true are they? and how much do you believe them?

well for me, some are reliable some are not. to be safe ikut jela kan. kang tak pasal apa2 jadi, u'll get the blame and 'I TOLD YOU SO' stuff.

let me share you few things yang i dengar ok?

  1. tak boleh makan nenas. tajam. (tak taulah. tapi mungkin betul. tapi ada orang kata yang dimasak tak apa. i baru makan 2 keping nanas yang bersaiz 2 inch each dalam gulai ikan kering semalam. teringinlah. harap okay je amin)
  2. tak boleh makan kicap. nanti anak hitam. (tipu gila. tak percaya. haha)
  3. tak boleh naik motor or drive kereta jangan lalu lubang2. (depends on baby tu kuat lekat ke tak. my mom masa pregnantkan i tak ada kereta lagi. naik motor je. ok je alhamdulillah)
  4. tak boleh naik flight. (to be safe, 2nd trimester kot. tapi dulu my mom masa 1st trimester, pregnantkan aiman, naik flight okay je. rezeki masing2)
  5. jangan mandi malam nanti anak kuar besar sangat. (hihi tak tau tapi mandi malam memang tak elok kan. )
  6. jangan kuar maghrib2 nanti beranak kembar darah (ummy beranak kat i dulu kembar darah sakit gila katanya. tak tau kaitan ke tak. ummy percaya. haha tak taulah)
  7. tak boleh make love masa 1st trimester. ( apa??? tidak okay tidakk. sungguh tidak boleh diterima. hehe)
ala there are more tapi malas nak type.

i guess that semua tu rezeki masing2 lah. kalau yang betul2 mudarat janganlah ambil. tapi janganlah merepek sangat kot. hehe.

boleh refer to appropriate sites yang cakap pasal healthy food for preggers and things not to take. or ask your gynae. and ask your moms lah jugak of course.

masa mula2 dulu i boleh tak mengidam nak makan mamee sebab asyik dengar iklan renyuk goncang makan. renyuk2 goncang dan makan! haha tapi B tak bagi.

pastu mengidam makan maggie tomyam. pun B and ummy tak bagi.

apesal tah mengidam junk food. padahal dah berzaman pun tak makan menda2 tu.

pastu B pegi mengadu kat dr i nak menda2 macam tu. dr dah geleng2 kepala kata, okay makanlah. tapi maximum 2 kali pastu tak boleh dah.

hihi. tapi maggie tomyam tu i belum makan pun lagi. malas pulak.

the only things yang i sukaaa sangat sekarang ni adalah fresh fresh stuffs. fresh fruits. aiskrim. air sejuk2. ice.

ha lah semua menda sejuk. meals pon tak boleh makan panas2 sebab bau. hihi. COOLnya baby ni.

oh ya sekarang dah boleh makan nasik sikit2. tak sampai 1 senduk okaylah janji makan. huhu

and semalam B balik kejap for almost 2 hours! yay happy sangat2 dah lama tak merasa belaian kasih sayang. hihi.

3 more days and B will be back! yayyy! malas nak fikir next week sebab kena tinggal lagi. T___T

and have you ever missed someone that you cried? well i just had. i'm a tuff girl usually so i blame the hormones. hihi padahal gembeng ponnn.

B said that now 'i look pregnant' (breast and baby bump dah besar sikit) tapi i nampak susut.

well i like being susut but not at this point of time! (but like the fact that the girls are growing bigger. hihihi kena beli bra baru.)

huhu hope few more weeks i can eat more for my baby!

okay lunch hour dah nak habis. today caterer baruuu.

oh yes, kalau ada apa2 nak share pantang larang masa preggie, please do! :) tq! hugssss

Saturday, July 17, 2010

home alone

i'm home alone now. ummy and abah pergi JB amek iwan. and yes hubby is still not back yet.

bored.

i have a birthday party to attend today. it's amal's si comel birthday!

amal ni one of favourite aunty ederq and uncle ariff. tiap kali dapat main dengan amal, mesti uncle ariff balik paksa aunty make baby. haha. scary je tau. sebab terpengaruh dengan amal comel lah ni.

amal. gambar curik FB yaya. hehe

i'm still hesitating to go. i'm scared i'll make a scene again by throwing up in front of the guess. hehe. there will be lots of good food, with err smell of course. tapi macam nak makannnnn.

tak bau apa2 pun aku dah muntah ni. tolonglah baby jangan buat mommy muntah2 kat birthday abang amal awak.

i want to brace myself but dont know if i should or not. haih. tengoklah cane.things will be easier if b is around.

ngadanya aku.

dan rasa nak perm rambut lah tiba2. ingat zaman UM dulu terpengaruh dengan cerita korea terus pergi perm. haha miss those time!



