mata duitan

Wednesday, November 10, 2010

bila isteri awak mengandung

hai para lelaki (eh sapa je lelaki yang baca blog ni. haha tapi ni korang leh bagitau partner korang)

tiba2 aku nak tulis mengenai pesanan kepada para lelaki (bakal atau sedang) expecting. ya bukan kau yang merandung tapi bini korang kira kau pun expecting ah okay.

bila dapat tahu isteri merandung, mesti korang happy. ada yang sampai menangis terharu. ada yang terkejut (mungkin tak ready). ada yang speechless. macam2 lah.


apa2 pun ketahuilah bahawa kehidupan anda bakal berubah. tanggungjawab akan menjadi makin berat. tapi tak apa malas cerita pasal tangungjawab. cuma nak cerita pasal perubahan isteri anda masa mengandung dan apa yang korang boleh buat untuk tolong.

jangan sekali2 samakan isteri dengan perempuan lain.

ini SANGAT2 penting. setiap orang adalah unik. mana sama. bila isteri kau muntah2 teruk sebab alahan, mengidam macam2, letih tak boleh nak buat kerja, makin kurus, muka macam tengkorak, atau pun makan banyak gila sampai berat naik mendadak, dah tak slim, tak cun dah.

janganlah cakap macam ni - orang lain pun pregnant jugak. tak ada macam awak ni! atau kakak saya pregnant dulu tak ada pun lembik macam awak ni! atau kawan ofis saya kata orang pregnant ni nak manja lebih je. awak ni betul2 sakit ke nak ngada2?

no no no okay. ingat ada ke orang nak pegi jolok tekak nak muntah? pastu muntah pedih perut. tak lalu makan? ingat ada ke orang sengaja tak nak makan? nak lapar. dah la ada baby kat dalam perut tu. tak kanlah kejam kot.

ni semua rezeki masing2. ada orang teruk masa mengandung. ada orang relax2 aja. siapa kita untuk menidakkan kuasa tuhan.

makanya, berilah semangat. tolonglah dia time dia sakit tu. korang sakit pun isteri korang jugak yang jaga kan. after all isteri kau jadi macam tu sebab apa? sebab bawa ANAK korang jugak ya.

ada perempuan yang tak boleh bau suami. huhu kesian kan. nak buat macam mana. dugaan tu. suami sabar!

ada kawan aku cerita, perempuan ni dengar bunyi motor laki dia je dah muntah. belum tengok lagi tu. huhuhu.

aku tak suka bau masak2 je. kadang2 duk bilik pun bau sikit2 tumis2 tu. maka selalu panggil B, B nak bau B! maka tekuplah muka kat badan dia.

hehe. tapi kalau bau perfume dia yang aku belikan dulu masa hantaran yang dulu aku suka, tapi kini aku tidak sukaaaa. huhuh


lepas tu kalau bini kau mengidam nak apa2, berusahalah cari. terliur orang pregnant lain ya bukan macam terliur hari2 tu. kadang2 nak pisang goreng kicap kat JB je. korang mungkin ingat menda tu ala tak ada apa. tapi pada kita ni ya allah setapnya kalau dapat makan.

hehe ni sebab tak puas makan pisang goreng cicah kicap kat JB. MIL ada belikan hari tu tapi sekarang menyesal tak makan banyak2. hahahahaha

bertenang baby, nanti mommy beli pisang goreng kita buat sendiri je sambal kicap tuu. nanti kita balik JB kita beli banyak2 makan puas2. haha.

macam2lah kan. lain orang lain pesennya.

aku paling tak puas hati kalau perempuan sendiri yang cakap macam2. ummy aku pernah kena. makcik ni kata ummy aku manja. saja nak perhatian suami. suruh abah aku jangan layankan. dia dulu tak ada apa pun.

terus ummy doakan biar dia rasa macam mana alahan bila mengandung. ha next pregnancy lembik makcik tu. barulahhh dia rasa dan faham.

masa aku mabuk2 pun ada je perempuan2 cakap, eh tak boleh tahan ke? jangan layankan sangat lah. kalau kau lembik nanti anak kau pun lembik.

bila kita terbaring kepenatan, cakap, jangan malas, nanti anak malas.

hamboiiiiiiiiii. sedapnya mulutttt.

faham perubahan wanita mengandung

dah namanya membawa seorang lagi hamba Allah dalam perut tu. mestilah banyakkkk perubahan yang akan dialami from time to time. tak kira physically or mentally. suami harus belajar semua ni. pergi baca. banyak sangat info yang boleh belajar. nak tak nak je.

1. bila isteri tiba2 kuat merajuk, sabarlah. korang tak rasa apa yang dia rasa. sensitiviti orang mengandung memang lain macam sikit.


hehe ni cerita pasal diri sendiri. sejak mengandung hati kering gua, grunge gua sume hilang kot. aku jadi lebih manja, lebih senang menangis, sangat senang ya menangis, cepat terasa. huhu. B pun cakap, dulu aku independent, tak gembeng, ego tinggi. sekaranggg tak boleh salah cakap sikit.

paling kelakar, masa tu kulit muka jadi agak kering. kat hidung macam ada gelupas sikit. pagi tu b nak kiss aku nak pergi kerja. lepas tu dia kata, eii taik idung eh. sambil gelak2.

aku tengok kat cermin terus kata mana ada! ni kulit kering lah gelupas tau tak. kopek kulit kering letak kat baju B.

terus tak nak kiss. terus lari tak nak tengok muka dia. terus nangis. haha jangan gelak.

