mata duitan

Tuesday, November 16, 2010

pingsan!

sedang mentunggu ikan kerisi untuk disiang oleh apek pasar malam, secara tiba2 pemandangan ku jadi kabur. kurasakan dunia ini seakan berputar. peluh sejuk membasahi tubuhku yang belum mandi sejak balik dari kerja.

lalu ku katakan kepada B,

B, hunny tak sedap badan. rasa macam nak pingsan.

relax, amek fresh air kejap.

lalu aku pun berpaling ke belakang untuk bernafas. gagal. nafas pendek. semakin sejuk peluhku. lalu aku terlentok di belakang badan suamiku dan berkata,

B, hunny takut. tak rasa kaki ni. nak balik jom. tak nak pingsan sini. jalan basah ada lecak helo aku tak mahu terbaring di sini! boleh tak sempat lagi aku fikir.

suami membawa daku ke tepian jalan di tempat penjual daging. di situ sepantas kilat abang jual daging ambil kerusi lalu suruh aku duduk. aku macam hempaskan bontot di kerusi dan rasa leher aku macam lembik gila.

B pergi beli air mineral. abang daging pergi ciluk limau kasturi kat tempat jual sayur sebelah dia suruh aku bau2. haha.

abang daging kedua bantu letak semua barang2 belian ke dalam 3 plastik besar. orang lalu lalang melihat aku yang sedang berusaha kipaskan muka.

lepas dapat rehat sekejap, barulah baik semula. dan boleh berjalan.

adoi. setelah dipertimbangtara, aku simpulkan aku terjadi seperti itu kerana:

semalam aku kurang minum air.
semalam aku tak makan apa2 waktu tea time petang tu. dah dinner lambat pula, pergi pasar malam. tapi tak lapar pun.
tekanan darah menjadi rendah (memang dari azali aku mudah dapat ni).
berjalan terlalu lama di pasar malam dengan ramai orang.

so tajuk pingsan tu tipu je. hampir pingsan je! aku dah biasa kena so tahu je akan pingsan maka sempat ambil langkah awal. hahah!

eh abang2 daging itu sungguh membantu. terima kasih.

terima kasih kepada B juga. hehe sebab tu lahhh hunny tak nak pergi beli lauk sendiri kat pasar masa B out station. hihihi alasan

9 comments:

Mrs. Eeza Herman said...

nanti bila gi check up, awk kena inform kat doc yg awk pernah pengsan..
biasanya doc akan dpt detect awk kurg darah bila dpt result blood test..
better awk gi je jumpa doc, yela, awk preggy..kalo hubby xde that time, lg susah..

Mag said...

loh..nsb baek bukan sorang2~ tc dear

ederq said...

iza: aah kan. nanti i cakap. ala kena ke pegi jumpa sekarang ni? ok je kot. ehehehe

mrs spicy: huhu tula pasal nya! tq!

aZZa said...

ish ko ni. nasib baik bukan sorg2. make sure mkn tau. jgn bg perut kosong. nti rs nk pingsan lg mcm ni.

jgn kuar sorg2 lain kali incase jd bab nak pingsan2. take care!

garang tak aku? hahahahah

ederq said...

hahaha baik mama aiman! tu la aku mmg tak berani nak pergi mana2 tempat crowded sorang2. huhu

Little BlueBird said...

U kurang iron kot...i pernah kena gak!!

ederq said...

Little Bluebird: aah la i pun rasa! huhu

ettymelladikboy said...

hoh...nasib baik boleh berfikir sebelum pingsan kan. siap tak mau landing kt becak. hahahahah..

ederq said...

haha sebab dah biasa pingsan sebelum ni maka lebih bersedia!