mata duitan

Monday, November 14, 2011

eisya's meals last weekend - recipe

hi! hari ini emak eisya ingin berkongsi recipe lagi. of courselah recipe makanan eisya. makanan dewasa emak eisya tak terel. kikiki masa kecik2 suka cakap tereL kan?


hari sabtu adalah hari berinspirasikan kak guru besar kita iaitu kak farah. i made baby keria and bubur lambuk junior!

Baby Keria


Bahannya:
  1. Keledek oren
  2. Oat (i used rolled oat)
Caranya:

Potong dadu keledek oren. Rebuskan sampai lembut. Oat diblend halus sehingga jadi seperti tepung. Lenyekkan keledek tadi dan uli dengan tepung oat. Jumlah oat bergantunglah. Asal boleh bentuk dah cukup. Bakar dalam oven for 15min at 100F.

ada hati nak post gambar kan. tengok tu bentuk tak sekata! tengok kak farah buat ni. cantikkk je kan. hahah. mula2 aku nak buat lurus2 macam biscotti je senang eisya nak pegang. tapi nanti eisya ingat biskut. ni mommy dah bitau keria so keria kena bentuk macam ni ok! kikikikiki

see! tak guna buat cantik2 kerna nanti hancus! :p

Bubur Lambuk Junior

Bahan2:
  1. 5 sudu makan Beras (for eisya, ini 2kali makan)
  2. Daging cincang
  3. Sedikit santan (i used 1/4 cup je)
  4. Sedikit minyak untuk tumis
  5. 3 ulas Bawang merah
  6. 3 ulas Bawang putih
  7. Sedikit halia
  8. Serbuk sup (tapi masa tu tak ada so i tumbuk sedikit jintan manis, jintan putih. ambil juga kayu manis, buah pelaga, bunga lawang. SEMUA NI AMBIL SEDIKIT2 JE SEBAB KALAU BANYAK SANGAT NANTI PERAP!)
  9. 1/3 cup keledek oren
  10. 1/3 cup kentang
  11. 1/3 cup carrot
Cara2:

Rebus daging sampai lembut. simpan stok daging, ketepikan.
Tumbuk jintan manis dan jintan putih, masukkan bawang putih dan bawang merah. tumbuk halia zass sekali je.
panaskan api. masukkan kayu manis, pelaga dan bunga lawang. masukkan bahan tumbuk. tumis sampai wangi.
masukkan daging dan air stoknya dan beras*. masak sampai beras lembut. masukkan sayur - kentang, carrot dan keledek.
masak sampai sayur2 lembut. masukkan santan dan kacau2 sampai lah ia masak.

Sebab my baby still makan blended, so I blendlah lepas tu. buangkan dulu ya kayu manis, pelaga, bunga lawang dan halia sebelum blend.

*i main tipu, i masak dulu nasik pagi tu. tengahari baru tumis2 dan masukkan bubur nasi kosong dalam tumisan bersama stok daging. pehe dok?

kalau dok pehe jugok sila rujuk blog kak farahla. baru complete. i tak ada kacang peas. hehe

ala carrot n keledek tenggelam kat bawah. kikiki
eisya sangat suka lah! dia yang datang kat i, panjat2 badan i and nganga. siap nak amik kat bowl nak suap sendiri. selalu makan 2 senduk tapi ni 3 senduk sekali makan. (senduk kecil la hehe). itu pun dia nak lagi, tokmi kata stopp! nanti pecah perut kah kah kah.

Bubur Ikan Merah

Bahan2:

  1. Beras
  2. Isi ikan merah (diperap dengan limau kasturi untuk hilangkan hanyir)
  3. Sedikit bawang holland (potong dadu)
  4. 1 ulas bawang putih (hiris nipis)
  5. Sedikit batang saderi
  6. daun sup
  7. daun bawang
  8. sedikit keledek oren (potong dadu)
  9. sedikit bunga kobis 
Cara2:

masak beras sehingga jadi bubur. ketepikan.
tumis bawang2 sekalian. masukkan batang saderi. masukkan keledek.
masukkan isi ikan merah. agak2 ikan dah masak masukkan daun sup, daun bawang dan bunga kobis.
masukkan air bilamana perlu. dah siap tu, masukkan dalam nasi yang sudah jadi bubur tadi, kacau2. blend kalau baby still makan blended meals.

kalau u all perasan, i ni asik tumis je bubur eisya kan. yelah rebus2 dia dah bosan. tapi sekali sekala i masih bagi yang rebus2. cuma make sure bila tumis tu guna corn oil/olive oil/unsalted butter.

semalam i jugak buat chicken pasta soup, campur carrot n keledek this time. topkan dengan grated cheese. dia amat suka.

habit eisya sekarang suka buat tiger. kalau lambat suap pun dia grrrr arrrrrr. siap dengan 2 tangan nak terkam. kalau kita buat takut2 dia gelak pastu ggrrr arrrr lagi. hihii. sampai terbatuk2 dia buat suara tiger banyak kali. i pun tak tau mana dia belajar tiba2 buat sendiri. hihi.

gigi eisya sedang tumbuh. i raba2 gusi bawah dia dah tajam2 dah sebijik gigi. before ni nampak putih2 and bengkak je. alhamdulillah tak demam, tak meragam. melasakkk lagi ada. tak gigit nenen dah. betulla kot orang kata dia gigit masa gatal gusi je kot. i give her heinz teething biscuit tu. dia gigit pastu ketuk2 kat lantai, gigit, ketuk2. T___T

tapi masak apa2 untuk eisya puas hati sebab dia makan. tapi kalau tak sedap dia tak makan ya. pernahlah i masak tak sedap macam ikan jadi hanyir sikit ke, terlebih sayur ke, letak tauhu ke. dia makan dan sembur2. haha! tapi kalau dah kenyang pun, tengok orang makan nanti dia kecap2 mulut. tak pun korek mulut kita. i pernah nganga tunjuk food pastu dia nganga nak mam mulut i. hahaha keji tak abbuu eisya (sya call me abbuu). hahaha.
abbuu loves you baby!

6 comments:

Mrs. Eeza Herman said...

sedap ye mommy masak..
nak try la wat keria..
aritu try gk buat biskut..
tp xjadi..leh jadi benyek lak..

didil said...

sedapnye.mak budak pun terliur.haha.nak try wat bubur lambuk lah!

ederq said...

iza, buat cemana? cer citer. hehe. kena try eksperimen few times kot.
didil. hahah itulah buat je for the whole family tp kite punya tambah garam

KAK RAINBOW said...

eisya dah besar sekejapan je comel pulak tu

Mrs. Eeza Herman said...

iza buat sama mcm resepi yg eder bg kt pages solid food..
1 cup air
1 cup cereal
1 cup tepung..
then gaul, bakar 15min suhu lupa la..
betul tak??

ederq said...

nurul: itula! kejap je. tq. da lama x tgk gambar latest raina la nurullll.

eeza: betul. suhu 200F :)