Wednesday, July 14, 2010

apa nak malu?

setakat ini dah dua kali aku muntah di khalayak ramai. 1 kat kedai mamak. lepas makan.

masa tu aku memang dah pening dok cari kacang pool kat damansara perdana tak jumpa. damn you pakcik haji kenapa tutup? saya kempunan pakcik. nak balik jb saya tak larat nak travel jalan jauh2. drive pergi balik kerja pun saya pening. huhu

makanya sebab lapar pergi je mamak. makan roti 1 keping pun tak habis. pening pening. zasssss tiba2 bau pentumisan bawang. tidak tidak. B dah tengok saya lain macam dia terus bangun pergi bayar. aku pun bangun. cari longkang depan kedai makan tu.

BWELKKKKKKKKK.

mesti orang putus selera!

oppps sorry u all yang tengah makan. i tak sengaja. it wasn't me. it was my baby.

heheh okay tak tak sayang. mummy yang muntah. tak sedap kan roti tu. heheh

fine kan dah malu.

dah cakap dah kat B. tolonglah mentapau sahaja. i cant eat outside. i cant smell. nak jugak bawak i. barulah sekarang beliau insaf.

sekarang ni nak tengok wayang nak shopping pun fikir banyak kali. dulu suka je kan bau2. haha. yelah dulu isi lemak! sekarang isi orang. haha

pastu terus mengadu kat ibu mertuaku. mak, ida tak jumpa kacang pool. makan mamak pastu muntah terus kat kedai. malu je lah.

mak kata nak malu apa biasalah tu. nanti balik JB mak masak kacang pool ni. mak tunggu ida je balik sebab tu tak masak2 lagi ni. sebab ida suka.

oh mak nak nak! hehehe. tq mak! sayang makkk

tu satu kes.

kes lagi satu semalam.

masa kat office dah nak balik tu memang dah rasa nak muntah. tapi i tahan2kan. bertahan bertahan. drive drive.

macam dah ok. nak singgah beli barang kat guardian lah.

masa amek2 barang dah macam kenapa kaki tangan ku sejuk. oh no rasa nak muntah.

tahan2.

letak2 barang kat kaunter. terus tak tahan. jap dikkkkk. nanti akak datang. i told the cashier.

keluar je cari longkang.

BWELKKKKKK. dah la kedai tu tepi jalan. dan agak tinggi. so kereta dan orang yang lalu lalang pun sah2 nampak lah air soya yang kuar dari mulutku itu.

fine fine keluarlah semua keluarrrrr.

ok pastu ada abang2 tentera tengok je kat aku. dorang memang nampak aku muntah dari awal. haha nasiblah.

lalu masuk dalam bayar semua. pastu ada aunty ni tanya.

kenapa awak, muntah? sambil senyum manis.

saya pregnant cik. dah tak tahan sangat. malu je kan.

haha. patutlah. ala apa nak malu biasa lah tu. berapa bulan dah?

2 bulan baru.

hehe
tak apa. jaga diri ya.

baik cik. balik dulu. :)


hehehe so itulah dia pengalaman setakat ni. malu jelah. kalau muntah kat toilet ke surau ke. biasalah kan. orang dengar je tak tengok. hihi. sorrylah ya. nak buat macam mana.

tapi 1 thing i learnt. kalau muntah pas makan tak besh. pedih perut. pastu lapar balik. muntah pas minum air dengan banyak, ok. effortless. kalau muntah dengan perut kosong. OMG urat perut pulas2. huhu.

