mata duitan

Monday, October 11, 2010

kisah hujung minggu

salam 1 malaysia.

pertamanya, bersempena dengan bulan bahasa kebangsaan, saya akan menulis dalam bahasa melayu sepanjang bulan ni. ecececehhh. selalu je tulis macam2 nak rosak kan bahasa. :p

8/10/2010

hari lahir encik suami saya yang tercinta. akan tetapi, hanya sempat wish sahaja. belum sempat pergi makan malam hari lahir atau beli apa2 hadiah sebab sibuk ibu bapa saya pergi haji, saudara mara datang, kenduri kendara dan sebagainya. ingat nak makan malam secara romantik semalam tetapi terlalu penat pergi ke sana ke mari. dan sekarang dia kerja di luar kawasan pula. maka harus tunggu lagi.

saya doakan suami lebih matang, jadi anak, suami dan bapa yang baik, murah rezeki dan dilindungi Allah.

9/10/2010

hari ummy dan abah bertolak ke ke tanah suci. hari di mana ramai saudara mara dan kawan2 keluarga berkunjung ke rumah. agak penat.

pukul 530 petang, abah panggil kami anak beranak berkumpul dalam bilik ummy abah. nak tinggal pesanan dan wasiat. sebelum itu, saya sudah kata mesti saya paling akan menangis. tapi nak tetapkan di minda tak mahu menangis.

akan tetapi apabila sahaja abah baru habis satu perenggan berbicara, terus panas mata lalu tumpah. tiada henti. terutama lepas abah beri pesan kepada saya sebagai anak sulung, jaga adik2, jaga harta dan paling penting, taat dengan suami.

ariff sebagai menantu dan kira seperti abang dan ketua sepanjang abah pergi mekah pun diberi pesanan yang panjang lebar. kemudian adik2.

bila tiba giliran masing2 bercakap, saya paling kuat nangis. dan aiman pun. alan langsung tak menangis. B pun. iwan sikit. ummy sikit2.

tapi masa nak salam peluk cium minta ampun, semua menangis kuat2 kecuali alan. sempat buat lawak untuk redakan semua orang. huhuhu

bacaan doa dan azan sebelum bertolak dari rumah

ambil gambar untuk redakan kesedihan hati

keluarga kami. semasa ini ariff hilang.

semasa hantar mereka di kelana jaya, saya menunggu hingga mereka hilang dari pandangan mata.

bye byee

mereka akan pulang pada 24/11/2010. doakan semua lancar, ummy abah dalam kesihatan yang baik, dilindungi Allah dan diberi kemudahan, dijauhkan kepayahan dan mendapat haji yang mabrur, selamat pergi dan pulang.

adik siapa ni, malu je!

10/10/2010

awal pagi dah tahu pasti hari yang memenatkan! pagi2 saya basuh baju yang amatlah banyaknya. kemas2 apa patut. nasib baik ada kak nik tolong buat sarapan.

ke kapar, hantar kak nik. ke klang, open house boss B. makan2 sekejap. bergegas ke KL, untuk perkahwinan muna. berjumpa gedix yang ramai. gembira!

bersama gedix di perkahwinan muna cinta khair.

more on gedix

bersama cik perantin

suami saya ni memang malas nak layan kalau asyik nak ambil gambar ya kawan2.

kemudian ke UPM, untuk konvo abg din. masa ni dah penat gila dengan panas dan ramai orang dan pening kepala. akan tetapi ambil gambar sakan. hehehe
sampaikan bunga yang ummy kirim

kami

adik2 saya kalau tak picit, ketuk2 perut. ishh

penat lalu kuch kuch ho ta hai

pergi makan malam di wendy's sahaja. konon nak pergi tempat sedap untuk makan malas hari lahir si dia. akan tetapi, sangat penat yang mungkin tidak dapat menikmati makanan secara enaknya. lepas makan, pulang ke rumah dan tidur.

4 pagi, seperti mimpi sakit perut dan rasa seperti hendak berak. akan tetapi ia bukan mimpi tetapi realiti lalu pergi mentahi. adoi sakit peruttttt

11/10/2010

orang kata perut saya kecil, tapi alhamdulillah bayi tak kecil, normal. :)
(maafkan muka sememet asyik menangis)

rasa seperti tidak mahu pergi kerja. rasa penat, tak sihat dan sakit perut. kejut2 adik2 dan suami. sediakan sarapan. berak lagi. suami pun.

bergegas ke jalan duta untuk hantar aiman, nak balik penang. kemudian terus jumpa doktor, sambil memeriksa bayi dalam kandungan. sepatutnya ahad ini tetapi alang2 sudah berak2, apa kata periksa bayi sekali.

gembira sungguh melihat perkembangan anak kami yang sudah besar, 423gram! dan ehem2. mummy dia sudah naik 4kg. dalam masa 4 minggu ya. raya punya pasal. alahan tiada maka, selera makan adalah sungguh lebih. hehe.

turun 4 kg dalam masa 3 bulan dan ganti dalam sebulan? sila takjub sekarang! dr gelak sahaja dan kata tak apa. makanya saya sekarang, 52kg, berat masa 5 minggu mengandung. :p

uri saya pula sudah naik sedikit tidak terlalu rendah dan bayi tidak lagi melintang. yelah kan dia pusing2. dr juga ada beritahu jantina kemungkinan bayi kami tetapi belum pasti. harus tunggu sabtu ini untuk skan terperinci. tidak sabar!

dan bayi pula semasa scan sedang buka mulut menguap ke apa lepas tu tutup mulut/muka. awwwwwww comel. gembira kedua2 ibu bapa ini. alhamdulillah.

dan sekarang saya baru sahaja selesai makan bubur mcD. dan sebenarnya banyak kerja nak buat di rumah ini. biasalah ramai tetamu minggu lepas banyak perkara yang perlu dicuci dan dikemas.

akan sendiri sehingga suami pulang dari perantauan.

baiklah harus berhenti sekarang. mahu rehat. gambar2 lain akan di masukkan beli sudah dapat.

sekian.

2 comments:

dialicious said...

ieda..ringannya u mcm berat i masa kawin je...hahaha..naik 4kg tu i rasa mmg standard kot sbb i pun gained 3kg in one mth!!takotkan..haha..tp my baby baru 350gram..keciknye!!huhu..i siap stop amek obimin lg sbb takot bb terlalu bsr..huhuh..tp u slim jer..

ederq said...

diah: ringan ke? tp peratusan lemak i tggi ya dari dulu. haha. eh dyah masa u cek tu kan bb baru 20 weeks. i cek masa 21 weeks. so mesti bb u da besar. hehe.
u pon x berisi laaa. jgn risauuu.
i slalu lupa2 obimin tuu dr da jeling2 td. huhuh.