mata duitan

Friday, November 12, 2010

majulah sukan untuk negara

kan saya ni ahli kelab gimnasium. kan saya freeze membership masa mabuk alahan tu. lepas tu semalam barulah nak pergi semula. tiba2 rasa lain je dah lama tak pergi. siap malas nak masuk dulu bila sampai awal, nak tunggu member. lepak surau baring2.

pastu nak shi shi. terpaksa masuk sorang2.

lepas tu semua orang slim je kan. tiba2 aku boyot. nak je aku cakap, ni bukan lemakkk. ni ada bayiii!

tapi ada jugak yang perasan, ehhh you pregnant ke? patut lama tak nampak bla bla bla.

ada yang macam, eh kenapa lama tak nampak. lalu saya tunjuk perut. hehe. mesti takut nak tanya takut saya gemuk ke apa.

siap tanya mai, babe, do i look pregnant or do i look fat?
mai dah gelak2, haha dont worry. u look pregnant!

fewh!

buat ringan2 saja. terima kasih kepada maihida tersayang kerana teman aku buat exercise yang ringan2 je. haha. macam tak lenjun je kau aku tengok. kalau tak mesti kita menitik2 peluh pastu mengah. haha. ni setakat peluh sikit je. tapi okaylah!

steam bath ke sauna ke aku dah tak boleh masuk dah. tapi kau nak masuk pergilah babe! huhu

weekend ni kita pergi yoga pulak! swimming tu tengok ah kalau aku muat lagi swim suit aku! aku rasa mesti dah ternaik dah bajunya nampak kulit perut hoho.

lepas tu baru saya sedar. oh saya rinduuu gym. saya rindu bau gym (bukan bau ketiak orang2). saya rindu bunyi gym. rindu hair dryer gym. semualah! haha. tolonglah

jealousnya tengok schedule bodycombat, steps, bodyjam semua tuuu!

gym keep me sane! kenapalah aku tidak mahu datang masa B busy out station bulan lepas. tapi hanya balik rumah meratap sayu sedih pilu. haha tak lah. balik rumah masak nasi, makan sorang2. ingatkan pergi gym nanti lapar. tapi okay je sebenarnya! kul 4 lebih makan roti so kul 9 balik makan tak ada hal punn.

dan paling gembira, pagi ini dapat mentahi dengan selesa dan nikmat setelah berhari2 tak dapat nikmat! k.e.r.a.s. tolonglah dah minum banyak air, makan buah pun tak dapat lancar2 lagi. tak tahu lah kenapa. tak suka!

work out sikit je terus okay. ni memang saya perasan dah lama. workout boleh buat saya gembira, tidur lebih nyenyak malam2, mentahi secara lebih syurga, dan rasa ringan badan. haha bukan sebab lemak dah hilang tapi bahan kumuhan.

makanya ayuh ibu merandung. marilah kita bersenam! pergi tengok info jenis senaman macam mana yang dapat kita buat. shopping marathon beli barang baby pun kira senam dah tu. hehe.

tak pun, banyak je floor exercise yang boleh buat kat rumah. ni boleh release back pain. nak try nantilah. kesian yoga mat dalam almari.

tapi senaman untuk tak bagi muka tembam siapa tahu? huhu ini penyakit dari azali susah la. muka selalu besar pinggan, ummy kata. hwaaaaaaaa

sedap gila tidur semalam dahla hujan. sejukkkk je. lepas tu pukul 5am tersedar nak peluk, eh kenapa lembik.

rupanya bantal bukan laki haku. lupa lah pulak orang tu nun jauh di sabah....

ni masa V day 2009. haha aku jatuh, injured tergolek dot. ingat tak entry ni?
Sportsbarn ghosts! hih rindu masa ni! baju biru tu haku. baju pink tu azea. pun merandung sekarang. aku tau dia lagi gian nak bersukan. berbasikal segala!

nak jugak tiru ballack

ni masa birthday aku n muna! i miss u girls! mainlah. aku jadi pom pom girl!

No comments: