mata duitan

Wednesday, October 27, 2010

al quran

pdotte kat belah kanan saya. yang baby kecil tu anak dia. yang belah kiri saya, dini and naurah, her daughter (masa open house saya, 2010)

saya ada kawan. nama dia pdotte. dia kawan saya masa sekolah menengah. lepas itu kami sama2 ke matrikulasi penang.

pada hari jadi saya yang ke 18, pdotte telah datang ke bilik saya. lepas tu dia malu2.

pdotte: ederq aku ada hadiah nak bagi kau untuk harijadi kau tapi aku malu.
saya: haha! kenapa malu? nakkkk! yayyy!

pdotte: yelah aku tak ada apa nak bagi. tapi janji kau jangan gelak.
saya: yaaaaa! manaaa?

pdotte bagi saya hadiah itu dan saya dapati ia adalah al quran nur karim.

awwwww!

saya: thank youuuuu! kenapa kau nak malu? aku suka! cantik!
pdotte: aku malu lah sebab al quran je.
saya: je? apa je? aku baca kau dapat pahala kan. apa yang je?

pdotte: hehehe. bacalah kalau ada masa.


kat situ ada tulis ucapan,

dear Z,
semoga istiqamah dalam setiap perjuangan.

firdaus hakim


makanya sejak tahun 2001 sehinggalah tahun 2009, memang quran itu yang saya baca.

lepas tu, pdotte pergi sambung belajar di Jordan dan kami lost contact dan hanya dapat contact pada 2008 rasanya. tapi walau pun lama tak jumpa dan berhubung, rasa dekat sangatttt.

eh kejap ada pergi wedding dia. dia kahwin dengan orang iraq. selepas dia kahwin, dia ada cakap kat saya, kenapa kita jarang jumpa tapi rasa macam dekat?

saya terus je cakap, sebab aku selalu ingat kau. tiap kali aku baca quran, yang kau bagi, baca ucapan kau kat situ, aku ingat kau. sebab tu kot!

tak tahu sejauh mana betulnya tapi mungkinlah kot.

sekarang, quran tu ada kat bilik bawah. kalau saya solat kat bawah dan rasa nak baca, bacalah. kadang2 ummy baca.

tapi most of the time, saya baca quran yang B bagi masa hantaran kahwin.

saya ni alpa. lalai. bukan hari hari baca quran. kali terakhir khatam tak tahu tahun bila. baca pun ikut suka hati nak baca surah apa. kadang2 masa nak solat dah plan lepas ni nak baca. tapi lepas solat, kentut malas nak pergi ambil wudhu' terus tak baca. delay delay.

buku cerita berbalun2 boleh beli dan baca sampai addicted sampai tak nak tidur nak tahu ending. sampai suami kena panggil 3 kali baru nak menyahut.

haih lemah nya diri ini.

mujurlah pregnant, terlebih sikit rajin dari biasa.

kenapa saya tulis ni hari ni. sebab tadi ada dengar kat IKIM FM. cara kita amalkan hidup kita adalah penentu cara kita mati.

dia ada cakap pasal al quran, amalan semua2. sentap. takut.

tapi kita kena ingat, tak semestinya kalau kita baik, amal banyak, pengakhiran kita akan berkesudahan baik. dan tak semestinya kalau kita jahat, pengakhiran kita berkesudahan dengan kejahatan.

dan kalau kita nak kira umur, jangan kira tahun. kira hari. lepas tu kalilah dalam satu hari ada berapa dosa.

sentap lagi.

cuba kira kejap banyak mana?

banyakkkkkkkk.

okay tak tahu nak end post ni macam mana. dengan itu sekian.

bye!

2 comments:

Anonymous said...

hi babe,

selamat bahagia semasa mengandung.actually ,i blog hop dari blog diah rasanya.enjoy pulak baca blog u ni,baru je baca sampai sini,blom khatam lg.

take care

ederq said...

hi! hihih thankssss! happy reading! :)

u too tk careee!