tak apalah. i sanggup je harungi semua ini demi anakku. macam ni jugak ummy dulu. huhu dulu pernah baca 1 blogger ni tulis. tak ingatlah sapa. kalau semua orang ada memori masa mak kita kandungkan kita, mesti tak ada anak derhaka. macam tulah lebih kurang. huhu betul jugak kan.

and my dear hubby, tolonglah lambatnya nak balik. kadang2 sampai stress pulak time2 macam ni hubby tak ada. kalau b ada boleh merengek2. hehehe.

abang janggut tersayang

ingat lagi masa i mabuk agak flat, masa tu b je yang jaga. i told him, rasanya bagus gak b kena pegi kursus, out station. u dont have to stuck here with miserable me. rasa macam susahkan b je macam2 b kena buat.

b marah i cakap macam tu.

tu kan responsibility b. hunny sakit macam mana pun b jaga. after all tu kan anak kita. b kesian tengok hunny.

then i said, hehe aah kan. b jugak yang buat hunny macam ni. :)

sorrylah korang kalau baca blog ni macam tak ada menda lain. hehe ada tak yang fikir macam ni.

asik2 cakap muntah. asik2 cakap pasal laki dia. macam dia sorang ada laki.

sayapunyasuka lahhh. hehehehe

ya allah rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa laki akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

masa kat wedding reza and ed. hihi pakai baju nikah. tembam and jendul aku ni. oh ya ed pun dah preggie. lagi teruk mabuk dia dari myself. huhu sabarlah ya.

Monday, July 12, 2010

terima kasih ummy abah. b i miss u!

rasa belum tulis lagi kat blog ni.

pasal now we are living with my parents.

abah dapat transfer ke klang. so the whole family pindah lah ke rumah abah yang me n hubby duduk mentumpang tu. dulu dok bertiga (me, hubby and arwah jebon)

macam2 ngam2 je timing. lepas tu i pregnant. since ariff pun asyik lah tak da kat rumah. so bagus jugak i pregnant dan tinggal bersama ummy abah. adik2 semua dah pergi sambung belajar. so macam sekarang 3 orang je kat rumah. B balik 22hb ni. gila tak besh tak ada tukang urut harian. :(

tinggal dengan parents memang banyak advantage. nak2 tengah mabuk ni kan. i cant cook, i cant smell, i cant eat well. basically i'm just so weak. tapi still bearable lah. orang lain lagi teruk kot.

bukan mengada2 ya. ada orang kata tuffen up! jangan layan pening tu. makanlah baru tak muntah.

yelah tu kau tak rasa kau tak tahu. hehe

yang paling okay nak hilangkan mual sekejap adalah makan buah kundang. korang tau tak? masam gila buah tu. dr kata jangan makan terlalu masam. tapi apakan daya. 2-3 bijik sehari tak apa kot. huhuhu. lepas makan je segar rasa.

my mom dulu lagi teruk. 4 anak semua teruk. lagi teruk dari myself basically. either abah sendiri jaga or arwah nenek datang jaga. masuk hospital, drip tu biasa.

muntah kuar ikut hidung lagi. kesian gila ummy.

i consider myself as a lucky brat.

ummy and abah do all the chores. abah even basuhkan kereta i semalam. kalau i tengah baring masa pening, pastu nak amek barang abah cepat2 bangun tolong amek.

pencuci pinggan mangkuk yang i nak muntah bau tu ummy dah tukar yang lain.

kalau nak naik kereta, i kena duduk depan, duduk diam2. sebab pening.

kalau abah cuti, dia offer nak anta pegi ofis tapi i yang macam rasa segan.

ummy bersungguh akan cari and masak apa yang i nak makan. walaupun makan 3 sudu dorang dah gembira. haha

sebenarnya tak ada idea nak makan apa. semua pun tak tempting langsung. buah je sedap.

kalau nak masak2 cepat2 i masuk bilik, baca buku. pastu ada gak bau sikit2. kadang2 jiran masak tak kan nak warning kita. pening pastu muntah. hahaha.

kalau balik kerja tu, lepas pening2 drive. padahal ummy dah masak few hours tapi i still bau lagi. pastu uwelkkkkkkk.

