mata duitan

Monday, November 15, 2010

budakbudak zaman sekarang

eceh macam dah tua je haku ni. okay memang nak mentua kejap. nak bebel!

tadi aku baru tengok 1 klip orang post kat FB. dua budak kecik sengal kissing kat dalam town, tepi jalan. maybe somewhere jalan bukit bintang ke KLCC ke apa.

malas aku nak tempek sini geliiiii sangat.

yaaaa aku tau ramai je anak2 muda (yang tua punnn) yang buat macam tu. tapi, perlu ke di tepi jalan? di Malaysia ni? dan kau biar orang record kau macam tu?

hohhhh orang dah kahwin pun tak buat macam tu okay!

maluuuuu lah sikit!

ingatlah adik2. zaman couple ni memanglah kalau kau tak kawal, senang je kau nak lemas. senang sangat2.

kalau tak nak ingat tuhan pun, ingatlah mak bapak kau orang. kesian tak kat dorang?

dan save lah weh untuk kau kahwin nanti. pasti ke kau kahwin dengan mamat tu? minah tu? berbekas2 dah kau nanti. eiii.

percayalah bila dah kahwin, nikmat halal tu lebih dari segala-galanya.

awak tu kecik lagi. panjangggg lagi masa depan. jangan hancurkan, please.

aku ada 3 adik lelaki belum kahwin. dalam solat aku, selalu aku doakan dorang ditemukan jodoh yang baik dan dielakkan dari buat perkara2 tak senonoh. hoh jadi lelaki bukan senang, kan?

sebagai kakak, mesti risau takut adik2 aku jadi orang yang tak elok. tahu adik aku hisap rokok pun aku dah belasah sambil nangis. kalaulah ada yang buat hal macam ni siap korang aku pukul tendang semua! haha kak long memang garang.

lagi risau nak jadi ibu. macam mana entah nanti.

yang boleh buat, doa dan usaha sahaja. ya allah, minta jauhhh semua perkara buruk ni!

masa aku belum kahwin pun, bila orang tua pesan macam2 aku macam. ish yelah tau lahhhhh.

bila ibubapa marah aku kapel masa sekolah, aku rasa geram je. tapi dah besar baru tahu ibubapa adalah benar belaka.

bila ummy abah bising aku dating dengan B, aku geram jugak. asyikkkkk call sms suruh balik cepat. kalau dorang tahu keluar malam lagilaaaaaa aku teruk kena kat rumah.

tapi bila dah kahwin, aku faham sangat2 apa yang ummy abah risaukan. entah2 nanti aku n B pun jadi macam tu kat anak2 nanti.




nasib aku dah kahwin! halalan toyyiba! hahaha. haha ingat lagi masa first night, B peluk aku sambil kata, beshnya dah halal, alhamdulillah. hihihi

6 comments:

Unknown said...

Quote: haha ingat lagi masa first night, B peluk aku sambil kata, beshnya dah halal, alhamdulillah. hihihi

Comment: HAHAHAHAHAHAHA

ederq said...

ha ha ha ha besh kak mas. :p

shima said...

i saw the same thingssss!!!!! time tu kt trafic lite depan mybank kt bb tu,dorng mmg kiss yg cm mat saleh tu,shima bwt muke jijik,lg dorng ske kak..yuckkssss!!! yg malunye bdk mlayu plak tu,stok pki cm remps2 ni,..eeee..rse nk ludah kt depan muke derng je time tu!! jijikkkkk!!!

ederq said...

huhu shima kat sana ya masa tu. huhu. mintak jauhlahhh

ettymelladikboy said...

geli wok tengok video tu. rasa mcm uwekkkkkkkkkkkkkkkkkkk...nk terajang pun ada. memalukan islam.

ederq said...

mensedihkannnn