mata duitan

Friday, August 27, 2010

luahan hati wanita merandung kena kerja sebab KL tak cuti

haha kecohnya aku. macam aku seorang kerja hari ni. tapi yelah jeles sebab B and abah pun cuti. abah ummy pergi Ipoh melawat anak saudara abah yang accident. huhu sekarang b tengah amek selipar raya dia kat Sunway Pyramid yang dia book hari tu.

bersenang lenang nampaknya dia. berjalan seorang diri harap jangan lupa diri. wah pantun pulak.

tapi hari ni ada driver hantar pergi balik kerja. kan besh hari2 macam ni. hehe.

ingat lagi dulu aku tak nak ngaku kat khairina and khalif, B tu boyfriend aku. so bila B datang amek and anta umah masa date, dorang cakap. tu boyfriend kak long ehhh.

aku cepat2 cakap eh tak laaaa. tu driver je. haha!

so bila B datang rumah, dorang kata, kak longggggg, driver kak long dah sampai!

hihihi bengang je B.

masa aku jemput suruh datang wedding, dia tanya, kak long kahwin dengan driver kak long yang ada janggut tu ke?

aku kata, eh nak tau datanglah. haha

bila aku kahwin, dia cakap. haa kan betul adik and kakak cakap, tu bukan driver kak long. tu boyfriend kak long.

hihihi kesian budak2 kecik kena tipu. bukan apaaa! nanti dia kecoh kat semua orang. i kan pemalu orangnya. hihihihihihihi

rindunya budak2 tuuuuu. malam ni balik JB nak pergi lah jumpa esok!

petang ni ada majlis buka puasa dengan orang2 ofis B kat intekma. mula2 malas nak pergi sebab nak balik JB. sebab tengok kat internet, ada menu kambing bakar. so nak lah!

boleh tak puasa2 ni aku teringin nak kambing gulinggggg. padahal tak suka pun kambing dulu2. ni mesti baby suka. hihihi

selera makan dah improve sikit. semalam teringin bihun sup ummy. makan untuk buka dengan sahur lagi. selalu sahur makan ciput pastu nak muntah. macam biasa bihun sup ummy memang tersedap di dunia. tapi sejak merandung ni aku tak leh la makan pedas2 sangat. so sambal kicap tu amek ala kadar je. yelah kang heartburn! alhamdulillah tak muntah.

ish aku tak puas hati lah kenapa tak cutiiiii. isnin pun aku tak amek cuti kerana cuti adalah tinggal sedikit.

lagipun tak apa. ada buka puasa kat PJ Hilton isnin ni. hihi macamlahhh aku ni dapat makan banyak. kau jangan muntah depan orang ramai dah. tak pasal2 kena halau. malu ok! tak besh pulak nanti sebab aku seorang diri perempuannn. mmmh macam tak biasa pulak. kalau pasal kerja aku selalu tertiba2 seorang diri perempuan. nasiblah badan.

okay kerja boleh tahan banyak. lepas boss bagi, dia siap cakap, now dont curse at me yet!

tu ayat favourite dia pas bagi keja. atau kadang2 dia cakap. now u can go back to your desk and start cursing me.

hihihhi tak adalah bosss! saya memang sukaaaaa! silalah naikkan gaji saya! sekian.

note: aku tak panggil boss aku boss pun. dia tak suka. masa mula2 masuk dulu aku panggil sir pon dia marah. haha!

4 comments:

That's so Jaja said...

sempoinye boss! best!

yaNa said...

bestnye cuti ddk umah arie nie..la3..

Nurulhuda|Adlie said...

eh perempuan merandung ni! haha, sama la i pun hari nuzul i keje, tp driver ada, on! haha..

kelakar je pgl driver kan, cute! haha, salu nak buat ketawa la u ni.. :)

ederq said...

jaja: sempoii tapi time hangin dia datangggg. hehehe

ina: diam kauuuu

huda: hehe driver yg hot. utk kita je la ya. hehe. ehehheeheh ketawa la lagi utk awet muda :p