kalau nak ikutkan, banyak lah lagi perkara yang buat i rasa terharu. dan rasa mensusahkan je kat parents. dari kecik sampai besar ummy abah kena susah2.

ummy and abah kata nak buat macam mana. memang macam tulah nak jadi ibu. ummy dulu lagi teruk. abah memang jenis yang faham and sabar. kalau ummy pregnant, dia gantung raket. hehe tak boleh kuar main badminton dah. kena jaga ummy and anak2.

pastu dulu2 tak ada washing machine, dia hand wash semua baju and sidai before pergi keja. balik kerja masak. lipat baju. kemas rumah. memang dia rajin gila.

ingat lagi masa ummy pregnantkan alan. me, iwan n ummy dok dalam bilik pastu abah masak kat dapur. hihi. pastu kalau ummy muntah, semua pakat urut belakang ummy.

so far i muntah sorang2. ummy kata i sopan sebab tak kuat bunyi uwelk2. haha. ummy dulu jiran sebelah pun dengar. haha.

:) sekarang semua anak2 ummy dah besar and ummy abah dah nak dapat cucu sulung. huhu. harap semuanya lancar.

as for my hubby. he is always helpful when he is around. memang terlebih manja. hehe. i think i deserve it as dia selalu tak ada.

dia cakap rindu nak makan my cooking. mmmh kenalah tunggu deria bau dah okay ya sayang. and he's doing the room cleaning. and iron baju pun sendiri. kalau i larat baru i tolong iron.

kadang2 i sendiri pon tak larat nak iron baju lalu pakai jeans je pegi keja. hehe.

and i am missing him so much now. he wont be around from 8 till 22 of this month. :(

kalau b ada boleh tolong urut. ada tempat nak manja2. cakap kat fon manalah nak sama. huhu

kesian b sebab dia pun pening and muntah2. memang kelakar tau. hehe tapi kesian pun ada.

it has been 2 months now. harap 2nd trimester akan better. sekarang baru tahu kan macam mana susah2 ummy pregnantkan kita dulu.


rasa banyak sangat terhutang budi kat ummy abah.

harap tuhan balas semua kebaikan dan pengorbanan ummy abah setimpalnya nanti. aminnn.

b, baliklah cepat. i miss u so much :(

and my lovely readers, please doakan me and baby baik2 aja ok. i know it's too early and anything can happen. kita sebagai hambaNya hanya mampu berusaha yang terbaik, berdoa dan berserah kepadaNya.

okay it's lunch time and i dont know if i can eat or not. paling lemah bila sampai waktu makan. dulu tak sabar2. haha.

bye! take care everyone!

Thursday, July 8, 2010

paul you bad bad octopus!


paul the octopus! bad bad octopus!

germany should have won!

kenapa kau melekat dekat spain? kenapaaaa???

tak suka tauuuuuuuuuuuuu!

terpaksa sokong spain dah lepas ni sebab tak suka oranje. tak sukaaaaaaaa.

semalam abah ajak cousin2 berkampung kat rumah tengok game tu. B tak join sebab dia tak sihat. aah dia pun ala2 orang merandung sekarang. peninglah lenguh lah. penat lah. hihi takpe2 kita share. hihi.

i pulak flat semalam. muntah warna warni. haha kuning sebab minum air jagung. lepas tu merah sebab makan dragon fruit. haha apa apaan sih anakku sayang.

haha mesti geli je kan warna muntah pun nak cerita. alah macam tak biasa kan. blog ni kan ke suka je cerita menda2 keji. hihihi. bertahan bertahan!

takpe2 biarlah mummy muntah ke apa asal you okay kat dalam. ya ya mummy tau tak okay sebab team kita kalah. kan bengang kannn. team daddy menang. fine fineeeee. eleh sebenarnya team asal dia, Argentina dah lama kalah. hahahahah!

ok bye!

