mata duitan

Monday, July 26, 2010

kehendak orang merandung

betullah orang kata kalau merandung ni sensitif.

sikit2 nak kecik hati pun ada. especially dengan orang2 terdekatlah. dengan kawan2 ke colleagues ke tak lah pulak. so teorinya, mengada2 jelah tu. manja lebih.

sabar jelah jadi suami dan ibubapa. tapi ibubapa seperti faham mungkin kerana dah biasa dengan orang merandung.

suami memang kena punya kesabaran tinggi. :)

kalau bab makan pun sama. dahlah cerewet bab makan. sebab bukan semua perkara boleh makan. dulu semua pun makan. sekarang ni bila fikir nak makan apa punnnn dah rasa tekanan fikir.

kalau tak dapat macam nak nangis.

sekarang nak nangis sebab semalam tak puas makan baskin robbin verry strawberry punya ice cream.

beli double scoop jr tapi B suruh ambil caramel choc crunch untuk lagi 1 scoop. sebab selalu memang macam tu. i choose 1 scoop he'll choose another one. konon tak nak makan banyak2 scoop sebab nak diet. dululah.

tapi sebenarnya i nak dua2 verry strawberry tau. tapi macam tak cakap dengan B sebab macam mmmh tak pelah ikut jelah.

tapi ini semua mengada2 namanya. semalam tak lah rasa nak nangis.

tapi ini sekarang. nak ice cream tu nakkkkkkkk.

mungkin sebab sedang rasa nak muntah sekarang sebab tu mengada2 nak menangis konon.

mungkin sebab orang yang bertanggungjawab terhadap kandungan dah start pergi out station maka terpaksa tidur peluk bantal sahaja lah i. tak ada tukang urut special (yang kena bayar special jugak). tak ada orang tukang urut belakang bila muntah (hih padahal baru sekali, kebetulan both dalam toilet. mesti B geli. selalu i muntah diam2 sorang2.)

sebab tu dia jadi macam ni.

sebab tu 3posts in a day! pathetic!

tak ada mood nak kerja.

tak reti dah nak design. nak calculate.

lagi sejam nak balik.

baby, kalau mummy menggedik macam ni in next one hour, kita terpaksa singgah mont kiara pergi beli your ice cream ok, on the way back home. this time we eat dua orang je. papa tak ada. next time kita beli, jangan bagi papa. suruh papa beli lain untuk dia. (ariff tak nak panggil daddy pulak. tapi i suka daddy. eh tapi papa pun ok. mama pun ok. eh confuse!)

sebab dia tinggal mummy and baby sorang2 lagi minggu ni.

disclaimer: sila jangan contohi perangai gedik mummy ya anakku sayang. nanti mummy upah ice cream! tadi dah makan lemon chicken jadi jangan muntah please. dari tadi mummy bertahan. please please mummy tak suka muntah lepas makannn.

4 comments:

b said...

sorry bout the ice-cream dear..nt b blk uma nt b pg bli byk2 for hny k, promise...

ederq said...

hehe b relaxla. hunny main2 je. saja je. tapi nak beli banyak2 pun lagilah hunny suka. :)

syiekin azam said...

ehehhehe...manje2 di alam merandung adalah perkara biasa...ahahhahaha...i like..:D

teringat dolu2 nak makan sundae laa, banana split laa..takmo share plak tu..ahahha..tamaknye mama aish nie..aish, jgn ikut perangai tamak mama mase mengandung dulu2 tue..insaf2..:D tp lawakkan? hubby layankan jek..sian pon ade, tp takpe laa..dah namenye ibu mengandung..tak dpt t merajuk..dpt takmo share2 plak tue..share dgn baby jek..:D

to b ederq, layankan ye kehendak mama buyong nie..bukan lame..9bulan jek..(tapi kalo lebeh 9bulan pon takpe kan?) :D

ederq said...

b dengar tu syiekin kata kena layankan je. heheheheheh