mata duitan

Thursday, February 2, 2012

bihun sup for baby

hai ibu2 sekalian. sudah lama pula saya tidak update resipi makanan anak2 kan? huhu. baiklah sila cuba masak bihun sup untuk bayi engkorang.

ni eisya first time bagi makan bihun. kalau orang johor panggil mi halus. haha! comel je kan?

bahan2:

bihun - rebus lama2 sampai sangat lembut dan lembik

bahan2 sup:

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia
setengah sudu kecil jintan manis
jintan putih
rempah 4 beradik (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang)
setengah sudu kecil rempah sup (serbuk)
isi ayam
daun sup, daun bawang
carrot
tomato

cara2 buat sup:

  1. sangai jintan manis n jintan putih sehingga wangi
  2. tumbuk jintan2 ini dan tumbuk bawang merah(lumat), bawang putih(kasar) dan halia(kasar).
  3. tumiskan rempah 4 beradik dengan minyak jagung. masukkan bahan tumbuk. tumis sampai wangi dan bawang layu.
  4. masukkan isi ayam
  5. masukkan air dan serbuk sup
  6. masukkan sayur2 tersebut
okay dah siap sup. tapi bihun sup ni tak setap kalau takde begedil. makanya mari buat begedil jugak.

masa tengah buat sup tadi tu, sila rebuskan sebijik kentang ya. ni bahan2 untuk begedil

sebiji kentang size sederhana (dapat 4 bijik begedil)
isi ayam, dicincang halus (curik dari sup tadi)
carrot - diparut
daun sup dan daun bawang- dihiris nipis
tepung atta
telur

cara2:

  1. lenyek kentang rebus tadi.
  2. campurkan isi ayam, daun sup dan carrot
  3. bentukkan 
  4. masa nak goreng tu, celupkan dengan telur pastu celup kat tepung dan sila shallow fry. 
awal2 lagi aku dah ngap sebijik begedil cha ni. hihi

so masa nak serve, racikkan2 isi ayam tadi dan makan bersama begedil ni. kuah sup tu, tapis la dulu sebab banyak rempah2 tu kan.

 

alhamdulillah, cha suka.

kalau mommy nak makan, buat sambal kicap la ok. hehe.

resipi sambal kicap. eh nak bagi jugak? hehe. ni untuk dewasa je ya.

bahan2: 

bawang merah, bawang putih dan belacan - bakar
cili kering (rebus dan blend - sikit je)
cili api 
gula 
garam
kicap

tumbuk semua bahan2 ni dan tambah kicap dan tambah kuah sup ayam tadi. nyums! bihun sup ni makan dengan kacang goreng n bawang goreng dan potong2 daun sup, daun bawang dan limau nipis. letak sambal ni banyak2! yumsss!

huhu masa pregnant dulu aku ingat lagi aku mabuk tak tau nak makan apa. pastu order bihun sup ummy. aku makan ni dari pagi sampai petang dan esoknya makan lagi. tak muntah. haha all time favourite lah bihun sup ummyku!

sekarang cha da ada baby chair baru. mmh antilop ikea. cossato aurora tu dah anta rumah alam budiman. sapa nak pakai tu cha? masa mula2 nak beli baby chair tu pon mommy n papa gaduh2 pilih. mommy nak ikea je. papa ler nak cossato. sudahnya cha tak gemar sangat pun dok situ. maybe sebab besar ke, panas ke apa ke. tahla. tokmi kata cha ni suka barang murah2 aje. i beli toy pasar malam dia suka ok. joget2 lagi bila spider ni nyanyi. toys mahal2 tu dia suka elmo je. yang lain. mmh tak ada perasaan sangat. okaylah cha pasni mommy beli sume kat pasar malam je ok? :p

 

 showing her perut. bila tanya, mana perut? kadang2 dia tepuk perut buncit mommy.

 
 makan prune on her new chair.
boleh je dia duduk diam2. tapi last2 kalau dia boring nak diri gak. so kena bagi dia tengok tv - oasis yang zikir2 tu. baru diam. sambil tadah tangan baca doa or allahu akbar. 
suka bertempek atas orang macam ni. nampak tak gigi dia kat atas tu? 
 .
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.
.

jarang2 macam sapa eh? 

T____T

8 comments:

♥ Elin Adrenalin ♥ said...

waaaduuhh selera sungguuuhhh si comel mkn..sedapp ler tuh ek..ada pegedil lagi./

♥♥relyza♥♥ said...

eeh..sama lak kita up entry resepi baby. so far iskandar nye menu takde lagi tumis². ngeeee mommy nye takut dia kejutan perut lak nanti...

ederq said...

elin: hi! hehe alhamdulillah dia selera aje :)

relyza: hehe itula! o yeke. iskandar dah berapa bulan? masa cha 8m lagi i dah start tumis and perkenalkan spices. hehe boleh cuba tu sikit2 :)

♥♥relyza♥♥ said...

iskandar nak masuk 11m. hahaha
sometime anor still blend mkn iskandar, kes malas nak lenyek². tp anor blend tak bape nak hancur la. nanti nak try la spices. pandai memilih budak kenit tu sekarang.

ederq said...

hehe cha pon kalau daging i blend sebab takut dia tak hadam. menda2 lain leh lenyek2. ye sila try. setap tau. hehe.

:: Lya Zara :: said...

gigi jarang mcm my son,Zareef!:p

dialicious said...

terus i amek recipe smbl kicap.maklumla hubb org muar kan.u org johor yea?i baru nk beli highchair tp xtau bilanya nayli nk duduk sbb dia still duk bumboo chair lg.kalau restoran dia bole je mkn kt high chair.ooo cha dh pandai tadah doa ye.

KAK RAINBOW said...

terus rasa lapar tengok menu ni. boleh tak ederq. hehehe