Tuesday, July 6, 2010

adakah merandung?

baiklah bersambung.

haha.

so, my pre-pregnancy program went well. (tipu. bukanlah religiously buat. hehe) and we decided to stop planning on may. so after may period, we were on TTC!

memang berdebar2 tunggu bulan 6 nak tengok period ke tak. a week before my period was due, i felt so very tired. especially petang2 and malam. selalu lepas masak dinner tak sabar2 nak makan. ini boleh tidur pulak kan dulu. pastu baru makan.

pastu asik mengidam sup tulang. haha. sungguh ngada2.

pastu masa naik kereta, ada xtra ayam bbq after family gathering. i dengan diktatornya mengarahkan berhenti dan buang ayam tu. sekali tengok ayam tu ok je! haha busuk tu i sorang je yang bising. orang lain relax je. huhuh

masa tu ummy cakap, ke dah lekat awak niii?

walaupun badan dah rasa macam lain macam, tapi still in denial. sebab tak nak bagi false hope kat diri sendiri.

bila hubby was commenting something on my err physical changes, i macam, well maybe i'm just getting fatter. haha.

B pun selalu comfortkan, it's okay kalau tak lekat lagi. there's always next time. kita usaha je.

pastu pulak tak ada tanda2 period nak datang.

dup dup dup.

hari sepatut period tak ada pun bila check spender. hih

jeng jeng.

bila lepas lewat period 4 hari, i tiba2 rasa lenguh pinggang and sakit breasts. oh no. masa ni ingat dah nak period ke apa.

terus tanya mira. dia kata dia pun check masa 4 hari lewat. so dia pun encourage i beli HPT.

lepas tu beli HPT. tak sabar nak tunggu 1 week lambat sebab masa tu je B ada kat rumah. lepas tu dia out station. so i beli yang murahan je pun tapi yang detect hCG level 3 days before period due.

malam tidur asik tersedar2 sekali tengok belum pagi. cis. dah pagi je berdezuppp i bangun kencing! eleh selalu bunyi alarm asik snooze je kannn. hihi

lepas tu test. berdebar2 lagi dasat daripada masa nak nikah.

lepas tu jeng jeng jenggg double line!!!!

alhamdulillah!

terus menkejutkan hubby yang tengah tidur. b, hunny pregnant!! dia macam, hah yeke? alhamdulillah. blur2 gitu. hih

then i cakap kat abah later, tahniah abah bakal jadi datok. dia blur2 speechless. then ummy pulak, ummy bakal jadi nenek! punya menlompat beliau memeluk aku. haha.

after that, i waited few more days until B balik dari out station untuk buat check up dengan gynae. nak confirmkan.

scan2 nampaklah kantung baby itu. so happy! masa tu 5 weeks pregnant.

so far dah 2kali scan baby. 2nd time was last week. nampak jantung dia kelip2. subhanallah.

i am now 7 weeks pregnant :)

EDD is on 22022011, insya allah. (macam plat number kereta daddy dia eh triple 2. haha macamlah beranak dan2 date tu.)

tuhan, terima kasih atas kurniaanmu... alhamdulillah. hanya kau sahaja yang tahu betapa bersyukurnya kami.

semua orang yang doakan, terima kasih. semoga allah berkati kalian dan menjawab segala doa2mu. aminnn.

doakan me and baby baik2 aja yah!

more updates on me being pregnant, up next.

take care everyone!

Sunday, July 4, 2010

my pre-pregnancy program

saja nak share :)

so we were married on december last year and was on family planning. we decided to plan for some reasons.

no drugs, no other preventive equipment pun. berhati2 sahaja. :p

tapi of course, dalam masa rancang, kalau tiba2 eksiden, dengan terbukanyaaaa kami menerima. siapa tak nak rezeki kan? :)

biasalah certain orang yang tahu kita planning, mencemuh. tapi ada yang support. nasib baik my family okay. supportive, sentiasa percaya rezeki kat tuhan dan doakan yang baik. begitu juga dengan kawan2 baik, especially yang plan jugak.

kadang2 bila orang tanya i cakap je belum rezeki. dan memang secara langsung dapat pelbagai nasihat untuk jumpa dr, buat itu ini, makan itu ini. errr thanks thanks thanks....

okay let's not talk about that. i just nak share what did i do for my pre-pregnancy program.

