mata duitan

Monday, October 18, 2010

BF talk+detailed scan :)

hari sabtu yang lalu adalah hari bayi. saya dan encik suami telah pergi ke Breastfeeding Talk di MLO, Wangsa Maju. percuma. hehehe.

B dah risau kalau hanya dia seorang lelaki. mmmm teruslah saya berceramah kepada beliau bahawa saya sangat perlukan sokongan dia! memanglah nanti guna tetek saya tapi sokongan padu suami adalah pentinggggg! so tak kiralah kalau dia seorang lelaki ke apaaaa.

haha itu semua emo sebab dah lama kena tinggal dan bila di rumah dia sibuk pula. panggilan telefonnnnnnn dan menghadap labtop. pffttt. dan sekarang kena tinggal lagi. huhuhuhu

makanya talk itu berjalan lancar, dan barulah dia sedarrrr akan kepentingan sokongan beliau. dahla siap cakap dekat baby, baby now u know kan macam mana nak minum susu mummy. meh papa ajar how to latch.

dangggggg!

harap bukan itu sahaja yang dia pelajari. ish.

malamnya pula, saya dan encik suami telah membawa bayi dalam perut untuk dilakukan scan terperinci. perasaan semasa itu adalah bergelodak. kerana tidak sabar2. dan bayi pula seperti berkongsi perasaan yang sama dengan ibu bapa beliau kerana tidak henti2 membuat gerakan secara aktif.

masa yang ditunggu telah tiba. Dr Anson selaku juru scan telah bertanya,

is this your first?

yep!

awak disuruh datang scan atau...

we ask for it!

ok kalau u ask for it, tak ada apa nak risau. okay sila baring ya.

dan bayi adalah sungguh agresif semasa dr scan. beliau menendang dr (eh dia tendang aku, dr kata hihi)

dan dr kata, muka bulat ikut siapa ni. hehe ikut mummy dia lah tuuuuu.

alhamdulillah semua ok. semua dah terbentuk sempurna, insya allah.

dapat biology class dr dr tu. hehe. dia sangat bagus, sangat detail (yela dah nama detailed scan) dan setiap kali dia nampak perkara yang baik, dia akan kata, alhamdulillah. dan dia sangat friendly dan kelakar.

dan2 masa dr nak snap gambar muka, dr kata ok adik duduk diam2 acik nak amek gambar, dan2 je nak snap, dia tutup muka!

awwwww tau2 je you ni tau, baby! malu ke? kalau sifat2 pemalu tu ikut mummy! hahahha percayalahhhh!

kemudian saya kata, ala baby kenapa tutup mukaa?

dr kata, tak apa, kita boleh rewind. hehe dr juga kata anak awak ni ligat tak boleh duduk diam. hehe

kalau malam memang time dia lah asyik lah menari berjoget bersenam, sebab itulah. hehe

kedua ibu bapa adalah sangat gembira kerana bayi tidak jemu2 beraksi. letak tangan kat dagu lah, main kaki lah. tendang2 lah. oh gembira lihat bayi berkembang dengan sihat, alhamdulillah.

para pembaca budiman sila doakan semua lancar ya!

oh ya, saya ingin sekali mencadangkan dr Anson di Putra Medical Centre ini untuk ibu mengandung untuk melakukan detailed scan.

ada sesetengah tempat yang saya tanya, mereka tidak buat detailed scan, hanya 3d/4d sahaja.

harga pun tidaklah mahal di situ. :)

baiklah, berhenti di sini dahulu. eh apa? nak tahu jantina anak? hehe betullah dr Zarul kata minggu lepas.

saya yang salah. hehe. cepat teka!

14 comments:

CiK pUaN mAmA bAm-BaM said...

hi ieda... blh x share info psl bf tu.. teringin nak tau ape yg dismpikan..
mesti seronokkan tgk baby beraksi comel..heheh

Ilyani said...

hujung bulan ni pn sy nk g wt detailed scan... :)

ederq said...

hi ein, okay2 insya allah nanti i buat 1 entry pasal itu ok. :)

ederq said...

mrs engineer: hehe enjoy nanti! mesti tak henti2 sengih and kerut2 nk faham dr cakap apa. haha

Unknown said...

Hi..
Boleh tau x you share wat detail scan kat mane? And baper charge?

Igt nak wat gak!

Anyway..

ederq said...

hi nahiz: sure. putra medical centre, sg buloh. only RM150, by appointment :)

aZZa said...

boy? betul x? hehe

ederq said...

azza: heheheheeheheheh jeng jenggg

Mrs. Eeza Herman said...

dr anson ekk..hm, teringin lak nak bt...nak dptkan cd utk baby..
baby pemalu ek..kelakar lak siap tutup muka..hehehe..
mcm2 peel kan baby kita nie.. =)

ederq said...

eeza: yep. kat situ ada sorang je pon sornographer (dont know how to spell lah)
pergi la buat hehe. dr spend duit buat 3d/4d only, better bayar for detailed scan terus.
hehe tu dalam perut da kuar nanti lagi mcm2 peel nya. hehe

Unknown said...

..huk huk,,
jauhnyeee...
me stay in kajang...g annur je la jawabnyee...
thanx ederq

ederq said...

le jauh nya. tak apa buat je kat mana2 pon. asalkan ada facilities yg u nak. :)

amiza said...

good that your hubby join the bf talk..to tell you the truth, you need fully support from your other half to make it happen..enjoy!!

ederq said...

insya allah :)