B dah tergamam. macam eh gurau pun nangis ke? dia speechless terduduk atas katil.

then dia cakap, B gurau je yang.

not funny! ni jadi macam ni sebab mengandung anak awak lah.
hoho kenapa aku cakap macam tu aku pun tak tau.

terus B bangun and peluk aku and kiss cakap sorry2 B tak mean. jangan cakap macam tu nanti baby kecik hati. then B bent down and kiss my tummy and cakap apa tah kat baby.

then aku cakap, hunny bukan blame baby. tapi B janganlah ejek hunny.

ya ya B tak ejek. B gurau je.


aku tak kata apa nangis je dalam pelukan. lepas tu rasa bersalah cakap macam tu. sorry baby, mommy ter emo. hehehe

ha baru kulit kering. try suami kau cakap. eh pesal gemuk ni? memang meraung terguling2 kot. hahahah

2. bila isteri cepat penat, fahamlah dia bawa muatan lebihan kat perut tu. berat. sakit belakang. urutlah. gosok belakang dia. lega sikit dia.


perubahan hormon memang exhausted. jadi kalau suami tak peka mesti dia ingat isteri malas. haip haippp. tu buta ilmu namanya!

tolonglah dia buat kerja rumah. mana2 yang patut. okay?

i'm lucky, i cant complain for this. tapi komplen sikit2 je bila dia lupa few minor things. hehe

orang perempuan ni senang je. tunjuk je kau care. dah okay punya. cair punya. hey tunjuk care kat bini je, orang lain tak boleh. faham tak?!

3. ada sesetengah perempuan mengandung rasa diri dia dah tak seksi. takut suami dah tak suka.

hey korang janganlah fikir begitu. seksi okay perempuan mengandung! perut boleh buncit tanpa berlipat2 tanpa rasa bersalah, the twins makin besar, ur booties makin tonggek. muka glowing (tapi aku biasa je tak glow punn) apa yang tidak seksi?


kalau suami korang kata korang tak seksi tu maknanya dia rabun. hahaha

jadi suami kena tolong isteri up kan confidence level dia. cakap dia seksi aje di mata suami. lebih seksi. barulah tak ada mental conflict kat isteri ni.

dan uhuk uhuk jangan jadikan pregnancy sebagai alasan untuk tak nak bermanja dengan suami. this is the only time we thank the hormones for making us feel more horny uhuk uhuk. harap tak ada budak kecik baca ni.


aku rasa aku selaluuuu tanya B. B hunny gemuk ke? B, B suka hunny sekarang ke dulu? B, kalau lepas bersalin kalau hunny gemuk cane? B kalau ada stretchmark cane? B suka lagi tak? B cari lain tak?

haha pening laki aku bila aku tanya macam2. siap suruh sumpah2. promise? promise? tipu dosa mati seksa masuk api neraka.

kadang2 dia jawab dengan penuh kata2 manis. tapi kadang2 kalau dah malas nak layan. dia kata, B sayang hunny no matter what sampai B mati. full stop.

walaupun kita berpuas hati dengan jawapan ringkas itu. mesti dalam hati. elelelele yekeeee ni. kan? kan? pastu esok tanya lagi. insecurity namanya ni.

alaa kadang2 kita ni memang perlukan nice words nak comfortkan diri sendiri. risau tu mesti dah.

nak suruh siapa lagi? suami lah kan. kang tiba2 ada jantan lain cakap, eh kau hot siot pregnant2 ni. haaaaa baru nak sentap? hihih

ala banyak lagi pesanan tapi ni je lah. tulis ni bukan apa. kadang2 orang laki memang slow sikit nak pick up menda2 ni. nak2 dia penat kerja ke. atau dia memang hati kering. hihi. aku rasa kita perempuan ni memang rajin cari macam2 info. lelaki relax sikit. so pandai2lah.

ada mamat ni cakap kat aku.

weh kau boleh tak tulis kat blog kau perkara yang membantu aku sikit? bini aku baca blog kau asyik merengek suruh aku urut lah, sapu lotionlah.

hahahahha aku gelak gila masa ni. tapi aku marah dia. buatlahhh kat bini kauuuu! kau ni punnnnn. hahaha

kelakar ok. oh ya cakap pasal urut2 ni. kan orang mengandung dah tak boleh pergi spa bagai (unless ada pregnancy spa. ada tak kat KL ni?)

maka suami tu, bagilahh home spa kat bini. release sikit tension dia. kasi urut sejam dua (hahah you wish sejam dua. patah tangan), spa rambut, body scrub. kat rumah pun jadilahhh. pastu kita isteri bayarlah dia dengan sistem barter. dia nak pergi spa kau tak bagi kann kannn? hihi. masih berdezup lagi jantung aku saat laki aku dispa di Bali dulu. hahaha.

