mata duitan

Wednesday, November 3, 2010

cucukan di buntot?

okay kalau nak tahu pasal tajuk tu, sila baca sampai habis atau scroll sahaja sampai bawah. nak bebel jap.

saya adalah merandung 6 bulan. perut semakin membulat. muka semakin tembam. dagu yang single sekejap dah nak jadi double je saya rasa lahh. seluar yang longgar kat peha masa dulu dah menketat.

berat? tak tahu. tak timbang lagi. minggu depan check up. janganlah menggemukkkk!

sekarang dah tak ada nak idam perkara pelik2 dah. cuma asyikkk nak makan desserts. terliur cokelat. saya baca ini adalah kerana bayi sudah ada taste buds maka adalah normal jika secara tiba2 ibu kepada bayi secara tiba2 terlalu ingin perkara manis.

harus hati2 ya jangan diabetic dah la okay.

saya sangat bertenaga sekarang. nak lompat pun boleh. tapi kalau lama2 macam mengahlah. oh patutlah orang kata 2nd trimester ni honeymoon.

tak macam dulu dah! best sangat. shopping pun lambat penat! :p

baby pun asyik lah tendang2. kalau masa makan, bukan main lagi dia. dan sudah pandai response kepada bapanya. dah tak malu2 lagi. sukalah bapanya.

yang risaunya dia lagi banyak tendang pukul 11 ke atas semasa ibunya sedang bersedia nak tidur. adakah petanda beliau akan sukar tidur malam?

jeng jeng jengggg

tapi satu je masa nak tidur walau tilam empuk, tidur berbaring adalah tidak selesa! ke sisi adalah setap. sakit pinggang semakin meruncing juga ya.

encik tukang urut tak pergi out station maka jika sakit adalah penlega ia. kalau segan nak suruh, buat2 urut sendiri sambil membunyikan suara2 yang perlu, maka adalah 2 tangan jantan akan mengurut walau sambil dia pejam mata.

lepas tu saya terpejam mata tidur dapat urutan. hih

pinggang tu hari2 kan. tapi ada tak engkorang rasa sakit sebelah kaki? dari buntot sampai lah tapak kaki. ya ampun nak menangis kalau lenguh macam ni. sebab buntot lemak tebal nak cari urat macam sukar ya.

suruh encik tukang urut urut pakai minyak panas sambil dia non stop burp burp keluar angin. barulah legaaa.

banyak betul angin!

tapi kan pelik tau. dulu semasa sebelum merandung saya champion kentut. tapi kalau lawan si dia tak boleh. dapat number dua je. sebab dia jahat. suka aniaya isteri dengan kentut maut.

boleh tak orang tengah mandi nak masuk toilet jugak ingatkan nak mandi sama tapi nak bagi kentut lepas tutup pintu dan keluar??? tapi kalau mandi seorang diri boleh pula dia keluar dari toilet lalu kentut kepada saya yang di luar bilik dan kemudian tinggalkan saya terpinga2 bau kentut tapi dia menikmati mandi dalam tandas yang udara kentut-free.

nak marah takut derhaka maka redha! haha tak ada maknaaa! mesti saya jerit

b!!!!!!!!! jahatnyaaaaaaaaa! benciiiiiii!


oh tapi isunya, secara dasarnya dulu saya dikenali sebagai perempuan kentut sepah, ederq poot poot dan lain2. jahat kan dorang? saya hanya berlaku jujur. bukan silent killer. selalu disertakan dengan amaran. supaya anda lebih bersedia! haha

tapi isunya sekarang, kentutan saya menjadi pemalu. kenapalah? tapi mungkin ini menggembirakan ummy saya.

ala nanti kena cucuk kancing gigi. tetanus kan? adakah di buntot? adakah sakit?

dah lama okay tak tayang buntot untuk dicucuk. taaaakkkuuuuttttttttttt

sakit takkkk?

11 comments:

aZZa said...

cucuk kancing gigi kat lengan. tak sakit pun bagi aku. tapi lepas tu kena tahan tahap kesengalan lenguh tangan selama seminggu. hihi

sha said...

mmg cucuk kat lengan la ederq. kalo cucuk kat punggung sakit gile okeh. aku kena cucuk kat situ last week sbb kena infection. smpai skrg rasa sakit lagi tau! nyesal2. kalo tau baik cucuk kat lengan je ha

Unknown said...

ehehehhe..baby malam2 mmg die sgt aktif..waktu kita nak tdo tue la die wat akrobatik, pusing2, tendang2...kadang2 smpi senak perut tak dpt tdo..t dah besar, lg terase die tendang2..:D

haaa posisi tdo paling sedap mmg mengiring..sedap je rase tdo..ehh ko dah penah nmpk perut senget tak? cute!! aku dulu slalu perut senget..ntah aish tdo cemane dlm perut, aku pon tak sure..tp t bonjol kat seblah, seblah lg cam takde bonjol..bonjol tue bontot die kot..ahahahah..

mmm kene injection kat lengan laa..takmo la cucuk kat montot..malu..uhuhuhuh..tp mmg lenguh laa..ade yg smpi demam2...ehehhe..

gudluck mami ederq!!!

ederq said...

korang: kawan aku kata kt buntot kalau dgn dr tuu. tidakk. nak request kt lengan jela. hihi. bontot byk lemak nanti tak serap. hahaha.

syikin: belum senget2 lagi kin. tapi kadang2 geliiii dia tendang kat pundi kencign ke apa. haha. tak sabar nak tengok perut senget2 tu! hihi

ninazarina said...

tanak komen pape. cume nak kata ni... LOL!!!!! hehehe...

ederq said...

ninaaaa apa gelak apaaa. hahaa

ettymelladikboy said...

woooo woooooo wooooooooo......senak perut tak bley kentut.

dialicious said...

hahha..lawak je hubby u..notti gak dia ye!heheh..i plak kene baring terlentang..sbb bila mengiring baby mcm dok kick2..macam dia x suke or x selesa je..tp mmg on the side yg direkemen kan?confuse la..huhuhu..ni cucuk anti tetanus ker?i tau kalo gomen spital mmg wajib sbb equipment dia share2..tp kalo private xyah cucuk anti tt sbb new utensils and lebih hygenic kalo ikut pembacaan kt google la..hehehe

ederq said...

etty: eh jgn siimpan kentot. hehe

diah: hihi.
tula kalau mengiring mmg dia akan kick lain mcm sket. tp i tak tahan dok melentang diah! terpaksa la to sides.

i dah kena cucuk kat buntotttttt

orkidesa said...

kene cucuk kat bontot ker? nak request cucuk kat tangan lah

ederq said...

lengan lenguh la awak. buntot kejap je lenguh. hehe