mata duitan

Wednesday, July 14, 2010

apa nak malu?

setakat ini dah dua kali aku muntah di khalayak ramai. 1 kat kedai mamak. lepas makan.

masa tu aku memang dah pening dok cari kacang pool kat damansara perdana tak jumpa. damn you pakcik haji kenapa tutup? saya kempunan pakcik. nak balik jb saya tak larat nak travel jalan jauh2. drive pergi balik kerja pun saya pening. huhu

makanya sebab lapar pergi je mamak. makan roti 1 keping pun tak habis. pening pening. zasssss tiba2 bau pentumisan bawang. tidak tidak. B dah tengok saya lain macam dia terus bangun pergi bayar. aku pun bangun. cari longkang depan kedai makan tu.

BWELKKKKKKKKK.

mesti orang putus selera!

oppps sorry u all yang tengah makan. i tak sengaja. it wasn't me. it was my baby.

heheh okay tak tak sayang. mummy yang muntah. tak sedap kan roti tu. heheh

fine kan dah malu.

dah cakap dah kat B. tolonglah mentapau sahaja. i cant eat outside. i cant smell. nak jugak bawak i. barulah sekarang beliau insaf.

sekarang ni nak tengok wayang nak shopping pun fikir banyak kali. dulu suka je kan bau2. haha. yelah dulu isi lemak! sekarang isi orang. haha

pastu terus mengadu kat ibu mertuaku. mak, ida tak jumpa kacang pool. makan mamak pastu muntah terus kat kedai. malu je lah.

mak kata nak malu apa biasalah tu. nanti balik JB mak masak kacang pool ni. mak tunggu ida je balik sebab tu tak masak2 lagi ni. sebab ida suka.

oh mak nak nak! hehehe. tq mak! sayang makkk

tu satu kes.

kes lagi satu semalam.

masa kat office dah nak balik tu memang dah rasa nak muntah. tapi i tahan2kan. bertahan bertahan. drive drive.

macam dah ok. nak singgah beli barang kat guardian lah.

masa amek2 barang dah macam kenapa kaki tangan ku sejuk. oh no rasa nak muntah.

tahan2.

letak2 barang kat kaunter. terus tak tahan. jap dikkkkk. nanti akak datang. i told the cashier.

keluar je cari longkang.

BWELKKKKKK. dah la kedai tu tepi jalan. dan agak tinggi. so kereta dan orang yang lalu lalang pun sah2 nampak lah air soya yang kuar dari mulutku itu.

fine fine keluarlah semua keluarrrrr.

ok pastu ada abang2 tentera tengok je kat aku. dorang memang nampak aku muntah dari awal. haha nasiblah.

lalu masuk dalam bayar semua. pastu ada aunty ni tanya.

kenapa awak, muntah? sambil senyum manis.

saya pregnant cik. dah tak tahan sangat. malu je kan.

haha. patutlah. ala apa nak malu biasa lah tu. berapa bulan dah?

2 bulan baru.

hehe
tak apa. jaga diri ya.

baik cik. balik dulu. :)


hehehe so itulah dia pengalaman setakat ni. malu jelah. kalau muntah kat toilet ke surau ke. biasalah kan. orang dengar je tak tengok. hihi. sorrylah ya. nak buat macam mana.

tapi 1 thing i learnt. kalau muntah pas makan tak besh. pedih perut. pastu lapar balik. muntah pas minum air dengan banyak, ok. effortless. kalau muntah dengan perut kosong. OMG urat perut pulas2. huhu.

tak apalah. i sanggup je harungi semua ini demi anakku. macam ni jugak ummy dulu. huhu dulu pernah baca 1 blogger ni tulis. tak ingatlah sapa. kalau semua orang ada memori masa mak kita kandungkan kita, mesti tak ada anak derhaka. macam tulah lebih kurang. huhu betul jugak kan.

and my dear hubby, tolonglah lambatnya nak balik. kadang2 sampai stress pulak time2 macam ni hubby tak ada. kalau b ada boleh merengek2. hehehe.

abang janggut tersayang

ingat lagi masa i mabuk agak flat, masa tu b je yang jaga. i told him, rasanya bagus gak b kena pegi kursus, out station. u dont have to stuck here with miserable me. rasa macam susahkan b je macam2 b kena buat.

b marah i cakap macam tu.

tu kan responsibility b. hunny sakit macam mana pun b jaga. after all tu kan anak kita. b kesian tengok hunny.

then i said, hehe aah kan. b jugak yang buat hunny macam ni. :)

sorrylah korang kalau baca blog ni macam tak ada menda lain. hehe ada tak yang fikir macam ni.

asik2 cakap muntah. asik2 cakap pasal laki dia. macam dia sorang ada laki.

sayapunyasuka lahhh. hehehehe

ya allah rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa laki akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.

masa kat wedding reza and ed. hihi pakai baju nikah. tembam and jendul aku ni. oh ya ed pun dah preggie. lagi teruk mabuk dia dari myself. huhu sabarlah ya.

12 comments:

Anonymous said...

fuh fuhh.bersabarlah wahai mummy.hehe.aku ni belum tau lg nasib macamana kan.hehe.take care k.nanti abg arep balik,baru boleh manja tahap mengada.hihihihi

hazlynda kushairi said...

cOngrats babe!

im the last one to know?

eiii sgt tak puas hati kAHkhAKhKAHa

jage diri ek!

ederq said...

lea: siaplah dia balik nanti. hahaha. kau lea, jgn mabuk teruk2. hehe

lynda: haha! org busy lah katakan! hehe tq dear.

Mag said...

heee..bagus la mabuk2..at least kita tahu baby ok dalam tu. kalo tak rase pape mcm risau jer. take care hun

ederq said...

farah: harap2 baby ok lah. :) u too take care!!

ziza zara said...

salam,
hai
heheheh biasalah waktu ibu ngandung. sabar ye. saya pun ada pengalaman ngandung yang lagi teruk, just bayangkan drived dari kajang ke setiawang sorang2 muntah tu mau tiga empat kali sewaktu tengah drive dari kajang ke opis. mana nak muntahnya mana jalan jemnya sampai opis baju dah kuyup dengan muntah. nanti bila dah bersalin , pasti awak rindu saat ngandung dan pasti awak rasa nak ngandung je sepanjang masa. hihik
takpelah banyakkan lah bersabar dugaan tu. Allah nak kita rasa apa yang emak kita rasa.

zaza - silent reader

ederq said...

hi zaza!
oh tidakkk jauhnya wehhh. huhu lagi kesian sampai basah kuyup baju. adoila.
hahha yeke. ramai cakap macam tu!
insya allah i ok je. so far sabar ingat ganjaran tuhan.
tq dear for reading! :)

Anonymous said...

Dik,
standard lah dik..muntah2 ni.akak dulu masa bulan pose..muntah kat bazar ramadhan,muntah kuning lagi yer..pastu, muntah masa tengah drive.sepanjang bulan pose memang tak larat nak sediakan juadah berbuka..kesian abg shuib.dia buat semua juadah berbuka..hehehehe.syukurkan kita dapat husben yang memahami..hehehe

~Mummy Izzah@Kak Aisa~

ederq said...

haha kak aisa. tula perkara biasa kan. bersabar jela.
huhu ederq xsuka muntah kuning tu. pedih peruttttt.

That's so Jaja said...

hi mama....congratsss!!

ederq said...

hi jaja! thanks! congrats to u too! :)

aNoi said...

ederq,
sila bertahannnn!! baby boy kot eder.. tue yg aktif jek membuatkan ko muntah2 (pandai2 jek aku neh)hehe