3 months before we plan to conceive i do below things:

  • read and research. i read what to expect before you are expecting by heidi murkoff and few articles from the net. banyak lagi buku lain kalau rajin sila beli. hihi
  • build up calcium by increasing milk intake. before ni malas je nak minum selalu. so i took anlene at least once a day. patut twice! tapi ada gak lupa2. haha
  • acid folic intake. note: very important!
  • mensuruh suami jaga makan. no carbonated drink, eat veges more. more fish. of course dia bising tapi i lagi bising kalau dia tak nak ikut. haha
  • pre-pregnancy check up.
  • work out. haha kononlah rajin sangatttt
  • berdoa berdoa berdoa
memang ada yang kata, even my hubby pun cakap i paranoid. siap nak wat check up semua kan. dia jadi bising macam ni lepas mula2 i jumpa sorang gynae ni. bila i kata nak buat pre-pregnancy check up, dia tak nak buat. gelak2 lagi. cakap i risau sangat. my period regulate, for every 28 days, so there's nothing to worry about bla bla. mmm okay fineeeeee

so i tak puas hati so jumpa lagi sorang gynae. haha. as suggested by anil. dia sangat okay. tak ada pun gelak2 kan i tauuu

well memang certain orang cakap tak payah semua2 ni. tapi kan prevention is better than cure. i pernah dengar kes orang ni ada fibroid ke apa ke. pastu pregnant susah pulak. so kalau boleh, mintak lah jauh. certainly, not everyone is lucky.

alhamdulillah mine went well. the gynae said. you are a healthy young lady. only 2 things now. make sure your husband is around when the time comes and pray hard to the man above.

mind you hubby is not always around since dia selalu out station. so hari2 penting2 tu hehe kena make sure he's grabbed! haha

me and hubby always loveee babies. hubby dah lama push2 i cepat2 nak baby. especially bila lepas dia main2 dengan anak2 kawan2 kitaorg ke, anak2 sedara ke. i mesti dah dapat agak mesti balik nanti dia cakap, hunny nak baby nak babyyyy. hahaha

apa boleh buat, dia terpaksa mengikut program paranoid bini dia. hihi. terima kasih kerana bersabar ya!

apa2 pun. kita ni hanya merancang. tuhan yang tentukan. kalau tuhan bagi at first trial, alhamdulillah. kalau later than that, ada sebab dia. kita sebagai hamba mesti percaya tuhan tu maha mengetahui dan maha pemurah.

yang penting kita usaha, doa dan tawakal.

to be continued... :)

eh eh drama nampakkkk hahahhaha!

Saturday, July 3, 2010

lega, alhamdulillah


ni suria. ours is budiman

home sweet home

fewh alhamdulillah.

rasa lega gila.

owh first of all. i was very busy last few weeks and not feeling well, hence the silence. will blog about that later.

but yesterday was a bless. finally dah settle 10% deposit payment of our new house at alam budiman. punya lama nak tunggu all those process yang memang leceh and tambah pulak me and hubby busy.

nak2 kalau libatkan perkara yang perlu ada dua orang. i have to wait until both of us are around. on the desired date. which often payah.

tapi semalam dah settle semua. so now tunggu jelah rumah itu siap. oh excited!

alhamdulillah. finally, home sweet home. :)

when we first saw the house, (me, hubby and ummy). we all semua dah berkenan gila. as for myself memang harap sangatlah dapat beli. balik, buat calculation dengan hubby. pang pung pang, fikir nanti harga makin naik and plus masa tu we were just married, like after 3 or 4 months macam tu. so of course duit dah banyak mentipis dan sedang nak cover balik saving.

tapi asyik berangan nak duduk situ. ish dasat betul masa tu. laki bini tergila2. haha.

so after some time, we all made up our mind. we want the house. masa book tinggal berapa unit je yang harga murah. yang lain end lot, corner lot and kalau ada lot biasa pun mahal sket sebab dekat dengan taman. cis. dekat dengan taman pun nak up sampai puluh2 ribu.

so alhamdulillah rezeki!

meeza dah dapat kunci. hih beshnya. tq babe kerana perkenalkan rumah ini. hihi.

our houses are different phases tapi 1 lane. tapi diseparate oleh taman permainan. sila rajin tukar lauk. ahaha

cepatlah 2012! hihi