kesimpulannya, encik2 suami suami semua. tolonglahh faham isteri anda semasa mengandung. time lain pun kena faham tapi ni special sikit. time ni kita nak nilai suami kita sebenarnya. sejauh mana dia sayang kita.

dan tak semua orang dapat rasa pengalaman ini. bersyukur banyak2. dan hargai.

after all, bila baby dah lahir mesti kita akan rasa semua ni worth it. insya allah. doa2 lah.

janganlah masa ni kau nak cari perempuan lain. eiii geramnya aku! pernah tak baca paper yang kat putrajaya tu. laki ni pas anta bini dia pegi keja, dia berkhalwat dengan pempuan lain. pastu kantoi dengan JAWI. pastu bini dia datang masa dia kena tangkap, dia peluk bini dia minta maaf. bini dia sarat. bini dia pelukk dia balik. aku kagum dengan perempuan tu. kalau aku dah sepak bijik dah. lantak.

lelaki macam ni namanya JAHAT. KEJI.

minta jauh.

sharing is caring. aku share apa yang aku rasa nak share. aku pun enjoy baca blog2 korang. suka tengok korang happy. kadang2 nak minta suami buat macam laki korang, aku hint2 je kat dia. kerananya aku ni jenis yang upfront. kalau diam, kau tak dapat apa. makan hati. nak apa say it out loud. tak puas hati, say it out loud. when he does something good, puji or award him.

me or you are not mind readers. so dont expect people to understand everything when you say nothing.

hehe peace no war. tiba2.

B, thank you and i love you. cepatlah balik. sobs






9 comments:

Mrs. Eeza Herman said...

selama nie xpernah lak iza perasan perubahan perangai iza..mcm sama je kot...cuma yg jelas ketara makin gemokkk..awal2 pregnant dulu, mmg tak leh terima hakikat bdn naik sgt2..last2 skg nie, da xheran lak..kalo dulu selagi boleh tutup perut, breast pun naik..skg nie, lantak la..hehehe..
nasib baik la kita dapat hubby yg memahami keadaan kita...bersyukur sgt2..

Little BlueBird said...

Hahaha..aku kat gambar yang perot boncit tu..look like preggie...huhuhu..bila la nak kurus...Ok lah..masa pregnant suami banyak memahami..Tak tau la yang ke-2...

Mag said...

wah panjangnye..memang ade perempuan yang suka mengata perempuan lain. mentang2 dia pregnant senang jer kut. die ingat seme org sama agaknya

aZZa said...

aku ms pregnant dulu sensitif jugak. lagi2 kalau tetiba ada malaun bt cite smpi MIL aku gado ngan laki aku. laki aku sedih tp aku lagiiii la sedih.. mmg aku emo giler la time tu.. aku tau ada yg ckp blkg pasal aku sbb jeles kat aku yg hot, cun ni(perasan). sedangkan anak dorg tu x mcm aku..hahahahah..
sampai skg aku igt kejadian masa aku tgh pregnant. dugaan betul.

TANPANAMA said...

good point, ederq.Some people just don't know how to put themselves into other people's shoes.simply say ikut sedap mulut. Tuhan jadikan setiap org tu berbeza. Lagi satu paling benci when orang sibuk suruh kita ikut style orang tu, orang ni. lantak den la nak buat style den sendirik.Ape dia kesah?

ederq said...

iza: haha normal la tu. xpe nanti BF kurus balik. hihi. tu la alhamdulillah. :)

Little Bluebird: eleh tak punn. i tgk ur blog tak demut ponnn. xbaik tipuuu. hahaha

mrs spicy: hahahaha aahla panjang gila baru pasan. sebab type byk hari. hahaha

azza: yeke. sian kau. mmmh dugaan la tu. aku pun dasat dugaan aku. tp fikir2 balik. mujurlah time pregnant. sebab kalau tak, macam2 aku buat kot! huhu

kejora: pensibuk kat dunia ni memang ramaiiii amat. hahaha dan selalu sangka bagus sgt dah cara dorang. hahaha

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

Teringat pasal bella & harry..sobs sobs..tapi kannnnn..PG yg xpreggy nie pun setiap kali nak period ngidam mcm2..huhuhu..shuQ layan kan saja..nak pisang emas lah, nak satey rabbit & rusa lah, nak mangga atok dia lah, nak mkn ikan siakap kat selayang lah, nasib baik dia tunai kan semua nya..siap ckp "syg, jgn ngidam mknan kat kelantan dah la ye..jenuh papa kena berkejar ke sana..nie baru period..belum lg pregnant..hehehe.."

dah oh! terharunya! haha..
ade ke sape2 ngidam time nak period? >_<

ederq said...

PG: so sweet!

hahaha kak ederq masa period dulu selalu ngidam nak makan menda manis - cake, cokelat! tapi ada je time2 yg tiba2 nak makan benda2 lain. tapi PG, ngidam masa pregnant lain. yg kalau tak dapat tu rasa sedih. nak nangis! hahaha.

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

hahaha..yeke??dead ler pregnant nnt cmne laa..duhh..kesian shuq..huhuhu.. T___T