mata duitan

Tuesday, December 1, 2009

lelaki idaman

dia yang saya akan kahwini minggu depan ini.
bukanlah lelaki idaman yang saya mimpikan masa zaman gatal2 mencari kekasih.

dulu saya impi lelaki yang macam di bawah ini:

  1. dark (macam ala2 tanned. tak suka lelaki putih jambulah. tapi nasib baikkk ariff tak jambu. durian ada. hahaha)
  2. tall (seb baik B tinggi hingga saya hanya nampak bulu hidung beliau bila dongak ke muka dia tanpa heels)
  3. handsome (dia tak kacak macam Hugh Dancy, tapi kacak di mata hati saya sampai bila2 kecuali bila muka dia marah saya saya tak sukaaa. :p)
  4. lebih tua sedikit dari saya (alamak ini memang tak dapat!)
  5. pandai main guitar (tak pandai!)
  6. pandai buat saya ketawa (haha memang saya suka ketawaKAN dia. :p)
  7. friendly (ha ini memang lambat warm up. tapi okayla kot. kang dua2 byk cakap sapa nak dengar?)
  8. layan rock songs only (dia layan hitz. bwelkkk)
  9. rambut jangan pendek sangat (saya suka time dia rambut panjang. sekarang terpaksa skema)
  10. pandai martial art (sebab kan saya budak silat duluuu. hih. oh ariff xpernah join martial art)
alah malas pulak nak list panjang2. banyak lagi. hihi

kesimpulannya, ariff ariza tu bukanlah ada semua ciri2 lelaki idaman yang saya mahu dulu.

saya ada juga berkawan2 dengan orang2 yang hampir mempunyai ciri di atas. tapi tak ada satu pun yang lekat lama2.

ada yang macam poyo rasa terbagus di dunia. ada yang baik sangat sampai baru kawan dengan saya dah pandai nak komen saya suka gelak macam pontianak dan suruh saya bersyukur dengan apa yang ada dan ada pula yang macam kedekut nak spend duit bila makan sama2. dan ada pula yang tiba2 okay fine ada girlfriend lain pada masa ingin berbaik2 dengan saya. okay fine but damn you.

HOHH. akhirnya saya faham. lelaki idaman bukan boleh nak cirikan macam tu je. kalau dah physically attracted, chemically belum tentu lagi. biologically pula eh itu lain.

kadang2 kita tunggu lelaki yang ada semua ciri2 yang kita mahu baru lah nak bercinta kasih sayang mengenali lebih dekat segala. tanpa beri peluang. kadang2 kita tak tahu. lelaki yang tiada langsung ciri2 idaman itulah yang sanggup buat apa sahaja untuk kita. yang sayang kita lebih dari segalanya. yang melekat macam dah tak boleh buang lagi.

kadang2 kita harap kita ada apa yang orang lain ada. tanpa sedar di depan matalah yang harus tidak disiakan. kita memang rabun sikit kadang2. kena pakai spek. baru nampak.

dan saya syukur. saya beri peluang untuk saya dan dia cuba cari ruang kesesuaian antara kami, 6 tahun lalu. saya syukur saya tidak takut untuk teruskan cinta bila ada yang tak suka. bila banyak nangis. bila banyak sedih. bila penat. tuhan tolong kuatkan semula kami. bohong kalau cakap 6 tahun bahagia 24jam.

tapi, saya tak kan lupa tiap kali dia buat saya dihargai dan dicintai dan dipujai.

dan syukurnya bila saya jumpa cinta hati yang sentiasa ada. tak tahu macam mana nak describelah. tiba rasa sebak la pulak terharu. bila ingat semua kisah dulu2.

tak tahu macam mana kami boleh samapi tahap ni. masih tak percaya!

sebenarnya post ni nak dedicate kat kawan2 yang masih mencari si idaman. yang terlalu choosy dan rasa tak ada orang yang sempurna untuk jadi kekasih. beri peluang. kita pun bukan perfect. dan doa. insya allah jumpa. :)

carilah orang yang dapat terima kebaikan dan keburukan kita. itu yang paling payah sebenarnya. kita nak suruh orang ubah untuk kita memang takkan senang. kita yang kena ajar diri untuk sesuaikan diri dengan keburukan orang. bukan terima buta2 tau tapi.

ini pun saya masih belajar. jujurnya, banyak perkara yang saya tak berkenan bila dia buat. dan saya tahu dia pun sama. dahla perempuan ni degil sikit kan. hihi. tak gaduh pun tak best. hih

jauh lagi perjalanan. tapi untuk setakat ini. alhamdulillah...

tuhan, terima kasih. :)



saya pun tak tahu kenapa nak letak gambar comot.

8 comments:

AaAa said...

correction dear..skrg da dgr mix fm la

dialicious said...

i hafta agree w u ieda..i didnt get my dream 'Nick Carter' lookalike bf but Allah gave me a perfect person to guide me to the right path :) i know He knows whats best for me huh..
and ur right..a lot of my frens also sgt memilih ok!i tried to advise them but in the end fikir2 balik..jodoh not in our hands kan?gudluck ieda.insyaAllah i'll cya on ur wedd day!gudluck dear

ederq said...

b: ok ok mix. hihi

diah: fuiyo nick carter! haha! kan allah knows best! tq so much diah. hope to see u there! :)

fati said...

ida!! thanx for d reminder.. i luv this entry lah!
no body is perfect. so we hv to perfect each other :)

ederq said...

exactly! :)

izarosniza said...

ahahaha..1st time aku terharu dgn ur words..selama nih harammm..sume hampeh!ahahaha...u're true dear..kite selalu nak apa yg kite suke sampai sometimes xsedar, apa yg not in our fav list tu bleh jadi the most perfecto! for us..ahaha..gud lak darling!

suddenly, aku teringat zaman2 dolu:)

ederq said...

haha! kau ingt aku xde ciri2 yg baik ke hahh. hahaha.
tula kan. act manusia ni, never know what we have till it's gone.

ninazarina said...

wah what a touching entry! n mcm ade terkena tempias-tempiasnye jugak tu! hehe... congrates ieda! smoga sentiasa bahagia n kekal ke akhir hayat k...